Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik IPD Kuala Pilah

Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik IPD Kuala Pilah Public

05/09/2026

BERBASIKAL DI JALAN RAYA: KENALI LALUAN, FAHAMI RISIKO

Tidak semua jalan raya sesuai untuk aktiviti berbasikal. Lebih-lebih lagi lebuh raya yang direka untuk pergerakan kenderaan pada kelajuan tinggi.

Penunggang basikal perlu mengetahui di mana boleh dan di mana tidak boleh berbasikal, serta memahami risiko yang bakal ditanggung sekiranya berlaku kemalangan.

⚠️ Perbezaan kelajuan antara basikal dan kenderaan bermotor amat tinggi.
⚠️ Kesilapan kecil boleh mengundang kemalangan serius.
⚠️ Kemalangan di lebuh raya boleh mengakibatkan kecederaan parah, malah meragut nyawa.

Jangan kerana mahu meneruskan kayuhan, nyawa sendiri dipertaruhkan.

Patuhi peraturan. Gunakan kelengkapan keselamatan yang sesuai dan sentiasa hormati pengguna jalan raya yang lain.

PDRM tidak akan berkompromi terhadap sebarang perbuatan yang membahayakan keselamatan pengguna jalan raya.

26/08/2026

𝐓𝚰𝐌𝐁𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐑𝐀𝐇 (𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐀𝐓𝐊𝐔𝐀𝐒𝐀𝐀𝐍/ 𝐊𝐀𝐖𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐋𝐀𝐋𝐔 𝐋𝚰𝐍𝐓𝐀𝐒/ 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐒𝐀𝐌𝐀𝐍) 𝐉𝐒𝐏𝐓 𝐓𝐄𝐑𝚰𝐌𝐀 𝐃𝐀𝐑𝐉𝐀𝐇 𝐏𝐀𝐍𝐆𝐊𝐔𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐑𝚰 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐊𝐀 (𝐃.𝐏.𝐒.𝐌)

YDH CP Dato’ Sri Muhammed Hasbullah bin Ali, Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), bersama YBhg. Datin Sri Dr. Rosmariza binti Dato’ Haji Che Umar, Pengerusi PERKEP JSPT, serta seluruh warga JSPT Polis Diraja Malaysia mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada YDH DCP Datuk Mohd Rozi bin Jidin, Timbalan Pengarah (Penguatkuasaan/Kawalan Lalu Lintas/Pengurusan Saman) JSPT, atas pengurniaan Darjah Pangkuan Seri Melaka (D.P.S.M.) yang membawa gelaran “Datuk”.

Beliau dikurniakan D.P.S.M. dalam Istiadat Penganugerahan Darjah, Tauliah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka sempena Sambutan Hari Jadi Ke-77 Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, yang berlangsung di Balai Istiadat Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka, pada hari ini.

Semoga pengiktirafan ini menjadi suntikan semangat untuk terus mencurahkan bakti, kepimpinan dan khidmat terbaik kepada pasukan, masyarakat dan negara.

31/07/2026

Dry run PrnN9..
Bspt Kuala Pilah X Bspt Bsm (Kedah,melaka,Johor,Pulau Pinang)

24/07/2026
18/07/2026

PENUGASAN KAWALAN LALULINTAS BSPTD KUALA PILAH SEMPENA PENAMAAN CALON PRN NEGERI SEMBILAN KE 16

𝗞𝗔𝗪𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗟𝗔𝗟𝗨 𝗟𝗜𝗡𝗧𝗔𝗦 𝗦𝗘𝗠𝗣𝗘𝗡𝗔 𝗣𝗥𝗢𝗦𝗘𝗦 𝗣𝗘𝗡𝗔𝗠𝗔𝗔𝗡 𝗖𝗔𝗟𝗢𝗡 𝗣𝗜𝗟𝗜𝗛𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗬𝗔 𝗡𝗘𝗚𝗘𝗥𝗜 (𝗣𝗥𝗡) NEGERI SEMBILAN 𝗞𝗘-𝟭𝟲Kuala Pilah, 18 Julai 2...
18/07/2026

𝗞𝗔𝗪𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗟𝗔𝗟𝗨 𝗟𝗜𝗡𝗧𝗔𝗦 𝗦𝗘𝗠𝗣𝗘𝗡𝗔 𝗣𝗥𝗢𝗦𝗘𝗦 𝗣𝗘𝗡𝗔𝗠𝗔𝗔𝗡 𝗖𝗔𝗟𝗢𝗡 𝗣𝗜𝗟𝗜𝗛𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗬𝗔 𝗡𝗘𝗚𝗘𝗥𝗜 (𝗣𝗥𝗡) NEGERI SEMBILAN 𝗞𝗘-𝟭𝟲

Kuala Pilah, 18 Julai 2026 – Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPTD) Kuala Pilah telah melaksanakan penugasan kawalan lalu lintas sempena proses penamaan calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan Ke-16 bagi memastikan kelancaran pergerakan trafik, keselamatan pengguna jalan raya serta ketenteraman awam sepanjang program berlangsung.

Seramai (3)pegawai dan (12) anggota BSPTD Kuala Pilah yang diketuai oleh Ydh Asp Rozman Bin Pit ,Ketua Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik telah digerakkan ke lokasi-lokasi penugasan melibatkan kawalan lalu lintas, point duty, pengurusan laluan VVIP serta pemantauan kawasan tumpuan di seluruh daerah Kuala Pilah.

Sepanjang penugasan, kawalan lalu lintas berjalan dengan lancar termasuk pengurusan pergerakan VVIP, penutupan jalan di lokasi yang ditetapkan serta pemantauan di kawasan hotspot bagi memastikan proses penamaan calon berlangsung dalam keadaan selamat, aman dan terkawal.

BSPTD Kuala Pilah akan terus komited memberikan perkhidmatan terbaik dalam memastikan keselamatan pengguna jalan raya serta kelancaran setiap operasi yang diamanahkan.





LAWATAN PEMERIKSAAN PTKPN A117BALAI POLIS TANJUNG IPOHTanjung Ipoh, 13 Julai 2026 - Pemeriksaan PTKPN A117 Balai Polis T...
13/07/2026

LAWATAN PEMERIKSAAN PTKPN A117
BALAI POLIS TANJUNG IPOH

Tanjung Ipoh, 13 Julai 2026 - Pemeriksaan PTKPN A117 Balai Polis Tanjung Ipoh diketuai oleh Ketua Bahagian Siasatan Penguatkuasaan Trafik Daerah Kuala Pilah, YDH Asp Tuan Rozman Bin Pit bersama pasukan pemeriksa dari IPD Kuala Pilah telah dilaksanakan pada pagi tadi. Kehadiran kumpulan Pegawai Pemeriksa A117 telah disambut baik oleh SM Mohd Norsah Bin Nordin selaku Ketua Polis Balai Tanjung Ipoh.

Pemeriksaan yang dijalankan adalah seperti pengurusan dokumen, buku-buku PDRM dan fail-fail arahan pentadbiran yang terdapat di dalam Balai Polis Tanjung Ipoh. Selain itu fasiliti dan peralatan balai serta kenderaan pasukan turut diperiksa. Lawatan ini juga memfokuskan tentang kebersihan persekitaran dan dalam pejabat balai polis serta keterampilan (Turn-Out) warga kerja Balai Polis Tanjung Ipoh.





BSPTD KUALA PILAH SIAP SIAGA
09/07/2026

BSPTD KUALA PILAH SIAP SIAGA

02/07/2026

PATUHI LAMPU ISYARAT, HARGAI NYAWA

Setiap kali menghampiri persimpangan, patuhilah lampu isyarat walau dalam apa jua keadaan. Jangan biarkan sikap tergesa-gesa atau keinginan untuk menjimatkan beberapa saat mendorong anda mengambil risiko melanggar lampu merah. Satu keputusan yang salah boleh mengakibatkan kemalangan serius, kecederaan parah, malah kehilangan nyawa yang tidak ternilai.

Lampu isyarat diwujudkan bukan sekadar untuk mengawal aliran trafik, tetapi sebagai sistem keselamatan yang melindungi semua pengguna jalan raya termasuk pemandu, penunggang motosikal, penumpang dan pejalan kaki. Apabila lampu merah menyala, berhentilah dengan penuh tanggungjawab. Kesabaran selama beberapa saat jauh lebih berharga daripada menanggung penyesalan sepanjang hayat.

Ingatlah, kemalangan boleh berlaku dalam sekelip mata apabila peraturan jalan raya diabaikan. Jangan biarkan tindakan terburu-buru mengubah perjalanan biasa menjadi satu tragedi yang menyedihkan.







🔄 Kongsikan kepada rakan dan keluarga agar semua lebih peka di jalan raya

Address

Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik IPD Kuala Pilah
Kuala Pilah
72000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik IPD Kuala Pilah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share