Polis.Tanjung Ipoh

Polis.Tanjung Ipoh Balai Polis Tanjung Ipoh dirasmikan - 16 Jun 1975 oleh Ketua Polis Negeri Sembilan Tuan X.A Nicholas.

30/05/2026

๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐Œ๐„๐๐˜๐€๐Œ๐๐”๐“ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐†๐€๐–๐€๐ˆ ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

YDH Supt Muhamad Mustafah bin Hussin, Ketua Polis Daerah Kuala Pilah bersama seluruh warga IPD Kuala Pilah mengucapkan Selamat Hari Gawai kepada seluruh masyarakat Dayak yang meraikannya.

Semoga sambutan Hari Gawai tahun ini membawa kebahagiaan, kemakmuran dan memperkukuhkan lagi semangat perpaduan serta keharmonian dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di negara ini.

Raikan perayaan dengan penuh kesederhanaan dan sentiasa utamakan keselamatan diri serta keluarga.

๐ŸŒพ ๐—š๐—ฎ๐˜†๐˜‚ ๐—š๐˜‚๐—ฟ๐˜‚, ๐—š๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ถ ๐—ก๐˜†๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐—ถ ๐ŸŒพ

30/05/2026
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA 1447H / 2026MAssalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.Seluru...
26/05/2026

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA 1447H / 2026M

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Seluruh warga Balai Polis Tanjung Ipoh, Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Pilah mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh masyarakat khususnya warga Kuala Pilah dan Tanjung Ipoh.

Semoga Aidiladha kali ini membawa seribu keberkatan, memperkukuhkan ukhuwah serta menyemai nilai keikhlasan, pengorbanan dan kasih sayang sesama insan.

Dalam kemeriahan menyambut hari yang mulia ini, marilah kita bersama-sama terus menjaga keselamatan, keharmonian dan kesejahteraan masyarakat demi keamanan yang berpanjangan.

โ€œAidiladha Mengajar Erti Pengorbanan, Keikhlasan dan Kesyukuran.โ€

Ikhlas daripada:
SM Mohd Norsah bin Nordin
Ketua Polis Balai Tanjung Ipoh
serta seluruh warga Balai Polis Tanjung Ipoh




23/05/2026



JANGAN BUAT GURAUAN MELAMPAU DI SEKOLAH!

Apa yang dianggap sekadar gurauan oleh kita, boleh menjadi pengalaman yang menyakitkan bagi orang lain. Perbuatan seperti menarik kerusi, mengejek, merampas makanan atau mengganggu barang rakan bukan satu hiburan, malah boleh mengakibatkan kecederaan fizikal, tekanan emosi dan menjejaskan keyakinan diri mangsa. Sekolah sepatutnya menjadi tempat selamat untuk belajar dan memupuk rasa hormat sesama rakan.

Jadilah pelajar berakhlak mulia dan berfikir sebelum bertindak. Ingat, setiap kata dan perbuatan memberi kesan kepada orang lain. ๐Ÿค๐Ÿ’™

โ€œBergurau berpada-pada, hormat sesama kita.โ€





#21052026

๐Š๐„๐๐˜๐€๐“๐€๐€๐ ๐Œ๐„๐ƒ๐ˆ๐€ ๐Š๐„๐“๐”๐€ ๐๐Ž๐‹๐ˆ๐’ ๐ƒ๐€๐„๐‘๐€๐‡ ๐Š๐”๐€๐‹๐€ ๐๐ˆ๐‹๐€๐‡ - KES KECURIAN KOMPONEN KENDERAAN M/KAR
23/05/2026

๐Š๐„๐๐˜๐€๐“๐€๐€๐ ๐Œ๐„๐ƒ๐ˆ๐€ ๐Š๐„๐“๐”๐€ ๐๐Ž๐‹๐ˆ๐’ ๐ƒ๐€๐„๐‘๐€๐‡ ๐Š๐”๐€๐‹๐€ ๐๐ˆ๐‹๐€๐‡ - KES KECURIAN KOMPONEN KENDERAAN M/KAR

SCAMMER: LAPOR โ€ข TINDAK โ€ข SELAMATKAN
20/05/2026

SCAMMER: LAPOR โ€ข TINDAK โ€ข SELAMATKAN

๐Ÿš” SNAP CHECK BERSAMA BSPT IPD KUALA PILAH ๐Ÿš”TANJUNG IPOH, 20 Mei 2026 (Rabu) โ€“ Balai Polis Tanjung Ipoh bersama Bahagian ...
20/05/2026

๐Ÿš” SNAP CHECK BERSAMA BSPT IPD KUALA PILAH ๐Ÿš”

TANJUNG IPOH, 20 Mei 2026 (Rabu) โ€“ Balai Polis Tanjung Ipoh bersama Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik IPD Kuala Pilah telah melaksanakan operasi Snap Check di kawasan pentadbiran Balai Polis Tanjung Ipoh, Kuala Pilah.

Operasi ini dijalankan bagi tujuan pencegahan jenayah, pemantauan keselamatan serta penguatkuasaan undang-undang jalan raya di samping meningkatkan kehadiran polis di kawasan tumpuan awam. Pemeriksaan turut dijalankan ke atas kenderaan dan individu bagi memastikan keselamatan serta ketenteraman awam sentiasa berada dalam keadaan terkawal.

Pelaksanaan operasi secara bersepadu ini mencerminkan komitmen Polis Diraja Malaysia terutamanya Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Pilah dalam memperkukuhkan aspek keselamatan dan ketenteraman awam serta meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap perkhidmatan polis.

โ€œPolis dan Masyarakat Berpisah Tiadaโ€




Address

JKR 1148, Balai Polis Tanjung Ipoh
Kuala Pilah
71500

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Polis.Tanjung Ipoh posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category