Pejabat MARA Daerah Kuala Pilah

Pejabat MARA Daerah Kuala Pilah Laman utk Memudahkan Penyebaran Maklumat daripada Pejabat MARA Daerah Kuala Pilah

17/08/2026

π—žπ—˜π—¨π—¦π—”π—›π—”π—ͺ𝗔𝗑𝗔𝗑 | PPWK MARA 2026 di Kuala Pilah menghimpunkan masyarakat setempat bagi mendapatkan pendedahan mengenai peluang keusahawanan, pembiayaan dan pendidikan menerusi pelbagai inisiatif MARA, sekali gus memperkasa usahawan serta komuniti.

Berita penuh di ruangan komen.


17/08/2026

KURSUS HOME NURSING AND CAREGIVER BUSINESS TRAINING

Bina dan kembangkan perniagaan home nursing & caregiver dengan lebih profesional, sistematik dan berdaya saing!

Kursus intensif ini direka khas untuk usahawan, pengusaha pusat jagaan, penyedia perkhidmatan home nursing, caregiver serta individu yang berminat menceburi bidang penjagaan warga emas, pesakit dan golongan yang memerlukan penjagaan di rumah..

🎯 Tujuan Kursus
Kursus ini diadakan bertujuan untuk:
β€’ Membina Sistem Operasi Yang Sistematik : Mempelajari cara mengurus pelanggan, caregiver, jadual tugasan, dokumentasi dan operasi harian secara lebih tersusun.
β€’ Meningkatkan Kualiti Perkhidmatan : Memahami asas penjagaan yang selamat, profesional dan beretika bagi meningkatkan keyakinan serta kepuasan pelanggan.
β€’ Mengurus Perniagaan Dengan Lebih Berkesan : Mempelajari asas pengurusan kos, penetapan harga perkhidmatan, pemasaran dan pengurusan tenaga kerja.

πŸ† Hasil Pembelajaran (Outcome)
Selepas tamat kursus 3 hari ini, peserta akan dapat:
β€’ Membina SOP Perkhidmatan : Mampu menyediakan prosedur kerja asas untuk pengurusan caregiver dan perkhidmatan penjagaan di rumah.
β€’ Asas Kewangan Perniagaan : Memahami struktur kos, penetapan harga pakej perkhidmatan perkhidmatan dan pengurusan aliran tunai.
β€’ Strategi Pemasaran : Mempelajari kaedah mempromosikan perkhidmatan home nursing & caregiver serta membina kepercayaan.

πŸ“Œ Maklumat Kursus
β€’ Tarikh: 08 hingga 10 September 2026 (Selasa - Khamis)
β€’ Tempat: Dewan D'Curve
β€’ Yuran Pendaftaran: RM200 sahaja!
β€’ Kemudahan Disediakan:
o 🏨 Penginapan hotel disediakan sepanjang kursus
o 🍱 Makan & minum disediakan sepanjang kursus
β€’ Kuota: TERHAD KEPADA 26 ORANG PESERTA SAHAJA! (Siapa cepat, dia dapat)
πŸš€ Jangan Tunggu Lagi! Pelaburan RM200 ini sangat berbaloi untuk ilmu penjimatan kos operasi bernilai beribu ringgit, siap pakej penginapan dan makan minum.

Klik Link Di Bawah Untuk Tempah Slot Anda Sekarang
πŸ‘‰ https://myusahawan.mara.gov.my/public/Detail_Kursus.aspx?Id=1010180009090120260908&idx=3699
Sebarang pertanyaan sila hubungi:
MARA Negeri Sembilan
En. Hafizan (019 675 7068)
En. Jamil (018 788 3919)

17/08/2026

π—žπ—˜π—¨π—¦π—”π—›π—”π—ͺ𝗔𝗑𝗔𝗑 | Bumiputera 2035: Menguasai Ekonomi Masa Depan.

Ke mana hala tuju usahawan Bumiputera menuju 2035?

Konvensyen Usahawan Bumiputera 2035 bakal menghimpunkan usahawan, pemain industri dan pemegang taruh bagi membincangkan masa depan serta transformasi ekonomi Bumiputera.

27 Ogos 2026 | Raia Hotel, Kepala Batas, Kedah

Klik untuk mendaftar : https://tinyurl.com/ye266jey

KUB 2035 β€” pentas mencetuskan idea, membuka peluang dan membentuk hala tuju usahawan Bumiputera menuju ekonomi masa depan.

17/08/2026
22/07/2026
22/07/2026

HIMPUNAN USAHAWAN NEGERI SEMBILAN 2026

Satu platform. Pelbagai peluang. Masa depan perniagaan anda bermula di sini.

Jangan lepaskan peluang untuk bersama usahawan, agensi pembangunan dan pemain industri dalam satu himpunan yang padat dengan perkongsian ilmu, peluang jaringan strategik serta inspirasi untuk mengembangkan perniagaan dan memperkukuh ekosistem keusahawanan Bumiputera.

πŸ“… Tarikh: 27 Julai 2026 (Isnin)
πŸ“ Lokasi: d'Tempat Country Club, Bandar Sri Sendayan, Negeri Sembilan
πŸ•£ Masa: 8.30 pagi – 5.00 petang

βœ… Perkongsian daripada pemain industri
βœ… Peluang membina rangkaian strategik
βœ… Maklumat terkini berkaitan pembangunan usahawan
βœ… Ruang meneroka peluang kerjasama dan pertumbuhan perniagaan

🎟️ Penyertaan adalah PERCUMA, namun tempat adalah TERHAD.

Daftar sekarang:
https://forms.gle/WAjxgVHdUV7CifDs5

Jom bersama-sama membina jaringan, mencipta peluang dan mengangkat potensi usahawan Negeri Sembilan ke tahap yang lebih tinggi!







16/07/2026

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada YBhg. Dato’ Seri Zulfikri bin Osman, Ketua Pengarah MARA atas pengurniaan Darjah Gemilang Pangkuan Negeri (D.G.P.N) yang membawa gelaran Dato’ Seri sempena Hari Ulang Tahun Ke-85 Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama Haji Ramli bin Ngah Talib, Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang pada 14 Julai 2026.

Ikhlas daripada Pengerusi, Ahli Lembaga Pengarah serta seluruh warga MATRADE.



16/07/2026

Address

No. F2, Bazar MARA Jln. Muar
Kuala Pilah
72000NEGERISEMBILAN

Opening Hours

Monday 08:00 - 05:30
Tuesday 08:00 - 05:30
Wednesday 08:00 - 05:30
Thursday 08:00 - 05:30
Friday 08:00 - 05:30

Telephone

+6064811344

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat MARA Daerah Kuala Pilah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share