02/09/2026
PENCEGAHAN HARI INI, KESELAMATAN HARI ESOK🔥
Kebakaran boleh berlaku pada bila-bila masa, namun risikonya boleh dikurangkan melalui pencegahan, penyelenggaraan dan kesiapsiagaan yang berterusan.
Antara langkah penting yang perlu diberi perhatian ialah memastikan pendawaian elektrik sentiasa selamat, mengelakkan soket terlebih beban, mematikan peralatan elektrik selepas digunakan, mengawal penyimpanan bahan mudah terbakar serta memastikan laluan kecemasan sentiasa bebas daripada halangan.
Pada masa yang sama, pastikan alat pemadam api dan sistem penggera kebakaran berfungsi, pintu keluar kecemasan mudah digunakan serta latihan pengungsian dilaksanakan secara berkala.
🏫 Sekolah Selamat, Warga Terlindung
🔥 Cegah Kebakaran, Selamatkan Nyawa dan Harta Benda
Sekiranya berlaku kecemasan, hubungi 999.
JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA NEGERI SABAH
CEPAT DAN MESRA