Dewan Muslimat PAS Kawasan Batu

Dewan Muslimat PAS Kawasan Batu Page ini adalah informasi terkini berkisar isu semasa di peringkat nasional, negeri dan kawasan Batu.

Ziarah Syifa' diteruskan lagi. Kali ini, Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Batu,  Ustazah Aa'edah ditemani Puan Awatif me...
31/07/2026

Ziarah Syifa' diteruskan lagi. Kali ini, Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Batu, Ustazah Aa'edah ditemani Puan Awatif menziarahi Adik Nu'Man di kediamannya. Nu'man merupakan anak kepada Ustaz Norhan dan Ustazah Nadiah.

Nu'man yang sebelum ini dijangkiti Respiratory Syncytial Virus atau lebih dikenali sebagai RSV, telah dibenarkan pulang selepas 5 hari menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur. Kini, Nu'man menjalani tempoh kuarantin di rumah.

Sedikit info berkenaan RSV, ianya mudah menjangkiti kanak-kanak di bawah umur 2 tahun. Pesakit yang dijangkiti akan mengalami gejala seperti hidung berair dan tersumbat, batuk dan demam ringan.

Kami di DMPKB menasihatkan agar kita semua menjaga kesihatan dengan baik. Tingkatkan kebersihan diri dan elakkan berada di kawasan yang sesak.

Kami juga mendoakan agar Nu'man dikurniakan kesembuhan dan kesihatan yang baik.

Ziarah MahabbahHari ini kami menerima khabar bahawa kesihatan Puan Habibah kurang memuaskan. Justeru, Ketua Dewan Muslim...
27/07/2026

Ziarah Mahabbah

Hari ini kami menerima khabar bahawa kesihatan Puan Habibah kurang memuaskan. Justeru, Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Batu, Ustazah Aa’edah bersama Puan Hasiba telah berkesempatan menziarahi beliau di kediamannya pagi ini.

Alhamdulillah, Puan Habibah menyambut kehadiran kami dengan wajah yang ceria. Walaupun sedang diuji dengan masalah kesihatan pada bahagian usus dan masih menjalani rawatan susulan di Hospital Kuala Lumpur (HKL), beliau tetap menunjukkan ketabahan serta semangat yang tinggi dalam menghadapi ujian Allah SWT.

Semoga Allah SWT mengurniakan kesembuhan yang sempurna buat Puan Habibah, mengangkat segala kesakitan yang dihadapi, serta mempermudahkan setiap urusan beliau.
Aamiin.

Minyak masak terpakai ada nilai!Daripada sisa kepada manfaat!Jom tukar minyak masak terpakai dengan duit !
18/06/2026

Minyak masak terpakai ada nilai!

Daripada sisa kepada manfaat!

Jom tukar minyak masak terpakai dengan duit !

18/06/2026

Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera,

Pihak Ameerah Kawasan Batu, dengan sukacitanya menjemput para wanita ke Program Jual Minyak Masak Terpakai 2.0 & Zumba Ameerah Gets Fit dengan kerjasama SRITI.

Butiran Program:
🗓️ : 20 Jun 2026 (Sabtu)
⏰ : 8.00 pagi - 10.00pagi
📍: Dewan SRITI Batu ,Taman Koperasi Polis Fasa 2
🚗🏎‍🟀🛴🚲🛵🚂✈️🚚
https://maps.app.goo.gl/8xZ66XKLpx5vNbwK8?g_st=aw

Aktiviti:
1. Jual Minyak Masak Terpakai
- Agihan hasil 80% peserta, 20% tabung kebajikan
- 8.00 pagi - 9.30 pagi
- No tel :Puan Aina +6014 5136847

2. Zumba Ameerah Gets Fit (Kerjasama SRITI & PASTI)

- YURAN RM5.00
- 8.00 PAGI - 10.00 PAGI
- Berpakaian menutup aurat
- No tel : Puan Syarifah +60 12-350 6513
- Terbuka kepada semua golongan wanita.

Kehadiran puan amat kami hargai.

Pautan Pendaftaran: https://forms.gle/3xX43xnDKebAiawo9

Sekian, terima kasih.








Jom meriahkan posting ini. Like, komen dan share sekarang💪🏻

📢 HIMPUNAN JENTERA PRU16 PAS WILAYAH PERSEKUTUAN 📢بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ"INFIRŪ KHIFĀFAN WA THIQĀLAN""Be...
18/06/2026

📢 HIMPUNAN JENTERA PRU16 PAS WILAYAH PERSEKUTUAN 📢

بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

"INFIRŪ KHIFĀFAN WA THIQĀLAN"

"Berangkatlah kamu (ke medan perjuangan), sama ada dalam keadaan ringan ataupun berat..."

Firman Allah SWT:

ٱنفِرُوا۟ خِفَافًا وَثِقَالًا وَجَـٰهِدُوا۟ بِأَمْوَٰلِكُمْ وَأَنفُسِكُمْ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ ۚ ذَٰلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ

"Berangkatlah kamu baik dalam keadaan ringan mahupun berat, dan berjihadlah dengan harta benda dan diri kamu di jalan Allah. Yang demikian itu lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui."

(Surah At-Taubah: 41)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Kepada seluruh ahli Dewan Muslimat PAS Kawasan Batu, marilah kita menyahut seruan perjuangan dengan menghadirkan diri ke:

🗓️ Himpunan Jentera Pilihan Raya PAS Wilayah Persekutuan
📅 28 Jun 2026 (Ahad)
🕗 8.00 malam hingga selesai
📍 KUIZM

Kehadiran bukan sekadar memenuhi jemputan, bahkan merupakan manifestasi wala', kesatuan saf, disiplin organisasi dan kesediaan menggalas amanah perjuangan.

Mungkin ada yang penat selepas bekerja, ada urusan keluarga, perjalanan jauh atau pelbagai kekangan.

Namun Allah SWT telah menyeru kita agar berangkat dalam keadaan susah mahupun senang, ringan mahupun berat.

Jangan biarkan kerusi kosong ketika umat memerlukan kita. Jangan biarkan semangat perjuangan hanya tinggal di lisan tanpa kehadiran.

Ayuh kita hadir dengan niat:

🤝 Mengukuhkan ukhuwah
🟢 Menyatukan jentera
🕌 Memperteguh perjuangan Islam
🇲🇾 Bersedia menghadapi pilihan raya dengan penuh iltizam

Semoga setiap langkah yang diatur menuju majlis ini dicatat sebagai amal soleh dan menjadi asbab kemenangan yang diberkati Allah SWT.

❗SAVE THE DATE!!











Jom meriahkan posting ini. Like, komen dan share sekarang💪🏻

Seuntai amanat, sejuta makna.Semoga Allah berkati perjuangan ini !
18/06/2026

Seuntai amanat, sejuta makna.

Semoga Allah berkati perjuangan ini !

" Mesti ada rasa bangga sebagai ahli PAS. Kerana, PAS tidak pernah membuat perkara-perkara yang bertentangan dengan syar...
18/06/2026

" Mesti ada rasa bangga sebagai ahli PAS. Kerana, PAS tidak pernah membuat perkara-perkara yang bertentangan dengan syariat Islam. "








Jom meriahkan posting ini. Like, komen dan share sekarang💪🏻

Salam Maal Hijrah 1448HDewan Muslimat PAS Kawasan Batu mengucapkan Selamat Menyambut Awal Muharram kepada seluruh umat I...
16/06/2026

Salam Maal Hijrah 1448H

Dewan Muslimat PAS Kawasan Batu mengucapkan Selamat Menyambut Awal Muharram kepada seluruh umat Islam.

Semoga tahun baharu Hijrah ini membawa keberkatan, meningkatkan keimanan dan ketakwaan, serta menguatkan azam kita untuk terus beristiqamah dalam perjuangan dan amal kebajikan.



*TERUS ISTIQOMAH MERAIH REDHO ALLAH*KUALA LUMPUR, 6 JUN - Telah berlangsung Mesyuarat Agung Tahunan Dewan Muslimat PAS K...
07/06/2026

*TERUS ISTIQOMAH MERAIH REDHO ALLAH*

KUALA LUMPUR, 6 JUN - Telah berlangsung Mesyuarat Agung Tahunan Dewan Muslimat PAS Kawasan Batu kali ke-38, petang ini. Seramai 31 orang telah hadir menjadikan jumlah ini sah untuk meneruskan perjalanan mesyuarat.

Mesyuarat yang berlangsung dengan tenang namun padat dengan perbahasan itu telah dirasmikan oleh YB Hajah Salamiah Binti Mohd Nor yang merupakan Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia merangkap Ahli Parlimen Temerloh.

Dalam sesi perasmian, para ahli mesyuarat telah diingatkan agar terus berazam untuk kekal istiqomah dalam perjuangan jemaah.

" Kita mesti berasa bangga kerana dipilih Allah untuk berada dalam Parti Islam (PAS) ini, kerana PAS tidak pernah menyuruh ahlinya berbuat perkara-perkara yang bertentangan dengan syariat Islam. Kita mestilah yakin bahawa setiap kerja buat kita, akan mendapat ganjaran dari Allah, dengan syarat, ikhlas kerana Allah, " tambah beliau.

Mesyuarat kemudiannya diteruskan dengan sesi muhasabah terhadap aktiviti dan gerak kerja sepanjang tahun. Besar harapan para hadirin agar gerak kerja Muslimat Batu khususnya dapat diperbaiki dan diperkemaskan lagi di masa akan datang.

Sebelum berakhir, Ustazah Aa'edah Binti Md Yusuf, selaku Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Batu merakamkan penghargaan kepada saf kepimpinan serta para muktamirat yang hadir.

" Jangan tinggalkan jemaah. Dengan berjemaah, kita ada arah dan hala tuju. Jika kita lemah, ada suntikan semangat dari sahabat. Bersama kita pasakkan semangat untuk terus istiqomah hingga ke akhir hayat," ujarnya lagi.








Jom meriahkan posting ini. Like, komen dan share sekarang💪🏻

Selamat ber'dating' untuk AGM kita, para muslimat Batu kesayangan ! :)
05/06/2026

Selamat ber'dating' untuk AGM kita,
para muslimat Batu kesayangan ! :)

Address

Kuala Lumpur

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Dewan Muslimat PAS Kawasan Batu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share