03/09/2026
LAWATAN YAB MENTERI BESAR TERENGGANU KE PAVILION TERENGGANU
Pavilion Terengganu berbesar hati menerima kunjungan YAB Dato' Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar, Menteri Besar Terengganu dalam satu lawatan ke Pavilion Terengganu.
Kunjungan ini turut menjadi ruang untuk melihat dengan lebih dekat pelbagai produk, hasil pertanian, agro makanan serta keunikan identiti Terengganu yang diketengahkan sepanjang penganjuran MAHA 2026.
Terima kasih YAB Dato' Seri atas kesudian meluangkan masa berkunjung ke Pavilion Terengganu.
Terengganu — Kaya Dengan Warisan, Subur Dengan Potensi! 🌾✨