07/08/2026
๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐-๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐, ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐
Seri Menanti | 7 Ogos 2026 - Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir berkenan berangkat mencemar duli bagi menyempurnakan ibadah Solat Jumaat bersama-sama anak kariah di Masjid Kariah Kampung Tengah, Seri Menanti hari ini.
Keberangkatan Kebawah Duli Tuanku diiringi oleh YAM Tunku Besar Seri Menanti Tunku Ali Redhauddin ibni Tuanku Muhriz dan YAM Tunku Panglima Besar Tunku Zain Al-'Abidin ibni Tuanku Muhriz.
Keberangkatan tiba Baginda telah disambut mesra oleh YB Encik Muhammad Sufian bin Maradzi (ADUN Seri Menanti), YB Dato' Haji Adnan bin Abu Hassan (Ahli Parlimen Kuala Pilah), serta Encik Akhmal bin Abu Basar, Timbalan Pentadbir Tanah Kuala Pilah.
Pengisian khutbah Jumaat pada hari ini yang bertajuk "Menjernihkan Hati, Menyuburkan Ukhuwah" menekankan kepentingan menjaga kesucian hati daripada sifat-sifat mahmudah dan dendam, seterusnya menyemaikan nilai kasih sayang, saling memaafkan serta memperkukuh tali persaudaraan sesama insan demi keharmonian masyarakat.
Seusai selesai pelaksanaan ibadah Solat Jumaat, DYMM Tuanku turut berkenan menyampaikan kurnia sumbangan kepada anak-anak kariah Masjid Kampung Tengah. Kurnia tersebut jelas mencerminkan keprihatinan tinggi serta kasih sayang Baginda yang sentiasa dekat di hati rakyat.
Seluruh warga Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Pilah mendoakan agar DYMM Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan sentiasa diberkati, dilindungi Allah SWT dan berada dalam keadaan sihat walafiat.
Daulat Tuanku!