Perkep IPD Kuala Pilah

Perkep IPD Kuala Pilah Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Daerah Kuala Pilah

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-69 TAHUN ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ31 OGOS 2026โœจ โ€œMalaysia MADANI, Kesejahteraan Dinikmatiโ€ โœจPERKEP Kual...
31/08/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-69 TAHUN ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

31 OGOS 2026

โœจ โ€œMalaysia MADANI, Kesejahteraan Dinikmatiโ€ โœจ

PERKEP Kuala Pilah mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Ke-69 Tahun kepada seluruh rakyat Malaysia.

Marilah kita bersama-sama menyemarakkan semangat patriotisme, menghargai erti kemerdekaan serta memperkukuhkan perpaduan demi sebuah Malaysia yang aman, harmoni dan sejahtera.

Semoga semangat Malaysia MADANI terus menjadi pemangkin kepada pembinaan negara yang lebih maju, berdaya saing dan sentiasa mengutamakan kesejahteraan rakyat.

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ Tanah Tumpahnya Darahku
๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ Malaysia Tetap di Hati
๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Ikhlas daripada:
๐ŸŒธ PERKEP Kuala Pilah ๐ŸŒธ
Serta seluruh warga PERKEP Kuala Pilah






๐–ฏ๐–ฑ๐–ฎ๐–ฆ๐–ฑ๐– ๐–ฌ ๐–ฏ๐–ค๐–ฑ๐– ๐–ฑ๐– ๐–ช๐– ๐–ญ ๐–ฃ๐– ๐–ญ ๐–ข๐–ค๐–ฑ๐– ๐–ฌ๐– ๐–ง ๐–ฒ๐–ค๐–ฌ๐–ฏ๐–ค๐–ญ๐–  ๐–ฒ๐– ๐–ฌ๐–ก๐–ด๐–ณ๐– ๐–ญ ๐–ฌ๐– ๐–ด๐–ซ๐–จ๐–ฃ๐–ด๐–ฑ ๐–ฑ๐– ๐–ฒ๐–ด๐–ซ ๐–ฏ๐–ค๐–ฑ๐–จ๐–ญ๐–ฆ๐–ช๐– ๐–ณ ๐–จ๐–ฏ๐–ฃ ๐–ช๐–ด๐– ๐–ซ๐–  ๐–ฏ๐–จ๐–ซ๐– ๐–ง27 Ogos 2026 (Khamis) | 8.00 pagi...
28/08/2026

๐–ฏ๐–ฑ๐–ฎ๐–ฆ๐–ฑ๐– ๐–ฌ ๐–ฏ๐–ค๐–ฑ๐– ๐–ฑ๐– ๐–ช๐– ๐–ญ ๐–ฃ๐– ๐–ญ ๐–ข๐–ค๐–ฑ๐– ๐–ฌ๐– ๐–ง ๐–ฒ๐–ค๐–ฌ๐–ฏ๐–ค๐–ญ๐–  ๐–ฒ๐– ๐–ฌ๐–ก๐–ด๐–ณ๐– ๐–ญ ๐–ฌ๐– ๐–ด๐–ซ๐–จ๐–ฃ๐–ด๐–ฑ ๐–ฑ๐– ๐–ฒ๐–ด๐–ซ ๐–ฏ๐–ค๐–ฑ๐–จ๐–ญ๐–ฆ๐–ช๐– ๐–ณ ๐–จ๐–ฏ๐–ฃ ๐–ช๐–ด๐– ๐–ซ๐–  ๐–ฏ๐–จ๐–ซ๐– ๐–ง

27 Ogos 2026 (Khamis) | 8.00 pagi - PERKEP Kuala Pilah telah menyertai Program Perarakan dan Ceramah sempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Pilah Tahun 1448H/2026M yang berlangsung di perkarangan IPD Kuala Pilah dan Surau Al-Wahdah IPD Kuala Pilah.

Program telah dihadiri oleh YDH Supt Muhamad Mustafah bin Hussin, Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, YDH DSP Shamrol Shah bin Ramli, Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, YBhg Puan Faridah binti Taharim, Pemangku Pengerusi PERKEP IPD Kuala Pilah, Ustaz Tengku Iftah bin Tengku Jamil, Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pengurusan Masjid dan Surau, JHEAINS selaku penceramah, Ketua-Ketua Bahagian, Pegawai Kanan Polis, Ketua-Ketua Polis Balai serta warga IPD Kuala Pilah dan ahli PERKEP.

Program dimulakan dengan pertandingan perarakan Maulidur Rasul yang melibatkan sebanyak 9 kumpulan terdiri daripada gabungan bahagian, balai dan PERKEP IPD Kuala Pilah. Setiap kumpulan turut mengalunkan bacaan selawat secara beramai-ramai sepanjang perarakan dan dinilai berdasarkan kategori yang telah ditetapkan oleh pihak juri.

Dalam pertandingan tersebut, Kumpulan Srikandi Ukhwah yang mewakili PERKEP telah berjaya muncul sebagai Johan setelah memperoleh markah tertinggi. Tempat kedua dimenangi oleh gabungan Bahagian Pengurusan, BIPS, BSPT dan Balai Polis Johol, manakala tempat ketiga dimenangi oleh Bahagian Logistik.

Program kemudiannya diteruskan dengan ceramah sempena Maulidur Rasul yang disampaikan oleh Ustaz Tengku Iftah bin Tengku Jamil dengan tajuk โ€œBila Nak Laksana Sunnahโ€.

Penganjuran program ini bertujuan memupuk semangat kecintaan kepada Nabi Muhammad SAW, di samping membentuk semangat kerjasama, ukhuwah dan kebersamaan dalam kalangan warga IPD Kuala Pilah serta ahli PERKEP. Program turut memberi penghayatan kepada warga PERKEP agar mencontohi akhlak dan sahsiah Rasulullah SAW sebagai model kehidupan.

Secara keseluruhannya, program telah berlangsung dengan lancar dan meriah serta mendapat penyertaan dan kerjasama yang baik daripada warga IPD Kuala Pilah dan ahli PERKEP.

27/08/2026
๐ŸŒ™ SALAM MAULIDUR RASUL SAW 1448H ๐ŸŒ™ุจูุณู’ู…ู ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญู’ู…ูŽู†ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญููŠู…ูุงู„ู„ูŽู‘ู‡ูู…ูŽู‘ ุตูŽู„ูู‘ ุนูŽู„ูŽู‰ ุณูŽูŠูู‘ุฏูู†ูŽุง ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏู ูˆูŽุนูŽู„...
24/08/2026

๐ŸŒ™ SALAM MAULIDUR RASUL SAW 1448H ๐ŸŒ™

ุจูุณู’ู…ู ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญู’ู…ูŽู†ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญููŠู…ู

ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ูู…ูŽู‘ ุตูŽู„ูู‘ ุนูŽู„ูŽู‰ ุณูŽูŠูู‘ุฏูู†ูŽุง ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏู ูˆูŽุนูŽู„ูŽู‰ ุขู„ู ุณูŽูŠูู‘ุฏูู†ูŽุง ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏู ๐Ÿค

Marilah kita bersama-sama memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW dengan memperbanyakkan selawat, menghayati sirah serta mencontohi akhlak mulia Baginda dalam kehidupan seharian.

Semoga kecintaan kita kepada Rasulullah SAW terus subur dalam hati dan menjadi pedoman untuk membina keluarga yang harmoni, penuh kasih sayang serta sentiasa berada dalam rahmat dan keberkatan Allah SWT.

Salam Maulidur Rasul SAW 1448H
๐ŸŒธ โ€œMenyantuni Umat, Membawa Berkatโ€ ๐ŸŒธ

LAWATAN KEBAJIKAN PERKEP KUALA PILAH 13 Ogos 2026 (Khamis) | 9.30 pagi - PERKEP Kuala Pilah telah melaksanakan Lawatan K...
14/08/2026

LAWATAN KEBAJIKAN PERKEP KUALA PILAH

13 Ogos 2026 (Khamis) | 9.30 pagi - PERKEP Kuala Pilah telah melaksanakan Lawatan Kebajikan kepada Pn. Noor Azlina binti Md Said, isteri kepada Insp G/21577 Mohd Azizul bin Zakaria dari Bahagian Siasatan Jenayah, IPD Kuala Pilah, yang sedang menerima rawatan di wad KPJ Specialist Hospital, Seremban.

Lawatan ini diketuai oleh YBhg Puan Faridah binti Taharim, Pemangku Pengerusi PERKEP IPD Kuala Pilah, bersama barisan ahli jawatankuasa PERKEP Kuala Pilah.

Pn. Noor Azlina telah dimasukkan ke wad pada 11 Ogos 2026 bagi mendapatkan rawatan berkaitan migrain / vertigo. Keadaan beliau kini dilaporkan stabil dan masih di bawah pemantauan doktor.

Dalam kunjungan tersebut, YBhg Puan Faridah binti Taharim turut meluangkan masa menyantuni pesakit, bertanyakan khabar serta menyampaikan kata-kata semangat dan sokongan moral agar terus tabah dan diberikan kesembuhan.

Sebagai tanda keprihatinan dan kasih sayang PERKEP, sumbangan ikhlas turut disampaikan kepada keluarga pesakit.

Semoga Pn. Noor Azlina binti Md Said diberikan kesembuhan segera, dipermudahkan segala urusan serta dikurniakan kesihatan yang baik.

๐—Ÿ๐—”๐—ช๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—•๐—”๐—๐—œ๐—ž๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ž๐—˜๐—ฃ ๐—ž๐—จ๐—”๐—Ÿ๐—” ๐—ฃ๐—œ๐—Ÿ๐—”๐—›Seremban - 06 Ogos 2026 (Khamis) telah diadakan satu lawatan kebajikan oleh PERKEP K...
07/08/2026

๐—Ÿ๐—”๐—ช๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—•๐—”๐—๐—œ๐—ž๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ž๐—˜๐—ฃ ๐—ž๐—จ๐—”๐—Ÿ๐—” ๐—ฃ๐—œ๐—Ÿ๐—”๐—›

Seremban - 06 Ogos 2026 (Khamis) telah diadakan satu lawatan kebajikan oleh PERKEP Kuala Pilah bertempat di Wad Sri Angkasa, Bilik 438, KPJ Seremban Specialist Hospital pada jam 1030 hrs.

Lawatan tersebut telah dihadiri oleh YBhg Puan Faridah binti Taharim (Pemangku Pengerusi PERKEP Kuala Pilah), Insp Sunitha Kaur A/P Kehar Sigh (Setiausaha 2), Sjn Rosnira binti Ibrahim (Penolong Setiausaha PERKEP Kuala Pilah) Sjn Sukriah binti Ariffin (Penolong Biro Seni dan Budaya) serta PF Normaslinda binti Ismail (Bendahari PERKEP Kuala Pilah).

Lawatan kebajikan ini telah dijalankan ke atas adik Muhammad Zarif Ziqri bin Mohd Zarir, iaitu anak kepada KBSKJD Insp Siti Aisah binti Abdul Salam yang juga merupakan Ketua Biro Sukan PERKEP Kuala Pilah.

Adik Muhammad Zarif Ziqri telah disahkan mengalami jangkitan kuman pada paru-paru, dan telah dimasukkan ke hospital pada 4 Ogos 2026 untuk rawatan lanjut.

Semasa lawatan kebajikan tersebut, YBhg Puan Faridah binti Taharim telah menyantuni keluarga berkenaan dengan bertanyakan khabar serta memberikan kata-kata semangat dan sokongan moral kepada keluarga tersebut.

Dalam lawatan yang sama, PERKEP Kuala Pilah turut menyampaikan sumbangan ikhlas sebagai tanda keprihatinan dan sokongan kepada ahli keluarga yang terlibat.

Semoga adik Muhammad Zarif Ziqri dikurniakan kesembuhan yang segera dan dipermudahkan segala urusan rawatan. Doa tulus ini dipanjatkan oleh seluruh warga PERKEP Kuala Pilah.

Selamat Hari PERKEP Ke-58 Semoga PERKEP terus melangkah maju, menjadi wadah yang kukuh dalam menyemai semangat kekeluarg...
04/08/2026

Selamat Hari PERKEP Ke-58

Semoga PERKEP terus melangkah maju, menjadi wadah yang kukuh dalam menyemai semangat kekeluargaan, memperkasakan wanita serta menyokong kecemerlangan organisasi.

๐™‹๐™๐™Š๐™‚๐™๐˜ผ๐™ˆ ๐˜ฟ๐™€๐™๐™ˆ๐˜ผ ๐˜ฟ๐˜ผ๐™๐˜ผ๐™ƒ ๐™Ž๐™€๐™ˆ๐™‹๐™€๐™‰๐˜ผ ๐™‹๐™€๐™๐™„๐™‰๐™‚๐˜ผ๐™๐˜ผ๐™‰ ๐™ƒ๐˜ผ๐™๐™„ ๐™‹๐™Š๐™‡๐™„๐™Ž ๐™†๐™€-219 ๐™„๐™‹๐˜ฟ ๐™†๐™๐˜ผ๐™‡๐˜ผ ๐™‹๐™„๐™‡๐˜ผ๐™ƒ ๐™๐˜ผ๐™ƒ๐™๐™‰ 202630 Jun 2026 | Dewan KPNS, IPD Kuala P...
30/06/2026

๐™‹๐™๐™Š๐™‚๐™๐˜ผ๐™ˆ ๐˜ฟ๐™€๐™๐™ˆ๐˜ผ ๐˜ฟ๐˜ผ๐™๐˜ผ๐™ƒ ๐™Ž๐™€๐™ˆ๐™‹๐™€๐™‰๐˜ผ ๐™‹๐™€๐™๐™„๐™‰๐™‚๐˜ผ๐™๐˜ผ๐™‰ ๐™ƒ๐˜ผ๐™๐™„ ๐™‹๐™Š๐™‡๐™„๐™Ž ๐™†๐™€-219 ๐™„๐™‹๐˜ฟ ๐™†๐™๐˜ผ๐™‡๐˜ผ ๐™‹๐™„๐™‡๐˜ผ๐™ƒ ๐™๐˜ผ๐™ƒ๐™๐™‰ 2026

30 Jun 2026 | Dewan KPNS, IPD Kuala Pilah, Biro Kebajikan PERKEP IPD Kuala Pilah telah menganjurkan Program Derma Darah sempena Peringatan Hari Polis Ke-219 dengan kerjasama Unit Tabung Darah Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN), Kuala Pilah.

Program ini telah dirasmikan dengan kehadiran Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, YDH SUPT Muhamad Mustafah bin Hussin, bersama Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, YDH DSP Shamrol Shah bin Ramli, Pemangku Pengerusi PERKEP IPD Kuala Pilah, YBhg. Puan Faridah binti Taharim, Ketua-Ketua Bahagian, Pegawai Kanan Polis, PRP, PA, ahli-ahli PERKEP serta masyarakat sekitar Daerah Kuala Pilah. Turut hadir ialah Dr. Sureshkumar A/L Kumarasingam bersama petugas Unit Tabung Darah HTAN Kuala Pilah.
Program yang berlangsung dari jam 9.30 pagi hingga 1.00 tengah hari ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan apabila seramai 92 orang telah mendaftar sebagai penderma darah. Daripada jumlah tersebut, 49 orang telah disahkan layak untuk menderma darah.

Penganjuran program ini bertujuan membantu menambah bekalan darah di Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah, di samping meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan menderma darah dan mengamalkan gaya hidup sihat melalui pemeriksaan kesihatan. Program ini juga menjadi platform untuk memupuk semangat kesukarelawanan serta menyemai budaya masyarakat penyayang dan prihatin selaras dengan slogan โ€œSetitis Darah, Sejuta Harapan.โ€

PERKEP IPD Kuala Pilah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan kerjasama dalam menjayakan program ini, khususnya Unit Tabung Darah Hospital Tuanku Ampuan Najihah, para penderma darah serta semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung.

Semoga usaha murni ini dapat diteruskan pada masa akan datang demi membantu mereka yang memerlukan serta menyemai semangat keprihatinan dalam kalangan masyarakat.

Address

IPD Kuala Pilah
Kuala Pilah
72000

Telephone

+6064842222

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Perkep IPD Kuala Pilah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share