06/07/2026
MESYUARAT PENGEMBANGAN DAERAH ROMPIN BIL. 3/2026
Mesyuarat Pengembangan Daerah Rompin Bil. 3/2026 telah diadakan pada 3 Julai 2026 (Jumaat) bertempat di Bilik Mesyuarat, Pejabat Pertanian Daerah Rompin. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh En. Mohamad Hanif bin Nordin, Pegawai Pertanian Daerah Rompin.
Turut hadir ialah Ketua Seksyen Pengembangan, Ketua Seksyen Operasi, Penolong Pegawai Pertanian (Maklumat) yang Menanggung Tugas PPP Pengembangan, APT Mukim Kuala Rompin yang Menanggung Tugas APT Mukim Keratong, APT Mukim Pontian 2 yang Menanggung Tugas APT Mukim Endau, APT Mukim Pontian 1, APIAT Daerah Rompin, Penolong Akauntan serta Pembantu Tadbir.
Mesyuarat ini bertujuan membincangkan perkembangan pelaksanaan aktiviti pengembangan di peringkat daerah, menyelaras pelaksanaan program dan penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan, menilai pencapaian semasa, serta membincangkan isu-isu berkaitan bagi memastikan setiap perancangan dan tindakan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Diharapkan segala keputusan dan tindakan yang telah dipersetujui dalam mesyuarat ini dapat dilaksanakan dengan komitmen serta kerjasama semua pihak demi memperkukuh penyampaian perkhidmatan Jabatan Pertanian kepada masyarakat, khususnya para petani di Daerah Rompin.