03/08/2026
πππππππππππ πππππ πππππππππ πππππππ πππ πππ ππππ ππππ πππππ πππ ππππ πππ
π
ππ, ππππππ ππππππππ ππππππππ πππππππ ππ-ππ
KUALA LUMPUR, 3 Ogos 2026 - Timbalan Panglima Tentera Darat (TPTD), Leftenan Jeneral Dato' Mohamad Suria bin Mohamad Saad bersama Pengarah Rekod dan Pencen, Kol Mohd Yazid bin Yaacob telah menyantuni kehadiran Jeneral Tan Sri Haji Mohd Nizam bin Haji Jaffar, Mantan Panglima Angkatan Tentera Ke-23 bagi urusan dokumentasi akhir persaraan bertempat di Pusat Khidmat Pelanggan ATM, Cawangan Rekod dan Pencen.
Jeneral Tan Sri Haji Mohd Nizam bin Haji Jaffar telah memulakan kerjayanya dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada 13 Ogos 1984 dan bersara pada 3 Ogos 2026 dengan tempoh perkhidmatan yang diakui selama 41 tahun 11 bulan. Sepanjang perkhidmatan, beliau telah diberi kepercayaan menyandang pelbagai jawatan penting di antaranya adalah Pegawai Memerintah Batalion Ke-19 RAMD (Mek), Ketua Staf Tadbir/Logistik dan Ketua Staf Am Briged Keempat (Mek), Timbalan Pengarah Infantri dan Pengarah Infantri.
Selain itu, beliau juga pernah menjawat jawatan Juruiring Tentera Darat kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke XIV, Panglima Briged Kedua Infantri Malaysia, Pengarah Pengurusan Latihan, Komandan Maktab Ketahanan Nasional, Asisten Ketua Staf Perkhidmatan Anggota (AKS PA). Jawatan terakhir yang disandang sebelum bersara adalah Panglima Angkatan Tentera Ke-23.
Mengambil kira pengalaman dan kepakaran yang dimiliki Jeneral Tan Sri Haji Mohd Nizam bin Haji Jaffar, seluruh warga ATM amat berkeyakinan beliau akan terus berjaya di dalam apa jua bidang yang bakal diceburi selepas bersara di samping terus memberi khidmat bakti kepada masyarakat.