Batalion Ketiga - Rej 508 AW

Batalion Ketiga - Rej 508 AW Batalion Ketiga , Kem 581, Jalan Rumah Rehat, Bukit Pilah, ( Rejimen 508 Askar Wataniah )

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI PERINGKAT BATALION KE 3 REJ 508 (AW) KEM 581 KUALA PILAHNEGERI SEMBILAN -Sambutan H...
24/04/2024

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI PERINGKAT BATALION KE 3 REJ 508 (AW) KEM 581 KUALA PILAH

NEGERI SEMBILAN -Sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat Batalion telah di adakan pada 21 April 2024 bertempat di perkarangan Kem 581 , Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Majlis ini telah dihadiri oleh seluruh warga Batalion serta diiringi oleh pasangan dan keluarga masing-masing.

Timbalan Komander Rejimen 508 Askar Wataniah, Lt Kol Mohd Hafidz bin Zulkifli serta isteri , Puan Norhayati binti Abdullah merangkap Pengerusi BAKAT Rej 508 (AW) dan keluarga turut sudi hadir bagi memeriahkan Majlis Sambutan Hari Raya tersebut dan kehadiran diringi oleh Pegawai Memerintah Batalion Ke 3 Rej 508 (AW), Lt Kol Raja Noor Afiz bin Raja Noor Afandi , Pen.Pegawai Memerintah , Pegawai- Pegawai dan Anggota LLP Tetap dan Sukarela.

Turut hadir sama Ketua Cawangan Tadbir Markas Rej 508 (AW), Lt Kol Muzapar bin Abu Mansor .

Majlis dimulakan dengan acara ucapan alu-aluan daripada Timb. Komander Rej 508 (AW) Lt Kol Mohd Hafidz bin Zulkifli, seterusnya ucapan kata alu-aluan daripada Pegawai Memerintah Batalion Ke -3 Rej 508 (AW).

Seterusnya majlis diteruskan dengan acara jamuan hari raya yang telah disediakan oleh seluruh warga batalion serta di akhiri dengan acara bergambar beramai- ramai sebagai kenang-kenangan.

Majlis ini diadakan bertujuan bagi merapatkan hubungan silaturahim seluruh warga batalion dari peringkat Pegawai mahupun Pnggota LLP .
Semoga majlis seperti ini akan dapat diteruskan pada tahun - tahun yang akan datang

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
HARIMAU KUMBANG

KEMATIAN  SALAH SEORANG WARIS (ANAK) ANGGOTA SUKARELA BATALION KE 3 REJ 508 AW Pegawai Memerintah serta seluruh warga Ba...
24/04/2024

KEMATIAN SALAH SEORANG WARIS (ANAK) ANGGOTA SUKARELA BATALION KE 3 REJ 508 AW

Pegawai Memerintah serta seluruh warga Batalion Ke -3 mengucapkan takziah kepada 6178980 Kpl Khairol bin Ramli (SUK) diatas kehilangan anak perempuan beliau pada 19 April 2024 ( Jumaat) di Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah, Negeri Sembilan diatas faktor kesihatan.

Semoga diberikan kekuatan dan ketabahan untuk beliau bersama isteri menghadapi dugaan ini. Dan didoakan agar roh waris beliau ditempatkan dikalangan orang yang beriman.

Ikhlas daripada

Lt Kol Raja Noor Afiz Bin Raja Noor Afandi
Pegawai Memerintah,
Serta seluruh warga
Batalion Ke-3 Rej 508 AW
kem 581 Kuala Pilah.

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI 1145HLt Kol Raja Noor Afiz bin Raja Noor Afandi , Pegawai Memerintah Batalion Ke ...
08/04/2024

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI 1145H

Lt Kol Raja Noor Afiz bin Raja Noor Afandi , Pegawai Memerintah Batalion Ke -3 Rej 508 AW Kem 581 Kuala Pilah serta seluruh warga " HARIMAU KUMBANG " mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri 1445H kepada seluruh warga Askar Wataniah Rej 508 AW khususnya dan Siri 500 am nya.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Pengertian Nuzul Al-Quran        Daripada segi bahasa, perkataan ‘Nuzul’ bererti menetap di satu tempat atau turun dari ...
27/03/2024

Pengertian Nuzul Al-Quran

        Daripada segi bahasa, perkataan ‘Nuzul’ bererti menetap di satu tempat atau turun dari tempat yang tinggi. Kata perbuatannya ‘nazala’ (نزل) membawa maksud ‘dia telah turun’ atau ‘dia menjadi tetamu’. Sebenarnya penggunaan istilah Nuzul al-Quran ini secara majaz atau (simbolik) sahaja yang bermaksud pemberitahuan al-Quran. Tujuannya untuk menunjukkan ketinggian al-Quran.

        Secara teknikalnya Nuzul al-Quran bererti penurunan al-Quran dari langit kepada Nabi Allah yang terakhir. Perkataan Nuzul dalam pelbagai wajah sama ada kata nama, kata perbuatan atau lainnya digunakan dalam al-Quran sebanyak lebih kurang 290 kali. Sebagai contoh:

وَأَنْزَلَ مِنَ السَّمَاءِ مَاءً

Maksudnya: “Dia yang telah menurunkan hujan.”

(Surah al-Baqarah:22)

 

نَزَّلَ عَلَيْكَ الْكِتَابَ بِالْحَقِّ

Maksudnya: “Dialah yang menurunkan Taurat Dan Injil.”

(Surah Ali-Imran:3)

 

Tujuan Al-Quran Diturunkan

     Antara tujuan al-Quran diturunkan ialah untuk tadabbur kandugannya sebagaimana firman Allah SWT:

كِتَابٌ أَنْزَلْنَاهُ إِلَيْكَ مُبَارَكٌ لِيَدَّبَّرُوا آيَاتِهِ وَلِيَتَذَكَّرَ أُولُو الْأَلْبَابِ

Maksudnya: “(Al-Quran ini) sebuah Kitab yang Kami turunkan kepadamu (dan umatmu Wahai Muhammad), -Kitab yang banyak faedah-faedah dan manfaatnya, untuk orang-orang yang berakal sempurna beringat mengambil iktibar.”

(Surah As-Sad: 29)

MAJLIS PEMAKAIAN PANGKAT ANGGOTA SUKARELA  BATALION KE-3 REJIMEN 508 ASKAR WATANIAHNEGERI SEMBILAN : Timbalan Komander R...
27/03/2024

MAJLIS PEMAKAIAN PANGKAT ANGGOTA SUKARELA BATALION KE-3 REJIMEN 508 ASKAR WATANIAH

NEGERI SEMBILAN : Timbalan Komander Rejimen 508 Askar Wataniah, Lt Kol Mohd Hafidz bin Zulkifli telah menyempurnakan Majlis Kenaikan Pangkat dari koperal ke Sarjan kepada 2 anggota sukarela. Majlis telah diadakan secara di ruang legar hadapan Markas Rejimen, Rejimen 508 Askar Wataniah pada 22 Mac 2024

Mendahului senarai yang telah dinaikkan pangkat dari Koperal ke Sarjan ialah 6277813 Koperal Azween Nur Azween Shamimi bt Mohd Azhar dan 6277818 Koperal Siti Fatihah bt Sadli dari Batalion ke -3 Rej 508 AW Kem 581 Kuala Pilah berkuatkuasa pada 22 Mac 2024

Timbalan Komander dalam ucapan ringkas, beliau mengucapkan tahniah serta mengingatkan agar anggota yang telah dinaikkan pangkat untuk terus aktif dan menggalakkan rakan sepasukan yang lain untuk menghadiri kursus kerjaya. Beliau juga mengambil kesempatan mengucapkan selamat menyambut bulan ramadan kepada para anggota yang hadir.

Pegawai Memerintah Batalion ke -3 Rejimen 508 Askar Wataniah Kem 581 Kuala Pilah , Ybg Lt Kol Raja Noor Afiz bin Raja Noor Afandi turut menzahirkan ucapan setinggi-tinggi tahniah buat 2 anggota sukarela atas kenaikan pangkat yang telah dberikan .Beliau juga menasihatkan pada seluruh warga batalion agar meneruskan kecemerlangan dan konsisten dalam perkhidmatan Askar Wataniah serta mengingatkannya bahawasanya pangkat hadir bersama tanggungjawab yang perlu dipikul serta yakin melaksanakannya.

Syabas dan tahniah diucpakan kepada anggota yang telah dinaikkan pangkat.

'𝑩𝑬𝑹𝑲𝑯𝑰𝑫𝑴𝑨𝑻 𝑼𝑵𝑻𝑼𝑲 𝑵𝑬𝑮𝑨𝑹𝑨'

Bn3_Rej508AW

BLACK PANTHER

18/03/2024
MAJLIS BERBUKA PUASA PERINGKAT BATALION KE- 3 REJ 508 AW KEM KUALA PILAH 2024 KUALA PILAH - Batalion Ke-3 Rej 508 AW tel...
18/03/2024

MAJLIS BERBUKA PUASA PERINGKAT BATALION KE- 3 REJ 508 AW KEM KUALA PILAH 2024

KUALA PILAH - Batalion Ke-3 Rej 508 AW telah mengadakan sambutan majlis berbuka puasa peringkat Batalion pada 16 Mac 2024 bertempat di perkarangan kawasan dewan makan Batalion.

Majlis ini telah dihadiri oleh warga Batalion terdiri diantara 15 Pegawai dan 20 Anggota LLP Tetap dan Sukarela serta pasangan. Turut hadir bagi memeriahkan majlis adalah Pegawai Memerintah Batalion Ke -3 Rej 508AW, Ybg Lt Kol Raja Noor Afiz bin Raja Noor Afandi serta diringi oleh Pen.Pegawai Memerintah Batalion Ke -3, serta Pegawai Tetap dan Sukarela. Ia diadakan setiap tahun pada bulan ramadan bertujuan bagi mengeratkan silaturahim dan kerjasama sesama warga Batalion khususnya agar semangat setia kawan sentiasa dipupuk dan diamalkan didalam dunia ketenteraan serta didunia awam.

Sambutan ini dimulakan dengan acara gotong royong membersihkan kawasan Batalion , serta seterusnya bergotong royong menyediakan masakan juadah untuk berbuka puasa. Pelbagai menu yang telah disediakan termasuk membakar lemang dan sebagainya.

Majlis juga diserikan lagi dengan penyampai cenderahati berbentuk kelengkapan rumah dan hadiah oleh Ybg Pegawai Memerintah serta disaksikan oleh Pegawai dan Anggota dihadapan Batalion kepada Anggota Bujang Sukarela Batalion Ke-3 yang telah menamatkan zaman bujang beliau pada 23 Februari yang lalu.

Disamping itu, telah diadakan acara solat berjemaah zuhur dan asar dan maghrib diperkarangan tempat solat Batalion. Sebelum majlis berbuka puasa diadakan, telah berlangsungnya majlis tahlil ringkas yang diketuai oleh Mejar Mohamad bin Mat Zahari selaku Pegawai yang bertugas bagi imam solat dan tahlil pada hari tersebut.

Diakhir Majlis, Pegawai Memerintah Batalion Ke -3 telah memberikan ucapan ribuan terima kasih kepada seluruh peringkat Pegawai dan Anggota yang telah berkerjasama bagi menyempurnakan majlis berbuka puasa tersebut. Semoga majlis ini dapat diteruskan pada tahun-tahun yang akan datang.

SEL MULTIMEDIA BATALION KE 3 REJ 508 AW

GAGAH SETIA

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADAN  AL - MUBARAK PADA 12 MAC 2024 BERSAMAAN 1 RAMADAN 1445 H  Diucapkan kepada seluruh peri...
11/03/2024

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADAN AL - MUBARAK PADA 12 MAC 2024 BERSAMAAN 1 RAMADAN 1445 H

Diucapkan kepada seluruh peringkat Pegawai dan Anggota Rejimen 508 Askar Wataniah khususnya serta seluruh umat islam amnya.

" Semoga Ramadan Al-Mubarak pada tahun ini mendapat rahmat dan keberkatan dari Allah Swt "

Tulus Ikhlas daripada

LT KOL RAJA NOOR AFIZ BIN RAJA NOOR AFANDI
PEGAWAI MEMERINTAH

SERTA SELURUH WARGA BATALION KE-3
REJIMEN 508 ASKAR WATANIAH
KEM 581 KUALA PILAH

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA




Address

Jalan Rumah Rehat. Bukit Pilah, Kuala Pilah
Kuala Pilah

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Batalion Ketiga - Rej 508 AW posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category