Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Pilah

Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Pilah Page ini dikendalikan untuk Dewan Pemuda PAS Parlimen Kuala Pilah

Dijemput semua untuk LIKE Page Facebook Dewan Pemuda PAS Kuala Pilah untuk dapatkan perkembangan terkini aktiviti Pemuda PAS di Parlimen Kuala Pilah.


22/07/2026
22/07/2026
22/07/2026
20/07/2026

Adakah Angkatan Muda Harapan berani menggesa semua EXCO, ADUN & ADUN Lantikan, Ahli Majlis dan semua lantikan politik Pakatan Harapan di Perak dan Pahang untuk letak jawatan? Jika berani, keluarkanlah kenyataan yang sama. Saya cabar.

Tapi mungkin nikmat kuasa itu melazatkan, maka nilai reformasi hanyalah suatu tawaran jual beli untuk mereka. Tawaran yang boleh dibuang bila-bila masa andai tidak diperlukan.

Apapun, nikmatilah masa-masa akhir sebagai kerajaan. Selagi masih ada.

Kredit: Nazrul Nazir

20/07/2026

PENYATUAN UMMAH TUNJANG NEGERI BERADAT

PAS Negeri Sembilan memasuki satu paradigma baru bahkan melakar sejarah dalam dinamika politik negara. Penamaan calon PRN pagi tadi sebenarnya menyerlahkan wajah baru penyatuan semula politik Melayu-Islam dan negeri ini menjadi saksi ia kembali berputik.

Tuan Guru Presiden PAS konsisten dengan idea gagasan penyatuan ummah. Malah, ia menjadi teras perjuangan PAS dalam memimpin Perikatan Nasional dengan membuka ruang seluasnya kepada penggabungan parti politik Melayu-Islam serta dalam masa yang sama menerima golongan bukan Islam yang tidak esktrim.

PRN Negeri Sembilan kali ini menjadi saksi gagasan penyatuan ummah tersebut semakin diperkukuh. Parti-parti politik utama Melayu-Islam bersama-sama parti politik majoriti bukan Islam yang tidak ekstrim memilih untuk menjadikan rencana penyatuan ummah direalisasi di atas medan perjuangan pilihan raya.

Insya-Allah, PAS Negeri Sembilan bersama-sama Perikatan Nasional akan memastikan usaha menyelamatkan negeri ini akan direalisasi dengan sepenuh hati. Kerajaan baharu yang memimpin Negeri Sembilan selepas ini adalah kerajaan sebenar yang memahami bukan sahaja kehendak rakyat, bahkan juga menenangkan konflik institusi adat yang berlaku dan membawa kepada penyelesaian yang diharapkan.

Ayuh bersama kami di bawah payung penyatuan ummah, Nismilan .

Beradat, Muafakat & Berkat.

Muhammad Irsyaduddin
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Negeri Sembilan


20/07/2026
20/07/2026

Minda Presiden PAS

POLITIK KEWAJIPAN DARIPADA ALLAH, BUKAN LAKONAN ATAU PERMAINAN

Masih ramai daripada kalangan umat Islam menjadi mangsa al-ghazwu al-fikr (serangan pemikiran) yang dilancarkan oleh penjajah Barat, setelah mereka berjaya menakluk tanah air dan rakyat dengan penjajahan yang memperhambakan rakyat dan merampas hasil buminya. Namun begitu, mereka gagal menghentikan umat Islam yang terus-menerus menentang penjajah. Malah, cahaya Islam gagal dipadamkan, sehingga kini mara menembusi tembok dan dinding negara penjajah sendiri.

Para orientalis yang mengkaji Islam menemukan bahawa al-Quran merupakan kitab suci umat Islam yang paling disayangi sehingga gagal dipisahkan daripada sejahil-jahil penganut Islam, dan ini tidak mungkin dihapuskan. Hal ini merupakan rahsia ketahanan mereka laksana batu pejal yang mustahil dipecahkan. Begitu juga solat Jumaat yang menjadi tempat perhimpunan mingguan dan ibadat haji yang menjadi tempat perhimpunan di Makkah setiap tahun. Kedua-dua ibadat ini memupuk hubungan persaudaraan yang tidak boleh diputuskan. Meskipun dipecahkan, pasti akan bertaut semula kalau dibiarkan.

Maka, pendekatan yang digunakan perlu ditukar, daripada serangan peperangan bersenjata yang memaksa sehingga memperhambakan, merampas harta dan membunuh, kepada pendekatan yang halus dan lembut melalui operasi serangan pemikiran. Antaranya melalui pendidikan, pelajaran dan media bagi melemahkan kepercayaan kepada ajaran Islam.

William Ewart Gladstone, Perdana Menteri United Kingdom pernah berucap dalam parlimennya sambil mengangkat al-Quran di tangannya:

“As long as there is this book (the Quran), there will be no peace in the world.”

“Selagi buku ini (al-Quran) masih ada, selama itulah tidak ada perdamaian dalam dunia.”

Ungkapan ini diucapkan seolah-olah merekalah yang berhak menjaga keamanan dunia manakala umat Islam adalah pengganas. Maka, diwujudkan Islamofobia pada hari ini. Parti Tindakan Demokratik (DAP) juga mengambil senjata ini untuk menggambarkan Islam itu sebagai keganasan yang mesti dihapuskan dengan tujuan menghalang gelombang hijau (kemaraan PAS).

Al-Quran mendedahkan kejahatan penganut Ahli Kitab (Yahudi dan Kristian) yang mengetahui kebenaran Islam dan kelahiran Nabi Muhammad SAW. Firman Allah SWT:

ٱلَّذِينَ ءَاتَيۡنَٰهُمُ ٱلۡكِتَٰبَ يَعۡرِفُونَهُۥ كَمَا يَعۡرِفُونَ أَبۡنَآءَهُمۡۖ وَإِنَّ فَرِيقٗا مِّنۡهُمۡ لَيَكۡتُمُونَ ٱلۡحَقَّ وَهُمۡ يَعۡلَمُونَ ١٤٦

“Orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah Kami beri al-Kitab (Taurat dan Injil) mengenali Muhammad seperti mereka mengenali anak-anak mereka sendiri. Dan sesungguhnya, sebahagian antara mereka menyembunyikan kebenaran, padahal mereka mengetahui.” [Surah al-Baqarah: 146]

Permusuhan mereka terhadap Islam dan penganutnya berlaku kerana perasaan dengki mereka terhadap kemajuan umat Islam yang berjaya menjadi kuasa besar dunia selama 14 abad lamanya. Hal ini demikian kerana, ajarannya yang adil kepada seluruh manusia sehingga mempengaruhi penduduk negeri yang diperintah dan ditadbirnya.

Namun demikian, kuasa besar musuh Islam berjaya mengalah dan menjajah umat Islam pada masa kelemahannya. Hal ini disebabkan oleh sifat lalai dengan kuasa dan kekayaan sehingga menjadi jahil sama ada dalam ilmu melibatkan urusan agama mahupun dunia yang tidak berpisah daripada ajaran Islam yang bersifat al-din, berbeza dengan semua agama dan ideologi yang lain.

Adapun permusuhan mereka terhadap Islam berlaku kerana perasaan dengki dan angkuh, bukannya kerana benar. Firman Allah SWT:

وَدَّ كَثِيرٞ مِّنۡ أَهۡلِ ٱلۡكِتَٰبِ لَوۡ يَرُدُّونَكُم مِّنۢ بَعۡدِ إِيمَٰنِكُمۡ كُفَّارًا حَسَدٗا مِّنۡ عِندِ أَنفُسِهِم مِّنۢ بَعۡدِ مَا تَبَيَّنَ لَهُمُ ٱلۡحَقُّۖ فَٱعۡفُواْ وَٱصۡفَحُواْ حَتَّىٰ يَأۡتِيَ ٱللَّهُ بِأَمۡرِهِۦٓۗ إِنَّ ٱللَّهَ عَلَىٰ كُلِّ شَيۡءٖ قَدِيرٞ ١٠٩

“Sebahagian besar Ahli Kitab menginginkan agar mereka dapat memesongkan kamu kepada kekafiran setelah kamu beriman, kerana dengki daripada mereka sendiri, setelah nyata bagi mereka kebenaran (Islam dan Nabi Muhammad SAW). Maka, maafkanlah dan biarkanlah mereka, sampai Allah mendatangkan perintah-Nya (sama ada berdamai ataupun berperang). Sesungguhnya, Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.” [Surah al-Baqarah: 109]

Sikap mereka terhadap para anbiya’ dan kitab Allah ialah beriman secara terpilih mengikut akal yang dikawal oleh nafsu kesombongan dan keduniaan yang dekat dalam pandangan dan dapat dirasai. Firman Allah SWT:

وَلَقَدۡ ءَاتَيۡنَا مُوسَى ٱلۡكِتَٰبَ وَقَفَّيۡنَا مِنۢ بَعۡدِهِۦ بِٱلرُّسُلِۖ وَءَاتَيۡنَا عِيسَى ٱبۡنَ مَرۡيَمَ ٱلۡبَيِّنَٰتِ وَأَيَّدۡنَٰهُ بِرُوحِ ٱلۡقُدُسِۗ أَفَكُلَّمَا جَآءَكُمۡ رَسُولُۢ بِمَا لَا تَهۡوَىٰٓ أَنفُسُكُمُ ٱسۡتَكۡبَرۡتُمۡ فَفَرِيقٗا كَذَّبۡتُمۡ وَفَرِيقٗا تَقۡتُلُونَ ٨٧

“Dan sesungguhnya Kami telah mendatangkan al-Kitab (Taurat) kepada Musa, dan Kami telah menyusulinya (berturut-turut) sesudah itu dengan rasul-rasul, dan telah Kami berikan bukti-bukti kebenaran (mukjizat) kepada ‘Isa putera Maryam dan Kami memperkuatnya dengan Ruhul Qudus. Apakah setiap datang kepada kamu seorang rasul membawa sesuatu (pelajaran) yang tidak sesuai dengan keinginan kamu lalu kamu menyombong; maka beberapa orang (antara para rasul) kamu dustakan dan beberapa orang (yang lain) kamu bunuh?” [Surah al-Baqarah: 87]

Bahkan, mereka juga menyelewengkan kitab Allah. Firman Allah SWT:

فَوَيۡلٞ لِّلَّذِينَ يَكۡتُبُونَ ٱلۡكِتَٰبَ بِأَيۡدِيهِمۡ ثُمَّ يَقُولُونَ هَٰذَا مِنۡ عِندِ ٱللَّهِ لِيَشۡتَرُواْ بِهِۦ ثَمَنٗا قَلِيلٗاۖ فَوَيۡلٞ لَّهُم مِّمَّا كَتَبَتۡ أَيۡدِيهِمۡ وَوَيۡلٞ لَّهُم مِّمَّا يَكۡسِبُونَ ٧٩

“Maka, kecelakaan yang besarlah bagi orang-orang yang menulis al-Kitab dengan tangan mereka sendiri, lalu dikatakannya, ‘Ini daripada Allah,’ (dengan maksud) untuk memperoleh keuntungan yang sedikit dengan perbuatan itu. Maka, kecelakaan yang besarlah bagi mereka, akibat apa yang ditulis oleh tangan mereka sendiri, dan kecelakaan yang besarlah bagi mereka, akibat apa yang mereka kerjakan.” [Surah al-Baqarah: 79]

Antara penyelewengan yang paling menyesatkan ialah memisahkan politik daripada agama para anbiya’ dan mencipta teori sekularisme dalam agama Kristian di Eropah. Tujuannya bagi menyelesaikan krisis antara gereja dengan istana (paderi dan raja) dan pertembungan antara sains yang diambil daripada tamadun Islam dengan pihak gereja yang menolak kemajuan ilmu dunia. Adapun ilmu dunia menjadi fardu kifayah dalam Islam, tetapi tidak ada dalam Kristian selepas Bible (kitab Injil) dipinda.

Injil yang dipesongkan kepada ciptaan manusia meletakkan ayat:

“Therefore, render to Caesar the things that are Caesar's, and to God the things that are God's.”

“Berikan milik Kaisar itu kepada Kaisar; dan milik Tuhan itu kepada Tuhan.” [Matthew 22:21; Mark 12:17; Luke 20:25]

Hakikatnya, semua rasul menganut Islam. Firman Allah SWT:

قُولُوٓاْ ءَامَنَّا بِٱللَّهِ وَمَآ أُنزِلَ إِلَيۡنَا وَمَآ أُنزِلَ إِلَىٰٓ إِبۡرَٰهِ‍ۧمَ وَإِسۡمَٰعِيلَ وَإِسۡحَٰقَ وَيَعۡقُوبَ وَٱلۡأَسۡبَاطِ وَمَآ أُوتِيَ مُوسَىٰ وَعِيسَىٰ وَمَآ أُوتِيَ ٱلنَّبِيُّونَ مِن رَّبِّهِمۡ لَا نُفَرِّقُ بَيۡنَ أَحَدٖ مِّنۡهُمۡ وَنَحۡنُ لَهُۥ مُسۡلِمُونَ ١٣٦

“Katakanlah (wahai orang-orang Mukmin), ‘Kami beriman kepada Allah dan apa yang diturunkan kepada kami, dan apa yang diturunkan kepada Ibrahim, Isma‘il, Ishaq, Ya‘qub dan anak cucunya, dan apa yang diberikan kepada Musa dan ‘Isa serta apa yang diberikan kepada nabi-nabi daripada Tuhannya. Kami tidak membeza-bezakan seorang pun antara mereka dan kami hanya tunduk patuh kepada-Nya.” [Surah al-Baqarah: 136]

Para rasul diperintahkan membawa kitab Allah kepada manusia bagi melaksanakan tujuan mereka diciptakan, iaitu beribadat, berkhilafah (politik) dan beramanah (melaksanakan hukum yang adil kepada semua).

Rasulullah SAW mentafsirkan khilafah dengan siasah (politik) melalui sabdanya:

‌كَانَتْ ‌بَنُو ‌إِسْرَائِيلَ ‌تَسُوسُهُمُ ‌الْأَنْبِيَاءُ، كُلَّمَا هَلَكَ نَبِيٌّ خَلَفَهُ نَبِيٌّ، وَإِنَّهُ لَا نَبِيَّ بَعْدِي، وَسَيَكُونُ خُلَفَاءُ فَيَكْثُرُونَ.

“Kaum Bani Isra’il pada zaman dahulu dipimpin oleh para nabi. Apabila seseorang nabi wafat, diganti p**a oleh nabi selepasnya. Tiada lagi nabi selepasku (Muhammad SAW), namun akan ada para pemimpin dan jumlah mereka ramai.”

قَالُوا: فَمَا تَأْمُرُنَا؟ قَالَ: فُوا بِبَيْعَةِ الْأَوَّلِ فَالْأَوَّلِ، أَعْطُوهُمْ حَقَّهُمْ، فَإِنَّ اللهَ سَائِلُهُمْ عَمَّا اسْتَرْعَاهُمْ.

Para sahabat bertanya, “Apakah perintahmu (pesananmu) kepada kami?” Baginda menjawab, “Tunaikanlah baiah kepada yang pertama dan diikuti selepasnya. Tunaikanlah hak terhadap mereka. (Pohonlah kepada Allah perkara yang menjadi hak kamu). Sesungguhnya, Allah akan menyoal mereka berkenaan hak kamu yang wajib ditunaikan oleh mereka.” [Hadis riwayat al-Bukhari, Sahih al-Bukhari, Kitab Ahadith al-Anbiya’, no. 3455, dan Muslim, Sahih Muslim, Kitab al-Imarah, no. 1842, daripada Abu Hurairah. Lafaz bagi al-Bukhari]

Allah berfirman menyatakan berulang kali betapa kewajipan memilih dan mengikut pemimpin kelak akan dihisab pada Hari Kiamat. Antaranya, firman Allah SWT:

يَوۡمَ نَدۡعُواْ كُلَّ أُنَاسِۢ بِإِمَٰمِهِمۡۖ فَمَنۡ أُوتِيَ كِتَٰبَهُۥ بِيَمِينِهِۦ فَأُوْلَـٰٓئِكَ يَقۡرَءُونَ كِتَٰبَهُمۡ وَلَا يُظۡلَمُونَ فَتِيلٗا ٧١

“(Ingatlah) suatu hari (Hari Kiamat) Kami panggil tiap-tiap umat dengan pemimpinnya; dan sesiapa yang diberikan kitab amalannya di tangan kanannya, maka mereka ini akan membaca kitabnya itu, dan mereka tidak dianiaya sedikit pun.” [Surah al-Isra’: 71]

Ajaran salah yang memisahkan urusan dunia khususnya politik daripada yang dinamakan agama dalam kitab Injil dijadikan senjata serangan pemikiran oleh penjajah terhadap umat Islam. Hal ini dilakukan melalui pentadbiran dengan cara merampas kuasa atau daulat yang sebenar daripada raja-raja dengan ditinggalkan kuasa agama yang terpilih dalam urusan ibadat dan keluarga sahaja. Adapun urusan mentadbir (politik) negara berada di tangan mereka, di samping mengawal pelajaran, pendidikan dan media bagi menyebarkan kejahilan agama kepada rakyat dan menggalakkan berilmu agama secara tidak bertafaqquh dalam kalangan ulama’.

Maka, tersebarlah kejahilan politik Islam yang mulia dan bersih. Bahkan, politik disingkirkan daripada Islam. Berlaku kejahilan dalam kalangan umat Islam sehingga menimbulkan persepsi bahawa politik maknanya kotor, menipu, berebut jawatan, permainan, lakonan drama dan lain-lain. Semua ini diucap dan ditulis dalam media oleh kalangan yang jahil agama.

Tujuan penjajah supaya mematikan atau melemahkan tentangan terhadap mereka dan menyekat Islam daripada berkuasa semula bagi memerintah dunia secara adil, berakhlak dan berilmu.

Maka, jangan hairan kalau ada ucapan dan penulisan daripada orang Islam sendiri yang mengambil peranan penjajah menyebarkan fahaman yang sesat kerana jahil murakkab (tidak tahu dirinya jahil). Begitu juga menafikan atau merendahkan kewajipan berpolitik yang dinyatakan oleh Allah menjadi salah satu daripada tujuan manusia diciptakan dan menjadi kewajipan yang mulia di sisi Allah melalui lisan dan tulisan. Firman Allah SWT:

وَإِذۡ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلَـٰٓئِكَةِ إِنِّي جَاعِلٞ فِي ٱلۡأَرۡضِ خَلِيفَةٗۖ قَالُوٓاْ أَتَجۡعَلُ فِيهَا مَن يُفۡسِدُ فِيهَا وَيَسۡفِكُ ٱلدِّمَآءَ وَنَحۡنُ نُسَبِّحُ بِحَمۡدِكَ وَنُقَدِّسُ لَكَۖ قَالَ إِنِّيٓ أَعۡلَمُ مَا لَا تَعۡلَمُونَ ٣٠ وَعَلَّمَ ءَادَمَ ٱلۡأَسۡمَآءَ كُلَّهَا ثُمَّ عَرَضَهُمۡ عَلَى ٱلْمَلَـٰٓئِكَةِ فَقَالَ أَنۢبِ‍ُٔونِي بِأَسۡمَآءِ هَـٰٓؤُلَآءِ إِن كُنتُمۡ صَٰدِقِينَ ٣١ قَالُواْ سُبۡحَٰنَكَ لَا عِلۡمَ لَنَآ إِلَّا مَا عَلَّمۡتَنَآۖ إِنَّكَ أَنتَ ٱلۡعَلِيمُ ٱلۡحَكِيمُ ٣٢

“Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, ‘Sesungguhnya, Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi.’ Mereka berkata, ‘Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami sentiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan menyucikan Engkau?’ Tuhan berfirman, ‘Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui.’ (30) Dan Dia mengajarkan kepada Adam nama-nama (benda-benda) seluruhnya, kemudian mengemukakannya kepada para malaikat lalu berfirman, ‘Sebutkanlah kepada-Ku nama benda-benda itu jika kamu memang orang-orang yang benar!’ (31) Mereka menjawab, ‘Maha Suci Engkau, tidak ada yang kami ketahui selain daripada apa yang telah Engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.’ (32)” [Surah al-Baqarah: 30-32]

Allah memberi amaran kepada umat Islam sekiranya mereka tidak bangkit menegakkan Islam sehingga berkuasa, dan mereka juga wajib mempertahankan kuasa umat Islam mengikut ajaran Islam. Amaran ini ditujukan kepada bangsa Arab yang pertama kali memimpin kuasa Islam ketika mereka mendominasi penganut Islam, bahawa sekiranya mereka cuai, Allah akan menukar mereka dengan kaum bangsa lain yang menganut Islam atau mereka akan dijajah oleh musuh bukan Islam yang menyeksakan. Firman Allah SWT:

هَـٰٓأَنتُمْ هَـٰٓؤُلَآءِ تُدۡعَوۡنَ لِتُنفِقُواْ فِي سَبِيلِ ٱللَّهِ فَمِنكُم مَّن يَبۡخَلُۖ وَمَن يَبۡخَلۡ فَإِنَّمَا يَبۡخَلُ عَن نَّفۡسِهِۦۚ وَٱللَّهُ ٱلۡغَنِيُّ وَأَنتُمُ ٱلۡفُقَرَآءُۚ وَإِن تَتَوَلَّوۡاْ يَسۡتَبۡدِلۡ قَوۡمًا غَيۡرَكُمۡ ثُمَّ لَا يَكُونُوٓاْ أَمۡثَٰلَكُم ٣٨

“Ingatlah, kamu ini orang-orang yang diajak untuk menafkahkan (hartamu) pada jalan Allah. Maka, antara kamu ada yang kikir, dan siapa yang kikir sesungguhnya dia hanyalah kikir terhadap dirinya sendiri. Dan Allah jua Tuhan Yang Maha Kaya sedangkan kamulah orang-orang yang berkehendak (kepada-Nya); dan jika kamu berpaling nescaya Dia akan mengganti (kamu) dengan kaum yang lain; dan mereka tidak akan seperti kamu ini.” [Surah Muhammad: 38]

Firman Allah SWT:

إِلَّا تَنفِرُواْ يُعَذِّبۡكُمۡ عَذَابًا أَلِيمٗا وَيَسۡتَبۡدِلۡ قَوۡمًا غَيۡرَكُمۡ وَلَا تَضُرُّوهُ شَيۡ‍ٔٗاۗ وَٱللَّهُ عَلَىٰ كُلِّ شَيۡءٖ قَدِيرٌ ٣٩

“Jika kamu tidak berangkat untuk berjuang, nescaya Allah menyeksa kamu dengan seksa yang pedih dan digantinya (kamu) dengan kaum yang lain, dan kamu tidak akan dapat memberi kemudaratan kepada-Nya sedikit pun. Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.” [Surah al-Tawbah: 39]

Seksaan dunia ini disebabkan oleh para pemimpin yang zalim, kehidupan yang buruk atau dijajah oleh kaum lain yang memperhambakannya. Contohnya, kejatuhan Andalus (Sepanyol), Palestin, Asia Tengah dan lain-lain yang ditakluk oleh bukan Islam.

Di Malaysia, Melayu Islam wajib memimpin kerana mereka mendominasi penganut Islam.

Kewujudan bangsa ialah sifat tabii ciptaan Allah bagi menguji manusia. Tolak kump**an luar tabii Melayu yang bersama DAP, iaitu kump**an sekular fanatik dan cauvinis ekstrem yang menjadi ancaman kepada Islam dan bangsa Melayu. Bukan kerana fanatik perkauman, tetapi kerana Islam mewajibkan berlaku adil kepada semua manusia.

Firman Allah SWT:

۞إِنَّ ٱللَّهَ يَأۡمُرُكُمۡ أَن تُؤَدُّواْ ٱلۡأَمَٰنَٰتِ إِلَىٰٓ أَهۡلِهَا وَإِذَا حَكَمۡتُم بَيۡنَ ٱلنَّاسِ أَن تَحۡكُمُواْ بِٱلۡعَدۡلِۚ إِنَّ ٱللَّهَ نِعِمَّا يَعِظُكُم بِهِۦٓۗ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ سَمِيعَۢا بَصِيرٗا ٥٨

“Sesungguhnya, Allah menyuruh kamu menyampaikan amanah kepada yang berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil. Sesungguhnya, Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya, Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” [Surah al-Nisa’: 58]

Kump**an Pakatan Harapan (PH) tidak berlaku adil dalam menunaikan amanah selepas merampas kerajaan secara menipu dan menggunakan helah yang tidak demokratik melalui rasuah dan ugutan. Mereka juga mengambil tindakan yang salah dan zalim dalam politik, pentadbiran, kehakiman, ekonomi, pendidikan dan lain-lain, serta bertindak secara terpilih terhadap rasuah dan lain-lain.

Selain itu, diberikan peruntukan yang berbeza antara pihak kerajaan dengan pembangkang, peruntukan untuk Sarawak dan Sabah terhadap bumiputera. Semua ini bersifat langkah politik yang membahayakan kedaulatan Melayu dan Islam, meminggirkan bahasa kebangsaan dalam pelajaran, pendidikan dan pentadbiran. Allah SWT berfirman:

وَمَآ أَرۡسَلۡنَا مِن رَّسُولٍ إِلَّا بِلِسَانِ قَوۡمِهِۦ لِيُبَيِّنَ لَهُمۡۖ فَيُضِلُّ ٱللَّهُ مَن يَشَآءُ وَيَهۡدِي مَن يَشَآءُۚ وَهُوَ ٱلۡعَزِيزُ ٱلۡحَكِيمُ ٤

“Kami tidak mengutus seorang rasul pun, melainkan dengan bahasa kaumnya, supaya ia dapat memberi penjelasan dengan terang kepada mereka. Maka, Allah menyesatkan sesiapa yang Dia kehendaki, dan memberi petunjuk kepada sesiapa yang Dia kehendaki. Dan Dialah Tuhan Yang Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana.” [Surah Ibrahim: 4]

PH berslogankan madani yang kiblat solatnya ke arah Baitullah (Rumah Allah) di Makkah, adapun kiblat politik dan ekonominya ke arah White House (Rumah Putih) di Washington. Mereka juga berkonsepkan Islam sekularisme dan liberalisme berpandukan kaedah politik Barat:

“The end justifies the means.”

“Matlamat menghalalkan cara.”

Allah memberi amaran kepada mereka yang jahil murakkab (jahil yang tidak sedar dirinya jahil) yang menyesatkan orang lain dengan ucapan dan tulisannya termasuk media yang membantunya. Firman Allah SWT:

وَلَا تَقۡفُ مَا لَيۡسَ لَكَ بِهِۦ عِلۡمٌۚ إِنَّ ٱلسَّمۡعَ وَٱلۡبَصَرَ وَٱلۡفُؤَادَ كُلُّ أُوْلَـٰٓئِكَ كَانَ عَنۡهُ مَسۡ‍ُٔولٗا ٣٦

“Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungjawabannya.” [Surah al-Isra’: 36]

Maka, janganlah mengikut arahan yang salah. Firman Allah SWT:

يَوۡمَ تُقَلَّبُ وُجُوهُهُمۡ فِي ٱلنَّارِ يَقُولُونَ يَٰلَيۡتَنَآ أَطَعۡنَا ٱللَّهَ وَأَطَعۡنَا ٱلرَّسُولَا۠ ٦٦ وَقَالُواْ رَبَّنَآ إِنَّآ أَطَعۡنَا سَادَتَنَا وَكُبَرَآءَنَا فَأَضَلُّونَا ٱلسَّبِيلَا۠ ٦٧ رَبَّنَآ ءَاتِهِمۡ ضِعۡفَيۡنِ مِنَ ٱلۡعَذَابِ وَٱلۡعَنۡهُمۡ لَعۡنٗا كَبِيرٗا ٦٨

“Pada hari ketika muka mereka dibolak-balikkan dalam Neraka, mereka berkata, ‘Alangkah baiknya, andai kata kami taat kepada Allah dan taat (p**a) kepada Rasul!’ (66) Dan mereka berkata, ‘Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami telah mentaati pemimpin-pemimpin dan pembesar-pembesar kami, lalu mereka menyesatkan kami daripada jalan (yang benar). (67) Wahai Tuhan kami, timpakanlah kepada mereka azab dua kali ganda dan kutuklah mereka dengan kutukan yang besar.’ [68]” [Surah al-Ahzab: 66-68]

PAS mengajak kepada perubahan berteladankan Rasulullah SAW serta berasaskan kekuatan perpaduan Islam Arab dan bukan Islam yang tidak ekstrem. Hal ini dilaksanakan melalui umat Melayu Islam bersama bumiputera dan bukan Islam bukan dalam kalangan Melayu yang tidak ekstrem berpandukan firman Allah SWT:

لَّا يَنۡهَىٰكُمُ ٱللَّهُ عَنِ ٱلَّذِينَ لَمۡ يُقَٰتِلُوكُمۡ فِي ٱلدِّينِ وَلَمۡ يُخۡرِجُوكُم مِّن دِيَٰرِكُمۡ أَن تَبَرُّوهُمۡ وَتُقۡسِطُوٓاْ إِلَيۡهِمۡۚ إِنَّ ٱللَّهَ يُحِبُّ ٱلۡمُقۡسِطِينَ ٨ إِنَّمَا يَنۡهَىٰكُمُ ٱللَّهُ عَنِ ٱلَّذِينَ قَٰتَلُوكُمۡ فِي ٱلدِّينِ وَأَخۡرَجُوكُم مِّن دِيَٰرِكُمۡ وَظَٰهَرُواْ عَلَىٰٓ إِخۡرَاجِكُمۡ أَن تَوَلَّوۡهُمۡۚ وَمَن يَتَوَلَّهُمۡ فَأُوْلَـٰٓئِكَ هُمُ ٱلظَّـٰلِمُونَ ٩

“Allah tidak melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tiada memerangimu kerana agama dan tidak (p**a) mengusir kamu dari negerimu. Sesungguhnya, Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil. [8] Sesungguhnya, Allah hanya melarang kamu menjadikan sebagai kawanmu orang-orang yang memerangimu kerana agama dan mengusir kamu dari negerimu, dan membantu (orang lain) untuk mengusirmu. Dan sesiapa yang menjadikan mereka sebagai kawan, maka mereka itulah orang-orang yang zalim. (9)” [Surah al-Mumtahanah: 8-9]

Firman Allah SWT:

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلنَّاسُ إِنَّا خَلَقۡنَٰكُم مِّن ذَكَرٖ وَأُنثَىٰ وَجَعَلۡنَٰكُمۡ شُعُوبٗا وَقَبَآئِلَ لِتَعَارَفُوٓاْۚ إِنَّ أَكۡرَمَكُمۡ عِندَ ٱللَّهِ أَتۡقَىٰكُمۡۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٞ ١٣

“Wahai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu daripada seorang lelaki dan seorang perempuan serta menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling mengenal. Sesungguhnya, orang yang paling mulia antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling taqwa antara kamu. Sesungguhnya, Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.” [Surah al-Hujurat: 13]

Dahulukan PAS bersama UMNO, Barisan Nasional (BN), kump**an Melayu Islam dan bukan Islam yang tidak ekstrem seperti MCA, MIC, Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP) dan lain-lain, diikuti oleh Sarawak dan Sabah bagi menyelamatkan Malaysia yang tercinta ini.

Firman Allah SWT:

وَأَطِيعُواْ ٱللَّهَ وَرَسُولَهُۥ وَلَا تَنَٰزَعُواْ فَتَفۡشَلُواْ وَتَذۡهَبَ رِيحُكُمۡۖ وَٱصۡبِرُوٓاْۚ إِنَّ ٱللَّهَ مَعَ ٱلصَّـٰبِرِينَ ٤٦

“Dan taatilah kepada Allah dan Rasul-Nya dan janganlah kamu saling berbantah-bantahan, yang menyebabkan kamu menjadi gentar dan hilang kekuatanmu dan bersabarlah. Sesungguhnya, Allah berserta orang-orang yang sabar.” [Surah al-Anfal: 46]

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

Bertarikh: 4 Safar 1448 / 19 Julai 2026

[Bil: 47 / 2026]

17/07/2026
17/07/2026

Minda Presiden PAS

PAKATAN HARAPAN MENYEBARKAN PROPAGANDA ISLAMOFOBIA

Islamofobia merujuk kepada perasaan prasangka buruk, jahat, ketakutan, atau kebencian yang tidak rasional terhadap agama Islam dan diterjemahkan kepada diskriminasi, layanan tidak adil atau sentimen perkauman anti-Islam yang menyasarkan individu, parti, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang beridentiti Muslim atau apa sahaja yang berkait dengan Islam; termasuk rumah ibadat, pakaian dan makanan. Inilah senjata baharu penjajah dalam dunia hari ini, khususnya di negara-negara yang tidak mengenang budi terhadap jasa tamadun Islam yang telah memajukan mereka dari segi kemudahan hidup di alam dunia.

Berkonsepkan sekularisme yang mengambil ilmu dunia tanpa aqidah, menjadikan mereka tidur di tengah cahaya siang dan berjaga pada malam yang gelap-gelita. Kilatnya kini mula kelihatan di Malaysia melalui suara yang dibawa oleh Parti Tindakan Demokratik (DAP) yang mendominasi Pakatan Harapan (PH).

Perkataan ‘Gelombang Hijau’ pertama kali diucapkan oleh pemimpin DAP berikutan kemaraan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) yang telah mendapat kerusi terbanyak di Parlimen pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) dan menguasai empat negeri serta menawan sejumlah besar kerusi di beberapa negeri yang lain. Di samping itu, PAS turut mempunyai wakil di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) di setiap negeri, kecuali Sarawak.

Berbeza dengan PH, iaitu gabungan DAP dan parti-parti Melayu yang bertujuan politik yang mengelirukan, termasuk yang berjenamakan perkataan Islam seperti Keadilan dan Amanah, serta termasuk sebahagian daripada kalangan UMNO yang menumpang dan membonceng bersama di belakangnya. Mereka bergabung bagi menjadi tunggangannya untuk menguasai Kerajaan Pusat dan menawan kawasan-kawasan Melayu Islam.

Islamofobia ialah suatu sangkaan buruk terhadap Islam dan penganutnya. Sekiranya ajaran Islam difahami secara akademik yang bermoral, dengan akal yang sihat serta bebas daripada penyakit fanatik, di samping memahami naratif masyarakat majmuk Malaysia yang didominasi oleh Melayu Islam sebagai penduduk asal di rantau Nusantara, bukannya pendatang yang diimport masuk oleh penjajah, yang sebahagian besarnya menjadi penumpang bahtera DAP yang mempunyai destinasinya sendiri, serta turut ditumpang oleh segelintir orang Melayu Islam yang berperibadi seperti kacang lupakan kulit, maka tanggapan Islamofobia tersebut tidak akan timbul.

Terdapat dalam kalangan DAP yang berniat jahat dengan menyatakan bahawa Melayu juga merupakan pendatang, bukan penduduk asal. Maka, daripada bumi manakah asal Melayu ini? Semua bangsa lain ada negeri asal masing-masing. Mereka tidak menyedari bahawa rumpun penduduk Nusantara di Sumatera dan Semenanjung Tanah Melayu telah mempengaruhi penggunaan nama Melayu sebagai jenama bagi penganut Islam, sehingga perkataan Melayu menjadi seerti dengan perkataan Islam. Justeru, semua yang masuk Islam dikatakan masuk Melayu, manakala orang Melayu yang murtad dianggap bukan lagi Melayu.

Semua rumpun yang menganut Islam di Malaysia dimasukkan dalam istilah Melayu menurut Perlembagaan Persekutuan, termasuk Jawa, Bugis, Banjar, keturunan Arab, India Muslim, Pakistan, Cina dan lain-lain. Adapun mereka yang bukan Islam dikategorikan sebagai bumiputera atau Orang Asal. Orang Asal yang memeluk Islam juga dianggap sebagai Melayu.

DAP yang mendapat tauliah daripada penjajah menjadi imam politik kepada makmumnya yang terdiri daripada pelbagai kump**an. Mereka menggunakan senjata Islamofobia yang diwariskan oleh penjajah bagi menentang Islam dan memadamkan cahayanya yang telah menembusi tembok pertahanan negara asal penjajahnya.

Namun, apabila senjata tersebut menggerakkan hati dalam kalangan mereka yang sihat akalnya untuk mengenali Islam dan mengkajinya, tiba-tiba senjata yang digunakan itu memakan tuannya sendiri. Apabila Islam dikenali secara ilmu, menyebabkan ramai ilmuwan mereka menerima Islam dan menganutnya, serta mempengaruhi penduduk awam, termasuk banduan dalam penjara yang dikawal.

Kegagalan ideologi ciptaan manusia yang berhaluan kiri telah meruntuhkan negara Kesatuan Soviet (Soviet Union) yang besar, dan kini terserlah p**a tanda-tanda keruntuhan blok Barat yang berasaskan kebebasan, sehingga Amerika Syarikat yang menjadi kepalanya yang paling besar telah memilih seorang presiden yang bodoh tetapi dijenamakan sebagai bijaksana. Kemenangan jenama demokrasi sekular yang cacat kerana tidak mempunyai roh, melalui politik wang yang mempertuhankan harta, membeli takhta dengan menipu rakyat.

Sehinggakan, kenyataan presiden yang dipilih itu menggelisahkan masyarakatnya sendiri di Amerika Syarikat dan Eropah, khususnya melalui kenyataan-kenyataannya yang celopar dan menunjukkan permusuhannya terhadap jenama Islam, sama ada terhadap negara-negara mahupun parti-parti Islam di seluruh dunia. Tidak cukup dengan itu, serangan yang melampau juga turut dilancarkan dan telah mengorbankan ramai rakyat awam di Afghanistan, Iraq, Palestin, Iran, Lubnan dan lain-lain.

Kemajuan teknologi Barat yang bermadanikan sekularisme tanpa roh beragama berlaku apabila mereka mencuri tamadun Islam yang bermadanikan hidayah Allah. Mereka mencipta tamadun Barat yang mencapai kemajuan dan kesenangan, namun bernafsukan sifat kebinatangan sehingga mengatasi akal yang sihat, lalu menjadikan manusia lebih bodoh dan lebih ganas daripada binatang.

Di samping itu, mereka turut mencipta undang-undang sendiri yang lebih membela penjahat dan pengganas daripada mangsanya, sehingga ada suara yang mahu membatalkan hukuman mati secara mutlak kerana lebih mementingkan pengganas yang membunuh daripada mangsa yang dizalimi. Menjaga anjing gila dianggap lebih penting daripada manusia yang boleh menjadi mangsanya kerana terlalu menyayangi binatang sehingga melebihi manusia; menjaga keselamatan kera liar p**a dianggap lebih penting daripada para peladang dan petani yang miskin; dan meraikan penternak babi lebih daripada manusia yang menjadi jiran tetangga.

Negara yang dikatakan maju menukarkan ubat hasil ciptaan tamadun Islam, daripada bahan memabukkan yang terdapat dalam bius pembedahan dan perubatan, tiba-tiba ditukar menjadi makanan dan minuman yang merosakkan akal. Seterusnya, mereka menjadi rakus bagi mengekalkan kuasa dengan mencipta senjata pemusnah paling melampau, sehingga menjadikan manusia berperang secara lebih ganas daripada binatang buas di rimba.

Mereka juga menggunakan kuasa veto bagi menembusi undang-undang yang menghalang keganasan melampau yang mereka lakukan. Benarlah firman Allah SWT:

وَلَقَدۡ ذَرَأۡنَا لِجَهَنَّمَ كَثِيرٗا مِّنَ ٱلۡجِنِّ وَٱلۡإِنسِۖ لَهُمۡ قُلُوبٞ لَّا يَفۡقَهُونَ بِهَا وَلَهُمۡ أَعۡيُنٞ لَّا يُبۡصِرُونَ بِهَا وَلَهُمۡ ءَاذَانٞ لَّا يَسۡمَعُونَ بِهَآۚ أُوْلَـٰٓئِكَ كَٱلۡأَنۡعَٰمِ بَلۡ هُمۡ أَضَلُّۚ أُوْلَـٰٓئِكَ هُمُ ٱلۡغَٰفِلُونَ ١٧٩

“Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi neraka Jahanam) kebanyakannya daripada jin dan manusia; mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah), dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu laksana binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.” [Surah al-A‘raf: 179]

Senjata Islamofobia digunakan oleh DAP setelah gagal menumpang senjata bertopengkan Islam yang menggunakan jenama Islam oleh beberapa kump**an yang berwajah Islam, seperti Islamisasi yang berkonsepkan sekularisme, iaitu melaksanakan Islam secara terpilih serta menggunakan perkataan Madani secara mutlak yang dianggap sebagai fitrah manusia tanpa melalui pembetulan hidayah yang berpandukan Islam.

Kini, di Malaysia ada yang berpihak kepada DAP dengan menggunakan slogan, “Islam Rahmatan lil ‘Alamin” daripada al-Quran. Mereka sanggup menjadi syaitan bisu terhadap kemungkaran yang nyata, termasuk kemungkaran ekonomi yang membebankan kehidupan rakyat. Kemudian, ditaja kempen Jualan Rahmah, tanpa sebarang tindakan terhadap penyangak yang membocorkan harta negara dengan rasuah dan bermacam-macam salah laku yang terpaksa ditanggung kesannya serta menyusahkan rakyat.

Seringkali kita mendengar suara yang berdegar-degar memerangi rasuah, sedangkan dalam bala tenteranya sendiri terdapat penyumbang rasuah yang paling ramai dan penagih rasuah yang tegar, serta mereka membina kekuatan dan pengaruh daripada perbelanjaan yang ditaja oleh penyumbang rasuah itu juga.

Begitulah sifat parti yang berideologikan sekularisme yang tidak mempunyai roh agama yang memandunya, kerana tiada sempadan halal dan haram.

Apa yang merisaukan kami ialah adanya dalam kalangan orang Melayu yang berimamkan DAP dan menumpang di belakangnya bagi memberi kemenangan untuk menguasai politik negara. Sehingga ada orang Melayu Islam yang bebal menuduh rasis terhadap orang Melayu yang bersuara mempertahankan hak Melayu Islamnya yang dizalimi. Sebaliknya, mereka mendiamkan diri dan menjadi syaitan bisu terhadap DAP yang fanatik dan cauvinis kepada kebangsaan Cinanya.

Islam tetap beristiqamah dalam membezakan fanatik perkauman (‘asabiyyah) dan cinta akan bangsa yang menjadi sifat fitrah manusia, yang dikawal oleh konsep keadilan kepada seluruh manusia dan mengharamkan kezaliman terhadap sesiapa sahaja tanpa mengira agama, bangsa, kawan dan musuh. Firman Allah SWT:

۞ يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ كُونُواْ قَوَّامِينَ بِٱلۡقِسۡطِ شُهَدَآءَ لِلَّهِ وَلَوۡ عَلَىٰٓ أَنفُسِكُمۡ أَوِ ٱلۡوَٰلِدَيۡنِ وَٱلۡأَقۡرَبِينَۚ إِن يَكُنۡ غَنِيًّا أَوۡ فَقِيرٗا فَٱللَّهُ أَوۡلَىٰ بِهِمَاۖ فَلَا تَتَّبِعُواْ ٱلۡهَوَىٰٓ أَن تَعۡدِلُواْۚ وَإِن تَلۡوُۥٓاْ أَوۡ تُعۡرِضُواْ فَإِنَّ ٱللَّهَ كَانَ بِمَا تَعۡمَلُونَ خَبِيرٗا ١٣٥

“Wahai orang-orang yang beriman, jadilah kamu orang yang benar-benar menegakkan keadilan, menjadi saksi kerana Allah biarpun terhadap dirimu sendiri atau ibu bapa dan kaum kerabatmu. Jika dia kaya ataupun miskin, maka Allah lebih mengetahui kemaslahatannya. Maka, janganlah kamu mengikuti hawa nafsu kerana ingin menyimpang daripada kebenaran. Dan jika kamu memutarbalikkan (kata-kata) atau enggan menjadi saksi, maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala apa yang kamu kerjakan.” [Surah al-Nisa’: 135]

Firman Allah SWT:

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ كُونُواْ قَوَّامِينَ لِلَّهِ شُهَدَآءَ بِٱلۡقِسۡطِۖ وَلَا يَجۡرِمَنَّكُمۡ شَنَ‍َٔانُ قَوۡمٍ عَلَىٰٓ أَلَّا تَعۡدِلُواْۚ ٱعۡدِلُواْ هُوَ أَقۡرَبُ لِلتَّقۡوَىٰۖ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَۚ إِنَّ ٱللَّهَ خَبِيرُۢ بِمَا تَعۡمَلُونَ ٨

“Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu menjadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) kerana Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, kerana adil itu lebih dekat kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.” [Surah al-Ma’idah: 8]

Kemaraan DAP bertopengkan PH memimpin Kerajaan Perpaduan telah memberanikan beberapa tokoh mereka mencabar Perlembagaan Persekutuan, khususnya kedudukan Islam, institusi Raja-Raja Melayu, Bahasa Kebangsaan, membela murtad dan lain-lain. Hal ini sekali gus membenarkan amaran Allah SWT:

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لَا تَتَّخِذُواْ بِطَانَةٗ مِّن دُونِكُمۡ لَا يَأۡلُونَكُمۡ خَبَالٗا وَدُّواْ مَا عَنِتُّمۡ قَدۡ بَدَتِ ٱلۡبَغۡضَآءُ مِنۡ أَفۡوَٰهِهِمۡ وَمَا تُخۡفِي صُدُورُهُمۡ أَكۡبَرُۚ قَدۡ بَيَّنَّا لَكُمُ ٱلۡأٓيَٰتِۖ إِن كُنتُمۡ تَعۡقِلُونَ ١١٨ هَـٰٓأَنتُمْ أُوْلَآءِ تُحِبُّونَهُمۡ وَلَا يُحِبُّونَكُمۡ وَتُؤۡمِنُونَ بِٱلۡكِتَٰبِ كُلِّهِۦ وَإِذَا لَقُوكُمۡ قَالُوٓاْ ءَامَنَّا وَإِذَا خَلَوۡاْ عَضُّواْ عَلَيۡكُمُ ٱلۡأَنَامِلَ مِنَ ٱلۡغَيۡظِۚ قُلۡ مُوتُواْ بِغَيۡظِكُمۡۗ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِيمُۢ بِذَاتِ ٱلصُّدُورِ ١١٩ إِن تَمۡسَسۡكُمۡ حَسَنَةٞ تَسُؤۡهُمۡ وَإِن تُصِبۡكُمۡ سَيِّئَةٞ يَفۡرَحُواْ بِهَاۖ وَإِن تَصۡبِرُواْ وَتَتَّقُواْ لَا يَضُرُّكُمۡ كَيۡدُهُمۡ شَيۡ‍ًٔاۗ إِنَّ ٱللَّهَ بِمَا يَعۡمَلُونَ مُحِيطٞ ١٢٠

“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu ambil menjadi teman kepercayaanmu orang-orang yang di luar kalanganmu (kerana) mereka tidak henti-henti (menimbulkan) kemudaratan bagimu. Mereka menyukai apa yang menyusahkan kamu. Telah nyata kebencian daripada mulut mereka, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka adalah lebih besar lagi. Sungguh telah Kami terangkan kepadamu ayat-ayat (Kami), jika kamu memahaminya. [118] Beginilah kamu, kamu menyukai mereka, padahal mereka tidak menyukai kamu, dan kamu beriman kepada kitab-kitab semuanya. Apabila mereka menjumpai kamu, mereka berkata, ‘Kami beriman’ dan apabila mereka menyendiri, mereka menggigit hujung jari lantaran marah bercampur benci terhadap kamu. Katakanlah (kepada mereka), ‘Matilah kamu kerana kemarahanmu itu.’ Sesungguhnya, Allah mengetahui segala isi hati. (119) Jika kamu memperolehi kebaikan, nescaya mereka bersedih hati. Tetapi jika kamu mendapat bencana, mereka bergembira kerananya. Jika kamu bersabar dan bertaqwa, nescaya tipu daya mereka sedikit pun tidak mendatangkan kemudaratan kepadamu. Sesungguhnya, Allah mengetahui segala apa yang mereka kerjakan. (120)” [Surah Ali ‘Imran: 118-120]

Allah tidak mengharamkan umat Islam untuk mengadakan hubungan baik dengan kalangan bukan Islam dalam masyarakat majmuk. Bahkan, Allah menyatakan panduan dalam perkara tersebut melalui firman-Nya:

لَّا يَنۡهَىٰكُمُ ٱللَّهُ عَنِ ٱلَّذِينَ لَمۡ يُقَٰتِلُوكُمۡ فِي ٱلدِّينِ وَلَمۡ يُخۡرِجُوكُم مِّن دِيَٰرِكُمۡ أَن تَبَرُّوهُمۡ وَتُقۡسِطُوٓاْ إِلَيۡهِمۡۚ إِنَّ ٱللَّهَ يُحِبُّ ٱلۡمُقۡسِطِينَ ٨ إِنَّمَا يَنۡهَىٰكُمُ ٱللَّهُ عَنِ ٱلَّذِينَ قَٰتَلُوكُمۡ فِي ٱلدِّينِ وَأَخۡرَجُوكُم مِّن دِيَٰرِكُمۡ وَظَٰهَرُواْ عَلَىٰٓ إِخۡرَاجِكُمۡ أَن تَوَلَّوۡهُمۡۚ وَمَن يَتَوَلَّهُمۡ فَأُوْلَـٰٓئِكَ هُمُ ٱلظَّـٰلِمُونَ ٩

“Allah tidak melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tidak memerangimu kerana agama dan tidak (p**a) mengusir kamu dari negerimu. Sesungguhnya, Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil. [8] Sesungguhnya, Allah hanya melarang kamu menjadikan sebagai kawanmu orang-orang yang memerangimu kerana agama dan mengusir kamu dari negerimu, dan membantu (orang lain) untuk mengusirmu. Dan sesiapa yang menjadikan mereka sebagai kawan, maka mereka itulah orang-orang yang zalim. (9)” [Surah al-Mumtahanah: 8-9]

Berbagai-bagai cara dilakukan ke arah menawan kawasan Melayu Islam melalui topeng demokrasi, dengan meletakkan calon-calon Melayu dan yang berpakaian Islam, serta mengemukakan cadangan untuk mengadakan Pilihan Raya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Pilihan Raya PBT ialah proses pemilihan melalui pilihan raya untuk memilih Ahli Majlis atau Datuk Bandar yang akan mentadbir PBT, seperti Majlis Bandaraya dan Majlis Perbandaran. Ia telah dimansuhkan di Malaysia pada tahun 1960-an, menjadikan ahli majlis PBT pada masa kini dilantik oleh kerajaan negeri, bukannya melalui undian rakyat. Hal ini dilakukan bagi merungkai penyusunan masyarakat yang diatur oleh penjajah melalui politik adu domba dalam masyarakat majmuk yang sengaja diaturnya, dengan meletakkan kaum pendatang di bandar-bandar dan kaum Melayu serta bumiputera di luar bandar.

Langkah Kerajaan PH meletakkan DAP dalam kabinet pada kedudukan yang memudahkan pelaksanaan agenda politiknya untuk menakluk tanah air ini, menandakan suatu keadaan yang mencabar kedudukan Melayu Islam di tanah airnya sendiri. Jika dibiarkan, kelak orang Melayu Islam akan menerima nasib seperti kaum Red Indian di benua Amerika yang dipinggirkan dan dihapuskan di tanah air mereka sendiri. Maka, kata-kata slogan dalam hikayat Melayu, “Takkan Melayu hilang di dunia”, sekadar menjadi halwa telinga yang akhirnya larut ditelan zaman.

Firman Allah SWT:

وَلِكُلِّ أُمَّةٍ أَجَلٞۖ فَإِذَا جَآءَ أَجَلُهُمۡ لَا يَسۡتَأۡخِرُونَ سَاعَةٗ وَلَا يَسۡتَقۡدِمُونَ ٣٤

“Tiap-tiap umat mempunyai batas waktu; maka apabila telah datang waktunya mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaat pun dan tidak dapat (p**a) memajukannya.” [Surah al-A‘raf: 34]

Firman Allah SWT:

لَهُۥ مُعَقِّبَٰتٞ مِّنۢ بَيۡنِ يَدَيۡهِ وَمِنۡ خَلۡفِهِۦ يَحۡفَظُونَهُۥ مِنۡ أَمۡرِ ٱللَّهِۗ إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُغَيِّرُ مَا بِقَوۡمٍ حَتَّىٰ يُغَيِّرُواْ مَا بِأَنفُسِهِمۡۗ وَإِذَآ أَرَادَ ٱللَّهُ بِقَوۡمٖ سُوٓءٗا فَلَا مَرَدَّ لَهُۥۚ وَمَا لَهُم مِّن دُونِهِۦ مِن وَالٍ ١١

“Pada manusia ada malaikat-malaikat yang selalu mengikutinya secara bergiliran, di muka dan di belakangnya, mereka menjaganya atas perintah Allah. Sesungguhnya, Allah tidak merubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap sesuatu kaum, maka tiada yang dapat menolaknya; dan sekali-kali tiada pelindung bagi mereka selain Dia.” [Surah al-Ra‘d: 11]

Kita mengalu-alukan masyarakat Cina Sabah yang menolak DAP dan diikuti oleh masyarakat Cina Johor yang menunjukkan perubahan dengan menolaknya juga.

PAS mengharapkan sebahagian dalam kalangan UMNO yang bersekongkol dengan DAP kembali ke pangkal jalan, setelah PAS sedia mengorbankan diri menyokong UMNO di Johor supaya gagal ditawan oleh PH DAP, sehingga dikerahkan ahli dan penyokongnya dari seluruh negara, mengorbankan tenaga dan wang ringgit supaya mengundi BN dan mengetepikan salah laku UMNO terhadap PAS, walaupun hilang kerusinya di Johor sehingga PAS bersedia menjadi laksana lilin yang membakar diri bagi menerangi perjalanan saudaranya. Laksana pokok buah-buahan yang menggugurkan buahnya yang lazat kepada kanak-kanak nakal yang merejamnya dengan batu dan kayu.

Maka, PAS mengajak kepada perpaduan umat Melayu Islam dan bukan Islam yang tidak ekstrem daripada semua kaum dan agama. Kita mengambil teladan daripada Rasulullah SAW yang melakukan perpaduan bangsa Arab bersama Islam, diikuti perpaduan penganut Islam daripada pelbagai bangsa, serta perpaduan kemanusiaan bersama bukan Islam yang tidak ekstrem.

Ambillah nasihat Khalifah ‘Umar bin al-Khattab RA kepada Abu Musa al-Asy‘ari RA:

الرُّجُوعُ إِلَى الْحَقِّ خَيْرٌ مِنَ التَّمَادِي فِي الْبَاطِلِ.

“Kembali semula kepada kebenaran lebih baik daripada berterusan berada dalam kebatilan.” [Al-Qurtubi, al-Jami‘ li Ahkam al-Quran, jld. 3, hlm. 70]

Selain itu, Khalifah ‘Umar bin al-Khattab RA juga pernah akur terhadap seorang wanita yang menegur kesalahannya di hadapan khalayak ramai dalam sebuah masjid dengan berkata:

أَصَابَتِ امْرَأَةٌ وَأَخْطَأَ عُمَرُ.

“Perempuan tersebut betul, ‘Umar yang salah.” [Al-Qurtubi, al-Jami‘ li Ahkam al-Quran, jld. 5, hlm. 99]

Walaupun begitu, Khalifah ‘Umar bin al-Khattab RA tidak p**a mengadakan larangan 3R (race [kaum], religion [agama], royalty [institusi diraja]) bagi mengambil tindakan terhadap sesiapa yang mengkritik kesalahannya.

Maka, jangan takut dan risau apabila Melayu Islam memimpin, kerana aqidahnya tetap menjaga masyarakat majmuk yang telah ditunjukkan oleh Allah dalam al-Quran. Firman Allah SWT:

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلنَّاسُ ٱتَّقُواْ رَبَّكُمُ ٱلَّذِي خَلَقَكُم مِّن نَّفۡسٖ وَٰحِدَةٖ وَخَلَقَ مِنۡهَا زَوۡجَهَا وَبَثَّ مِنۡهُمَا رِجَالٗا كَثِيرٗا وَنِسَآءٗۚ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ ٱلَّذِي تَسَآءَلُونَ بِهِۦ وَٱلۡأَرۡحَامَۚ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ عَلَيۡكُمۡ رَقِيبٗا ١

“Wahai manusia, bertaqwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu daripada seorang diri (Adam), dan daripadanya Allah menciptakan isterinya (Hawwa’); dan daripada kedua-duanya Allah mengembangbiakkan laki-laki dan perempuan yang banyak. Dan bertaqwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturahim. Sesungguhnya, Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu.” [Surah al-Nisa’: 1]

Firman Allah SWT:

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلنَّاسُ إِنَّا خَلَقۡنَٰكُم مِّن ذَكَرٖ وَأُنثَىٰ وَجَعَلۡنَٰكُمۡ شُعُوبٗا وَقَبَآئِلَ لِتَعَارَفُوٓاْۚ إِنَّ أَكۡرَمَكُمۡ عِندَ ٱللَّهِ أَتۡقَىٰكُمۡۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٞ ١٣

“Wahai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu daripada seorang lelaki dan seorang perempuan, dan Kami menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya, orang yang paling mulia antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa antara kamu. Sesungguhnya, Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.” [Surah al-Hujurat: 13]

Kewujudan pelbagai bangsa adalah fitrah (sifat tabii) bagi kejadian manusia. Tendang sahaja kalangan Melayu yang terpengaruh dengan teori akal luar tabii yang diimport oleh penjajah pemikiran, yang sedang merosakkan alam ciptaan Allah, termasuk kalangan yang mencipta teori Madani baharu yang sama dengan tamadun silam yang dilaknat Allah. Kini, tamadun Barat p**a sedang mengalami keruntuhan.

Oleh yang demikian, marilah berkiblat kepada ketetapan Allah, iaitu kembali kepada wahyu yang diturunkan di Makkah. Jangan ikut imam yang sesat; kiblat solat dan hajinya di Makkah, tetapi kiblat politik dan ekonominya ke arah Washington dan New York.

PAS bersyukur kepada Allah kerana berjaya menyelamatkan Johor yang terus dipimpin Melayu Islam dan atas kegagalan DAP bersama sekutunya, PH, daripada menawan Johor. Ucapan tahniah ditujukan kepada Johor, dan PAS tidak memerlukan sebarang kerusi hadiah daripada Johor. Apa yang paling diharapkan oleh PAS ialah perpaduan Melayu Islam yang memimpin negara Malaysia yang tercinta ini bersama bukan Islam yang tidak ekstrem dalam masyarakat majmuk.

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

Bertarikh: 30 Muharram 1448 / 16 Julai 2026

[Bil: 46 / 2026]

Address

Kuala Pilah

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Pilah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Pilah:

Shortcuts

Share