Bomba Zon 6- Gombak/Hulu Selangor JBPM Negeri Selangor

Bomba Zon 6- Gombak/Hulu Selangor JBPM Negeri Selangor Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Bomba Zon 6- Gombak/Hulu Selangor JBPM Negeri Selangor, Government Organization, Kuala Lumpur.

15/07/2026
Assalamualaikum w.b.t. & Salam Sejahtera.🚨Jom sertai *PROGRAM HUB KEMAHIRAN KEBOMBAAN* anjuran Jabatan Bomba dan Penyela...
08/07/2026

Assalamualaikum w.b.t. & Salam Sejahtera.

🚨Jom sertai *PROGRAM HUB KEMAHIRAN KEBOMBAAN* anjuran Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia

Tarikh: *4 Ogos 2026 (Selasa)*
Masa: *7.00 pagi – 5.30 petang*
Tempat: *Setia City Convention Centre (SCCC),* Shah Alam Selangor
Yuran: *RM1,680 seorang (HRD Corp Claimable*)

🚨*APA YANG BEST?*

✅*HRD Corp Claimable* – *Potongan LEVI HRDCorp*
✅Pra-kelayakan bagi *SKM Tahap 3* – *Fire Safety Ex*****on (FSE)*
✅Layak *Mata CCD/CPD* CIDB, MBOT, LAM, IEM
✅*2 mata CPD* untuk *OKK*
✅Simulasi operasi kecemasan dan pengurusan insiden
✅Pendedahan kepada teknologi dan sistem keselamatan kebakaran terkini

🚨*SIAPA YANG PERLU HADIR?* *Pemilik & Pengurus* Premis, *Pegawai Keselamatan* Bangunan, *Kontraktor* Peralatan Keselamatan Kebakaran, *Pengamal* Industri dan Keselamatan, Perunding Utama *(PSP)* & Organisasi Keselamatan Kebakaran *(OKK)*

🚨Tempat adalah *TERHAD*. Tarikh tutup pendaftaran: *27 Julai 2026*

🚨Daftar sekarang dengan mengimbas *QR code* @ *link*: https://event.aerix.com.my/conference-registration-form

📌Pada ruangan *Pilih Lokasi Anda*, sila klik 2️⃣ *SELANGOR* untuk *DAFTAR*

🚨Sebarang pertanyaan boleh hubungi urusetia Bahagian Keselamatan Kebakaran, *JBPM Selangor*

07/07/2026

Utamakan keselamatan dalam setiap tugasan kerana nyawa dan kesihatan adalah keutamaan. Ingat, amalan keselamatan hari ini adalah jaminan untuk pulang dengan selamat kepada insan tersayang.

Pesanan
Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerja
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Selangor




07/07/2026

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada YS PKPjB ChM. Azlimin bin Mat Noor, Pengarah Bahagian Penyiasatan Kebakaran, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, atas pelantikan sebagai Ahli Institut Kimia Malaysia (IKM).

Pengiktirafan profesional ini merupakan satu penghormatan yang amat membanggakan serta mencerminkan tahap kepakaran, kompetensi dan komitmen beliau dalam bidang kimia dan penyiasatan kebakaran. Semoga pencapaian ini terus menjadi pemangkin kepada kecemerlangan perkhidmatan kepada seluruh warga JBPM dalam memperkukuh budaya profesionalisme, kecemerlangan dan integriti dalam perkhidmatan.

Ikhlas daripada:
YAS Dato’ Sri Ts. Nor Hisham bin Mohammad
Ketua Pengarah
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia

Serta,
Seluruh Warga Kerja
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia

07/07/2026
Assalamualaikum wbt. dan Salam Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Berprestasi Tinggi Cepat Dan Mesra.YS Dato'/ Tuan/ ...
07/07/2026

Assalamualaikum wbt. dan Salam Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Berprestasi Tinggi Cepat Dan Mesra.

YS Dato'/ Tuan/ Puan,

Bersama-sama ini dilampirkan STATISTIK TERKINI KEJADIAN KEMALANGAN DI TEMPAT KERJA JBPM NEGERI SELANGOR TAHUN 2026 untuk perhatian bersama.

Utamakan keselamatan dalam setiap tugasan kerana nyawa dan kesihatan adalah keutamaan. Ingat! Amalan keselamatan hari ini adalah jaminan untuk pulang dengan selamat kepada insan yang tersayang.

Pesanan ikhlas daripada Jawatankuasa Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan JBPM Negeri Selangor

Sekian, terima kasih.




20/03/2026

KEMPEN KESELAMATAN KEBAKARAN
MUSIM PERAYAAN

🚗 KESELAMATAN DI JALAN RAYA 🚗

SEBELUM BERTOLAK
💥Periksa keadaan kenderaan (tayar, brek, minyak)
💥Rancang laluan menggunakan Waze / Google Maps
💥Pastikan tidur mencukupi sebelum memandu
👉 Kenderaan selamat, perjalanan lebih yakin

SEMASA MEMANDU
🎈Patuhi had laju & kekalkan jarak selamat
Gunakan lampu isyarat dan periksa cermin sisi
🎈Fokus sepenuhnya, elakkan penggunaan telefon
🎈Pastikan laluan selamat sebelum memotong
👉 Sikap pemandu menentukan keselamatan semua

REHAT DAN KESELAMATAN.
✨️Berhenti rehat setiap 2 jam atau 150 km
✨️Bergilir memandu jika perjalanan jauh
✨️Pandu lebih berhati-hati ketika trafik sesak atau cuaca buruk
👉 Rehat seketika, elak risiko bahaya

🔥 INGAT! 🔥
Keselamatan adalah tanggungjawab bersama
Kecuaian kecil boleh membawa padah besar.

🚗 Pandu Cermat, Sampai Selamat ✅
PEJABAT ZON 6 RAWANG JBPM NEGERI SELANGOR
KEMPEN KESELAMATAN KEBAKARAN
MUSIM PERAYAAN

20/03/2026

Tahun ini, giliran Abang Long untuk pulang beraya… menyulam rindu bersama keluarga tercinta.

Namun, sebelum langkahnya melangkah pulang, tanggungjawab tetap di bahu — panggilan tugas tidak pernah mengenal waktu. Dengan penuh dedikasi, Abang Long terus berjuang… menyelamatkan nyawa, tanpa pernah berkira.

Di sebalik senyuman, tersimpan seribu pengorbanan.

Di sebalik kepulangan yang dinanti, terselit risiko yang tak terduga.

Kerana dalam dunia ini… malang tidak pernah memberi amaran.

Saksikan… sebuah kisah pengorbanan yang menyentuh jiwa.

RINDU YANG TERTANGGUH

Address

Kuala Lumpur

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Bomba Zon 6- Gombak/Hulu Selangor JBPM Negeri Selangor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share