Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Pilah

Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Pilah Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Pilah,
72000 Kuala Pilah,
Negeri Sembilan Darul Khusus.

πŸ‡²πŸ‡Ύ π’π„π‹π€πŒπ€π“ πŒπ„ππ˜π€πŒππ”π“ π‡π€π‘πˆ πŠπ„ππ€ππ†π’π€π€π πŠπ„-πŸ”πŸ—, πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€! πŸ‡²πŸ‡ΎYDH Supt Tuan Muhamad Mustafah bin Hussin, Ketua Polis Daerah Ku...
30/08/2026

πŸ‡²πŸ‡Ύ π’π„π‹π€πŒπ€π“ πŒπ„ππ˜π€πŒππ”π“ π‡π€π‘πˆ πŠπ„ππ€ππ†π’π€π€π πŠπ„-πŸ”πŸ—, πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€! πŸ‡²πŸ‡Ύ

YDH Supt Tuan Muhamad Mustafah bin Hussin, Ketua Polis Daerah Kuala Pilah bersama keluarga besar Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Pilah, Negeri Sembilan mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kebangsaan 2026 kepada seluruh rakyat Malaysia.

Dengan tema β€œMalaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati”, marilah kita bersama-sama menyemarakkan semangat patriotisme, memperkukuh perpaduan serta menghargai keamanan dan kesejahteraan yang kita kecapi.

Semoga semangat kemerdekaan terus menyatukan kita dalam membina sebuah Malaysia yang aman, harmoni, sejahtera dan lebih gemilang.

πŸ‡²πŸ‡Ύ MALAYSIA MADANI: KESEJAHTERAAN DINIKMATI

β€œKita Jaga Kita, Demi Malaysia Tercinta.”

πŸ‡²πŸ‡Ύ

πŒπ€π‰π‹πˆπ’ π’π€πŒππ”π“π€π πŒπ€π”π‹πˆπƒπ”π‘ 𝐑𝐀𝐒𝐔𝐋 πŸπŸ’πŸ’πŸ–π‡ ππ„π‘πˆππ†πŠπ€π“ πˆππƒ πŠπ”π€π‹π€ ππˆπ‹π€π‡Kuala Pilah, 27 Ogos 2026 - YDH Supt Tuan Muhamad Mustafah...
27/08/2026

πŒπ€π‰π‹πˆπ’ π’π€πŒππ”π“π€π πŒπ€π”π‹πˆπƒπ”π‘ 𝐑𝐀𝐒𝐔𝐋 πŸπŸ’πŸ’πŸ–π‡ ππ„π‘πˆππ†πŠπ€π“ πˆππƒ πŠπ”π€π‹π€ ππˆπ‹π€π‡

Kuala Pilah, 27 Ogos 2026 - YDH Supt Tuan Muhamad Mustafah bin Hussin, Ketua Polis Daerah Kuala Pilah hadir ke Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1448H Peringkat IPD Kuala Pilah anjuran oleh Surau Al-Wahdah IPD Kuala Pilah, pagi tadi.

Turut hadir, YDH DSP Tuan Shamrol Shah bin Ramli, Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Pilah bersama isteri, YBhg Puan Faridah binti Taharim, Pemangku Pengerusi PERKEP IPD Kuala Pilah serta barisan Ketua Bahagian, barisan Ketua Polis Balai, Pegawai Kanan Polis, Pegawai Rendah Polis, pegawai awam serta PERKEP IPD Kuala Pilah.

Majlis turut diserikan dengan ceramah bertajuk β€œBila Nak Laksana Sunnah” oleh Ustaz Tengku Iftah bin Tengku Jamil, Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pengurusan Masjid & Surau, JHEAINS.

Penganjuran majlis ini bertujuan untuk menyemarakkan semangat kecintaan terhadap junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Selain itu, menjadikan Nabi Muhammad SAW sebagai contoh dan teladan dalam kehidupan sebagai seorang Muslim. Di samping itu, memanfaatkan serta menghayati ilmu yang disampaikan berlandaskan dalil Al-Quran dan Hadis.

Turut diadakan Pertandingan Perarakan Maulud Nabi SAW 1448H dengan keputusan seperti berikut:

πŸ† Johan: PERKEP
πŸ₯ˆ Naib Johan: Pengurusan, BIPS, BSPTD & BP Johol
πŸ₯‰ Tempat Ketiga: Logistik

Semoga penganjuran majlis ini dapat menyemarakkan lagi kecintaan warga IPD Kuala Pilah terhadap Rasulullah SAW serta menjadi pemangkin kepada penghayatan dan pengamalan sunnah Baginda dalam kehidupan seharian.

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW. ο·Ί

ππ„π‘π‡πˆπŒππ”ππ€π 𝐁𝐔𝐋𝐀𝐍𝐀𝐍 ππ€π†πˆ 𝐁𝐔𝐋𝐀𝐍 πŽπ†πŽπ’ 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐍𝐂𝐀𝐑𝐀𝐍 πŠπˆππ€π‘π€π 𝐉𝐀𝐋𝐔𝐑 π†π„πŒπˆπ‹π€ππ† ππ„π‘πˆππ†πŠπ€π“ πˆππƒ πŠπ”π€π‹π€ ππˆπ‹π€π‡ πŸπŸŽπŸπŸ”Kuala Pilah, 26 ...
26/08/2026

ππ„π‘π‡πˆπŒππ”ππ€π 𝐁𝐔𝐋𝐀𝐍𝐀𝐍 ππ€π†πˆ 𝐁𝐔𝐋𝐀𝐍 πŽπ†πŽπ’ 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐍𝐂𝐀𝐑𝐀𝐍 πŠπˆππ€π‘π€π 𝐉𝐀𝐋𝐔𝐑 π†π„πŒπˆπ‹π€ππ† ππ„π‘πˆππ†πŠπ€π“ πˆππƒ πŠπ”π€π‹π€ ππˆπ‹π€π‡ πŸπŸŽπŸπŸ”

Kuala Pilah, 26 Ogos 2026 - Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Pilah telah melaksanakan Perhimpunan Bulanan, Pemakaian Pangkat, Penyampaian Surat Penghargaan dan Pelancaran Kibaran Jalur Gemilang Peringkat IPD Kuala Pilah bagi Bulan Ogos Tahun 2026 bertempat di Perkarangan IPD Kuala Pilah, pada jam 9.00 malam tadi.

Majlis telah diserikan dengan kehadiran YB Puan S. Leza binti Md Yasin, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pilah, selaku tetamu jemputan bersama YDH SUPT Tuan Muhamad Mustafah bin Hussin, Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, YDH DSP Tuan Shamrol Shah bin Ramli, Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Ketua-Ketua Bahagian, Ketua-Ketua Polis Balai serta seramai 203 orang warga IPD Kuala Pilah telah hadir terdiri daripada Pegawai Kanan, Pegawai Pangkat Rendah dan Pegawai Awam PDRM IPD Kuala Pilah.

Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan Sangsaka Biru, diikuti bacaan doa, Ikrar Taat Setia, pemakaian pangkat serta penyampaian surat penghargaan kepada warga yang telah menunjukkan prestasi dan komitmen cemerlang dalam perkhidmatan.

Turut berlangsung penyampaian Sijil Penghargaan CSR kepada syarikat swasta sebagai tanda penghargaan atas sumbangan dan sokongan berterusan kepada pihak PDRM dalam menjayakan pelbagai program kemasyarakatan.

Kemuncak majlis adalah Pelancaran Kibaran Jalur Gemilang Peringkat IPD Kuala Pilah sebagai simbol semangat patriotisme dan kecintaan terhadap negara sempena Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia.

Semoga program ini terus menyemarakkan semangat patriotisme, memperkukuh jati diri serta meningkatkan komitmen warga PDRM dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik dan berintegriti demi keamanan serta kesejahteraan masyarakat.

β€œπ™‹π™Šπ™‡π™„π™Ž π˜Ώπ˜Όπ™‰ π™ˆπ˜Όπ™Žπ™”π˜Όπ™π˜Όπ™†π˜Όπ™ π˜½π™€π™π™‹π™„π™Žπ˜Όπ™ƒ π™π™„π˜Όπ˜Ώπ˜Όβ€










πŸŒ™ π’π€π‹π€πŒ πŒπ€π”π‹πˆπƒπ”π‘ 𝐑𝐀𝐒𝐔𝐋 𝐒𝐀𝐖 πŸπŸ’πŸ’πŸ–π‡Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, YDH Supt Muhamad Mus...
24/08/2026

πŸŒ™ π’π€π‹π€πŒ πŒπ€π”π‹πˆπƒπ”π‘ 𝐑𝐀𝐒𝐔𝐋 𝐒𝐀𝐖 πŸπŸ’πŸ’πŸ–π‡

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, YDH Supt Muhamad Mustafah bin Hussin, bersama seluruh warga kerja Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Pilah ingin mengucapkan Salam Maulidur Rasul SAW 1448H kepada seluruh umat Islam.

Semoga dengan memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW, kita dapat terus menghayati sirah, akhlak dan sunnah Baginda serta menjadikannya sebagai pedoman dalam kehidupan seharian.

Marilah kita memperkukuhkan kecintaan kepada Rasulullah SAW dengan mengamalkan nilai kasih sayang, amanah, keadilan, kesederhanaan dan persaudaraan demi membentuk masyarakat yang harmoni dan diberkati.

β€œSesungguhnya pada diri Rasulullah itu ada sebaik-baik teladan untuk kamu.”
(Surah Al-Ahzab, Ayat 21)

✨ Selamat Menyambut Maulidur Rasul SAW 1448H.
Semoga kita semua sentiasa berada dalam rahmat, keampunan dan keberkatan Allah SWT.

β€œπ‘΄π‘¨π‘«π‘¨π‘΅π‘° π‘«π’Šπ’‰π’‚π’šπ’‚π’•π’Š, π‘Όπ’Žπ’Žπ’‚π’‰ π‘«π’Šπ’ƒπ’†π’“π’Œπ’‚π’•π’Šβ€





MAJLIS PELUNCURAN TAMAN ANGKAT AMANITA DI TAMAN DESA MELANG KUALA PILAH KONTINJEN NEGERI SEMBILAN TAHUN 2026KUALA PILAH,...
22/08/2026

MAJLIS PELUNCURAN TAMAN ANGKAT AMANITA DI TAMAN DESA MELANG KUALA PILAH KONTINJEN NEGERI SEMBILAN TAHUN 2026

KUALA PILAH, 22 Ogos 2026 (Sabtu) – Telah berlangsung Majlis Pelancaran Taman Angkat AMANITA Tahun 2026 di Dataran Taman Desa Melang, Kuala Pilah, Negeri Sembilan yang dianjurkan oleh Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Kontinjen Negeri Sembilan.

Majlis telah disempurnakan oleh YDH DCP Dato’ Alzafny bin Ahmad, Ketua Polis Negeri Sembilan, dan turut dihadiri oleh YDH SAC Tuan Mohd Nasharudin bin Mohd Shariff, Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, YBhg. Puan Naizarina binti Isa, Penolong Pengarah Perpaduan Negeri Sembilan, ACP Chan Ngai Ho, Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Negeri Sembilan merangkap penganjur, Tuan Haji Shari bin Mat Din, Pengerusi KRT Taman Desa Melang, Ketua-Ketua Jabatan PDRM IPK Negeri Sembilan, Ketua-Ketua Polis Daerah, Ketua AMANITA Daerah Kontinjen Negeri Sembilan serta warga PDRM Kontinjen Negeri Sembilan.

Turut memeriahkan majlis ialah penduduk-penduduk Taman Desa Melang yang hadir bagi bersama-sama menjayakan program berteraskan keselamatan komuniti ini.

Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan sepanjang program antaranya Pocket Talk Crime Awareness oleh Unit D11, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) PDRM, pameran daripada pelbagai agensi kerajaan dan swasta, pertandingan mewarna serta aktiviti pencegahan jenayah bersama kanak-kanak.

Majlis turut diserikan dengan persembahan tarian sekolah, tayangan montaj Taman Angkat AMANITA serta ucapan aluan daripada Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Desa Melang sebelum diteruskan dengan ucapan perasmian oleh YDH Ketua Polis Negeri Sembilan.

Kemuncak majlis adalah penyampaian Sijil Pelantikan dan Plak Taman Angkat AMANITA kepada Pengerusi Taman Desa Melang sebagai simbolik jalinan kerjasama erat antara PDRM dan komuniti setempat dalam usaha memperkukuh keselamatan kawasan kejiranan.

Program ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara PDRM khususnya AMANITA dengan komuniti setempat, mewujudkan jaringan komunikasi dua hala bagi penyaluran maklumat berkaitan keselamatan dan jenayah serta meningkatkan kesedaran keselamatan khususnya dalam kalangan wanita dan suri rumah.

Selain itu, inisiatif ini turut menggalakkan penglibatan masyarakat dalam aktiviti pencegahan jenayah dan kemasyarakatan, sekali gus membentuk sebuah komuniti yang cakna, prihatin, bertanggungjawab dan sentiasa bekerjasama dengan pihak polis dalam mengekalkan keamanan serta keselamatan kawasan kejiranan.

Program yang berlangsung ini telah berjalan dengan lancar dan jayanya serta mendapat sambutan amat menggalakkan dengan kehadiran kira-kira 1500 orang penduduk termasuk wakil-wakil agensi, rakan strategik, komuniti setempat serta warga PDRM.

PDRM Kontinjen Negeri Sembilan khususnya AMANITA akan terus memperkasakan pendekatan β€œPolis dan Masyarakat Berpisah Tiada” melalui kerjasama strategik bersama komuniti dalam usaha mencegah jenayah, meningkatkan kesedaran keselamatan dan mewujudkan persekitaran kejiranan yang lebih selamat dan sejahtera.







π’π„π’πˆ πŠπ”ππ‰π”ππ† π‡πŽπ‘πŒπ€π“ ππ€ππŠ π’πˆπŒππ€ππ€π ππ€π’πˆπŽππ€π‹ ππ„π†π„π‘πˆ π’π„πŒππˆπ‹π€π πŠπ„ πˆππƒ πŠπ”π€π‹π€ ππˆπ‹π€π‡Kuala Pilah, 19 Ogos 2026 (Rabu) – Ketua Po...
19/08/2026

π’π„π’πˆ πŠπ”ππ‰π”ππ† π‡πŽπ‘πŒπ€π“ ππ€ππŠ π’πˆπŒππ€ππ€π ππ€π’πˆπŽππ€π‹ ππ„π†π„π‘πˆ π’π„πŒππˆπ‹π€π πŠπ„ πˆππƒ πŠπ”π€π‹π€ ππˆπ‹π€π‡

Kuala Pilah, 19 Ogos 2026 (Rabu) – Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, YDH Supt Tuan Muhamad Mustafah bin Hussin telah menerima sesi kunjung hormat daripada delegasi Bank Simpanan Nasional (BSN) Negeri Sembilan yang diketuai En Shahrul Nizam bin Razi, Pengarah Negeri bertempat di Mes Pegawai IPD Kuala Pilah.

Sesi kunjung hormat yang berlangsung pada jam 2.30 petang hingga 3.30 petang turut dihadiri YDH DSP Tuan Shamrol Shah bin Ramli, Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, ASP Tuan Mohd Ferdaus bin Mohd Suib, Ketua Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Daerah serta ASP Tuan Sumardy bin Shamsudin, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah IPD Kuala Pilah.

Pertemuan tersebut turut membincangkan isu berkaitan jenayah penipuan dalam talian atau scam, khususnya kepentingan meningkatkan kesedaran serta kewaspadaan pelanggan ketika menjalankan urusan perbankan.

Kerjasama strategik antara PDRM dan BSN amat penting dalam usaha memperkukuhkan langkah pencegahan jenayah penipuan serta memastikan keselamatan kewangan dan kepentingan masyarakat sentiasa diberi perhatian.

Sesi kunjung hormat berlangsung dalam suasana harmoni dan penuh mesra, sekali gus menjadi platform bagi memperkukuhkan hubungan serta jaringan kerjasama antara PDRM dan BSN Negeri Sembilan.







πŸ‡²πŸ‡Ύ ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ πŠπˆππ€π‘ 𝐉𝐀𝐋𝐔𝐑 π†π„πŒπˆπ‹π€ππ† π’π„πŒππ„ππ€ π’π€πŒππ”π“π€π π‡π€π‘πˆ πŠπ„ππ€ππ†π’π€π€π, π‡π€π‘πˆ πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€ (π‡πŠπ‡πŒ) & πŠπ„πŒππ€π‘π€ πŒπ„π‘πƒπ„πŠπ€ @ π‰π€π†πŽ ππ„π‘πˆππ†πŠπ€...
16/08/2026

πŸ‡²πŸ‡Ύ ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ πŠπˆππ€π‘ 𝐉𝐀𝐋𝐔𝐑 π†π„πŒπˆπ‹π€ππ† π’π„πŒππ„ππ€ π’π€πŒππ”π“π€π π‡π€π‘πˆ πŠπ„ππ€ππ†π’π€π€π, π‡π€π‘πˆ πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€ (π‡πŠπ‡πŒ) & πŠπ„πŒππ€π‘π€ πŒπ„π‘πƒπ„πŠπ€ @ π‰π€π†πŽ ππ„π‘πˆππ†πŠπ€π“ 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 πŠπ”π€π‹π€ ππˆπ‹π€π‡

Kuala Pilah, 16 Ogos 2026 (Ahad) – Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Pilah telah menjadi lokasi pelancaran Program Kibar Jalur Gemilang sempena Sambutan Hari Kebangsaan, Hari Malaysia (HKHM) dan Kembara Merdeka @ JAGO Peringkat Daerah Kuala Pilah. Program ini telah disempurnakan oleh YB Dato’ Hj Adnan bin Hj Abu Hassan, Ahli Parlimen Kuala Pilah pada pagi tadi.

Program dimulakan dengan ketibaan YB Ahli Parlimen Kuala Pilah, diikuti sarapan pagi, sesi menandatangani buku lawatan, nyanyian lagu Negaraku, bacaan doa serta ucapan aluan. Acara diteruskan dengan simbolik penyerahan Kit Jalur Gemilang kepada YDH KPD Kuala Pilah dan Ketua-Ketua Polis Balai, diikuti simbolik melekatkan Jalur Gemilang pada kenderaan polis sebelum konvoi Kembara Merdeka @ JAGO dilepaskan.

Penganjuran program ini bertujuan untuk menyemarakkan semangat patriotisme dan cintakan negara, di samping memupuk perpaduan serta keharmonian masyarakat melalui penglibatan pelbagai kaum dan agensi. Program ini turut meningkatkan kesedaran terhadap sejarah, kemerdekaan dan kedaulatan negara serta memperkukuh semangat kebersamaan dan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia.

Turut hadir, Puan Nawal binti Mohammad Amin. Pegawai Daerah Kuala Pilah, Encik Mohd Sabri bin Abdullah, Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Sembilan, serta YDH Supt Tuan Muhamad Mustafah bin Hussin, Ketua Polis Daerah Kuala Pilah. Turut hadir YDH DSP Tuan Shamrol Shah bin Ramli, Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Puan Siti Noorezrin binti Mahmod, Pegawai Penerangan Kuala Pilah, Ketua-Ketua Bahagian, Ketua-Ketua Polis Balai IPD Kuala Pilah serta peserta konvoi Kembara Merdeka @ JAGO daripada agensi-agensi di Kuala Pilah dan Jempol.

Semoga semangat Malaysia MADANI, patriotisme dan cintakan Jalur Gemilang terus subur dalam jiwa setiap rakyat Malaysia.

Kibarkan Jalur Gemilang dengan penuh bangga! πŸ‡²πŸ‡Ύ
Malaysia Teguh, Rakyat Bersatu!










KENYATAAN MEDIA KETUA POLIS DAERAH KUALA PILAHKEMALANGAN JALAN RAYA DI KM 14, JALAN SEREMBAN-KUALA PILAH
14/08/2026

KENYATAAN MEDIA KETUA POLIS DAERAH KUALA PILAH

KEMALANGAN JALAN RAYA DI KM 14, JALAN SEREMBAN-KUALA PILAH

ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ π’π„ππ€πŒπ‘πŽππˆπŠ 𝐃𝐀𝐍 π’π€π‘πˆππ†π€π πŠπ„π’πˆπ‡π€π“π€π 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 πŸπŸŽπŸπŸ” ππ„π‘πˆππ†πŠπ€π“ πˆππƒ πŠπ”π€π‹π€ ππˆπ‹π€π‡Kuala Pilah, 14 Ogos 2026 – Ibu Pejabat Po...
14/08/2026

ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ π’π„ππ€πŒπ‘πŽππˆπŠ 𝐃𝐀𝐍 π’π€π‘πˆππ†π€π πŠπ„π’πˆπ‡π€π“π€π 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 πŸπŸŽπŸπŸ” ππ„π‘πˆππ†πŠπ€π“ πˆππƒ πŠπ”π€π‹π€ ππˆπ‹π€π‡

Kuala Pilah, 14 Ogos 2026 – Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Pilah telah menganjurkan Program Senamrobik dan Saringan Kesihatan Tahun 2026 bertempat di Dewan KPNS, IPD Kuala Pilah, pagi tadi.

Program telah disertai oleh YDH Supt Tuan Muhamad Mustafah bin Hussin, Ketua Polis Daerah Kuala Pilah bersama barisan Ketua Bahagian, Pegawai Kanan Polis, Pegawai Rendah Polis, Pegawai Awam dan ahli PERKEP IPD Kuala Pilah serta petugas daripada Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Pilah.

Program dimulakan dengan aktiviti senamrobik yang bertujuan meningkatkan kecergasan fizikal dan menggalakkan amalan gaya hidup sihat dalam kalangan warga IPD Kuala Pilah. Turut diadakan saringan kesihatan secara percuma yang merangkumi pemeriksaan antropometri seperti berat badan, ketinggian dan BMI, tekanan darah, paras gula serta paras kolesterol.

Penganjuran program ini merupakan salah satu usaha berterusan dalam memperkasakan penjagaan kesihatan warga kerja dan keluarga, di samping memberi kesedaran mengenai kepentingan pemeriksaan kesihatan secara berkala bagi mengesan penyakit tidak berjangkit pada peringkat awal.

Program turut memberi pendedahan berkaitan kawalan kesihatan kendiri agar warga IPD Kuala Pilah sentiasa mempunyai pengetahuan, keupayaan dan kemahiran dalam menjaga kesihatan diri, keluarga serta komuniti.

Program berlangsung dengan lancar hasil kerjasama dan komitmen semua pihak yang terlibat.

π‘²π’†π’”π’Šπ’‰π’‚π’•π’‚π’ π‘«π’Šπ’‹π’‚π’ˆπ’‚, π‘²π’†π’„π’†π’“π’ˆπ’‚π’”π’‚π’ π‘«π’Šπ’‘π’†π’“π’Œπ’‚π’”π’‚, π‘·π’†π’“π’Œπ’‰π’Šπ’…π’Žπ’‚π’•π’‚π’ π‘«π’Šπ’•π’Šπ’π’ˆπ’Œπ’‚π’•π’Œπ’‚π’.






MAJLIS FLAG OFF BANTUAN SUMBER MANUSIA (BSM) SEMPENA PILIHAN RAYA UMUM DEWAN NEGERI, N.SEMBILAN KE-16Kuala Pilah, 3 Ogos...
03/08/2026

MAJLIS FLAG OFF BANTUAN SUMBER MANUSIA (BSM) SEMPENA PILIHAN RAYA UMUM DEWAN NEGERI, N.SEMBILAN KE-16

Kuala Pilah, 3 Ogos 2026 – Majlis Flag Off Bantuan Sumber Manusia (BSM) telah disempurnakan oleh YDH SUPT. Tuan Muhamad Mustafah bin Hussin, Ketua Polis Daerah Kuala Pilah sebagai tanda penghargaan dan penghormatan kepada seluruh warga PDRM yang telah selesai melaksanakan penugasan keselamatan sempena Pilihan Raya Umum Dewan Negeri, N.Sembilan Ke-16.

IPD Kuala Pilah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih atas komitmen, disiplin, profesionalisme serta semangat kerjasama yang tinggi sepanjang tempoh penugasan. Kehadiran dan sumbangan seluruh anggota BSM telah memainkan peranan penting dalam memastikan proses pilihan raya berlangsung dengan aman, selamat, teratur dan lancar.

Semoga seluruh anggota Bantuan Sumber Manusia yang terlibat dikurniakan keselamatan sepanjang perjalanan pulang ke kontinjen masing-masing serta terus cemerlang dalam menggalas amanah sebagai warga Polis Diraja Malaysia.

Sekalung penghargaan, setulus ingatan. Terima kasih atas khidmat bakti yang dicurahkan.




Address

Melang
Kuala Pilah
72000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Pilah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Pilah:

Shortcuts

Share

Category