Tentera Udara Diraja Malaysia

Tentera Udara Diraja Malaysia Halaman ini adalah laman rasmi TUDM yang memaparkan info-info semasa, berita dari markas/pangkalan Air Commodore A.V.R.
(481)

Sejarah Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bermula apabila Ordinan Tentera Udara diluluskan oleh Parlimen pada hari Isnin, 2 Jun 1958 dan semasa ditubuhkan ia dikenali sebagai β€œTentera Udara Diraja Persekutuanβ€œ. Johnstone seorang pegawai Tentera Udara Diraja British (RAF) telah dipinjamkan untuk menjadi penasihat kepada kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dan kemudiannya telah dilantik menjadi Ket

ua Turus Tentera Udara yang pertama. Beliau bertanggungjawab merangka penubuhan Tentera Udara Diraja Persekutuan bagi negara yang baru merdeka dari segi organisasi, sumber manusia, aset dan syarat-syarat perkhidmatan. Sebagai angkatan yang termuda di dalam Angkatan Tentera ketika itu anggota terawalnya adalah terdiri daripada pegawai dan anggota yang dipinjamkan daripada Tentera Udara Diraja British. Sekumpulan pegawai dan anggota yang menjadi perintis Tentera Udara Diraja Persekutuan telah ditukarkan daripada Tentera Udara Diraja British pada bulan November 1958. Mereka yang menjadi tenaga penggerak organisasi TUDM ialah Flying Officer Li Heng Lip, Sergeant Subramaniam, Corporal Razi Osman, Corporal Othman Mohd Ismail, Corporal Wan Said, Sorporal J D Pasley, Corporal Mahevan, Senior Aircraftsman (SAC) Surindran, SAC Md Noor, SAC Zainal Abidin, SAC Mohd Hussain dan Junior Technician (JT) Ismail Arifin. Sebagai angkatan yang muda tugas awal yang diamanahkan kepada Tentera Udara Diraja Persekutuan pada ketika itu ialah untuk memberikan perkhidmatan perhubungan melalui udara dan membantu pasukan keselamatan menjalankan operasi memerangi komunis yang mengancam negara. Dengan tertubuhnya Malaysia pada 16 September 1963, nama Tentera Udara telah ditukar kepada β€œTentera Udara Diraja Malaysia” atau lebih dikenali sebagai TUDM.

𝐋𝐀𝐋𝐔𝐀𝐍 πŠπ„ π€ππ†πŠπ€π“π€π 𝐓𝐄𝐓𝐀𝐏 πƒπˆππ„π‘πŒπ”πƒπ€π‡, 𝐏𝐀𝐋𝐀𝐏𝐄𝐒 𝐓𝐄𝐑𝐔𝐒 πƒπˆππ„π‘πŠπ€π’π€ARAU, 3 September 2026 – Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan...
03/09/2026

𝐋𝐀𝐋𝐔𝐀𝐍 πŠπ„ π€ππ†πŠπ€π“π€π 𝐓𝐄𝐓𝐀𝐏 πƒπˆππ„π‘πŒπ”πƒπ€π‡, 𝐏𝐀𝐋𝐀𝐏𝐄𝐒 𝐓𝐄𝐑𝐔𝐒 πƒπˆππ„π‘πŠπ€π’π€

ARAU, 3 September 2026 – Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Haji Muhamad Norazlan bin Aris TUDM telah menghadiri Program Syarahan Eksekutif Menteri Pertahanan Bersama Pegawai Kadet Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) Universiti Awam di Dewan Tuanku Canselor, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), hari ini.

Program yang disempurnakan oleh Menteri Pertahanan, YB Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin itu menghimpunkan 1,885 Pegawai Kadet PALAPES daripada 20 universiti awam.

Dalam ucaptamanya, Menteri Pertahanan mengumumkan bahawa Pegawai Kadet PALAPES yang masih aktif akan diberikan pengecualian daripada menduduki beberapa ujian tertentu dalam proses pemilihan menyertai Angkatan Tetap menerusi latihan Pegawai Kadet Graduan mulai tahun ini.

Beliau turut memaklumkan mengenai peluang Penugasan Sepenuh Masa bagi pegawai lepasan PALAPES, pembangunan Sistem OVERWATCH serta kajian penambahbaikan bayaran insentif dan cadangan latihan industri di unit serta pasukan Angkatan Tetap.

Menteri Pertahanan turut menyeru Pegawai Kadet PALAPES agar menjadi peneroka ilmu dan idea baharu, khususnya dalam bidang teknologi strategik seperti kecerdasan buatan, keselamatan siber, teknologi dron, sistem tanpa pemandu dan kejuruteraan aeroangkasa bagi memperkukuh pertahanan negara.

Program turut menyaksikan majlis menandatangani Nota Kerjasama antara Tentera Darat Malaysia dengan Kementerian Pendidikan Tinggi. Turut hadir ialah Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Haji Malek Razak bin Sulaiman serta barisan kepimpinan tertinggi ATM dan Kementerian Pertahanan.

03/09/2026

π‘πŒπ€π… π…πˆπ‘π„ & 𝐑𝐄𝐒𝐂𝐔𝐄 π„π—π„π‘π‚πˆπ’π„ πŸπŸŽπŸπŸ” (π‘πŒπ€π… π…πˆπ‘π„π— πŸπŸ”)

12 PASUKAN. 1 BAKAL JUARA. πŸ†

Selamat Beraksi di RMAF FIREX 26!

π“π”πƒπŒ πŒπ”π‹π€ π‹π€πŠπ’π€ππ€ πŽππ„π‘π€π’πˆ ππ„πŒππ„ππˆπ‡π€π 𝐀𝐖𝐀𝐍 πƒπˆ π’π€π‘π€π–π€πŠKUCHING, 3 September 2026 – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) har...
03/09/2026

π“π”πƒπŒ πŒπ”π‹π€ π‹π€πŠπ’π€ππ€ πŽππ„π‘π€π’πˆ ππ„πŒππ„ππˆπ‡π€π 𝐀𝐖𝐀𝐍 πƒπˆ π’π€π‘π€π–π€πŠ

KUCHING, 3 September 2026 – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) hari ini menggerakkan pesawat C-130H dari No 14 Skuadron bagi melaksanakan Operasi Pembenihan Awan (OPA) Siri 3/2026 di Sarawak dalam usaha membantu meningkatkan simpanan air di empangan dan kawasan tadahan, selain mengurangkan kesan jerebu yang berlaku ketika ini.

Operasi yang berlangsung sehingga 5 September 2026 ini dilaksanakan secara bersepadu bersama Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), dengan sasaran awal memberi tumpuan kepada kawasan Batang Ai sebelum diperluaskan ke Murum dan Bakun, tertakluk kepada kesesuaian formasi awan serta keadaan atmosfera.

Pesawat C-130 yang berpangkalan di Pangkalan Udara Labuan membawa empat tangki khas larutan air garam untuk proses pembenihan awan dan dikendalikan oleh Mej Owi Wei Lunn TUDM selaku juruterbang serta Kapt Muhammad Amirul Faisall TUDM selaku pembantu juruterbang.

TUDM kekal komited mengoperasikan aset udara sebilang masa diperlukan dalam mendukung usaha kerajaan serta membantu masyarakat menghadapi cabaran cuaca yang berlaku.

ππ€ππ†π‹πˆπŒπ€ πŽππ„π‘π€π’πˆ 𝐔𝐃𝐀𝐑𝐀 π“π„π‘πˆπŒπ€ πŠπ”ππ‰π”ππ†π€π π‡πŽπ‘πŒπ€π“ ππ„ππ€π’πˆπ‡π€π“ 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐇𝐀𝐍𝐀𝐍 π’πˆππ†π€ππ”π‘π€ πŠπ„ πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€SUBANG, 3 Sep 26 – Panglima Ope...
03/09/2026

ππ€ππ†π‹πˆπŒπ€ πŽππ„π‘π€π’πˆ 𝐔𝐃𝐀𝐑𝐀 π“π„π‘πˆπŒπ€ πŠπ”ππ‰π”ππ†π€π π‡πŽπ‘πŒπ€π“ ππ„ππ€π’πˆπ‡π€π“ 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐇𝐀𝐍𝐀𝐍 π’πˆππ†π€ππ”π‘π€ πŠπ„ πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€

SUBANG, 3 Sep 26 – Panglima Operasi Udara, Leftenan Jeneral Dato’ Masro bin Kaliwon TUDM telah menerima kunjungan hormat daripada Penasihat Pertahanan Singapura ke Malaysia yang baharu, Colonel Ong Zi Xuan bertempat di Markas Pemerintahan Operasi Udara (MPOU) hari ini.

Colonel Ong Zi Xuan telah mengambil alih tugas daripada Colonel Dean Tan pada 12 Dis 25 yang lalu.

Kunjungan hormat ini merupakan satu usaha yang jelas dari kedua-dua negara dalam memperkukuh hubungan diplomasi pertahanan yang telah terjalin sekian lama.

Secara umumnya, kunjungan hormat ini telah membuka ruang dan peluang kepada Malaysia dan Singapura dalam menjalin kerjasama yang lebih erat dalam bidang strategik dan pertahanan bagi mengekalkan keamanan di rantau ini.

πŸƒβ€β™€οΈβœˆοΈ LIMA RUN 2026! πŸƒβ€β™‚οΈSpecial rate for LIMA partners & stakeholders! πŸŽ‰πŸ“… 25 October 2026πŸ“ Dataran DBKL, Kuala LumpurπŸ”₯...
03/09/2026

πŸƒβ€β™€οΈβœˆοΈ LIMA RUN 2026! πŸƒβ€β™‚οΈ

Special rate for LIMA partners & stakeholders! πŸŽ‰

πŸ“… 25 October 2026
πŸ“ Dataran DBKL, Kuala Lumpur

πŸ”₯ SPECIAL RATE
πŸ… 5KM β€” RM35
πŸ… 7KM β€” RM45

🎟️ Use promo code: LR2026CORP

Bring your colleagues, friends & team along and be part of the run towards LIMA 2027! ✈️

See you at the starting line! 🏁

Lima2027

𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 π‘π€π’πŒπˆ 𝐃𝐀𝐍 ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ π‹πˆππ€π“ 𝐔𝐑𝐔𝐒 π’π“π‘π€π“π„π†πˆπŠ πŠπ„ππˆπŒππˆππ€π π“π”πƒπŒ 𝐒𝐄𝐑𝐓𝐀 πŒπ€ππ“π€π ππ€ππ†π‹πˆπŒπ€ 𝐓𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐀 𝐔𝐃𝐀𝐑𝐀 πŠπ„ 𝐍𝐎 𝟏𝟏 π’πŠπ”π€πƒπ‘πŽπLABU...
03/09/2026

𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 π‘π€π’πŒπˆ 𝐃𝐀𝐍 ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ π‹πˆππ€π“ 𝐔𝐑𝐔𝐒 π’π“π‘π€π“π„π†πˆπŠ πŠπ„ππˆπŒππˆππ€π π“π”πƒπŒ 𝐒𝐄𝐑𝐓𝐀 πŒπ€ππ“π€π ππ€ππ†π‹πˆπŒπ€ 𝐓𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐀 𝐔𝐃𝐀𝐑𝐀 πŠπ„ 𝐍𝐎 𝟏𝟏 π’πŠπ”π€πƒπ‘πŽπ

LABUAN, 2 September 2026 – Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Haji Muhamad Norazlan bin Aris TUDM telah mengetuai Lawatan Rasmi dan Program Libat Urus Strategik ke No 11 Skuadron di Pangkalan Udara Labuan.

Lawatan tersebut turut disertai oleh Timbalan Panglima Tentera Udara, Leftenan Jeneral Dato’ Sri Nur Hafis bin Abdul Karim TUDM; Panglima Operasi Udara, Leftenan Jeneral Dato’ Masro bin Kaliwon TUDM; Panglima Pendidikan dan Latihan Udara, Leftenan Jeneral Dato’ Sri Muhammad Tarminzi bin Haji Mustapha TUDM; Panglima Bantuan Udara, Mejar Jeneral Dato’ Ahmad Khusairi bin Ahmad Fadli TUDM; serta Panglima Wilayah Udara 2, Mejar Jeneral Dato’ Haji Norli Hisham bin Alwi TUDM.

Turut hadir ialah mantan-mantan Panglima Tentera Udara, iaitu Marsyal Muda Udara Tan Sri Sulaiman bin Sujak (Bersara); Leftenan Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Haji Mohd Yunus bin Mohd Tasi TUDM (Bersara); Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Abdullah @ Dollah bin Ahmad TUDM (Bersara); Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Nik Ismail bin Nik Mohamed TUDM (Bersara); Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Rodzali bin Daud TUDM (Bersara); Jeneral Tan Sri Ackbal bin Haji Abdul Samad TUDM (Bersara); serta Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM (Bersara).

Sepanjang lawatan, rombongan telah menyaksikan demonstrasi pengoperasian pesawat ANKA dan meninjau pameran statik pesawat berkenaan. Rombongan turut diberikan pendedahan mengenai pengoperasian sistem tersebut menerusi demonstrasi penerbangan di Ground Control System (GCS), simulator serta demonstrasi keupayaan di Data Exploitation Centre (DEC).

Program diteruskan dengan tayangan video montaj mengenai sejarah dan evolusi keupayaan Intelligence, Surveillance and Reconnaissance (ISR) TUDM serta lawatan ke Galeri Sejarah dan Evolusi Keupayaan ISR.

No 11 Skuadron mencatat satu lagi lembaran penting dalam sejarah pemodenan TUDM apabila penerbangan pertama pesawat ANKA-S berjaya dilaksanakan di Pangkalan Udara Labuan pada 4 April 2026. Pengoperasian rasmi aset UAS kategori Medium Altitude Long Endurance (MALE) ANKA-S kemudiannya dilancarkan pada 16 Jun 2026.

Pengoperasian aset tersebut memperkukuh keupayaan TUDM dalam melaksanakan misi perisikan, pengawasan dan peninjauan secara berterusan serta meningkatkan pemantauan di perairan negara dan kawasan strategik khususnya di Sabah dan Sarawak.

Lawatan ini juga menjadi wadah penting dalam mempertemukan barisan kepimpinan tertinggi TUDM dengan mantan-mantan Panglima Tentera Udara, di samping berkongsi pandangan dan pengalaman mengenai evolusi keupayaan ISR serta hala tuju pembangunan kuasa udara negara. Kehadiran para mantan turut mencerminkan kesinambungan legasi kepimpinan TUDM dalam mendukung usaha transformasi dan pemodenan organisasi bagi menghadapi persekitaran keselamatan masa hadapan.

PENGLIBATAN TRED KAWALAN LALU LINTAS UDARA (KLLU) DARI UNIT-UNIT AIR TRAFFIC CONTROL (ATC) DAN BAHAGIAN A6 - COMMUNICATI...
02/09/2026

PENGLIBATAN TRED KAWALAN LALU LINTAS UDARA (KLLU) DARI UNIT-UNIT AIR TRAFFIC CONTROL (ATC) DAN BAHAGIAN A6 - COMMUNICATION AND INFORMATION SYSTEM (CIS) DALAM SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN 2026 DI PUTRAJAYA, MELAKA, PERAK, PAHANG, TERENGGANU, KEDAH DAN PULAU PINANG

Pegawai dan anggota KLLU dari unit-unit ATC menggalas peranan utama bersama Flypast Controller sebagai pengemudi ruang udara sepanjang persembahan udara yang merupakan acara kemuncak Sambutan Hari Kebangsaan 2026. Kepakaran Tred KLLU dan Flypast Controller membolehkan penyelarasan pergerakan pelbagai aset udara dilakukan secara tepat dan selamat di ruang udara Putrajaya serta negeri-negeri yang terlibat.

Bagi memastikan kelancaran tugasan kritikal ini, Bahagian A6 - Communication and Information System (CIS) bertindak sebagai tulang belakang bagi penyediaan perkhidmatan komunikasi udara dan darat yang lancar dan berterusan antara pesawat dengan Flypast Controller. Sinergi ini menjadi kunci utama bagi kecekapan pengurusan ruang udara sepanjang sambutan ini.

INGIN MENJADI SEBAHAGIAN DARIPADA WIRA UDARA!!!!Jika anda seorang anak muda yang berani menyahut cabaran, berdisiplin da...
02/09/2026

INGIN MENJADI SEBAHAGIAN DARIPADA WIRA UDARA!!!!

Jika anda seorang anak muda yang berani menyahut cabaran, berdisiplin dan mahu berbakti kepada negara, inilah peluang untuk membina masa depan bersama Tentera Udara Diraja Malaysia.

Permohonan dibuka kepada belia LELAKI dan WANITA yang memenuhi syarat kemasukan seperti berikut:

πŸ“Œ SYARAT ASAS

βœ… Warganegara Malaysia
βœ… Berumur antara 18 hingga 25 tahun
βœ… Ketinggian minimum:
β€’ Lelaki – 162 cm
β€’ Wanita – 157 cm
βœ… BMI antara 18.0 hingga 25.0
βœ… Tidak berkahwin bagi calon wanita
βœ… Lulus dan memiliki sijil SPM/SVM

πŸ—“οΈ TARIKH PENDAFTARAN

Pendaftaran dibuka mulai 28 Ogos 2026.

πŸ”Ή Calon Semenanjung: 10 Oktober 2026
πŸ”Ή Calon Sabah dan Sarawak: 27 September 2026

Address

Jalan Padang Tembak
Kuala Lumpur
50634

Telephone

+60340170057

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Tentera Udara Diraja Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Tentera Udara Diraja Malaysia:

Shortcuts

Share