14/06/2026
Prihatin dengan nasib mangsa kebakaran di Kampung Bahagia, Sandakan, Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) melalui HRD Corp menyalurkan sumbangan berjumlah RM150,000 kepada keluarga yang terjejas menerusi Program Jalinan Kasih, di Sandakan, Sabah, hari ini.
Bantuan berupa baucar tunai bernilai RM300 bagi setiap keluarga telah disampaikan oleh Timbalan Menteri Sumber Manusia, YB Datuk Khairul Firdaus Akbar Khan, bersama Ketua Pegawai Sumber Manusia HRD Corp, En. Parrish Ersalle.
Semoga sumbangan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban yang ditanggung serta membantu keluarga yang terkesan.
HRD Corp percaya bahawa membina masyarakat yang lebih kukuh bukan hanya melalui pembangunan modal insan, tetapi juga dengan menyantuni komuniti ketika mereka memerlukan.
Harapan kami agar semua penerima sumbangan diberikan kekuatan, ketabahan dan peluang untuk membina semula kehidupan dengan lebih baik.
Kementerian Sumber Manusia | Ramanan Ramakrishnan Official Media | Shamir Aziz