MUDA KUALA PILAH

MUDA KUALA PILAH MUDA KUALA PILAH

50 Tahun, Penyakit Tadbir Yang Sama Nasib Bas Sekolah Sukan Negeri SMK Za'ba, Kuala PilahPada 6 Disember 1976, di Dewan ...
27/07/2026

50 Tahun, Penyakit Tadbir Yang Sama Nasib Bas Sekolah Sukan Negeri SMK Za'ba, Kuala Pilah

Pada 6 Disember 1976, di Dewan Rakyat, seorang Ahli Parlimen sudah memberi amaran aset awam yang diberi lalu dibiar akan menjadi "besi buruk".

Seorang lagi menempelak badan kerajaan yang membantu rakyat "bukan secara sebagai melepaskan kewajipan sahaja" memberi semata-mata untuk melunaskan tanggungjawab.

Lima puluh tahun kemudian, amaran itu berulang di Kuala Pilah.

Dan kali ini, rekodnya datang dari Parlimen sendiri.

Pada 21 Februari 2023, Ahli Parlimen Kuala Pilah YB Berhormat Dato Hj Adnan Abu Hassan (Adnan Abu Hassan atau Adnan Abu Hassan) memohon sebuah coaster untuk SMK Za'ba yang beliau sendiri isytihar sebagai sekolah sukan tunggal Negeri Sembilan kerana sekolah itu terpaksa menyewa bas dan van sekolah lain setiap kali ada kejohanan. Pada 27 November 2023, beliau berdiri di Dewan yang sama merakam terima kasih bas telah diterima seperti yang dipohon.

Itulah detik "janji ditunaikan" yang dihebah dengan megah.

Kini, pada 2026 belum genap tiga tahun (dimaklumka bahawa) JKR mencadangkan coaster yang sama itu dilupuskan. Dan SMK Za'ba kembali ke takuk lama menyewa bas luar, menyewa van luar, dan dalam keadaan terdesak, guru terpaksa membawa murid ke pertandingan menggunakan kenderaan sendiri. Setiap perjalanan itu memikul risiko keselamatan yang tidak sepatutnya jatuh ke bahu guru mahupun murid.

Ironinya, pada Julai 2025, wakil yang sama sempat mengemukakan soalan di peringkat persekutuan tentang peranti penghad laju bas dan lori prihatin pada keselamatan bas di jalan raya, sementara bas sekolah anak-anak Za'ba sendiri dibiarkan reput.

Rakyat Kuala Pilah berhak bertanya apakah aset yang diserah pada 2023 itu unit baharu atau terpakai?

Jika baharu, bagaimana ia boleh dicadang lupus dalam masa belum genap tiga tahun? Adakah wujud pelan penyelenggaraan, atau aset sekadar diserah lalu dibiarkan?

Dan yang paling penting apa penyelesaian untuk murid SMK Za'ba hari ini?

Memberi lalu membiarkan bukanlah menunaikan janji. Ia hanya menangguhkan masalah sambil merakam gambar kejayaan di tepi jalan.

Penyakit tadbir yang ditempelak di Parlimen pada 1976 tidak sepatutnya masih hidup pada 2026.

MUDA BAHAGIAN KUALA PILAH

27/07/2026
Selamat Hari Raya Aidiladha diucapkan kepada seluruh umat Islam di Malaysia. Aidiladha bukan sekadar sebuah perayaan, te...
27/07/2026

Selamat Hari Raya Aidiladha diucapkan kepada seluruh umat Islam di Malaysia.

Aidiladha bukan sekadar sebuah perayaan, tetapi lambang pengorbanan, keikhlasan dan ketaatan yang mengajar erti ihsan, kebersamaan serta kasih sayang sesama insan.

Dalam kita menghayati kemuliaan ibadah korban dan berakhirnya musim haji di Tanah Suci, marilah kita bersama-sama menelusuri semangat pengorbanan Nabi Ibrahim A.S. dan Nabi Ismail A.S. sebagai pedoman dalam membina masyarakat yang lebih prihatin, bersatu dan saling membantu.

Semoga setiap amal ibadah yang dilaksanakan diterima dan diberkati Allah SWT, serta Aidiladha kali ini membawa keberkatan, ketenangan dan kesejahteraan buat seluruh rakyat Malaysia

27/07/2026

Rakyat kawasan Nilai kena sidai!

Wakil Rakyat x function sampai hospital Pelatih USIM bina kat JOHOR! Hospital Awam pun xdapat.

SOLIDARITI BERSAMA SYED SADDIQAssalamualaikum dan Salam Sejahtera buat seluruh rakyat Malaysia,Esok merupakan pendengara...
27/07/2026

SOLIDARITI BERSAMA SYED SADDIQ

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat seluruh rakyat Malaysia,

Esok merupakan pendengaran akhir kes Syed Saddiq di peringkat Mahkamah Persekutuan yang akan menentukan masa depan beliau. Ayuh sama-sama kita hadir dan berikan sokongan moral kepada sahabat kita ini yang tidak henti-henti selama ini menyuarakan hasrat dan memperjuangkan isu kita.

Butiran pendengaran adalah seperti berikut :
Tarikh: 30 Jun 2026 (Selasa)
Masa Kumpul: 8:00 Pagi
Tempat: Istana Kehakiman, Putrajaya

Google Map: https://share.google/VBewFUC8r9bbWxhwm

Pakaian: Sila pakai pakaian yang sopan, kemas, dan bersesuaian dengan premis mahkamah.

Jumpa esok di sana.

Kepada Allah kita berserah.

DIA BERDIRI UNTUK KITA, KINI MASA KITA BERDIRI UNTUK DIAEsok, apabila fajar merekah di ufuk timur, ada sepasang bahu mud...
27/07/2026

DIA BERDIRI UNTUK KITA, KINI MASA KITA BERDIRI UNTUK DIA

Esok, apabila fajar merekah di ufuk timur, ada sepasang bahu muda yang bakal memikul beban seluruh "harapan" sebuah negara.

Bertahun-tahun lamanya, dia diheret dari satu mahkamah ke satu mahkamah.

Diperhati, dinilai, dan cuba dipatahkan.

Kalau manusia biasa dalam keadaan ini, pastinya sudah lama rebah.

Kalau Jiwa biasa pastinya sudah lama menyerah.

Kalau jiwa biasa pasti sudah pilih jalan mudah.

Pasti sudah memeluk musuh, dan hidup mewah tanpa payah.

Tetapi KENAPA anak muda ini memilih jalan yang penuh ranjau berduri?

Kerana bagi dia, maruah negara ini tidak boleh dijual beli. Keadilan bukan sekadar perkataan di atas kertas, tetapi sesuatu yang wajib diperjuangkan, walaupun terpaksa dibayar dengan kebebasan diri.

Ketika sistem cuba menghukum dia dengan menahan peruntukan kawasan,
ketika dinosaur politik tersenyum melihat poket kawasannya dikeringkan secara sengaja dengan harapan dia akan melutut meluahkan kalah… apa yang dia lakukan?

Dia tidak meratap !
Dia tidak menjual maruah!
Dia tidak melutut kepada sang penguasa!

Dia bertahan...!!

Belum pernah dalam sejarah moden tanah air kita, kita melihat seorang wakil rakyat menolak kepentingan diri, memerah keringat, berlari hingga lutut menyerah, dan melakukan apa sahaja demi memastikan rakyat Muar terjaga.

Di saat dia disisih oleh penguasa, dia memilih untuk dilingkari oleh kasih sayang rakyatnya.

Bantuan persekolahan diteruskan. Kebajikan orang tua dijaga. Setiap ringgit yang disekat, diganti dengan titisan keringatnya sendiri. Belum pernah kita saksikan pengorbanan sekudus ini daripada seorang ahli politik lain di Malaysia.

Sebab itu, esok bukan sekadar tentang nasib seseorang yang bernama Syed Saddiq sahaja!

Esok adalah tentang moral negara kita.
Esok adalah tentang politik baharu yang kita idamkan.

Esok adalah tentang politik yang bersih daripada rasuah, bebas daripada dendam, dan dipandu oleh prinsip, bukan kepentingan.

Inilah perjuangan untuk mengubah landskap politik negara, dan mengangkat satu generasi pemimpin muda yang berani dan berintegriti untuk mentadbir tanah air ini.

Dan kepada dinosaur politik yang sudah terlalu lama berkuasa, masa kamu sudah berlalu. Berundurlah dengan bermaruah. Rakyat akan mula campak kamu satu per satu dari arena politik!

Adakah kita mahu terus membiarkan politik usang memadamkan lilin harapan rakyat? Atau kita mahu menjadi benteng yang mempertahankan?

Kepada YB Syed Saddiq:

Bertahun-tahun YB bertarung sendirian. Mengalir keringat demi menjaga perut dan masa depan rakyat MUAR

Esok, YB tidak berjalan keseorangan!

Doa, air mata, dan solidariti jutaan rakyat Malaysia berjalan bersama-sama dengan YB.

Rakyat menyokong YB bukan kerana YB sempurna, tetapi kerana YB setia kepada perjuangan yang kami percaya.

Jalan Tegak YB.
Kerana esok, bukan YB yang dihakimi tetapi keadilan negara kita ini yang sedang diuji.

Dan kami, jutaan rakyat, berdiri sebagai saksinya.

Rakyat tahu siapa yang berkhianat, dan rakyat tahu siapa yang setia.

Dari makhamah ke parlimen. Pemimpin MUDA pasti akan berikan terbaik.Biarlah datang 1001 cabaran, pemimpin MUDA akan teta...
27/07/2026

Dari makhamah ke parlimen. Pemimpin MUDA pasti akan berikan terbaik.

Biarlah datang 1001 cabaran, pemimpin MUDA akan tetap konsisten dalam menjalankan amanah. Apabila contoh jelas depan mata, yang membimbing pemimpin muda.

Apa lagi pilihan yang lebih baik?

Address

Melang
Kuala Pilah
72000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when MUDA KUALA PILAH posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share