21/08/2026
Alor Setar, 20 Ogos 2026 (Khamis) β YDH SAC Zaidy Bin Che Hassan, Ketua Penolong Pengarah Persenjataan, Jabatan Logistik dan teknologi Bukit Aman telah mengadakan lawatan kebajikan ke atas Mantan Pegawai Turus Logistik Persenjataan IPK Kedah DSP (B) Wan Roslan Bin Wan Mohamed yang lumpuh separuh badan akibat dari terjatuh pokok manggis dan kini menunggu giliran untuk menerima rawatan susulan di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia Kuala Lumpur (HUKM).
Turut dilawati Pegawai Rendah Polis L/KPL 195830 Muhammad Firdaus Bin Sobri dari Caw. Persenjataan IPD Temerloh Pahang yang masih dalam rawatan dan kini berada di rumah keluarganya No. 383, Taman Tengku Mahameran, Jitra Kedah Darul Aman akibat kemalangan jalan raya yang menyebabkan beliau patah kaki kiri .
Lawatan kebajikan ini diadakan sebagai tanda keprihatinan dan sokongan moral dari pihak pengurusan Cawangan Persenjataan kepada warga kerja yang sedang menghadapi ujian kesihatan. Kehadiran Ketua Penolong Pengarah Persenjataan, Jabatan Logistik dan Teknologi Bukit Aman turut menjadi suntikan semangat kepada Pegawai Rendah Polis serta keluarga agar terus tabah dan kuat menghadapi tempoh rawatan.
Dalam kesempatan tersebut, YDH SAC Zaidy Bin Che Hassan turut menyampaikan kata-kata semangat serta mendoakan agar Mantan Pegawai Kanan Polis dan Pegawai rendah Polis dikurniakan kesembuhan yang segera dan sempurna, dipermudahkan segala urusan rawatan serta diberikan kekuatan untuk kembali menjalani kehidupan seperti sediakala.
Turut hadir dalam lawatan kebajikan tersebut ialah Puan Eda Salma Binti Mohd Suib (Ketua Biro Sukan Perkep Jlog), Pegawai Turus Persenjatan/UPB Pahang dan Kedah, Pegawai Kanan Polis, serta Pegawai Rendah Polis.
Semoga DSP (B) Wan Roslan Bin Wan Mohamed dan L/KPL 195830 Muhammad Firdaus Bin Sobri terus tabah menghadapi ujian ini serta dikurniakan kesembuhan yang segera dan sempurna. Semoga segala urusan rawatan dipermudahkan dan kembali menjalankan tugas seperti sediakala.
π· (Disertakan gambar sepanjang Lawatan Kebajikan)