SIDQI Little Farm

SIDQI Little Farm A family of five that love plants, forest, good food, nature and back to fitrah lifestyle. We have a dream.

A dream that others may not understand and we are okay with that �

Hari ini, alhamdulillah.Trainer harini En. Imran Aljunied dari A Little Wild.
19/07/2026

Hari ini, alhamdulillah.

Trainer harini En. Imran Aljunied dari A Little Wild.

REGEN PILAH (Memperkasa Keterjaminan Makanan Komuniti Kuala Pilah Melalui Pertanian Regeneratif).Alhamdulillah, pada sab...
12/07/2026

REGEN PILAH (Memperkasa Keterjaminan Makanan Komuniti Kuala Pilah Melalui Pertanian Regeneratif).

Alhamdulillah, pada sabtu (11hb Julai) berlangsungnya pertemuan pertama latihan pertanian regeneratif bersama anak-anak tahfiz Darul Ulum Kuala Pilah.

Sesi pertama ini dibuat di SIDQI Little Farm sebagai tapak demonstrasi pertanian regeneratif.

Anak-anak tafiz didedahkan dengan matlamat SDG Goals, pertanian regeneratif, keterjaminan makanan & keselamatan makanan.

Aktiviti bersama anak-anak tahfiz mendapat sambutan yang baik & mereka bersemangat untuk teruskan latihan & seterusnya membina kebun mandiri regeneratif di maahad tahfiz mereka kelak.

Sesi latihan intensif ini akan berlangsung selama 4bulan insha Allah.

Raised bed kedua di mandala garden, fokus kepada pokok-pokok besar seperti tomato, bungaan & herba.Percubaan tanam tomat...
09/07/2026

Raised bed kedua di mandala garden, fokus kepada pokok-pokok besar seperti tomato, bungaan & herba.

Percubaan tanam tomato heirloom (benih warisan) secara terbuka.

Raised bed di-prep dengan tanah kompos & vermicompost sebagai nutrisi sokongan. Kompos separa terurai digunakan sebagai sungkupan (mulching).

Tomato ditanam berselang-seli dengan marigold, thai basil & bungaan seperti sunflower & zinnia.

Marigold mempunyai kebolehan untuk menghalau nematod (perosak) yang s**a menyerang akar tomato, melalui rembesan enzim khas di akarnya. Jadi elok ditanam bersama tomato & tanaman lain yang sering diserang nematod.

Thai basil juga digunakan sebagai tanaman penghalau serangga. Bungaan digunakan sebagai tanaman sampingan untum menarik seranggan bermanfaat (pemangsa perosak) & agen pendebungaan.

Selain thai basil, marigold & bungaan, tanaman sampingan yang sesuai ditanam bersama tomato adalah dari keluarga bawang seperti kucai & bawang merah. Selain thai basil, boleh juga gunakan sweet basil atau lemon basil.

Ruang yang ada akan dipenuhkan lagi dengan tanaman sayur berdaun seperti kobis, kailan, sawi, salad & lain-lain.

Teknik tanaman high diversity & high density juga adalah salah satu strategi dalam pengurusan perosak bersepadu di SIDQI Little Farm.

The bed is filling up 🌱Sambung penuhkan raised bed di mandala garden ni dengan seedlings.Fokus raised bed ni adalah tana...
09/07/2026

The bed is filling up 🌱

Sambung penuhkan raised bed di mandala garden ni dengan seedlings.

Fokus raised bed ni adalah tanaman yang perlu penjagaan rapi seperti salad, kobis & lain-lain.

5 jenis salad ditanam selang-seli dengan kobis. Tanaman sampingan (companion plants) juga ditanam seperti sunflower, cosmos & thai basi.

Raised bed di-prep dengan tanah kompos & vermicompost sebagai nutrisi sokongan. Kompos separa terurai digunakan sebagai sungkupan (mulching).

Untuk permulaan, raised bed perlu ditutup dengan jaring supaya anak benih tidak rosak dek cahaya matahari terik, hujan lebat & elak daripada serangga.

Wajib tanam secara campuran jenis sebagai salah satu langkah pengurusan perosak bersepadu (integrated pest management).

Wildlife zone/flower patch SIDQI Little Farm.Flower patch di kawasan kebun adalah sangat penting untuk keseimbangan ekos...
02/07/2026

Wildlife zone/flower patch SIDQI Little Farm.

Flower patch di kawasan kebun adalah sangat penting untuk keseimbangan ekosistem kebun. The more the merrier.

Kami sedang giat menambah pelbagai lagi jenis bungaan terutamanya jenis perennials.

Dari Ladang ke Pinggan: Memperkasakan Komuniti Kuala Pilah Melalui Pertanian Regeneratif.Modul 6: Pengurusan Nutrisi, Pe...
25/06/2026

Dari Ladang ke Pinggan: Memperkasakan Komuniti Kuala Pilah Melalui Pertanian Regeneratif.

Modul 6: Pengurusan Nutrisi, Pembuatan Larutan Mikrob & Baja Cecair Organik

Tarikh: 21hb Jun 2026

Selepas aktiviti kaup balik (turn) hot compost pile bersama peserta dilakukan, aktiviti seterusnya adalah menyemai benih kangkung, bayam merah, dan 15 jenis benih lagi di dalam tray semaian.

Pada minggu ini peserta dilatih mengenai pengurusan nutrisi, pembuatan cecair organik JMS & beberapa jenis baja organik.

Peserta juga diperkenalkan dengan konsep pertanian organik JADAM, dimana ia adalah ‘core’ kepada pengurusan nutrisi di sini.

Demonstrasi pembuatan JMS (JADAM Microorganism Solution), JLF (JADAM Liquid Fertiliser) Grass-Crop, JLF abu (baja buah) & fish hydrolysate telah diadakan dengan bantuan peserta.

Kesemua pembuatan baja kaedah JADAM adalah sangat mudah & murah, boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja.

Konsep pertanian regeneratif di SIDQI Little Farm adalah semua petani/food grower mampu berdikari & sustainable tanpa perlu terlalu bergantung dengan input luar.

Kepada yang berminat untuk hasilkan cecair mikrob & baja sendiri di rumah, boleh la rujuk nota yang disertakan di bawah.

Terima kasih kepada The Habitat Foundation kerana menaja program ini.

Dari Ladang ke Pinggan: Memperkasakan Komuniti Kuala Pilah Melalui Pertanian Regeneratif.Modul 5: Pemilihan Benih & Peny...
19/06/2026

Dari Ladang ke Pinggan: Memperkasakan Komuniti Kuala Pilah Melalui Pertanian Regeneratif.

Modul 5: Pemilihan Benih & Penyemaian

Tarikh: 14hb Jun 2026

Sesi latihan dimulakan dengan aktiviti kaup balik (turn) hot compost pile bersama peserta. Kompos sudah semakin turun suhu sekitar 50C & proses penguraian sedang berlaku dengan baik. Setelah kompos dikaup balik, aktiviti seterusnya adalah sambungan pemasangan paip yang dibuat oleh peserta.

Peserta bersama YB Dato’ Noor Zunita (Adun Pilah) menanam pokok bungaan yang digunakan sebagai ‘companion planting’ dimana bungaan ini dapat menarik ‘beneficial insects’, agen pendebungaan & dapat menstabilkan ekosistem kebun.

Sesi teori dimulakan selepas sesi praktikal dimana hadirin diterangkan mengenai kepentingan benih, jenis-jenis benih serta cara memilih benih yang baik. Isu-isu berkaitan benih seperti benih GMO (Genetically Modified Organism) & perubahan akta benih baharu untuk menyertai UPOV 1991 juga didedahkan kepada peserta.

Peserta juga diterangkan mengenai teknik-teknik penyemaian benih yang sesuai & cara menyimpan benih.

Sesi perbincangan mengenai benih mendapat sambutan yang menggalakkan daripada peserta kerana banyak info/fakta baharu yang mereka pelajari pada sesi kali ini.

Latihan pertanian regeneratif di SIDQI Little Farm bukan sekadar mengajar menanam & membuat baja racun, tetapi lebih daripada itu. Peserta juga dilatih supaya tahu mengenai isu-isu semasa serta cakna dengan isu keterjaminan makanan & pertanian negara.

Terima kasih kepada The Habitat Foundation kerana menaja program ini.

Dari Ladang ke Pinggan: Memperkasakan Komuniti Kuala Pilah Melalui Pertanian Regeneratif.Modul 4: Pengurusan Air & Iriga...
08/06/2026

Dari Ladang ke Pinggan: Memperkasakan Komuniti Kuala Pilah Melalui Pertanian Regeneratif.

Modul 4: Pengurusan Air & Irigasi

Tarikh: 7hb Jun 2026

Sesi latihan dimulakan dengan aktiviti kaup balik (turn) hot compost pile bersama peserta. Peserta belajar observe keadaan kompos & check suhu kompos menggunakan termometer & cara manual (check guna tangan).

Setelah kompos dikaup balik, aktiviti seterusnya adalah pemasangan paip & penerangan secara praktikal mengenai irigasi.

Ada 3 jenis irigasi yang ditunjukkan kepada peserta iaitu sprinkler, drip tape & passive surface irrigation. Peserta juga diajar cara memasang drip tape diatas batas.

Sesi teori dimulakan selepas sesi praktikal kerana nak elak berkerja di bawah matahari terik.

Sesi teori, peserta diterangkan mengenai kepentingan air & pengurusannya. Seterusnya peserta ditunjukkan demonstrasi DIY Biochar Water Filter inspired from Jon Jandai.

Peserta sangat teruja melihat bagaimana air yang keruh bertukar menjadi jernih & pH sedikit berasid bertukar menjadi neutral setelah ditapis menggunakan bahan-bahan semulajadi seperti batu, pasir & biochar.

Sesi latihan ditamatkan dengan peserta bergotong-royong mengisi Biochar Kiln untuk membuat biochar sendiri.

Latihan pertanian regeneratif di SIDQI Little Farm bukan sekadar mengajar menanam & membuat baja racun, tetapi lebih daripada itu. Peserta diajar supaya menjadi ‘backyard scientist’ & diajar dari asas supaya dapat aplikasikan ilmu yang dipelajari tak kira di mana jua mereka berada.

Terima kasih kepada The Habitat Foundation kerana menaja program ini.

Dari Ladang ke Pinggan: Memperkasakan Komuniti Kuala Pilah Melalui Pertanian Regeneratif.Modul 3: Pembuatan Kompos & Pen...
05/06/2026

Dari Ladang ke Pinggan: Memperkasakan Komuniti Kuala Pilah Melalui Pertanian Regeneratif.

Modul 3: Pembuatan Kompos & Penyediaan Tanah Semaian.

Tarikh: 31 Mei 2026.

Sesi latihan ini peserta didedahkan dengan jenis-jenis kompos & pembuatan kompos kaedah 18-days Berkeley Hot Compost.

18-Days Berkeley Hot Compost dicipta pada tahun 1970s oleh seorang Profesor di University of California, Berkeley. Jika mengikut aturan yang betul, compost akan terhasil dalam masa 18-21 hari sahaja.

Antara ciri-ciri Berkeley Hot Compost:

1. Mempunyai nisbah karbon:nitrogen tertentu sebagai material pembuatan kompos.

2. Suhu ketika aktif adalah 55-65C. Longokkan kompos akan mula memanas pada hari ke-3 dibuat & mengekalkan suhu 55-65C sehingga minggu ke-2 pembuatan, dan bermula hari ke-10 suhu akan mula menurun & ketika proses penghasilan kompos lengkap, iaitu pada hari ke-18 & seterusnya, suhu adalah pada suhu normal (sedikit warm to touch).

3. Mempunyai jadual kaup balik (turn) yang perlu diikuti. Hari pertama hingga ke-4, rehat. Hari ke-5, mula kaup balik. Kemudian akan kaup balik setiap selang sehari sehingga kompos lengkap terhasil.

4. Saiz longgokan kompos mestilah bersaiz min 1m x 1m lebar & 1.3m - 1.5m tinggi. Saiz ini adalah untuk mendapatkan suhu yang ideal.

Kelebihan hot compost berbanding kaedah kompos lain adalah:

1. Suhu panas mematikan benih rumput & patogen membawa penyakit

2. Dapat menghasilkan kompos dalam kuantiti yang banyak dalam masa yang singkat

Selepas sesi pembuatan kompos, peserta juga belajar membuat tanah semaian sendiri. Nisbah tanah semaian yang digunakan adalah 1 tanah: 1 cocopeat: 1 sekam padi: 1/3 vermicompost.

Campuran ini sesuai untuk semua jenis benih. Untuk rujukan:

Tanah: base (asas)
Cocopeat: pegang air
Sekam padi: aeration
Vermicompost: nutrisi

Boleh gantikan bahan-bahan diatas dengan apa-apa bahan organik lain mengikut kesesuaian fungsi.

Untuk aktiviti sampingan p**a, peserta juga bergotong-royong menyiapkan batas tanaman dengan menggaul cocopeat & tinja kambing diatas batas & seterusnya menyiram JMS (JADAM Microorganism Solution).

Sesi latihan tamat pada pukul 12 tengahari seperti dijadualkan.

Terima kasih kepada The Habitat Foundation kerana menaja program ini.

Address

Kuala Pilah
72000

Telephone

+60177099095

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SIDQI Little Farm posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share