24/03/2026
UCAPAN SELAMAT HARI ULANG TAHUN PERTAHANAN AWAM (HUTPA) KALI KE-74 TAHUN 2026
YAS KPj. (PA) Mohammad Abiddin bin Abd Rahman, Ketua Pesuruhjaya Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) ingin mengucapkan Selamat Hari Ulang Tahun Pertahanan Awam (HUTPA) Kali Ke-74 Tahun 2026 kepada seluruh warga kerja APM di seluruh Malaysia.
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) telah ditubuhkan sejak tahun 1952 dan mempunyai jutaan anggota sukarela. APM kini bukan sahaja terlibat dalam tugas menyelamat dan bantuan kecemasan, malah menjadi barisan hadapan dalam mendidik masyarakat mengenai kesiapsiagaan menghadapi krisis.
Sambutan Hari Ulang Tahun Pertahanan Awam (HUTPA) Kali Ke-74 disambut pada 24 Mac setiap tahun sebagai satu acara tahunan utama dan penting buat seluruh warga kerja APM.
Semoga tema pada tahun ini dapat mencerminkan peranan APM dalam memperkukuh semangat kesukarelaan dan keselamatan rakyat sebagai teras pembangunan negara selari dengan aspirasi Malaysia MADANI.
βAPM NADI KESIAPSIAGAAN MASA HADAPANβ
Zahid Hamidi
Mustapha Sakmud
Jabatan Perdana Menteri
**