28/04/2026
๐๐๐๐๐๐: ๐๐.๐๐.๐๐๐๐ | ๐๐๐๐๐๐
๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ (๐๐๐) ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐
Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Majlis Penyampaian Sijil Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) bagi Perkhidmatan Awam Negeri Kedah Negeri, bertempat di Dewan Seri Mentaloon.
Majlis penuh bermakna ini telah disempurnakan oleh โSetiausaha Kerajaan Negeri Kedah, YB Datoโ Seri Haji Norizan bin Khazali.
Hadir sama Pegawai Kewangan Negeri Kedah, Datoโ Dr. Nadzman Mustaffa; Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan), Datoโ Mohd Fauzi Mustaffa; Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan), Datoโ Muhamad Mahazi Ibrahim serta Setiausaha Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), Sharhida Nazuha Saad.
Turut hadir Pengarah JKR Negeri Kedah, Tuan Ir. Mohd Fisal bin Ismail.
Seramai 363 orang penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Perkhidmatan Awam Negeri Kedah Tahun 2025 yang terdiri daripada 13 orang Pegawai Tadbir Negeri serta 350 orang pegawai dan kakitangan Perkhidmatan Awam Negeri Kedah dari pelbagai Jabatan.
Pengiktirafan ini diberikan sebagai tanda penghargaan atas jasa, komitmen dan dedikasi tinggi dalam menyampaikan perkhidmatan terbaik sepanjang tempoh perkhidmatan.
Tahniah kepada penerima APC JKR Padang Terap / Pokok Sena:
โข Tuan Ir. Ts. Shamsul bin Abd Manaf
โข En. Absyarizat bin Abdul Wahab
โข Pn. Nurul Atikah binti Mohamad Yusri
โข En. Mohamad Zulfaqar Syafiq bin Zainal Annuar
โข En. Ariff Farhan bin Zainal Abidin
โข En. Sabri bin Mohd Shukri
Semoga pengiktirafan ini menjadi inspirasi untuk terus melakar kecemerlangan serta berkhidmat dengan terbaik demi rakyat dan Negeri Kedah.
Kementerian Kerja Raya Malaysia
Jabatan Kerja Raya Malaysia ( Public Works Department )
JKR Kedah