PD Kg Kuala Serdang Negeri Sembilan

PD Kg Kuala Serdang Negeri Sembilan Jom berama-ramai ke perpustakaan kami..pelbagai aktiviti, bahan bacaan serta perkhidmatan unifi juga d sediakan kepada semua pengunjung yang datang...�

21 Ogos 2026TENGAH MALAM TIBA-TIBA BETIS MENGERAS?INI 8 SEBAB KAKI SELALU CRAMP WAKTU TIDURRamai pernah kena.Tengah tidu...
21/08/2026

21 Ogos 2026

TENGAH MALAM TIBA-TIBA BETIS MENGERAS?
INI 8 SEBAB KAKI SELALU CRAMP WAKTU TIDUR

Ramai pernah kena.

Tengah tidur lena, tiba-tiba betis mengeras, jari kaki tertarik dan sakitnya sampai terus terjaga.

Ada yang terus kata,

“Kurang magnesium ni.”

Lepas tu mula cari supplement.

Sebenarnya, kaki cramp waktu malam ada banyak punca — dan kekurangan magnesium hanyalah salah satu kemungkinan.

Antara yang biasa:

1. Otot terlalu penat
Banyak berjalan, berdiri lama atau exercise lebih daripada biasa boleh buat otot betis lebih mudah kejang waktu malam.

2. Kurang air
Badan yang dehidrasi boleh mengganggu fungsi normal otot, terutama selepas berpeluh banyak atau cuaca panas.

3. Duduk terlalu lama
Seharian di kerusi, dalam kereta atau kurang bergerak pun boleh menyebabkan otot menjadi tegang.

4. Otot betis memang ketat
Kurang stretching, kurang pergerakan buku lali atau posisi kaki ketika tidur boleh mencetuskan cramp.

5. Mineral dalam badan tidak seimbang
Kalium, kalsium atau magnesium yang terlalu rendah boleh menyebabkan kekejangan — tetapi jangan assume semua cramp berpunca daripada ini.

6. Kehamilan
Wanita hamil memang lebih mudah mengalami kekejangan kaki, terutama apabila kandungan semakin besar.

7. Kesan ubat tertentu
Sesetengah ubat boleh meningkatkan risiko gangguan otot atau perubahan elektrolit.

8. Ada masalah kesihatan yang mendasari
Masalah saraf, salur darah, buah pinggang atau keadaan metabolik tertentu juga boleh menyebabkan cramp berulang.

Kalau berlaku sekali-sekala selepas penat, biasanya tidak membimbangkan.

Tetapi kalau hampir setiap malam, semakin kerap, kaki bengkak, kebas, lemah atau berubah warna, jangan sekadar sapu minyak dan sambung tidur.

Cramp itu simptom.
Bukan diagnosis “kurang magnesium”.

Sebelum beli supplement, cari dulu puncanya.

Sumber :
Public Health Malaysia

20 Ogos 2026📢 𝐄𝐊𝐒𝐏𝐋𝐎𝐑𝐀𝐒𝐈 𝐃𝐈𝐆𝐈𝐓𝐀𝐋 𝐮-𝐏𝐔𝐒𝐓𝐀𝐊𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟔: 𝐁𝐋𝐈𝐒Jom terokai BLIS (BERNAMA Library Infolink Service) dan ketahui car...
20/08/2026

20 Ogos 2026

📢 𝐄𝐊𝐒𝐏𝐋𝐎𝐑𝐀𝐒𝐈 𝐃𝐈𝐆𝐈𝐓𝐀𝐋 𝐮-𝐏𝐔𝐒𝐓𝐀𝐊𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟔: 𝐁𝐋𝐈𝐒

Jom terokai BLIS (BERNAMA Library Infolink Service) dan ketahui cara mencari artikel dengan mudah dan PERCUMA melalui u-Pustaka!

🗓️ 20 Ogos 2026 (Khamis)
⏰ 10.00 pagi – 12.00 tengah hari
👨‍💼 Penceramah: Encik Izzul Zunnurain Darusamin & Encik Wan Mohd Rady

🌐 Layari: www.u-pustaka.gov.my
🔗 Sertai program: https://bit.ly/EKSPLORASIDIGITALuPUSTAKA2026BLIS20OGOS2026-KHAMIS

📜 Sijil digital disediakan oleh pembekal pangkalan data.
📣 Semua dijemput hadir dan dialu-alukan untuk berkongsi hebahan ini.

Jangan lepaskan peluang untuk meneroka sumber digital yang bermanfaat bersama kami!

19/08/2026Rabiulawal ialah bulan kelahiran dan juga kewafatan Nabi Muhammad SAW,.Jom kita mendekati sirah Baginda yang m...
19/08/2026

19/08/2026
Rabiulawal ialah bulan kelahiran dan juga kewafatan Nabi Muhammad SAW,.

Jom kita mendekati sirah Baginda yang mulia, mengenali perjuangan Baginda dan meneladani akhlak Baginda SAW.







Sumber: JAKIM

19 Ogos 2026Peperiksaan bertulis Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2026 akan diadakan bermula 23 Nov hingga 17 Dis depan, m...
19/08/2026

19 Ogos 2026

Peperiksaan bertulis Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2026 akan diadakan bermula 23 Nov hingga 17 Dis depan, menurut Kementerian Pendidikan (KPM).





Kementerian Pendidikan Malaysia

Sumber :
Bernama

18/08/2026Tahukah anda? 🇲🇾Lagu Negaraku telah diperdengarkan buat julung kalinya di padang Kelab Selangor selepas detik ...
18/08/2026

18/08/2026
Tahukah anda? 🇲🇾

Lagu Negaraku telah diperdengarkan buat julung kalinya di padang Kelab Selangor selepas detik 12 tengah malam pada 31 Ogos 1957.

Sebagai simbol kedaulatan dan lambang kemegahan rakyat Malaysia, irama patriotik ini menjadi pegangan berterusan akan identiti dan perjuangan tanah air kita.

Marilah kita terus menghayati setiap bait liriknya dan bersatu hati memajukan diri demi kemakmuran Malaysia!



Anwar Ibrahim
Shamsul Azri bin Abu Bakar
PMO Malaysia













Sumber: JPA

18 Ogos 2026🤝🇲🇾 Perpaduan diraikan, kesejahteraan dinikmati.Hormat-menghormati dan kemesraan menjadi jambatan yang merap...
18/08/2026

18 Ogos 2026

🤝🇲🇾 Perpaduan diraikan, kesejahteraan dinikmati.

Hormat-menghormati dan kemesraan menjadi jambatan yang merapatkan kita.

Tidak kira usia, latar belakang, kaum mahupun agama, saling menghargai menguatkan kebersamaan dan membina masa depan negara yang lebih harmoni.






Sumber :
Jabatan Penerangan Malaysia

17 Ogos 2026📢 𝐇𝐄𝐁𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐉𝐈𝐀𝐍 𝐀𝐖𝐀𝐋 𝐈𝐍𝐃𝐄𝐊𝐒 𝐌𝐄𝐌𝐁𝐀𝐂𝐀 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐀𝐍 (𝐈𝐌𝐊) 𝟐𝟎𝟐𝟔Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) sedang menjalan...
17/08/2026

17 Ogos 2026

📢 𝐇𝐄𝐁𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐉𝐈𝐀𝐍 𝐀𝐖𝐀𝐋 𝐈𝐍𝐃𝐄𝐊𝐒 𝐌𝐄𝐌𝐁𝐀𝐂𝐀 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐀𝐍 (𝐈𝐌𝐊) 𝟐𝟎𝟐𝟔

Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) sedang menjalankan Kajian Awal Indeks Membaca Kebangsaan (IMK) 2026 bagi mengukur tahap, corak dan faktor yang mempengaruhi amalan membaca rakyat Malaysia.

Sehubungan itu, warga kementerian, jabatan dan agensi dijemput untuk melengkapkan soal selidik kajian melalui pautan berikut:

🔗 https://forms.gle/Hbu4LHCcQQXGr1TS7

Kerjasama dan penyertaan semua amat dihargai bagi membantu penyediaan data asas IMK 2026 dan memperkukuh usaha membudayakan amalan membaca dalam kalangan rakyat Malaysia.

Address

Perp. Desa Kg. Kuala Serdang, Tanjong Ipoh
Kuala Pilah
71500

Opening Hours

Monday 09:00 - 18:00
Tuesday 09:00 - 18:00
Wednesday 09:00 - 18:00
Thursday 09:00 - 18:00
Friday 09:00 - 18:00

Telephone

+6064887577

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PD Kg Kuala Serdang Negeri Sembilan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to PD Kg Kuala Serdang Negeri Sembilan:

Shortcuts

Share