Pejabat RISDA Daerah Kuala Pilah

Pejabat RISDA Daerah Kuala Pilah RISDA

26/05/2026

Ya Allah...terimalah segala amalan kami🤲🤲🤲

21/05/2026

𝐑𝐈𝐒𝐃𝐀 𝐒𝐄𝐃𝐈𝐀 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐔𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆 𝐊𝐄𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀 𝐌𝐄𝐍𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓𝐊𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐄𝐋𝐔𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐆𝐄𝐓𝐀𝐇 𝐀𝐒𝐋𝐈 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀

Permintaan global terhadap getah sedang meningkat. Ketika pasaran dunia menagih bekalan, Malaysia tidak boleh sekadar menjadi pemerhati.

Memetik ucapan Pengerusi RISDA, YB Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib ketika mempengerusi Mesyuarat Jawatankuasa Estet Kali Ke-33, RISDA kini mempergiat usaha memperkukuh kapasiti pengeluaran negara melalui pelbagai inisiatif strategik di bawah agenda RISDA Next Level.

Antaranya termasuk memperkasakan peranan RISDA sebagai Anchor Buyer (Pembeli Getah Utama), pelaksanaan Program Tanaman Getah Berskala Besar (TGBB), serta mengoptimumkan sektor estet sebagai pemacu pengeluaran dan penampan strategik industri getah negara.

Ini bukan sekadar projek pembangunan biasa, tetapi langkah jangka panjang bagi memastikan industri getah negara kekal mampan, berdaya saing dan terus memberi manfaat kepada komuniti pekebun kecil.

RISDA komited memastikan setiap peluang yang hadir mampu diterjemahkan kepada pertumbuhan ekonomi yang lebih kukuh untuk pekebun kecil getah dan negara.

21/05/2026
18/05/2026

𝑺𝑰𝑴𝑼𝑳𝑨𝑺𝑰 𝑷𝑬𝑵𝑫𝑨𝑷𝑨𝑻𝑨𝑵 𝑴𝑬𝑵𝑶𝑹𝑬𝑯

Perkiraan di bawah ini admin dapat dari seorang sahabat yang jauh di sebelah utara sana. Sahabat admin ni orang Perlis.

Pokok sahabat ni berjumlah 228 batang. Dia toreh 3 kali, dapatlah lebih kurang 77Kg yang berjaya dijual dengan harga RM4.52/Kg.

Maka hasil 3 kali torehannya, beliau peroleh pendapatan sekitar RM384.04 bagi 228 batang pokok getah matang miliknya. Resit jualan dia pon ada disertakan sekali.

Alhamdulillah, dengan harga sekarang yang semakin "Bermaruah", admin rasa pendapatan ini agak membantu beliau yang merupakan seorang pekebun kecil getah.

Jika disimulasikan kepada pendapatan sebulan, mengambil kira sahabat ini menoreh sebanyak 13 kali (Tolak hari hujan, giliran hari menoreh), boleh dapat sekitar RM1,508.13 bagi 228 batang pokok getah.

Pada sesetengah orang jumlah ini mungkin kecil, tetapi bagi sesetengah yang lain, inilah penerus kehidupan.

Admin petik kembali sedikit kata-kata sahabat ini;

"Ayuh anak muda yang mana mempunyai kebun jangan biar kosong dan pergilah usaha. Cara saya yang masih bekerja serta masih belajar ni boleh lagi usahakan kebun. Yang penting hidup kena rajin, tu ja nak habaq."

Usaha Tangga Kejayaan.

16/05/2026

𝐆𝐮𝐫𝐮 𝐁𝐢𝐭𝐚𝐫𝐚 𝐌𝐚𝐬𝐚 𝐃𝐞𝐩𝐚𝐧 𝐍𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚!

Selamat Hari Guru 2026 buat semua insan bergelar pendidik. ❤️ Terima kasih cikgu kerana tidak pernah jemu mendidik, membimbing dan membentuk generasi masa depan negara. Jasamu sentiasa dikenang.

Guru bukan sekadar mengajar, tetapi pencetus impian dan inspirasi buat anak bangsa. Terus mendidik, terus menginspirasi! 📚🇲🇾

15/05/2026
12/11/2025

6 November 2025 | Program Townhall Santuni Pekebun Kecil Peringkat Pejabat RISDA Daerah Kuala Pilah Tahun 2025

🏛️ Bertempat di Dewan Hadhari Juasseh Pekan, Kuala Pilah

Program ini melibatkan pekebun kecil sekitar Daerah Kuala pilah khususnya Mukim Juasseh.

Majlis ini telah dirasmikan oleh Puan Yusrina Binti Md Yunus , wakil rasmi Pengarah RISDA Negeri Sembilan, yang turut menyampaikan amanat serta harapan RISDA agar para pekebun kecil terus maju dan berdaya saing dalam sektor getah dan keusahawanan.

Manakala bagi sesi townhall dikendalikan mengikut sesi seperti berikut :

Sesi 1 : Tanam Semula dan Bekalan
Sesi 2 : Produktiviti dan Pemasaran
Sesi 3 : Pengembangan dan perancangan
Sesi 4 : Pembangunan Usahawan dan Program Khas

Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung bagi menjayakan program ini.


Address

Jalan Sawah Lebar
Kuala Pilah
72000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6064810213

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat RISDA Daerah Kuala Pilah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pejabat RISDA Daerah Kuala Pilah:

Share