Balai Seni Negara

Balai Seni Negara Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara (LPSVN)
(1039)

Menjadi Pusat Terunggul Pengembangan Serta Pengump**an Hasil Seni Visual Tanah Air dan Pemegang Amanah Warisan Seni Negara

Kemerdekaan bukan sekadar detik untuk diraikan, tetapi adalah amanah dan hadiah yang tidak ternilai hasil pengorbanan ge...
31/08/2026

Kemerdekaan bukan sekadar detik untuk diraikan, tetapi adalah amanah dan hadiah yang tidak ternilai hasil pengorbanan generasi terdahulu.

Hari ini, kita berdiri sebagai rakyat Malaysia dalam sebuah negara yang kaya dengan kepelbagaian bangsa, agama, bahasa dan budaya. Inilah sumber kekuatan kita. Kepelbagaian menyatukan, toleransi mengukuhkan dan semangat perpaduan mampu mempertahankan Malaysia.

Jangan biarkan perbezaan menjadi tembok. Jangan biarkan kebencian meruntuhkan apa yang telah kita bina bersama. Selagi kita memilih untuk saling menghormati, saling menjaga dan berdiri bersama, Malaysia akan terus gagah melangkah ke hadapan.

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan 2026! - “Malaysia MADANI, Kesejahteraan Dinikmati"





Balai Seni Negara merakamkan penghargaan atas kunjungan rasmi delegasi Persatuan Pegawai-Pegawai Perkhidmatan Kehakiman ...
29/08/2026

Balai Seni Negara merakamkan penghargaan atas kunjungan rasmi delegasi Persatuan Pegawai-Pegawai Perkhidmatan Kehakiman Dan Perundangan (JALSOA) ke Balai Seni Negara pada 29 Ogos 2026.

Kunjungan ini bertujuan mengeratkan hubungan dan mengukuhkan kefahaman tentang peranan Balai Seni Negara sekaligus memberi perspektif baharu kepada ahli JALSOA tentang kepentingan seni visual dalam memacu perkembangan negara.

Delegasi ini diketuai oleh YBhg. Dato’ Norazmi bin Mohd Narawi, Presiden JALSOA dan disantuni oleh YBhg. Professor Emeritus Dr Krishna Gopal Rampal, Ahli Lembaga, Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara dan YBrs. Puan Rohana Mohd Yusof, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Balai Seni Negara serta kurator dan pegawai Balai Seni Negara.

Balai Seni Negara merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kunjungan ini.





26/08/2026

RANGKUMAN HARI TERBUKA PUSTAKA IMAGINASI

Meriah dan penuh inspirasi! “Hari Terbuka Pustaka Imaginasi” anjuran Balai Seni Negara telah berlangsung dengan jayanya pada 22 Ogos 2026 (Sabtu).

Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan, antaranya Pertandingan Bercerita, Pertandingan Deklamasi Puisi, Sembang Santai Buku serta pelbagai Reruai Jualan Buku dan Produk Seni Kreatif.

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang pertandingan yang di sertai oleh pelbagai sekolah diseluruh Malaysia. Syabas juga kepada semua peserta atas semangat, bakat dan komitmen yang ditunjukkan.

Balai Seni Negara turut merakamkan setinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada RAKAN KERJASAMA yang membantu menjayakan program ini antaranya:

* Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS)
* Selangor Fruit Valley (SFV)
* Gardenia
* Dermally
* AEON Bank
* Lemonjar Software Media Sdn. Bhd.
* Access Dunia

Kita bertemu lagi dilain masa. Terima kasih!





Sedang mencari aktiviti menarik pada September ini? Jom terokai seni urban di KotaJail!Graff For Nation 2.0 bertemakan “...
26/08/2026

Sedang mencari aktiviti menarik pada September ini? Jom terokai seni urban di KotaJail!

Graff For Nation 2.0 bertemakan “Greeting Malaysia” akan berlangsung pada 25–27 September 2026 bertempat di KotaJail, Johor, dengan kerjasama KotaJail, Tourism Johor, MBJB, District Shop & Gallery, ChopShop, WriterBlocks, Crossover, Guerilla Familia dan MagadMalaysia.

Selepas penganjuran sulung pada tahun 2024, GFN 2.0 kembali dengan menghimpunkan 30 peserta dari 6 negara iaitu Malaysia, Singapura, Indonesia, Filipina, Thailand dan Itali. Ia menjadi ruang untuk para peserta berkarya, berkongsi ilmu dan membina jaringan melalui seni urban, di samping membuka peluang kepada seniman dan pereka tempatan untuk berinteraksi dengan komuniti kreatif antarabangsa.

Bukan sekadar seni graffiti, GFN 2.0 turut menggabungkan pereka tempatan, budaya custom, designer toys dan budaya kopi dalam satu ruang kreatif. Menerusi konsep “Spatial Creative Zone”, KotaJail akan diberi nafas baharu melalui seni dan kreativiti.

Acara ini juga bertujuan untuk menarik minat anak muda dan pelajar untuk mengenali graffiti sebagai satu bentuk ekspresi serta meneroka potensinya dalam bidang kreatif.

Jadi, tandakan kalendar anda dan sertai kami untuk meneroka, merasai pengalaman serta meraikan seni urban Malaysia!

� �

Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1448H kepada seluruh umat Islam. Rasa cinta, kasih dan kekaguman terhadap baginda Nabi ...
25/08/2026

Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1448H kepada seluruh umat Islam.

Rasa cinta, kasih dan kekaguman terhadap baginda Nabi SAW membawa kita mengenang kebijaksanaan dan kehebatan Baginda Rasulullah SAW dalam menyusun strategi menyatukan ummah. Baginda juga mengajar kita erti berkasih sayang, hormat menghormati serta sikap toleransi yang tinggi.

Jadikanlah akhlak Baginda sebagai panduan dalam kehidupan kita seharian. Semoga dari itu, terlahirlah hambaNYA yang sentiasa amanah dalam melaksanakan tugasan, bersikap adil dalam membuat tindakan dan penuh hikmah dalam membuat keputusan.

Semoga kita terus meneladani akhlak dan sunnah Baginda Rasulullah SAW. Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

“MADANI Dihayati, Ummah Diberkati”





22/08/2026

CINTA BUATAN MALAYSIA

Sebuah acara sokongan kepada pameran seni CINTA BUATAN MALAYSIA yang sedang berlangsung di Balai Seni Negara.

Satu hujung minggu untuk meraikan seni, kreativiti, budaya dan karya tempatan melalui pelbagai aktiviti untuk semua.

🎨 Bengkel Seni
💬 Bicara Seni
🎭 Persembahan Seni
🛍️ Art Market
🍴 Artisan Food Market
✨ Dan pelbagai lagi!

📍 Balai Seni Negara, Kuala Lumpur
📅 5 & 6 September 2026
🕘 9.00 pagi – 5.00 petang

Datang untuk melihat seni.
Datang untuk mencuba.
Datang untuk menikmati.
Dan paling penting datang untuk meraikan apa yang kita buat di Malaysia. 🇲🇾❤️

CINTA BUATAN MALAYSIA
Celebrating Art. Creativity. Culture. Made in Malaysia.

Save the date.
5 & 6 September 2026.

Sedang mencari aktiviti menarik pada September ini? Jom terokai seni urban di KotaJail!Graff For Nation 2.0 bertemakan “...
20/08/2026

Sedang mencari aktiviti menarik pada September ini? Jom terokai seni urban di KotaJail!

Graff For Nation 2.0 bertemakan “Greeting Malaysia” akan berlangsung pada 25–27 September 2026 bertempat di KotaJail, Johor, dengan kerjasama KotaJail, Tourism Johor, MBJB, District Shop & Gallery, ChopShop, WriterBlocks, Crossover, Guerilla Familia dan MagadMalaysia.

Selepas penganjuran sulung pada tahun 2024, GFN 2.0 kembali dengan menghimpunkan 30 peserta dari 6 negara iaitu Malaysia, Singapura, Indonesia, Filipina, Thailand dan Itali. Ia menjadi ruang untuk para peserta berkarya, berkongsi ilmu dan membina jaringan melalui seni urban, di samping membuka peluang kepada seniman dan pereka tempatan untuk berinteraksi dengan komuniti kreatif antarabangsa.

Bukan sekadar seni graffiti, GFN 2.0 turut menggabungkan pereka tempatan, budaya custom, designer toys dan budaya kopi dalam satu ruang kreatif. Menerusi konsep “Spatial Creative Zone”, KotaJail akan diberi nafas baharu melalui seni dan kreativiti.

Acara ini juga bertujuan untuk menarik minat anak muda dan pelajar untuk mengenali graffiti sebagai satu bentuk ekspresi serta meneroka potensinya dalam bidang kreatif.

Jadi, tandakan kalendar anda dan sertai kami untuk meneroka, merasai pengalaman serta meraikan seni urban Malaysia!

—————

Looking for something different to do this September? Come and experience urban art at KotaJail!

Graff For Nation 2.0, with the theme “Greeting Malaysia,” will take place from 25–27 September 2026 at KotaJail, Johor, in partnership with KotaJail, Tourism Johor, MBJB, District Shop & Gallery, ChopShop, WriterBlocks, Crossover, Guerilla Familia and MagadMalaysia.

Following its first edition in 2024, GFN 2.0 returns with 30 participants from 6 countries, including Malaysia, Singapore, Indonesia, Philippines, Thailand and Italy. The event provides a space for participants to create, exchange knowledge and build connections through urban art, while giving local artists and designers opportunities to engage with the international creative community.

More than just graffiti, GFN 2.0 brings together local designers, custom culture, designer toys and coffee culture in one creative space. Through the “Spatial Creative Zone” concept, KotaJail will be given a new breath of life through art and creative activities.

The event also aims to encourage young people and students to discover graffiti as a form of expression and explore its potential within the creative industry.

So, mark your calendar and join us to discover, experience and celebrate Malaysia’s urban art scene!
� � �

HARI TERBUKA PUSTAKA IMAGINASI 2026Sempena “Hari Terbuka Pustaka Imaginasi 2026”, orang ramai berpeluang untuk lebih men...
19/08/2026

HARI TERBUKA PUSTAKA IMAGINASI 2026

Sempena “Hari Terbuka Pustaka Imaginasi 2026”, orang ramai berpeluang untuk lebih mengenali peranan Pustaka Imaginasi melalui pelbagai aktiviti menarik yang disediakan, antaranya:

- Pertandingan Bercerita
- ⁠Pertandingan Deklamasi Puisi
- ⁠Sembang Santai Buku
- ⁠Reruai Jualan Buku dan Produk Seni Kreatif
- ⁠Aktiviti santai buat seisi keluarga

Kunjungilah Pustaka Imaginasi bersama keluarga dan rakan-rakan pada:

📅 22 Ogos 2026 (Sabtu)
⏰ 9.00 pagi – 5.00 petang
📍 Pustaka Imaginasi, Balai Seni Negara

Balai Seni Negara mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Rakan PENAJA yang sudi bekerjasama menjayakan Hari Terbuka Pustaka Imaginasi 2026 nanti:

* Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS)
* Selangor Fruit Valley (SFV)
* Gardenia
* Dermally
* AEON Bank
* Lemonjar Software Media Sdn. Bhd.
* Access Dunia

Sokongan yang diberikan amat bermakna dalam menjayakan program ini. Terima kasih kerana bersama-sama menyokong usaha dalam memperkasa seni, ilmu dan kreativiti.

Jangan lepaskan peluang untuk bersama-sama memeriahkan Hari Terbuka Pustaka Imaginasi 2026. Masuk adalah PERCUMA!

Maklumat lanjut:
https://linktr.ee/pustakaimaginasi







18/08/2026

Datang ke Balai Seni Negara tapi tengok galeri saja?

Rupanya, ada satu lagi ruang menarik yang mungkin anda belum pernah terokai iaitu Pustaka Imaginasi!

Sebagai pusat sumber Balai Seni Negara, Pustaka Imaginasi berperanan sebagai enjin intelektual dan salah satu rujukan utama dalam bidang kuratorial dan seni visual di Malaysia. Di sini, anda boleh menemui pelbagai koleksi dan bahan rujukan untuk menambah pengetahuan dan mendapatkan inspirasi.

Jika anda merupakan PELUKIS yang aktif p**a, jangan lepaskan peluang untuk mendaftar maklumat terkini tentang diri anda dengan membawa dokumen berkaitan seperti profil artis, keratan akhbar, sijil-sijil penyertaan pameran, katalog pameran atau apa sahaja maklumat penting untuk didokumentasikan sebagai rujukan. Pegawai Pustaka Imaginasi akan membantu anda.

Ayuh singgah ke Pustaka Imaginasi. Kami sedia meraikan anda.

Masuk adalah PERCUMA!





13/08/2026

Address

Jalan Temerloh
Kuala Lumpur
53200

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Telephone

+60340267000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Balai Seni Negara posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Balai Seni Negara:

Shortcuts

Share