Stella Leong(梁幸莹)

Stella Leong(梁幸莹) Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Ampang Jaya
雪兰莪州安邦再也市议员

Executive Secretary for DAP Wanita and Socialist Youth Malaysia
民主行动党妇女组与社会主义青年团执行秘书
🇲🇾🚀

8 Julai 2026, Pandan Indah Di sebalik setiap program yang berjaya, pasti ada insan-insan hebat yang bekerja tanpa mengen...
08/07/2026

8 Julai 2026, Pandan Indah

Di sebalik setiap program yang berjaya, pasti ada insan-insan hebat yang bekerja tanpa mengenal penat.

Hari ini saya mengambil kesempatan untuk meraikan para sukarelawan kami. Merekalah tulang belakang yang membolehkan setiap program di Teratai berjalan lancar dan mencapai hasil yang membanggakan.

Selama dua hari berturut-turut, mereka memulakan kerja seawal jam 6.00 pagi dan hanya selesai sekitar jam 6.00 hingga 7.00 petang demi menyediakan bak chang yang terbaik untuk diedarkan kepada penduduk serta para penyokong kami.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada Sdri. Annie Lim, Ketua Wanita DAP Pandan, atas usaha tanpa jemu menyelaras dan menggerakkan pasukan sukarelawan. Tanpa kepimpinan dan komitmen beliau, usaha ini pastinya tidak akan dapat direalisasikan.

Yang paling menggembirakan, sambutan terhadap bak chang kami amat menggalakkan! Ramai yang memuji rasanya, malah ada yang bertanya sama ada mereka boleh membuat tempahan. Hehe! 😊

Terima kasih kepada setiap sukarelawan yang telah mencurahkan masa, tenaga dan kasih sayang.

Bak kata pepatah, berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Semangat inilah yang terus menguatkan kami untuk berkhidmat kepada masyarakat. ❤️


--

Behind every successful program is a team of dedicated individuals who work tirelessly behind the scenes.

Today, I took the opportunity to celebrate and thank our amazing volunteers. They are the backbone of everything we do in Teratai, and their commitment is the reason our programmes continue to make a meaningful impact.

Over the past two days, they started as early as 6.00 a.m. and only wrapped up around 6.00–7.00 p.m., all to prepare the best bak chang to be distributed to our residents and supporters.

A special thank you to Sdri. Annie Lim, Chief of Wanita DAP Pandan, for her tireless efforts in mobilising and coordinating our volunteers. Her leadership, dedication, and commitment made this initiative possible.

The best part? The response to our bak chang has been overwhelmingly positive! Many complimented how delicious they were, and some even asked if they could place an order. 😄

To every volunteer who gave your time, energy, and heart thank you. Your selfless dedication reminds us that when a community comes together, we can achieve so much more. ❤️

7 Julai 2026, PDT Hulu Langat Bangi Selamat pagi! ☀️Memulakan hari dengan mewakili YB Yew Jia Haur 游佳豪 , ADUN Teratai, k...
07/07/2026

7 Julai 2026, PDT Hulu Langat Bangi

Selamat pagi! ☀️

Memulakan hari dengan mewakili YB Yew Jia Haur 游佳豪 , ADUN Teratai, ke Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Tanah, Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Hulu Langat Bil. 2/2026.

Kopi memang wajib untuk memulakan pagi! ☕

6 Julai 2026, Tasik Pandan Perdana 🚧 Sebelum ➡️ Selepas ✅Setiap penambahbaikan bermula dengan aduan yang didengari dan t...
06/07/2026

6 Julai 2026, Tasik Pandan Perdana

🚧 Sebelum ➡️ Selepas ✅

Setiap penambahbaikan bermula dengan aduan yang didengari dan tindakan susulan yang diambil bersama.

Laluan ini merupakan antara laluan utama yang digunakan oleh penduduk Lake View untuk menuju ke tasik Pandan Perdana.

Malangnya, struktur jambatan sebelum ini tidak selamat dan pernah mengakibatkan seorang warga emas terjatuh ke dalam longkang.

Perkara ini tidak dipandang ringan. Susulan aduan yang diterima, kami telah mengadakan lawatan tapak bersama pihak Majlis Perbandaran Ampang Jaya - Rasmi dan mengemukakan permohonan agar tindakan segera diambil demi keselamatan penduduk.

Hasil kerjasama semua pihak, jambatan ini kini telah dinaik taraf dengan pemasangan penghadang keselamatan yang lebih kukuh dan selamat.

Penambahbaikan ini tidak mungkin dapat direalisasikan tanpa kesungguhan pihak MPAJ yang mengambil serius setiap aduan serta kerjasama erat semua pihak yang terlibat. Terima kasih kepada MPAJ yang bersama-sama menjayakan usaha ini.

💙

2 Julai 2026, One Shamelin Beginilah cara kami memanfaatkan pagi dengan sebaiknya mengadakan perbincangan yang produktif...
02/07/2026

2 Julai 2026, One Shamelin

Beginilah cara kami memanfaatkan pagi dengan sebaiknya mengadakan perbincangan yang produktif menyelesaikan isu rakyat.
Bak kata pepatah, sambil menyelam minum air.

Pagi ini, saya bersama YB Yew Jia Haur 游佳豪 mengadakan perbincangan bersama pihak TNB berhubung isu gangguan bekalan elektrik yang sering dihadapi oleh penduduk Pandan Perdana dan Teratai.

Kami mengambil kesempatan untuk meneliti, menganalisis serta mengenal pasti punca sebenar permasalahan yang telah berlarutan sekian lama.

Pelbagai pelan tindakan jangka pendek dan jangka panjang telah dibincangkan.

Harapan kami agar usaha ini dapat menangani punca utama masalah dan seterusnya memberikan penyelesaian yang lebih mampan demi keselesaan serta kesejahteraan penduduk Pandan Perdana dan Teratai.

---

This is how we make the most of our mornings engaging in productive discussions to resolve issues affecting our community. As the saying goes, killing two birds with one stone.

This morning, we had a discussion with TNB regarding the recurring electricity supply disruptions experienced by residents in Pandan Perdana and Teratai.

We took the opportunity to thoroughly examine, analyse, and identify the root causes of this long-standing issue.

Both short-term and long-term action plans were discussed.

We hope these efforts will address the underlying causes of the problem and lead to sustainable solutions that improve the comfort, safety, and well-being of the residents of Pandan Perdana and Teratai.

30 Jun 2026, Dewan Orang Ramai Taman MegaPada hujung minggu yang lalu, JKP Zon 21 bersama PWB Teratai telah menganjurkan...
30/06/2026

30 Jun 2026, Dewan Orang Ramai Taman Mega

Pada hujung minggu yang lalu, JKP Zon 21 bersama PWB Teratai telah menganjurkan Program Memasak Lei Cha (Nasi Teh Hakka).

Program ini bukan sahaja memberi peluang kepada para peserta mempelajari cara penyediaan Lei Cha, malah turut memperkenalkan amalan pemakanan yang lebih sihat dan seimbang.

Lebih daripada itu, program ini menjadi satu platform untuk wanita mempelajari kemahiran baharu, berkongsi ilmu, mengeratkan silaturahim serta terus memperkasakan diri melalui aktiviti komuniti yang bermanfaat.

Suasana program berlangsung dengan begitu meriah dengan penyertaan yang amat menggalakkan.

Terima kasih kepada semua yang hadir dan menjayakan program ini. Semoga lebih banyak program seumpama ini dapat diteruskan demi membina komuniti yang lebih sihat, berilmu dan saling menyokong. 💚

Jom sama-sama beri sokongan padu kepada bakal calon-calon PH-DAP. ♥️Johor Ke Depan‼ Undi Harapan‼🔺🚀
22/06/2026

Jom sama-sama beri sokongan padu kepada bakal calon-calon PH-DAP. ♥️

Johor Ke Depan‼ Undi Harapan‼🔺🚀

Happy Father's Day to my father-in-law. While I no longer have a father to celebrate this day with, I am truly grateful ...
21/06/2026

Happy Father's Day to my father-in-law. While I no longer have a father to celebrate this day with, I am truly grateful that God has blessed me with a father-in-law who loves and cares for me as his own daughter.

Thank you Daddy! ❤️

17 Jun 2026, Pandan Glades Sebagai wakil rakyat, tugas kami bukan sekadar menerima aduan, tetapi juga menjadi jambatan y...
19/06/2026

17 Jun 2026, Pandan Glades

Sebagai wakil rakyat, tugas kami bukan sekadar menerima aduan, tetapi juga menjadi jambatan yang menghubungkan penduduk dengan pihak berkaitan bagi mencari penyelesaian yang terbaik.

Sejak kebelakangan ini, kami telah menerima beberapa aduan daripada penduduk berhubung pembinaan projek LEVIA Residences yang terletak di sempadan kawasan pentadbiran MPAJ dan DBKL.

Saya amat menghargai sikap terbuka dan kerjasama yang ditunjukkan oleh semua pihak dalam usaha mencari jalan penyelesaian.

Apabila semua pihak sedia berbincang dan mendengar pandangan antara satu sama lain, saya percaya setiap isu dapat ditangani dengan lebih berkesan demi kesejahteraan penduduk setempat. ❤️

__

As local representatives, one of our key responsibilities is to serve as a bridge between residents, developers, and the relevant authorities, while working together to find practical and amicable solutions to issues that arise.

Recently, we have received concerns from residents regarding the construction of the LEVIA Residences project, which is located along the boundary between MPAJ and DBKL.

We are grateful that all parties involved have been cooperative and willing to engage constructively in addressing the concerns raised.

Through open communication and mutual understanding, we remain committed to ensuring that residents' voices are heard while working towards solutions that are fair and beneficial to everyone involved.

端午安康 ♥️
19/06/2026

端午安康 ♥️

Address

Democratic Action Party National Headquarters Jalan Yew, Off Jalan Pudu
Kuala Lumpur
55100

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Stella Leong(梁幸莹) posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category