22/05/2026
π Raya-Amatan Hospital Kuala Penyu 2026 π
Meriah, berwarna-warni dan penuh semangat muhibah! β¨
Warga Hospital Kuala Penyu memeriahkan sambutan Raya-Amatan Peringkat Hospital yang telah diadakan pada 21 Mei 2026 di Taman Terapeutik Hospital Kuala Penyu.
Pelbagai pertandingan menarik diadakan antaranya:
π Zandi Tavanus
πͺ Mipulos
π§Ί Menganyam Ketupat
π Memakai Samping
π‘ Dekorasi Raya Unit Tercantik
πͺ Booth Raya-Amatan Kreatif
π₯ Video Raya Berkumpulan Terbaik
Booth raya-amatan terbaik dimenangi oleh Unit Pengurusan manakala Video Raya terbaik dimenangi Unit Rehabilitasi (Fisioterapi & Terapi Cara Kerja).
Pertandingan Zandi Tavanus dimenangi Puan Mary Alice Jawatin dari unit pengurusan, manakala pertandingan Mipulos - Encik Amry Ayim dari Unit Radiologi. Pertandingan samping - Ustaz Airulnizam Onong dan pertandingan ketupat - PPF Reiddauz Yusuf.
Majlis ini akan disempurnakan oleh YBrs Tuan Jepinus Kimuin, Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) N.33 Kuala Penyu, mewakili Datuk Limus Jury, ADUN N33 Kuala Penyu.
Majlis juga dimeriahkan dengan kehadiran Ahli Lembaga Pelawat Hospital, yang turut sudi menjadi juri pertandingan-pertandingan yang diadakan.
Sambutan ini bukan sekadar meraikan Aidilfitri dan Pesta Kaamatan, malah menjadi wadah untuk mengeratkan silaturahim, memupuk perpaduan serta menghargai kepelbagaian budaya yang menjadi kekuatan masyarakat kita.