19/07/2026
๐ UCAPAN PENGHARGAAN SEMPENA HARI SUKAN TAHUNAN SRIIDU KUALA PILAH KALI KE-3๐
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya, Hari Sukan Tahunan SRIIDU Kuala Pilah Kali Ke-3 telah berlangsung dengan jayanya.
Pihak sekolah ingin merakamkan setulus-tulus penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah bersama-sama menjayakan program ini.
๐ค Terima kasih kepada semua Umi & Abi atas kepercayaan, sokongan, kerjasama serta sumbangan yang diberikan. Kehadiran dan semangat yang ditunjukkan amat bermakna buat kami.
๐๏ธ Sekalung penghargaan kepada pihak Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan (KMNS) kerana sudi menyediakan tempat serta fasiliti yang selesa sehingga program dapat dijalankan dengan lancar.
๐
Ribuan terima kasih kepada Jom Cetak Enterprise atas tajaan medal yang menjadi kenangan manis buat semua peserta.
โค๏ธ Penghargaan istimewa buat semua guru, kakitangan, ahli jawatankuasa serta semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung. Terima kasih atas segala pengorbanan masa, tenaga dan komitmen yang dicurahkan. Semoga setiap usaha ini menjadi amal soleh yang diberkati Allah SWT.
๐ Tahniah diucapkan kepada *Rumah Kuning* kerana berjaya dinobatkan sebagai *Juara Keseluruhan Hari Sukan Tahunan SRIIDU Kuala Pilah Kali Ke-3.*
๐ Buat semua anak-anak SRIIDU, menang atau kalah bukanlah ukuran sebenar. Keberanian, semangat kesukanan, disiplin dan usaha yang ditunjukkan menjadikan kalian semua juara di hati kami. โค๏ธ
๐ Pihak sekolah juga ingin memohon maaf atas segala kekurangan dan kelemahan sepanjang penganjuran program ini. Segala teguran dan cadangan amat kami hargai demi penambahbaikan pada masa akan datang.
Insya-Allah, dengan izin Allah SWT dan sokongan berterusan daripada semua pihak, kita akan bertemu lagi pada Hari Sukan Tahunan SRIIDU Kuala Pilah Kali Ke-4 dengan penganjuran yang lebih baik, lebih meriah dan lebih bermakna.
Sekian, terima kasih.
๐