Majlis Daerah Kuala Penyu, Sabah, Malaysia

Majlis Daerah Kuala Penyu, Sabah, Malaysia Media Sosial Rasmi Majlis Daerah Kuala Penyu MOTTO : Memperkasa Daerah Ke arah Pembangunan.

VISI : Membentuk Daerah Kuala Penyu Berdaya Saing, Bersih dengan membudayakan Pembangunan Secara Mampan dan Inovatif. MISI : Merancang, Mengurus, Mengawal Selia dan Menyediakan Perkhidmatan yang Cekap ke arah Kemakmuran dan Kesejahteraan Masyarakat.

11.8.2026 (Selasa) - TURUN PADANG, PEGAWAI EKSEKUTIF MDKPPuan Norliza meluangkan masa untuk meninjau sendiri prestasi pr...
12/08/2026

11.8.2026 (Selasa) - TURUN PADANG, PEGAWAI EKSEKUTIF MDKP

Puan Norliza meluangkan masa untuk meninjau sendiri prestasi projek pembangunan yang sedang dilaksanakan di Daerah Kecil Menumbok. Beliau yang diiringi Penolong Jurutera, Penolong Akauntan serta beberapa kakitangan lain melawat tapak projek bagi rumah PPKB, Dewan Masyarakat Menumbok serta Pasar Am Mempakul. Dalam kesempatan ini beliau turut melawat pejabat cawangan Majlis Daerah Kuala Penyu di Pekan Menumbok.

31/7/2026, Jumaat - PROGRAM 4 DALAM 1 MDKPBertempat di GEM Hotel Beaufort, Majlis Daerah Kuala Penyu telah mengadakan 4 ...
03/08/2026

31/7/2026, Jumaat - PROGRAM 4 DALAM 1 MDKP

Bertempat di GEM Hotel Beaufort, Majlis Daerah Kuala Penyu telah mengadakan 4 program serentak iaitu Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, Persaraan Kakitangan, Perpisahan dan Menyambut Kehadiran Pegawai Eksekutif MDKP. Program ini telah dirasmikan oleh Pegawai Daerah Kuala Penyu mewakili YB ADUN N33 Kuala Penyu Merangkap Pembantu Menteri Kerja Raya Sabah yang tidak dapat hadir disebabkan tugas rasmi di Kota Kinabalu.

29/6/2026, Rabu - MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN KURSUS KEMAHIRAN BAGI GRED 1 JAWATAN JABATAN (DEPARTMENTAL POST) PIHAK BERK...
29/07/2026

29/6/2026, Rabu - MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN KURSUS KEMAHIRAN BAGI GRED 1 JAWATAN JABATAN (DEPARTMENTAL POST) PIHAK BERKUASA TEMPATAN TAHUN 2026

Majlis penutupan ini diadakan sempena kursus yang telah berlangsung selama 3 hari bermula 27 hingga 29 Jun 2026 bertempat di Dewan Nabalu, Wisma Innoprise Kota Kinabalu. Kursus ini merupakan anjuran Majlis Daerah Kuala Penyu bersama Kementerian Kerajaan Tempatan Dan Perumahan Sabah dan Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah. Melibatkan 35 orang peserta dari 13 buah PBT. Sesi ceramah diberikan oleh Pegawai-Pegawai Kanan Kementerian mencakupi bidang Perundangan, Pelesenan, Pengurusan Kewangan dan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam Negeri Sabah.

Majlis perasmian penutupan ini telah disempurnakan oleh Ybhg. Datuk Jumain Abd. Ghani, Setiausaha Tetap Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah. Dalam ucapan perasmian beliau telah mengingatkan seluruh anggota PBT untuk menjaga integriti dan kualiti penyampaian perkhidmatan.

28/7/2026, Selasa - MESYUARAT PENUH BIL.3 MAJLIS DAERAH KUALA PENYU DAN MAJLIS SERAH TERIMA TUGAS PEGAWAI EKSEKUTIF MDKP...
29/07/2026

28/7/2026, Selasa - MESYUARAT PENUH BIL.3 MAJLIS DAERAH KUALA PENYU DAN MAJLIS SERAH TERIMA TUGAS PEGAWAI EKSEKUTIF MDKP.

Hadir dalam mesyuarat ini adalah YB Datuk Limus bin Jury, Pembantu Menteri Kerja Raya Sabah merangkap ADUN N.33 Kuala Penyu. Kemudiannya beliau turut menyaksikan Serah Terima Tugas Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Kuala Penyu. Puan Norliza binti Shafie akan manggalas tanggungjawab sebagai Pegawai Eksekutif di Majlis Daerah Kuala Penyu manakala En. John bin Genchit p**a akan bepindah ke Majlis Daerah Beaufort Berkuatkuasa 1 Ogos 2026.

Sebelum itu beliau menyerahkan watikah pelantikan kepada Pn Linda Anthony sebagai Ahli Majlis Daerah Kuala Penyu. Dan pada sebelah petang sidang mesyuarat mengadakan lawatan ke Tapak Pembangunan ClubMed Resort bagi mengetahui perkembangan pembangunan yang dijangka mula beroperasi bulan November ini.


⚽️πŸ”₯ AYUH SERTAI PERTANDINGAN PENALTI KARNIVAL USAHAWAN PMKS SABAH 2026! πŸ”₯⚽️Anda yakin dengan ketepatan sepakan penalti a...
21/07/2026

⚽️πŸ”₯ AYUH SERTAI PERTANDINGAN PENALTI KARNIVAL USAHAWAN PMKS SABAH 2026! πŸ”₯⚽️

Anda yakin dengan ketepatan sepakan penalti anda? Inilah masanya untuk membuktikan kehebatan di padang!

πŸ“… 25 Julai 2026 (Sabtu)
πŸ•— 8.00 Pagi
πŸ“ Padang MDKP, Kuala Penyu

πŸ’° Hadiah Menarik Menanti Pemenang!
πŸ₯‡ Johan : RM500
πŸ₯ˆ Naib Johan : RM300
πŸ₯‰ Tempat Ketiga Bersama : RM200
🎁 2 Hadiah Saguhati (Pasukan dengan mata tertinggi)

Terbuka kepada kategori terbuka dan antara jabatan, menjadikan pertandingan ini lebih meriah dan kompetitif. Kumpulkan rakan-rakan, bentuk pasukan anda dan rebut peluang membawa p**ang hadiah wang tunai!

πŸ“ž Pendaftaran & Pertanyaan:
πŸ“± En. Pandeh - 013-8844154
πŸ“± En. Mohd Sarin - 011-15461187
πŸ“± En. Willard - 013-8523552

⚽ Mari beramai-ramai memeriahkan Karnival Usahawan PMKS Sabah 2026 dan tunjukkan siapa jaguh penalti Kuala Penyu!


πŸŽ‰ KARNIVAL USAHAWAN PMKS SABAH 2026 DI KUALA PENYU πŸŽ‰Jom ramai-ramai memeriahkan Karnival Usahawan PMKS Sabah 2026 yang b...
21/07/2026

πŸŽ‰ KARNIVAL USAHAWAN PMKS SABAH 2026 DI KUALA PENYU πŸŽ‰

Jom ramai-ramai memeriahkan Karnival Usahawan PMKS Sabah 2026 yang bakal berlangsung selama 3 hari, bermula 24 hingga 26 Julai 2026 di Dewan Dato Syahbandar Makang, Kuala Penyu.

Pelbagai aktiviti menarik menanti anda, antaranya:
✨ Pameran dan jualan usahawan PMKS
🎀 Persembahan artis jemputan
πŸ† Pelbagai pertandingan dan sukan rakyat
🎁 Cabutan bertuah dengan hadiah menarik
🍽️ Gerai makanan dan minuman
πŸ›οΈ Jualan produk tempatan dan kraftangan

Jangan lepaskan peluang untuk menyokong usahawan tempatan, menikmati pelbagai aktiviti santai bersama keluarga serta berpeluang membawa p**ang hadiah-hadiah menarik.

πŸ“… 24 - 26 Julai 2026
πŸ“ Dewan Dato Syahbandar Makang, Kuala Penyu

πŸ“’ Masuk adalah PERCUMA!


πŸ“’ PERHATIAN USAHAWAN KUALA PENYU & SEKITARNYA!Jangan lepaskan peluang untuk mengembangkan perniagaan anda di Karnival Us...
16/07/2026

πŸ“’ PERHATIAN USAHAWAN KUALA PENYU & SEKITARNYA!

Jangan lepaskan peluang untuk mengembangkan perniagaan anda di Karnival Usahawan PKMS Sabah 2026, Kuala Penyu! πŸŽ‰

πŸ“… Tarikh Pendaftaran Lot: 17 Julai 2026

Inilah peluang terbaik untuk:
βœ… Memperkenalkan produk atau perkhidmatan anda.
βœ… Menambah pelanggan baharu.
βœ… Meningkatkan jualan.
βœ… Mengembangkan rangkaian perniagaan bersama usahawan lain.

πŸ“ Lot adalah terhad! Daftar awal bagi mengelakkan kekecewaan.

πŸ“ž Untuk pertanyaan lanjut atau pendaftaran lot:
πŸ‘€ Kennedy: 017-861 4464
πŸ‘€ Marygrace: 013-862 8391

Ayuh bersama-sama memeriahkan Karnival Usahawan PKMS Sabah 2026 Kuala Penyu. Jumpa anda di sana! 🎊

KUNJUNGAN HORMAT WAKIL CLUB MED DAN GOLDEN SANDS KE MAJLIS DAERAH KUALA PENYUπŸ“… 14 Julai 2026 (Selasa)Majlis Daerah Kuala...
15/07/2026

KUNJUNGAN HORMAT WAKIL CLUB MED DAN GOLDEN SANDS KE MAJLIS DAERAH KUALA PENYU

πŸ“… 14 Julai 2026 (Selasa)

Majlis Daerah Kuala Penyu telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Club Med dan Golden Sands yang diketuai oleh:

β€’ Sebastian Favre
Vice President, Development, Project Management & Construction (South East Asia & Pacific), Club Med

β€’ Rochelle Hung
Club Med's Southeast Asia Development & Expansion Strategy

β€’ Peter Wong Leong Siang
Managing Director, Golden Sands

β€’ Morgan Wong
General Manager, Golden Sands

Delegasi telah disambut oleh wakil daripada Pejabat Daerah Menumbok bersama pegawai-pegawai Majlis Daerah Kuala Penyu.

Kunjungan hormat ini menjadi platform bagi mengeratkan hubungan antara pihak kerajaan dan sektor swasta, di samping bertukar pandangan mengenai potensi pembangunan serta peluang kerjasama yang dapat menyumbang kepada kemajuan daerah Kuala Penyu, khususnya dalam sektor pelancongan, pelaburan dan pembangunan komuniti.

Semoga jalinan kerjasama yang terjalin ini akan membuka lebih banyak peluang strategik demi pembangunan mampan dan kesejahteraan masyarakat setempat.

10/7/2026, Jumaat - HARI SUKAN MAJLIS DAERAH KUALA PENYU (MDKP)Majlis Daerah Kuala Penyu telah menganjurkan Hari Sukan M...
10/07/2026

10/7/2026, Jumaat - HARI SUKAN MAJLIS DAERAH KUALA PENYU (MDKP)

Majlis Daerah Kuala Penyu telah menganjurkan Hari Sukan MDKP yang berlangsung dengan penuh semangat kesukanan, kemeriahan dan semangat berpasukan melibatkan seluruh warga kerja MDKP.

Pelbagai acara telah dipertandingkan sepanjang program berlangsung, antaranya Fun Run, Pertandingan Bola Sepak (Lelaki) serta Pertandingan Badminton Beregu (Perempuan). Penganjuran program ini bukan sahaja bertujuan memupuk gaya hidup sihat, malah mengeratkan hubungan silaturahim, semangat kerjasama serta perpaduan dalam kalangan warga MDKP.

Tahniah diucapkan kepada semua peserta yang telah menunjukkan komitmen, disiplin dan semangat kesukanan yang tinggi sepanjang program berlangsung. Semoga Hari Sukan MDKP menjadi platform untuk terus membudayakan amalan hidup sihat dan memperkukuhkan ukhuwah dalam kalangan warga kerja.

"Sukan Menyatukan Kita, Warga MDKP Cemerlang Bersama."

πŸ½οΈβ™»οΈ GREASE TRAP: KECIL PADA SAIZ, BESAR PADA MANFAAT!Tahukah anda bahawa pemasangan dan penyelenggaraan Grease Trap mer...
10/07/2026

πŸ½οΈβ™»οΈ GREASE TRAP: KECIL PADA SAIZ, BESAR PADA MANFAAT!

Tahukah anda bahawa pemasangan dan penyelenggaraan Grease Trap merupakan salah satu langkah penting dalam memastikan sistem pembetungan berfungsi dengan baik serta mengurangkan pencemaran alam sekitar?

Bagi semua premis makanan, pastikan grease trap dipasang dengan betul dan diselenggara secara berkala bagi mengelakkan pengump**an lemak, minyak dan gris (FOG) yang boleh menyebabkan saluran tersumbat.

βœ… Pasang grease trap sebelum aliran air memasuki sistem pembetungan.
βœ… Bersihkan grease trap secara berkala mengikut kadar penggunaan premis.
βœ… Buang lemak dan sisa makanan ke tempat yang betul.
❌ Jangan buang minyak masak, sisa makanan, tisu atau bahan pepejal ke dalam sinki.

Amalan yang baik bukan sahaja membantu:
🌱 Mengurangkan pencemaran alam sekitar.
🚰 Mengelakkan masalah saluran tersumbat.
πŸ’° Menjimatkan kos penyelenggaraan dan pembaikan.
πŸͺ Meningkatkan tahap kebersihan serta imej premis.

Premis Bersih, Aliran Lancar, Perniagaan Berjaya.
Mari bersama-sama mengamalkan penggunaan dan penyelenggaraan Grease Trap demi persekitaran yang lebih bersih, sihat dan lestari.

Address

Peti Surat 120
Kuala Penyu
89747

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Majlis Daerah Kuala Penyu, Sabah, Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share