05/08/2026
MELAKA, 05.08.2026 - Infrastruktur masa hadapan bermula dengan ilmu, inovasi dan keberanian mencipta penyelesaian baharu.
Hari ini saya menghadiri Majlis Perasmian 8th JKR Research Colloquium di CREaTE yang dirasmikan oleh Ketua Pengarah Kerja Raya.
Dengan tema “Innovating Infrastructure for a Sustainable and Resilient Nation”, kolokium ini menampilkan 40 pembentangan penyelidikan melibatkan 21 poster dan 19 manuskrip yang mencerminkan kepakaran serta komitmen warga JKR dalam menghasilkan penyelesaian berasaskan bukti.
Kita perlu terus memperkukuh budaya penyelidikan dan inovasi dalam JKR supaya setiap ilmu dan penemuan dapat diterjemahkan kepada penyelesaian praktikal — meningkatkan kualiti penyampaian, memperkukuh daya tahan infrastruktur dan memberi manfaat terbaik kepada rakyat.
Tahniah kepada semua penyelidik dan warga CREaTE atas usaha berterusan membina ekosistem inovasi demi masa hadapan infrastruktur negara.
Kementerian Kerja Raya Malaysia
Jabatan Kerja Raya Malaysia ( Public Works Department )
Cawangan Jalan JKR Malaysia
Cawangan Senggara Fasiliti Jalan
Cawangan Kejuruteraan Cerun JKR
Cawangan Kejuruteraan Infrastruktur Pengangkutan Ibu Pejabat JKR Malaysia