Projek Komuniti Kita

Projek Komuniti Kita Projek Komuniti Kita adalah inisiatif Team Demi Negara untuk membantu Komuniti Tercicir.

Untuk membantu hubungi Edy di 01129902788, untuk dibantu hubungi Ili di 0196841654.

02/07/2026

Sedih dengar kisah Rahman ni

Aktiviti Jelajah Lorong yang pertama untuk tahun 2026. Kita edarkan 100 pack makanan keeing seperti buah, roti dan air k...
13/04/2026

Aktiviti Jelajah Lorong yang pertama untuk tahun 2026.

Kita edarkan 100 pack makanan keeing seperti buah, roti dan air kotak.

Alhamdulillah, terima kasih kepada sahabat² Demi Negara atas segala sokongan dan bantuan selama ini. 🥰

18/02/2026

SALAM RAMADHAN KEPADA SEMUA SAHABAT YANG BAIK,

Selamat menunaikan ibadah puasa. Semoga kita semua diberi keampunan dan kebahagiaan dunia akhirat.

Ameen. 🤲

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU CINA 2026 KEPADA SEMUA SAHABAT KITA YANG MERAIKANNYA. Semoga tahun 2026 ini rezeki sahabat-...
17/02/2026

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU CINA 2026 KEPADA SEMUA SAHABAT KITA YANG MERAIKANNYA.

Semoga tahun 2026 ini rezeki sahabat-sahabat yang meraikan Tahun Baru Cina dipenuhi kebahagiaan dan kemakmuran. 😊

17 FEBRUARI 2026.



15/02/2026

Misi mencari Lot Kedai yang sesuai untuk Kafe pertama kami. Sangat mencabar sebab kita kena settle hujung bulan ini.

14/02/2026

Sejak 2 tahun memulakan perusahaan sosial, kita telah salurkan RM700,000 ke Projek Konuniti Kita.

Kini kita cuba untuk ke langkah seterusnya.

Adakah angan-angan ini tercapai? Kami sedang mengusahakannya. 🤲

09/02/2026

Ya betul, hasil dari jualan kita akan guna untuk Projek Komuniti Kita.

06/02/2026

Ada banyak jenis ketagihan yang kita perlu tahu.

Ketagihan bukan sekadar masalah dadah. Ia merangkumi pelbagai bentuk yang mempengaruhi kehidupan seseorang. Berikut adalah klasifikasi utama:

1. Ketagihan kepada Bahan (Substance Addiction)
Contohnya seperti:
- Ketagihan kepada minuman keras (alcohol)
- Ketagihan kepada nikotin (rokok atau produk tembakau)
- Ketagihan kepada he**in, morfin dan ubat-ubatan
- Ketagihan kepada dadah jenis perangsang (stimulant) seperti -kokain, amfetamin, methamphetamine (syabu)
- Ketagihan kepada kanabis atau produk berasaskan g***a THC (Tetrahydrocannabinol)
- Ketagihan kepada halusinogen (dadah yang akan membuatkan pengguna berhalusinasi) seperti L*D atau psilocybin
- Ketagihan kepada bahan yang dihidu seperti gam atau cat sembut

2. Ketagihan Tingkah Laku (Behavioral Addiction) seperti:-
- Ketagihan judi (gambling disorder)
- Ketagihan internet/teknologi - media sosial dan permainan video
- Ketagihan membeli-belah (compulsive buying)
- Ketagihan makanan (makan secara kompulsif, contoh BED - Binge Eating Disorder)
- Ketagihan seks - tingkah laku seksual kompulsif (CSB - hiper-seksualiti yang sukar dikawal_
- Ketagihan bersenam - bersenam secara berlebihan
- Ketagihan kerja - (workaholism)

Ada banyak faktor yang boleh menyebabkan berlakunya risiko ketagihan seperti sejarah keluarga, trauma, tekanan emosi, masalah kesihatan mental (kemurungan, kebimbangan), pendedahan kepada bahan atau tingkah laku tidak sepatutnya pada usia yang muda dan persekitaran sosial yang menyokong tingkah laku yang ke arah ketagihan:-

- Sejarah keluarga dengan ketagihan
- Trauma atau tekanan emosi
- Masalah kesihatan mental (kemurungan, kebimbangan)
- Pendedahan kepada bahan atau tingkah laku pada usia muda
- Persekitaran sosial yang menyokong tingkah laku ketagihan

Dan kita kena sedar bahawa Ketagihan adalah satu keadaan kesihatan yang kompleks yang melibatkan perubahan pada otak, bukan sekadar kelemahan moral atau kekurangan kemahuan.

Ketagihan boleh dirawat melalui terapi, sokongan kumpulan, dan ubat-ubatan.

Paling penting dalam merawat KETAGIHAN ialah sokongan dari persekitaran yang positif, komitmen dan kesedaran. Kita perlu sedarkan mereka bahawa mereka mempunyai masalah yang perlu ditangani dan kita perlu cipta ruang untuk mereka supaya mereka sedar kenapa mereka perlu berubah.

📸Pusat Khidmat Gelandangan Kuala Lumpur

‎Kita selalu membayangkan penagih dadah sebagai individu yang bergelumang dengan kehidupan jalanan, tinggal di kawasan g...
05/02/2026

‎Kita selalu membayangkan penagih dadah sebagai individu yang bergelumang dengan kehidupan jalanan, tinggal di kawasan gelap, dan dikelilingi oleh kumpulan yang mencurigakan. Media dan cerita-cerita sering menggambarkan ketagihan bermula di lorong-lorong sepi atau tempat yang penuh dengan jenayah. Namun, realitinya lebih kompleks dan jauh lebih dekat dengan kehidupan seharian kita.

‎Kita terlepas pandang ketagihan sering bermula di tempat yang paling tidak disangka, di rumah kita sendiri.

Kami perhatikan,

‎Ramai yang terdedah kepada bahan ketagihan pertama kali bukan di jalanan, tetapi dalam persekitaran yang sepatutnya selamat:

‎1. Penggunaan pil penenang atau ubat tahan sakit yang tidak terkawal, sama ada diambil secara berlebihan atau tanpa preskripsi doktor.

‎2. Remaja atau orang dewasa yang merasa tertekan, terasing, atau tak dapat sokongan emosi yang cukup. Mereka mencari ketenangan atau divert perasaan mereka melalui bahan-bahan tertentu.

‎3. Pengaruh rakan atau keluarga: Percubaan pertama mungkin pengaruh rakan atau keluarga, berlaku di dalam bilik tidur, di sebuah pesta, atau dalam kalangan rakan rapat yang dipercayai.

4. Akses yang mudah untuk ubat-ubatan farmaseutikal, alkohol, atau bahan mudah yang disalahgunakan sering kali mudah diperoleh di rumah atau di sekeliling kita.

‎Ketagihan bukan sekadar keinginan fizikal terhadap sesuatu bahan, tetapi juga isu kesihatan mental dan emosi. ‎Ia boleh bermula sebagai cubaan mengatasi kesakitan, kebosanan, kegelisahan, atau trauma yang tidak terurus.

Tanpa sokongan yang betul, penggunaan yang bermula secara santai atau eksperimen boleh berubah menjadi kebergantungan.

‎Ketagihan tidak mengenal tempat, usia, atau latar belakang. Ia boleh bermula di mana-mana sahaja, termasuk di tempat yang kita anggap paling selamat. Kesedaran dan pencegahan awal adalah kunci untuk melindungi diri dan orang yang kita sayangi.

Address

Kuala Lumpur

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Projek Komuniti Kita posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category