24/04/2026
24/04/2025
Menumbuk, Kuala Penyu.
Program Kampung Angkat Madani KPDN 2026.
Tahniah kepada masyarakat Kg. Sekalong kerana terpilih menjadi Kampung Angkat Madani 2026.
Mesyuarat dan lawatan tapak ke Kg Sekalong oleh pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup(KPDN) diketuai oleh Pengarah KPDN cawangan Sabah dan rombongan. Turut hadir Tn. Nelson Domil Ulok, Pegawai Daerah Kuala Penyu,Pn. Hasnita Norzain,Penolong Pegawai Daerah Kecil Menumbok,Tn. Jepinus Kimuin, PPM N.33 Kuala Penyu, Encik Jumat bin Matusin, Ketua Kampung serta pemimpin - pemimpin masyarakat.
Beberapa projek telah dikenalpasti untuk dilaksanakan bagi menaik taraf infrastruktur demi meningkatkan kemudahan serta kesejahteraan masyarakat setempat. Antaranya termasuk kerja-kerja baik pulih jambatan lorong kaki utama Kampung Sekalong serta menaik taraf gelanggang sepak takraw dan bola tampar bagi menyokong penglibatan aktif golongan belia dan beliawanis dalam aktiviti riadah dan sukan.
(KPDN)