13/08/2026
πππππππ πππππππππ πππππππ πππππππ ππππππ ππππππ πππππ πππππππππ ππππ ππππππππ ππππππ ππππππ ππππππ πππππ
Padang Terap, 13 Ogos 2026 β Program Briskwalk Bersama Pegawai Daerah Padang Terap Merangkap Yang Dipertua Majlis Daerah Padang Terap telah berlangsung dengan penuh semangat dan kebersamaan warga kerja di Pejabat Daerah dan Tanah Padang Terap.
Program dimulakan dengan Perhimpunan Pagi, diikuti nyanyian lagu Negaraku dan Allah Selamat Sultan sebagai penghayatan terhadap semangat patriotisme serta kecintaan kepada negeri. Majlis kemudiannya diteruskan dengan amanat oleh YBrs. Tuan Mohd Noor bin Ismail, Pegawai Daerah Padang Terap merangkap Yang Dipertua Majlis Daerah Padang Terap.
Dalam amanatnya, YBrs. Tuan Pegawai Daerah menekankan kepentingan membudayakan persekitaran kerja yang positif, harmoni dan berdaya saing, di samping melaksanakan setiap amanah dan tanggungjawab dengan penuh komitmen, integriti serta profesionalisme.
Warga kerja turut diseru agar sentiasa bersikap terbuka dalam mendepani perubahan, ujian dan cabaran dalam melaksanakan tugas, serta menjadikan setiap cabaran sebagai ruang untuk memperkukuh keupayaan diri dan meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat.
Dalam masa yang sama, aspek kesejahteraan dan kesihatan warga kerja turut diberi penekanan. Amalan gaya hidup aktif bukan sahaja menyumbang kepada kecergasan fizikal, malah dapat membantu membentuk minda yang lebih positif, meningkatkan produktiviti serta mengeratkan hubungan kerja dalam kalangan warga organisasi.
Sejurus selesai amanat, program diteruskan dengan aktiviti briskwalk yang disulami elemen gotong-royong, dengan warga kerja bersama-sama mengutip sampah di sepanjang laluan menuju ke Kediaman Rasmi Pegawai Daerah Padang Terap. Aktiviti ini bukan sahaja menggalakkan amalan hidup sihat, malah menyemai rasa tanggungjawab bersama terhadap kebersihan dan kelestarian persekitaran.
Program seumpama ini mencerminkan komitmen Pejabat Daerah dan Tanah Padang Terap dalam membudayakan organisasi yang sihat, positif, inklusif dan berorientasikan kesejahteraan warga kerja, selaras dengan usaha memperkukuh semangat kerja berpasukan serta penyampaian perkhidmatan yang berkualiti kepada rakyat.
Turut hadir ialah Puan Mastura binti Sapifee, Ketua Penolong Pegawai Daerah Kanan (Pengurusan Tanah); Encik Muhammad Farhaan bin Haji Fadzil, Penolong Pegawai Daerah (Pengurusan Daerah); Puan Aqilah binti Abu Hasan Afandi, Penolong Pegawai Daerah (Pentadbiran dan Kewangan) serta Penghulu-Penghulu Mukim Daerah Padang Terap.