28/10/2025
๐ฅ AUDIT PEMANTAUAN SEMAKAN 1 SISTEM PENGURUSAN KUALITI (QMS) ISO 9001:2015 (PENSIJILAN SIRIM) ๐ฅ
Tarikh: 28 Oktober 2025 (Selasa)
Tempat: Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Penyu
Audit Pemantauan Semakan 1 bagi Sistem Pengurusan Kualiti (QMS) ISO 9001:2015 tahun 2025 telah dijalankan oleh Encik Mohd Nasim bin Zakaria selaku auditor. Turut hadir sebagai pegawai pengiring,TPgB II Mohd Yusaimi bin Zulkifli.
Kehadiran mereka telah disambut oleh PgKB II Hussein bin Abdul (Ketua Zon 2), PPgB Zulhalim bin Abidin (Ketua Balai BBP Kuala Penyu), pegawai-pegawai zon serta seluruh warga BBP Kuala Penyu.
Audit ini menumpukan kepada penilaian tahap kepatuhan terhadap standard ISO 9001:2015, melalui semakan terhadap dokumen, rekod dan pelaksanaan pengurusan kualiti di balai.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua warga BBP Kuala Penyu yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam penyediaan dokumen, rekod serta maklumat sokongan sepanjang proses audit.
Komitmen, disiplin serta kerjasama padu yang ditunjukkan telah memastikan audit berjalan dengan lancar, teratur dan cemerlang.
Audit ini merupakan langkah penting dalam memastikan Sistem Pengurusan Kualiti (QMS) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) terus mengekalkan standard kecemerlangan bertaraf antarabangsa (ISO 9001:2015).
BBP Kuala Penyu akan terus teguh berkomitmen mengekalkan tadbir urus kualiti yang unggul, demi memastikan setiap tindakan, setiap tugasan, dan setiap perkhidmatan mencerminkan kecemerlangan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. ๐ช๐ฅ
๐ฅ โKualiti Terjamin, Perkhidmatan Cemerlang.โ ๐ฅ