Kompleks Rakan Muda Rompin

Kompleks Rakan Muda Rompin Menyediakan pelbagai kemudahan hospitaliti, sukan dan rekreasi untuk kegunaan umum.

๐Ÿ“ขDETIK CEMAS, TINDAKAN PANTAS : AED KINI DI KRM ROMPINโ›‘๏ธKRM Rompin, 10 Ogos - Peningkatan kes berkaitan Henti Jantung Se...
11/08/2026

๐Ÿ“ขDETIK CEMAS, TINDAKAN PANTAS : AED KINI DI KRM ROMPINโ›‘๏ธ

KRM Rompin, 10 Ogos - Peningkatan kes berkaitan Henti Jantung Secara Mengejut (Sudden Cardiac Arrest) terutamanya semasa melakukan aktiviti sukan merupakan satu perkara yang tidak boleh dipandang remeh. Bagi meningkatkan kesiapsiagaan keselamatan terutamanya bantu mula kecemasan, Kompleks Rakan Muda (KRM) Rompin telah dibekalkan dengan satu unit lengkap Automated External Defibrillator (AED) dan telah dipasang mulai hari ini.๐Ÿš‘๐Ÿšจ

Pemasangan dan taklimat telah disampaikan oleh Encik Richard Sia Kee Hu, wakil syarikat Medik Hub Sdn Bhd di Bilik Mesyuarat Utama KRM Rompin. Dalam taklimatnya, beliau telah menerangkan fungsi, situasi dan tatacara penggunaan AED yang betul. โœ…๐ŸŽฏ

Beliau juga telah menerangkan dan membuat demonstrasi melakukan Cardio Pulmonary Resuscitation (CPR) yang merupakan pasangan lengkap bagi AED. Para pegawai KRM Rompin turut sama mempelajari dan melakukan demonstrasi teknik CPR yang betul ini sebagai langkah persediaan awalan selaku penyedia fasiliti sukan.๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿค

AED ini boleh diakses di Lobi KRM Rompin sekiranya berlaku sebarang situasi kecemasan yang memerlukan khidmatnya. ๐Ÿ‘โœจ

Sila layari stf.kbs.gov.my untuk tempahan berkaitan kemudahan dan fasiliti di KRM Rompin. Hubungi kami ditalian 094134090 untuk sebarang pertanyaan dan maklumat selanjutnya.โ˜Ž๏ธ๐Ÿ“ž

"JBS PAHANG, Number One"๐Ÿฅ‡

Disediakan Oleh:-
KRM Rompin

KBSMalaysia
JBSNegara
Taufiq Johari
Wan Rosdy bin Wan Ismail
Fadzli Kamal
Ir. Razali Kassim
JBSN Pahang
Azli Daud
Majlis Belia Negeri Pahang
Pahang Media
Majlis Belia Daerah Rompin





๐ŸงฌKARNIVAL SUKAN ANAK MUDA ROMPIN X KRM ROMPIN : BELIA AKTIF, KOMUNITI DIHARGAI๐ŸงฌKRM Rompin, 9 Ogos - Nostalgia baru sukan...
10/08/2026

๐ŸงฌKARNIVAL SUKAN ANAK MUDA ROMPIN X KRM ROMPIN : BELIA AKTIF, KOMUNITI DIHARGAI๐Ÿงฌ

KRM Rompin, 9 Ogos - Nostalgia baru sukan di daerah Rompin telah tercipta melalui penganjuran Karnival Sukan Anak Muda Rompin X KRM Rompin bertempat di Kompleks Rakan Muda (KRM) Rompin, semalam.Sambutan dari semua penduduk Rompin adalah luar biasa๐Ÿ”ฎ๐ŸŽฅ

Dikuasakan oleh Dana Sukan Komuniti (DSK) Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Majlis Belia Daerah (MBD) Rompin dengan sokongan KRM Rompin juga dengan kerjasama Kelab Belia Anak Muda (KAMUDA) Leban Chondong, Kelab Belia Raja Laut , Diamond Star Netlball Club serta Kelab Layar Biru telah bersama-sama bergabung bagi melaksanakan karnival yang julung kali dilaksanakan di bumi Rompin.๐ŸŒโœจ

Antara kejohanan sukan yang dilaksanakan adalah sepak takraw (33 pasukan), futsal (24 pasukan), bola jaring (18 pasukan) dan tarik tali (7 pasukan). Turut mencuri perhatian adalah pertandingan mewarna kanak-kanak prasekolah dan pertandingan menghias cupcake khas PUSPANITA. Tidak ketinggalan, kemunculan khas Jualan Rahmah Madani dan Lori Milo istimewa untuk komuniti setempat. ๐Ÿธโšฝ๐Ÿ

Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh YB Dato' Ir. Razali Kassim, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Negeri Pahang merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Muadzam Shah. ๐Ÿคฒ๐Ÿ‘๐Ÿ†

Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat, samada secara lansung atau tidak lansung dalam menjayakan karnival ini. Kejayaan ini adalah milik kita bersama. Kerjasama erat ini lambang ukhuwah kita semua. Demi belia, demi Rompin dan demi Malaysia. ๐Ÿซก๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

"JBS PAHANG, Number One"๐Ÿฅ‡

Disediakan Oleh:-
KRM Rompin

KBSMalaysia
JBSNegara
Taufiq Johari
Wan Rosdy bin Wan Ismail
Fadzli Kamal
Azli Daud
JBSN Pahang
Pahang Media
Majlis Belia Daerah Rompin





09/08/2026
09/08/2026

Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat dan memeriahkan Karnival Sukan Anak Muda Rompin X KRM Rompin!!!๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘
Kepada semua Rakan Penganjur, khususnya Majlis Belia Daerah Rompin, semoga kejayaan dan jalinan kerjasama ini dapat diteruskan dimasa hadapan.๐Ÿ˜Ž๐Ÿซฐ
Big Salute For All Of You!!!๐Ÿซก๐Ÿซก๐Ÿซก

KBSMalaysia
JBSNegara
JBSN Pahang
Ir. Razali Kassim
Aisamuddin Amirhakim

06/08/2026
02/08/2026

๐Ÿ•๏ธโœจ๐ŸŒฟ KEM RAKAN MUDA PERINGKAT NEGERI PAHANG 2026 ๐ŸŒฟโœจ๐Ÿ•๏ธ

๐ŸŒŸ CUTI SEKOLAH DAH TIBA! ๐ŸŒŸ
๐Ÿš€ JOM SERTAI KEM RAKAN MUDA 2026! ๐Ÿš€

๐ŸŒฟ 4 HARI 3 MALAM PENUH CABARAN, ILMU & PENGALAMAN BAHARU! ๐ŸŒฟ

Ingin mengisi cuti sekolah dengan aktiviti yang menyeronokkan, mencabar dan penuh manfaat? ๐Ÿคฉ

Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang mempelawa pelajar sekolah berumur 13 hingga 17 tahun untuk menyertai Kem Rakan Muda Peringkat Negeri Pahang 2026.

โœจ APA YANG ANDA AKAN DAPAT?

๐Ÿ’ช Tingkatkan ketahanan fizikal & mental
๐Ÿค Bina semangat kerjasama dan kepimpinan
๐Ÿ—ฃ๏ธ Perkukuh kemahiran komunikasi
๐ŸŒฑ Bentuk keyakinan diri dan jati diri positif
๐Ÿ‘ซ Kenali rakan baharu dari seluruh Negeri Pahang

๐Ÿ“ LOKASI
๐Ÿ•๏ธ Pusat Latihan Kenegaraan Lipis, Pahang

๐Ÿ“… TARIKH
๐Ÿ—“๏ธ 1 hingga 4 September 2026

๐Ÿ‘ฅ PESERTA
๐ŸŽ“ Pelajar sekolah berumur 13 hingga 17 tahun

๐Ÿ”ฅ๐Ÿ•๏ธ AKTIVITI MENARIK MENANTI ANDA! ๐Ÿ•๏ธ๐Ÿ”ฅ

๐Ÿ•๏ธ Rekreasi & Cabaran Luar
๐Ÿง— Ikhtiar Hidup (Survival Skills)
๐Ÿค Team Building
๐Ÿงญ Eksplorasi & Navigasi
๐Ÿ—ฃ๏ธ Kepimpinan & Komunikasi
๐Ÿ’ก Pembangunan Sahsiah
๐Ÿƒ Kecergasan & Riadah
๐ŸŽญ Malam Kebudayaan

๐ŸŽ KEMUDAHAN DISEDIAKAN

๐Ÿ’š Penyertaan PERCUMA
๐Ÿฝ๏ธ Makan & minum disediakan
๐Ÿก Penginapan peserta disediakan
๐ŸŽ–๏ธ Sijil penyertaan disediakan

๐Ÿ“ฒ DAFTAR SEKARANG!

๐Ÿ“ฑ Imbas Kod QR pada poster
atau
๐Ÿ”— https://forms.gle/J1iyi5mDxAMzZaER8

๐Ÿšจ๐Ÿ”ฅ TEMPAT TERHAD! ๐Ÿ”ฅ๐Ÿšจ

๐Ÿ‘ฅ Hanya 40 orang peserta terawal sahaja.

โšก Jangan tunggu sehingga kuota penuh!
Daftar segera dan rebut peluang menyertai pengalaman luar biasa ini.

๐Ÿ“ž PERTANYAAN

๐Ÿ‘จ๐Ÿปโ€๐Ÿ’ผ Encik Sanusi
๐Ÿ“ฑ 018-945 6164

โœจ๐ŸŒฟ JADILAH SEBAHAGIAN DARIPADA GENERASI RAKAN MUDA! ๐ŸŒฟโœจ

๐Ÿ’› AYUH DAFTAR SEKARANG!
Kami menanti penyertaan anda. ๐Ÿค

๐Ÿฅ‡ "JBS PAHANG, Number One"
KBSMalaysia
JBSNegara
Taufiq Johari
Wan Rosdy bin Wan Ismail
Fadzli Kamal
Azli Daud
Majlis Belia Negeri Pahang
Pahang Media





01/08/2026

Setinggi-tinggi ucapan tahniah diucapkan kepada YB Datoโ€™ Fadzli bin Mohamad Kamal, DIMP., DSM., AMP., Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang merangkap ADUN D**g atas Pengurniaan Pingat Darjah Kebesaran Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP.) yang membawa gelaran Datoโ€™.

Pengurniaan ini bersempena Hari Ulang Tahun Keputeraan Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Yang Ke-67, sebagai pengiktirafan terhadap jasa, bakti dan komitmen beliau dalam memacu pembangunan belia, sukan, komunikasi serta kesejahteraan rakyat Negeri Pahang.

Semoga YB Datoโ€™ terus dikurniakan kesihatan yang baik, kebijaksanaan serta kekuatan untuk meneruskan khidmat bakti demi kemajuan Negeri Pahang dan kesejahteraan rakyat.

Sekalung Tahniah dan Syabas!

Fadzli Kamal

01/08/2026
๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พPEMERIKSAAN MENGEJUT AP309 OLEH PENGARAH JBS NEGERI PAHANG KE KRM ROMPIN๐Ÿ“KRM Rompin, 25 Julai โ€“ Kompleks Rakan Muda (K...
26/07/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พPEMERIKSAAN MENGEJUT AP309 OLEH PENGARAH JBS NEGERI PAHANG KE KRM ROMPIN๐Ÿ“

KRM Rompin, 25 Julai โ€“ Kompleks Rakan Muda (KRM) Rompin telah menerima lawatan pemeriksaan mengejut AP309 oleh Tuan Nor Azli Mohamad Daud, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri Pahang pada 22 Julai yang lalu bagi menilai tahap pengurusan, pentadbiran serta pengoperasian fasiliti di KRM Rompin.๐Ÿ•ต๏ธโ€โ™‚๏ธโณ

Beliau turut mengambil kesempatan meninjau ke beberapa kemudahan dan fasiliti KRM Rompin bagi memastikan aspek penyelenggaraan, kebersihan, keselamatan serta penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan sentiasa berada pada tahap yang terbaik.๐Ÿ“ธ๐Ÿ“ˆ

Dalam amanat ringkasnya kepada warga kerja KRM Rompin, beliau menekankan kepentingan pemberian mutu perkhidmatan yang cemerlang, mesra pelanggan dan profesional dalam setiap urusan. Beliau juga mengingatkan agar semua pegawai sentiasa mematuhi segala garis panduan, prosedur operasi standard (SOP) serta peraturan pengurusan premis demis yang telah ditetapkan demi memastikan tadbir urus yang berintegriti dan berkualiti.๐Ÿ“Œ๐Ÿ“”

Beliau turut menyeru agar semangat kerja berpasukan, disiplin dan sikap proaktif terus diperkukuhkan dalam usaha meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan serta memperkasakan imej KRM Rompin sebagai sebuah pusat penyedia kemudahan dan fasiliti kepada masyarakat, khususnya kepada golongan belia dan aktiviti kesukanan. ๐Ÿ†๐Ÿฅ‡๐Ÿฅˆ๐Ÿฅ‰

Lawatan pemeriksaan seperti ini merupakan satu usaha berterusan bagi memastikan setiap aspek pengurusan dan pengoperasian fasiliti di bawah JBS Negeri Pahang sentiasa berada pada tahap terbaik, sekali gus menjamin kepuasan pelanggan dan penyampaian perkhidmatan yang lebih efektif.๐Ÿธ๐Ÿ“โšฝ๐Ÿ

"JBS PAHANG, Number One"๐Ÿฅ‡

Disediakan Oleh:-
KRM Rompin





๐Ÿ›ก๏ธASPEK KESELAMATAN ANTARA TUNJANG UTAMA PENGOPERASIAN KRM ROMPIN๐Ÿ›ก๏ธKRM Rompin, 25 Julai - Penggunaan fasiliti dan kemuda...
26/07/2026

๐Ÿ›ก๏ธASPEK KESELAMATAN ANTARA TUNJANG UTAMA PENGOPERASIAN KRM ROMPIN๐Ÿ›ก๏ธ

KRM Rompin, 25 Julai - Penggunaan fasiliti dan kemudahan di Kompleks Rakan Muda (KRM) Rompin yang amat memberansangkan sudah semestinya perlu juga seiring dengan tahap keselamatan yang tinggi untuk para pelanggan.๐Ÿ“ˆ๐Ÿ“

Pada 21 Julai yang lalu, berikutan dari permohonan yang dibuat oleh KRM Rompin, Pejabat Hutan Daerah Rompin telah hadir membuat pemeriksaan dan pemantauan tahap keselamatan pokok-pokok rhu di kawasan Tapak Perkhemahan KRM Rompin bagi memastikan kawasan ini selamat digunakan oleh para pelanggan.๐ŸŒณ๐Ÿชพ๐Ÿ•๏ธโœ…

Perkongsian dan khidmat nasihat telah diberikan oleh Encik Rasli Abdul Latif, Pengawas Hutan kepada para pegawai KRM Rompin. Antara perkongsian yang disampaikan adalah cara mengenal pasti pokok yang rosak, merawat pokok yang diserang perosak, pemangkasan, penebangan dan cadangan tanaman pokok jenis lain yang bersesuaian di Tapak Perkhemahan KRM Rompin.๐ŸŽฏโ›บ๐Ÿ’ฏ

Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan kepada Pejabat Hutan Daerah Rompin diatas kesudian hadir memberikan khidmat nasihat yang amat berguna kepada kami. KRM Rompin kekal komited dalam memastikan tahap keselamatan para pelanggan kami terjamin sepanjang melaksanakan aktiviti atau program di premis kami.๐Ÿซก๐Ÿ‘

Sila layari stf.kbs.gov.my untuk tempahan berkaitan kemudahan dan fasiliti di KRM Rompin. Hubungi kami ditalian 094134090 untuk sebarang pertanyaan dan maklumat selanjutnya.๐Ÿง‘๐Ÿปโ€๐Ÿ’ผโ˜Ž๏ธ๐Ÿง•

"JBS PAHANG, Number One"๐Ÿฅ‡

Disediakan Oleh:-
KRM Rompin





Address

Kompleks Rakan Muda Rompin
Kuala Rompin
26800

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+60123475966

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kompleks Rakan Muda Rompin posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Kompleks Rakan Muda Rompin:

Shortcuts

Share