14/06/2026
ZIARAH MESRA KEBUN KEJIRANAN LA21KL β 14 JUN 2026
Pihak Unit LA21KL DBKL telah mengadakan Ziarah Mesra di Kebun Kejiranan Mutiara Magna yang diketuai oleh TPr. Nor Janah binti Affandi, Timbalan Pengarah Jabatan Perancangan Bandaraya DBKL bersama En. Noor Aiman Samsudin selaku Jawatankuasa Penasihat LA21KL, serta warga kerja Unit LA21KL.
Ziarah ini bertujuan untuk meninjau perkembangan semasa kebun komuniti, memastikan pengurusan dan penyelenggaraan kawasan berada dalam keadaan baik, serta menilai pertumbuhan tanaman yang diusahakan oleh komuniti setempat. Selain itu, lawatan ini turut memberi peluang untuk melihat sendiri hasil usaha, komitmen dan kerjasama penduduk dalam menjayakan inisiatif pertanian bandar yang memberi manfaat kepada komuniti.
Usaha pembangunan Kebun Kejiranan Mutiara Magna ini adalah selaras dengan aspirasi Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) khususnya:
π± SDG 2: Zero Hunger (Sifar Kelaparan) β menggalakkan pengeluaran makanan secara mampan di peringkat komuniti.
ποΈ SDG 11: Sustainable Cities and Communities (Bandar dan Komuniti Mampan) β mewujudkan persekitaran bandar yang lebih hijau, berdaya huni dan inklusif.
π SDG 13: Climate Action (Tindakan Iklim) β menyokong usaha penghijauan bandar dan meningkatkan kesedaran terhadap kelestarian alam sekitar.
π€ SDG 17: Partnerships for the Goals (Perkongsian untuk Mencapai Matlamat) β memperkukuhkan kerjasama antara DBKL, LA21KL dan komuniti setempat.
Semoga Kebun Kejiranan Mutiara Magna terus melangkah jauh ke hadapan sebagai contoh kejayaan pertanian bandar yang mampan serta memberi manfaat berterusan kepada komuniti setempat demi kesejahteraan dan kelestarian Bandar Raya Kuala Lumpur.
Hannah Yeoh
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
Jabatan Wilayah Persekutuan
Local Agenda 21 Kuala Lumpur
Jabatan Pertanian Malaysia