19/08/2026
🌟 TERIMA KASIH & TAHNIAH | PENILAIAN GURU CEMERLANG 2026 🌟
Alhamdulillah, satu lagi detik bermakna buat warga SK KG CHERAS BAHARU SUPERB
🤝Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Pasukan Jemaah Nazir KPM atas pelaksanaan Penilaian Permohonan Calon Guru Cemerlang (GC) yang telah dilaksanakan dengan penuh profesionalisme, ketelitian dan komitmen yang tinggi.
🌹 SYABAS & TAHNIAH diucapkan kepada:
CIKGU LELASARIFATHULAIEZAM BINTI ABU
atas kesungguhan, persediaan rapi, komitmen dan dedikasi sehingga berjaya menyelesaikan tugasan peringkat awal penilaian GC pada tahun ini.
Apa jua keputusan akhirnya, perjalanan menuju kecemerlangan itu sendiri merupakan satu pengalaman yang amat bernilai. Keberanian untuk dinilai, kesediaan untuk terus belajar dan usaha memberikan yang terbaik adalah cerminan seorang pendidik yang sentiasa mahu bergerak maju ke hadapan.
Semoga segala usaha dan ikhtiar dipermudahkan serta membuahkan hasil yang terbaik 🤲🏻✨
“Kecemerlangan bukan sekadar sebuah pengiktirafan, tetapi lahir daripada ilmu, usaha, dedikasi dan istiqamah.”
Terus melangkah. Terus menjadi ‘guru inspirasi’ kepada warga SKKCB SUPERB - ‘Quality Over Quantity, Membangun Potensi Menjana Prestasi’ 💛💛💛