04/09/2026
MRC Sertai Pelancaran GeRaK 2026 di Kedah
Majlis Getah Malaysia (MRC) menyertai Majlis Pelancaran Kaunter Getah Untuk Rakyat (GeRaK) 2026 anjuran Lembaga Getah Malaysia (LGM) di Dewan Al-Hana, S*k, Kedah, yang dirasmikan oleh YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Perladangan dan Komoditi.
MRC turut membuka reruai bagi mendekati pekebun kecil dan pengusaha ladang, di samping berkongsi maklumat serta khidmat berkaitan industri getah.
Dalam memperkukuh rantaian bekalan produk getah Malaysia, MRC turut menjalin kerjasama strategik bersama P2 Biotech Sdn. Bhd. menerusi P2 Tap System, teknologi penorehan micro-cut yang dipatenkan, bagi meningkatkan produktiviti, kualiti lateks dan kelestarian industri.
Penyertaan MRC dalam GeRaK 2026 mencerminkan komitmen berterusan untuk mendekati komuniti dan memperkasa industri getah Malaysia.