21/08/2026
๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐
KUALA LUMPUR, 21 Ogos 2026 โ Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya memperkukuh komitmen dalam membanteras rasuah serta memperkasa budaya integriti menerusi Program Bacaan Ikrar Bebas Rasuah (IBR) bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kuala Lumpur, hari ini.
Majlis yang berlangsung di Pejabat JKKP WPKL dan Putrajaya, The Icon, Kuala Lumpur itu disertai seramai 80 orang warga kerja JKKP WPKL dan Putrajaya sebagai tanda komitmen untuk membudayakan integriti, ketelusan dan tadbir urus berintegriti dalam pelaksanaan tugas serta tanggungjawab organisasi.
Majlis bacaan IBR yang dipimpin oleh Timbalan Pengarah Operasi JKKP WPKL, Tuan Haji Zamzuri Mohd Nor, turut disaksikan oleh Pengarah SPRM Kuala Lumpur, TPj Mohamad Zakkuan Talib. Majlis kemudiannya diteruskan dengan sesi menandatangani dokumen IBR oleh Pengarah JKKP WPKL dan Putrajaya, YBrs. Ir. Ts. Hajah Habsah Md Ishak bersama TPj Mohamad Zakkuan Talib.
Dalam ucaptamanya, TPj Mohamad Zakkuan menegaskan bahawa IBR bukan sekadar acara simbolik atau bacaan ikrar semata-mata, sebaliknya merupakan manifestasi komitmen, tekad dan kesediaan warga organisasi untuk menolak rasuah, salah guna kuasa serta sebarang bentuk pelanggaran integriti dalam melaksanakan amanah.
Beliau turut menekankan bahawa ikrar yang dilafazkan perlu diterjemahkan melalui tindakan dan amalan seharian kerana integriti tidak seharusnya hanya dizahirkan dalam majlis rasmi, sebaliknya menjadi prinsip dalam setiap keputusan, tindakan dan urusan yang dilaksanakan. Dalam konteks ini, JKKP mempunyai tanggungjawab besar dalam memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan pekerja sentiasa dilindungi, khususnya melalui fungsi pemeriksaan, penguatkuasaan dan pemantauan pematuhan undang-undang. Seiring dengan itu, kempen Keep Malaysia Clean turut diketengahkan sebagai seruan untuk memupuk sikap bertanggungjawab, menjaga kebersihan persekitaran serta membudayakan amalan positif yang mencerminkan nilai integriti dan keprihatinan terhadap kepentingan bersama.
Pelaksanaan program ini merupakan antara usaha berterusan SPRM Kuala Lumpur dalam memperkukuh kerjasama strategik bersama agensi kerajaan melalui pendekatan pendidikan, pencegahan dan pemerkasaan integriti. Komitmen tersebut turut diterjemahkan melalui penghayatan IBR, amalan nilai integriti serta pembudayaan tanggungjawab sosial bagi mewujudkan persekitaran kerja yang berteraskan pendekatan toleransi sifar terhadap rasuah.
Turut hadir ialah Timbalan Pengarah (Pencegahan) SPRM Kuala Lumpur, PKPj Nor Faemah binti Ismail; Timbalan Pengarah (Khidmat Teknik) JKKP WPKL dan Putrajaya, Puan Mazlyne Mat Akat; serta Ketua Cawangan Pendidikan Masyarakat SPRM Kuala Lumpur, P/PsK Nurnadiah Kamarudin.
#๐๐ง๐ข๐ค๐๐ง๐๐
#๐๐๐๐๐๐๐ง๐๐๐ ๐๐ก๐๐ง
#๐๐๐ซ๐๐ง๐ข๐๐๐ง๐ซ๐๐๐ข๐ค๐๐ฅ๐ฉ๐๐ซ๐๐ง๐ ๐ข๐ซ๐๐ฌ๐ฎ๐๐ก
#๐๐จ๐ฆ๐ฆ๐ฎ๐ง๐ข๐ญ๐ฒ๐๐๐๐๐๐
#๐๐๐ฅ๐๐ฒ๐ฌ๐ข๐๐๐๐๐๐ง๐ข
#๐๐๐๐๐๐