Balai Polis Terachi

Balai Polis Terachi Balai Polis Terachi

๐Ÿ“ข ๐Œ๐€๐Š๐‹๐”๐Œ๐€๐ ๐๐„๐‘๐๐ˆ๐๐ƒ๐€๐‡๐€๐ ๐‰๐€๐๐€๐“๐€๐ ๐Š๐„๐‚๐„๐Œ๐€๐’๐€๐๐๐ž๐ซ๐ฆ๐ฎ๐ฅ๐š ๐Ÿ ๐‰๐ฎ๐ฅ๐š๐ข ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” (๐‘๐š๐›๐ฎ), ๐ฃ๐š๐ฆ ๐Ÿ–.๐ŸŽ๐ŸŽ ๐ฉ๐š๐ ๐ข, ๐ฉ๐ž๐ซ๐ค๐ก๐ข๐๐ฆ๐š๐ญ๐š๐ง ๐‰๐š๐›๐š๐ญ๐š๐ง ๐Š๐ž๐œ๐ž๐ฆ๐š๐ฌ๐š๐ง ๐‡๐จ๐ฌ๐ฉ๐ข...
30/06/2026

๐Ÿ“ข ๐Œ๐€๐Š๐‹๐”๐Œ๐€๐ ๐๐„๐‘๐๐ˆ๐๐ƒ๐€๐‡๐€๐ ๐‰๐€๐๐€๐“๐€๐ ๐Š๐„๐‚๐„๐Œ๐€๐’๐€๐

๐๐ž๐ซ๐ฆ๐ฎ๐ฅ๐š ๐Ÿ ๐‰๐ฎ๐ฅ๐š๐ข ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” (๐‘๐š๐›๐ฎ), ๐ฃ๐š๐ฆ ๐Ÿ–.๐ŸŽ๐ŸŽ ๐ฉ๐š๐ ๐ข, ๐ฉ๐ž๐ซ๐ค๐ก๐ข๐๐ฆ๐š๐ญ๐š๐ง ๐‰๐š๐›๐š๐ญ๐š๐ง ๐Š๐ž๐œ๐ž๐ฆ๐š๐ฌ๐š๐ง ๐‡๐จ๐ฌ๐ฉ๐ข๐ญ๐š๐ฅ ๐“๐ฎ๐š๐ง๐ค๐ฎ ๐€๐ฆ๐ฉ๐ฎ๐š๐ง ๐๐š๐ฃ๐ข๐ก๐š๐ก ๐š๐ค๐š๐ง ๐›๐ž๐ซ๐จ๐ฉ๐ž๐ซ๐š๐ฌ๐ข ๐๐ข ๐๐š๐ง๐ ๐ฎ๐ง๐š๐ง ๐๐š๐ก๐š๐ซ๐ฎ (๐๐ฅ๐จ๐ค ๐).

๐’๐ž๐ฉ๐š๐ง๐ฃ๐š๐ง๐  ๐ญ๐ž๐ฆ๐ฉ๐จ๐ก ๐ฉ๐ž๐ซ๐š๐ฅ๐ข๐ก๐š๐ง ๐จ๐ฉ๐ž๐ซ๐š๐ฌ๐ข, ๐ฆ๐ฎ๐ง๐ ๐ค๐ข๐ง ๐ญ๐ž๐ซ๐๐š๐ฉ๐š๐ญ ๐ฌ๐ž๐๐ข๐ค๐ข๐ญ ๐ค๐ž๐ฌ๐ฎ๐ฅ๐ข๐ญ๐š๐ง. ๐Š๐š๐ฆ๐ข ๐ฆ๐ž๐ฆ๐จ๐ก๐จ๐ง ๐ฆ๐š๐š๐Ÿ ๐š๐ญ๐š๐ฌ ๐ฌ๐ž๐ ๐š๐ฅ๐š ๐ค๐ž๐ฌ๐ฎ๐ฅ๐ข๐ญ๐š๐ง ๐ฒ๐š๐ง๐  ๐๐ข๐š๐ฅ๐š๐ฆ๐ข ๐ฌ๐ž๐ซ๐ญ๐š ๐š๐ฆ๐š๐ญ ๐ฆ๐ž๐ง๐ ๐ก๐š๐ซ๐ ๐š๐ข ๐ค๐ž๐ฌ๐š๐›๐š๐ซ๐š๐ง ๐๐š๐ง ๐ค๐ž๐ซ๐ฃ๐š๐ฌ๐š๐ฆ๐š ๐š๐ง๐๐š.

๐“๐ž๐ซ๐ข๐ฆ๐š ๐ค๐š๐ฌ๐ข๐ก ๐š๐ญ๐š๐ฌ ๐ค๐ž๐ซ๐ฃ๐š๐ฌ๐š๐ฆ๐š ๐ฒ๐š๐ง๐  ๐๐ข๐›๐ž๐ซ๐ข๐ค๐š๐ง.
#๐‡๐š๐ซ๐š๐ฉ๐Œ๐š๐ค๐ฅ๐ฎ๐ฆ ๐Ÿ“Œ

12/06/2026
HEBAHAN PENUTUPAN SEMENTARA TAMAN REKREASI ULU BENDULDimaklumkan kepada orang ramai bahawa Taman Rekreasi Ulu Bendul di ...
12/05/2026

HEBAHAN PENUTUPAN SEMENTARA TAMAN REKREASI ULU BENDUL

Dimaklumkan kepada orang ramai bahawa Taman Rekreasi Ulu Bendul di bawah pentadbiran Majlis Daerah Kuala Pilah akan ditutup sementara bermula 10 Mei 2026 (Ahad) sehingga 17 Mei 2026 (Ahad) bagi memberi laluan kepada kerja-kerja penyelenggaraan dan pembersihan kawasan.

Penutupan ini bertujuan memastikan kawasan rekreasi berada dalam keadaan lebih selamat, bersih dan selesa untuk pengunjung.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan untuk tidak memasuki kawasan taman sepanjang tempoh penutupan tersebut.

Segala kerjasama dan perhatian daripada pihak tuan/puan amatlah dihargai.

Harap maklum dan terima kasih. ๐Ÿ™

15/04/2026

Polis Diraja Malaysia (PDRM) ingin menegaskan bahawa video tular yang memaparkan maklumat pengambilan anggota baru di media sosial adalah PALSU dan TIDAK BENAR. Pihak PDRM tidak pernah mengeluarkan sebarang pengumuman pengambilan melalui saluran pihak ketiga atau individu yang tidak dikenali.

Orang ramai dinasihatkan agar tidak terpedaya dan berhenti menyebarkan kandungan tersebut bagi mengelakkan kekeliruan. Sebarang maklumat rasmi mengenai pengambilan jawatan dalam PDRM hanya akan diumumkan melalui:

Portal Rasmi Sistem e-Pengambilan PDRM
Facebook Rasmi: Unit Pengambilan Polis Diraja Malaysia
Telegram Rasmi : Unit Pengambilan PDRM
Instagram Rasmi : unitpengambilanpdrm

KEMPEN RUMAH SELAMAT POLIS TERACHI, IBU PEJABAT POLIS DAERAH KUALA PILAHPolis Terachi, Ibu Pejabat Polis Daerah  Kuala P...
15/04/2026

KEMPEN RUMAH SELAMAT POLIS TERACHI, IBU PEJABAT POLIS DAERAH KUALA PILAH

Polis Terachi, Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Pilah ingin mengesyorkan kepada masyarakat yang akan meninggalkan rumah untuk bercuti, boleh memaklumkan kepada pihak polis dengan cara :

1. Mengisi borang balik kampung yang boleh didapati di balai- balai polis berhampiran.

2. Menggunakan aplikasi Volunteer SmartPhone Patrol (VSP) di telefon masing-masing.
2.1. Antara aplikasi dan platform yang boleh digunakan. Muat Turun Aplikasi VSP sekarang melalui pautan di bawah:

Apple IOS
https://itunes.apple.com/my/app/volunteer-smartphone-patrol-vsp/id1118234031?mt=8

Android
https://play.google.com/store/apps/details?id=my.gov.onegovappstore.rv2

Aplikasi telefon pintar yang berasaskan sistem:-
โ€ข Android โ€“ versi 2.2 ke atas
โ€ข iOS โ€“ versi 5 ke atas

3. Layari Portal Rasmi Polis Diraja Malaysia sebarang maklumat dan info semasa URL : https://www.rmp.gov.my/

Operasi Khas sempena hari perayaan akan dijalankan di bawah pentadbiran IPD Kuala Pilah bertujuan mengekang dan mencegah kes-kes jenayah yang menyumbang kepada kenaikan indeks jenayah di daerah Kuala Pilah. Orang ramai dinasihatkan peka terhadap persekitaran sekeliling jika ada berlaku sebarang kejadian jenayah.

Sukacitanya dimaklumkan talian hotline Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Pilah iaitu 019-8999004. Orang ramai boleh menghubungi no. talian tersebut selain no. talian sedia ada iaitu 06-484 2999 (Gerakan IPD Kuala Pilah) sekiranya terdapat sebarang aduan atau menyalurkan apa-apa maklumat dan sebagainya.

Patuhi garis panduan keselamatan jalan raya. Semoga selamat sampai ke destinasi yang dituju, 'Pandu Cermat, Jiwa Selamat'.

๐Ÿ“Œ Mohon isi Borang Balik Kampung untuk memudahkan pemantauan oleh pihak polis sepanjang anda bercuti

"Polis Dan Masyarakat Berpisah Tiada"




02/04/2026

๐Ÿšจ KES PENYAMARAN PEGAWAI NSRC / BUKIT AMAN ๐Ÿšจ

Seorang lelaki Melayu berumur 71 tahun, pesara guru, menjadi mangsa penipuan selepas menerima panggilan daripada individu yang memperkenalkan diri sebagai pegawai NSRC dari Bukit Aman.

Mangsa dimaklumkan kononnya beliau terlibat dalam kes penggubahan wang haram dan rasuah serta mempunyai beberapa kertas siasatan yang telah dibuka. Suspek turut mendakwa wang simpanan mangsa berisiko dibekukan oleh Bank Negara Malaysia.

Bagi โ€œtujuan siasatanโ€, mangsa diarahkan membuka dua akaun bank (BSN dan Public Bank) menggunakan nombor telefon yang diberikan oleh suspek. Mangsa juga diminta memindahkan semua simpanan ke akaun tersebut serta melaporkan keberadaannya setiap 2 jam.Selepas membuat semakan penyata bank, mangsa mendapati terdapat beberapa pengeluaran tidak sah daripada akaunnya.

๐Ÿ”ด Jumlah kerugian: RM570,035

Mangsa tidak pernah menyerahkan kad ATM kepada mana-mana pihak. Segala arahan hanya diterima melalui panggilan telefon.

๐Ÿ“Œ Peringatan Kepada Orang Ramai:
โ€ข Polis atau NSRC tidak akan meminta anda membuka akaun bank atau memindahkan wang untuk tujuan siasatan.
โ€ข Jangan dedahkan maklumat perbankan atau ikut arahan melalui telefon.
โ€ข Jangan panik โ€” buat semakan dengan balai polis atau bank terdekat.

Lindungi ibu bapa dan warga emas daripada menjadi mangsa seterusnya.

Sebarkan sebagai peringatan.

Address

Balai Polis Terachi
Kuala Pilah
72000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Balai Polis Terachi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share