Pemuda PAS Wangsa Maju

Pemuda PAS Wangsa Maju Official Pemuda PAS Wangsa Maju

USRAH FUTSAL SANTAI, ANAK MUDA WANGSA MAJU TERUS AKTIFOleh : Abdul FatehWANGSA MAJU, 23 September 2026 – Pemuda PAS Wang...
23/09/2026

USRAH FUTSAL SANTAI, ANAK MUDA WANGSA MAJU TERUS AKTIF

Oleh : Abdul Fateh

WANGSA MAJU, 23 September 2026 – Pemuda PAS Wangsa Maju terus memperkukuh pendekatan mendekati golongan anak muda melalui penganjuran Usrah Futsal Anak Muda Wangsa Maju yang berlangsung di NS7 Futsal, Jalan Bulatan Pahang.

Program tersebut menghimpunkan kira-kira 25 orang anak muda bersama pimpinan Pemuda PAS Wangsa Maju dalam suasana santai, aktif dan penuh semangat persaudaraan.

Aktiviti futsal bukan sahaja menjadi medan riadah dan menggalakkan gaya hidup sihat, malah dimanfaatkan sebagai ruang untuk mengeratkan ukhuwah serta membina hubungan yang lebih dekat antara pimpinan dan anak muda.

Ketua Pemuda PAS Wangsa Maju, Ustaz Beyhaqi Ramli, berkata pendekatan melalui aktiviti sukan merupakan antara usaha penting untuk mendekati anak muda dalam suasana yang lebih santai dan terbuka.

β€œKita mahu anak muda melihat bahawa aktiviti bersama Pemuda PAS bukan hanya berkisar kepada program rasmi, tetapi turut merangkumi riadah, persahabatan dan aktiviti yang dekat dengan kehidupan mereka.”

Beliau turut menegaskan bahawa usrah melalui medium sukan dapat menjadi platform untuk membina ukhuwah, membentuk disiplin serta melahirkan generasi muda yang aktif dan mempunyai nilai kepimpinan.

Program berakhir dengan sesi santai dan interaksi bersama anak muda, sekali gus membuka ruang untuk hubungan yang lebih rapat antara peserta dan pimpinan Pemuda PAS Wangsa Maju.

Sukan menyatukan, ukhuwah menguatkan, anak muda terus digerakkan.





PERWAKILAN PEMUDA PAS WANGSA MAJU: MUKTAMAR SEBAGAI MEDAN MEMPERKUKUH PERJUANGANPerwakilan Dewan Pemuda PAS Kawasan Wang...
04/09/2026

PERWAKILAN PEMUDA PAS WANGSA MAJU: MUKTAMAR SEBAGAI MEDAN MEMPERKUKUH PERJUANGAN

Perwakilan Dewan Pemuda PAS Kawasan Wangsa Maju, selesai menghadiri Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Malaysia yang menjadi medan penting untuk bertukar pandangan, menyusun cadangan serta memperkemas strategi perjuangan demi memperkukuh gerak kerja anak muda.

Muktamar bukan sekadar persidangan, tetapi menjadi ruang untuk mendengar suara akar umbi, menyatukan pandangan dan merangka langkah yang lebih tersusun bagi menghadapi cabaran serta memperkukuh usaha menuju kemenangan.

Usai muktamar, hari ini kami kembali ke Kuala Lumpur untuk meneruskan amanah dan melaksanakan agenda serta program bersama anak muda di Wangsa Maju.

Muktamar selesai, perjuangan diteruskan.
Kerana medan perjuangan bukan hanya di pentas muktamar, tetapi di tengah-tengah masyarakat dan bersama denyut nadi anak muda.

Pemuda PAS Wangsa Maju terus mara, terus bekerja, terus istiqamah!




PEMUDA PAS WANGSA MAJU HADIR MUKTAMAR DPPMAlhamdulillah, Pemuda PAS Wangsa Maju berkesempatan hadir dan bersama-sama mem...
03/09/2026

PEMUDA PAS WANGSA MAJU HADIR MUKTAMAR DPPM

Alhamdulillah, Pemuda PAS Wangsa Maju berkesempatan hadir dan bersama-sama memeriahkan Muktamar Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM).

Kehadiran ini bukan sekadar memenuhi agenda muktamar, tetapi menjadi ruang untuk menimba ilmu, memperkukuh ukhuwah, menyatukan fikrah serta memperkemas gerak kerja anak muda dalam mendepani cabaran semasa.

Insya-Allah, Pemuda PAS Wangsa Maju akan terus istiqamah membawa suara anak muda, memperkasa dakwah dan khidmat kepada masyarakat, serta bersama-sama membina generasi yang berilmu, berakhlak dan berbakti.

Pemuda PAS Wangsa Maju Hadir, Bersatu, Berkhidmat! πŸ’š





200 BENDERA DIAGIH, PEMUDA PAS WANGSA MAJU SEMARAK PATRIOTISME ANAK MUDAOleh : Abdul FatehWANGSA MAJU, 25 Ogos 2026 β€” Se...
25/08/2026

200 BENDERA DIAGIH, PEMUDA PAS WANGSA MAJU SEMARAK PATRIOTISME ANAK MUDA

Oleh : Abdul Fateh

WANGSA MAJU, 25 Ogos 2026 β€” Semangat patriotisme terus disemarakkan dalam kalangan masyarakat apabila Pemuda PAS Wangsa Maju turun padang mengadakan edaran bendera Malaysia kepada pengunjung Bazaria Wangsa Maju.

Program yang berlangsung dalam suasana santai dan mesra itu turut disertai Ketua Pemuda PAS Wangsa Maju, Ustaz Beyhaqi Ramli, bersama barisan Pemuda PAS Wangsa Maju.

Sebanyak 200 bendera Malaysia telah diserahkan kepada para pengunjung bazaria sebagai simbol semangat cintakan negara serta usaha menggalakkan masyarakat mengibarkan Jalur Gemilang sempena sambutan Bulan Kebangsaan.

Menariknya, program tersebut turut diserikan dengan sesi interaksi bersama pengunjung apabila beberapa anggota Pemuda PAS Wangsa Maju mengemukakan soalan-soalan berkaitan sejarah dan kemerdekaan Malaysia.

Pendekatan tersebut bukan sahaja menjadikan program lebih santai dan interaktif, malah memberi ruang kepada golongan anak muda untuk menguji pengetahuan mengenai sejarah negara serta memahami kembali erti sebenar kemerdekaan.

Turut hadir ialah Ketua Urusan DHPP Wangsa Maju, Poovan, dan Abdul Ghani, yang bersama-sama menyokong usaha memperkukuhkan semangat perpaduan serta patriotisme dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum.

Dalam ucapannya, *Ustaz Beyhaqi Ramli menegaskan bahawa semangat cintakan negara perlu diterapkan dalam jiwa generasi muda dan tidak seharusnya bermusim.

Menurut beliau, pengibaran Jalur Gemilang bukan sekadar simbol sambutan kemerdekaan, tetapi lambang rasa syukur, kecintaan dan tanggungjawab rakyat terhadap tanah air.

β€œKita mahu anak muda melihat kemerdekaan bukan sekadar sejarah yang kita baca, tetapi satu amanah yang perlu kita hargai dan pertahankan bersama.”

Beliau turut mengajak masyarakat, khususnya golongan anak muda, untuk mengenali sejarah negara, menghargai kepelbagaian masyarakat serta memainkan peranan dalam membina Malaysia yang lebih harmoni dan bersatu.

200 bendera yang diedarkan diharapkan dapat menjadi pencetus kepada lebih banyak Jalur Gemilang dikibarkan di rumah, premis perniagaan, kenderaan dan lokasi awam sepanjang bulan kemerdekaan.

Pemuda PAS Wangsa Maju akan terus menggerakkan program turun padang yang mendekati anak muda dan masyarakat melalui pendekatan yang santai, inklusif serta dekat dengan denyut nadi rakyat.

β€œKIBARKAN JALUR GEMILANG, SEMARAKKAN CINTA KEPADA MALAYSIA!” πŸ‡²πŸ‡Ύ

PEMUDA PAS WANGSA MAJU
Anak Muda Prihatin, Patriotik dan Berjiwa Rakyat

MEMPERKASA KECINTAAN KEPADA RASULULLAH SAW, MEMBINA UMMAH BERAKHLAKSempena sambutan Maulidur Rasul 1448H / 2026, Dewan P...
24/08/2026

MEMPERKASA KECINTAAN KEPADA RASULULLAH SAW, MEMBINA UMMAH BERAKHLAK

Sempena sambutan Maulidur Rasul 1448H / 2026, Dewan Pemuda PAS Wangsa Maju ingin mengajak seluruh masyarakat khususnya warga Wangsa Maju untuk bersama-sama menghayati sirah, perjuangan dan akhlak mulia junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Maulidur Rasul bukan sekadar suatu sambutan tahunan, tetapi menjadi ruang untuk kita memperbaharui kecintaan kepada Rasulullah SAW serta mengambil teladan daripada kehidupan Baginda dalam membentuk keluarga, masyarakat dan negara yang berteraskan iman, ilmu dan akhlak.

Dalam suasana masyarakat yang berdepan pelbagai cabaran, nilai yang dibawa oleh Rasulullah SAW seperti amanah, keadilan, kasih sayang, persaudaraan, kesederhanaan dan keprihatinan terhadap golongan yang memerlukan amat penting untuk terus diterapkan dalam kehidupan seharian.

Dewan Pemuda PAS Wangsa Maju turut menyeru golongan anak muda agar menjadikan Rasulullah SAW sebagai contoh terbaik dalam membina jati diri, memperkukuh pegangan agama serta menyumbang tenaga dan pemikiran kepada masyarakat.

Marilah kita menyemarakkan Maulidur Rasul dengan memperbanyakkan selawat, mempelajari sirah Nabi SAW dan berusaha menghidupkan sunnah serta akhlak Baginda dalam kehidupan kita.

Semoga kecintaan kepada Rasulullah SAW terus menyatukan umat, memperkukuh ukhuwah dan menjadi inspirasi untuk kita membina masyarakat yang lebih berakhlak, prihatin dan sejahtera.

β€œSesungguhnya pada diri Rasulullah SAW itu terdapat contoh teladan yang terbaik.”

SALAM MAULIDUR RASUL 1448H / 2026

USTAZ BEYHAQI BIN RAMLI
Ketua Pemuda PAS Wangsa Maju

⚽πŸ”₯ FANTASY PREMIER LEAGUE 2026/27 πŸ”₯⚽🚨 KHAS UNTUK WARGA WANGSA MAJU SAHAJA!🚨Minat bola? Kaki tengok EPL? Rasa diri tu ota...
21/08/2026

⚽πŸ”₯ FANTASY PREMIER LEAGUE 2026/27 πŸ”₯⚽

🚨 KHAS UNTUK WARGA WANGSA MAJU SAHAJA!🚨

Minat bola? Kaki tengok EPL? Rasa diri tu otai FPL? 😎

Apa lagi… jom masuk liga FPL kami! πŸ’ͺπŸ”₯

βœ… *PENDAFTARAN PERCUMA!
Tak perlu keluar modal, cuma perlukan ilmu bola, strategi mantap dan sedikit nasib 🀣

πŸ† JUMLAH HADIAH RM1,500++

πŸ₯‡ Juara – RM300 + Jersi Player Issue
πŸ₯ˆ Naib Juara – RM200 + Jersi Player Issue
πŸ₯‰ Tempat Ketiga – RM150 + Jersi Player Issue
πŸ… Tempat 4 – 6 – RM50 + Jersi Player Issue
🎽 Tempat 7 – 10 – Jersi Player Issue

🎯 Juara Bulanan pun ada hadiah misteri eksklusif! πŸ‘€πŸ”₯

πŸ“… Tarikh tutup penyertaan: 22 Ogos 2026
πŸ‘₯ Sasaran peserta: Anak muda berumur 18 – 40 tahun

πŸ“² DAFTAR SEKARANG:
https://forms.gle/LYjDudbDKvDkarcm8

πŸ’¬ β€œBiar kalah bercinta, jangan sampai kalah ranking FPL!” ⚽

Jangan tunggu last minute! EPL dah nak mula, transfer dah boleh buat, captain dah boleh pilih! 😎

πŸ”₯ Buktikan siapa paling otai FPL di Wangsa Maju!

01/08/2026

Rakyat Nisemilan telah bangkit !!

01/08/2026

Ya Allah, berikanlah KEMENANGAN buat PN & BN di Negeri Sembilan hari ini. Allahuma Ameen🀲🏻

TAHNIAH MOHAMAD ANIQ KASDAN DAN MUHAMAD AZNIL BIDIN, KEBANGGAAN MALAYSIA DI PERSADA DUNIADewan Pemuda PAS Kawasan Wangsa...
27/07/2026

TAHNIAH MOHAMAD ANIQ KASDAN DAN MUHAMAD AZNIL BIDIN, KEBANGGAAN MALAYSIA DI PERSADA DUNIA

Dewan Pemuda PAS Kawasan Wangsa Maju merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada atlet angkat berat negara, Mohamad Aniq Kasdan dan Muhamad Aznil Bidin, atas kejayaan membanggakan yang sekali lagi mengharumkan nama Malaysia di pentas antarabangsa.

Kejayaan yang diraih membuktikan bahawa dengan disiplin, kesungguhan serta semangat juang yang tinggi, anak Malaysia mampu bersaing dan berdiri sama tinggi dengan atlet terbaik dunia. Pencapaian ini bukan sahaja menjadi kebanggaan negara, malah menjadi inspirasi kepada generasi muda untuk terus menceburi bidang sukan dan mengejar kecemerlangan.

Pemuda PAS Wangsa Maju berpandangan bahawa kejayaan seperti ini perlu terus diberi perhatian dan sokongan oleh semua pihak. Atlet negara merupakan duta yang membawa maruah Jalur Gemilang ke persada antarabangsa, dan pengorbanan mereka wajar dihargai.

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin kepada lebih banyak pencapaian gemilang pada masa hadapan serta membakar semangat atlet-atlet muda untuk terus berusaha mengangkat nama Malaysia di pentas dunia.

Syabas dan tahniah, Muhamad Aznil Bidin! Teruskan melakar sejarah demi agama, bangsa dan negara.

"Sukan Membina Jati Diri, Melahirkan Generasi Berintegriti."

USTAZ BEYHAQI BIN RAMLI
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Kawasan Wangsa Maju

Address

Kuala Lumpur

Telephone

+60182524844

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pemuda PAS Wangsa Maju posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pemuda PAS Wangsa Maju:

Shortcuts

Share