JAKOA Rompin

JAKOA Rompin Jabatan Kemajuan Orang Asli Daerah Rompin. KM 1, Jalan Sabak,
26800 Kuala Rompin,
Pahang D.M.

27/07/2026
21/07/2026
19/07/2026

MEMPERKASA GENERASI ORANG ASLI : KESIHATAN DAN KEBAJIKAN DAERAH ROMPIN TAHUN 2026

TARIKH : 18 JULAI 2026 ( SABTU )
MASA : 08.00 PAGI - 05.00 PETANG
LOKASI : KAMPUNG ORANG ASLI BATU 8, KUALA ROMPIN, PAHANG

Semalam (18 Julai 2026), telah berlangsung Program Kesihatan Komuniti Orang Asli Daerah Rompin bertempat di KOA Batu 8 yang sarat dengan pelbagai pengisian bermanfaat buat penduduk setempat!

Program anjuran JAKOA ini membawakan pelbagai aktiviti inklusif merangkumi pemeriksaan & pameran kesihatan, pemeriksaan dan pameran pergigian, kaunter perkhidmatan agensi (STR LHDN, JKM, Kolej Yayasan Pahang), jualan AGRO MADANI, kempen 'Trash to Cash', pameran dari unit cawangan trafik IPD ROMPIN serta slot ceramah kesedaran yang sangat informatif.

Suasana bertambah meriah dengan persembahan nasyid hebat daripada murid OA SK Muadzam Jaya, sukaneka, cabutan bertuah, perlawanan bola sepak persahabatan, serta penyampaian watikah JPKKOA baharu dan sijil kursus welding & solekan buat peserta Orang Asli.

Terima kasih diucapkan kepada semua agensi yang terlibat—termasuk pihak KLINIK KESIHATAN DAERAH ROMPIN DENGAN KERJASAMA PEJABAT KESIHATAN DAERAH ROMPIN, KLINIK PERGIGIAN DAERAH ROMPIN, IPD ROMPIN, JKM DAERAH ROMPIN,FAMA DAERAH ROMPIN, SWCorp DAERAH ROMPIN, LHDN NEGERI PAHANG, SMK TG GEMUK, SK MUADZAM JAYA, UNIVERCITY COLLEGE YAYASAN PAHANG, SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA MUADZAM SHAH dan seluruh KEPIMPINAN KOA BT 8—atas kerjasama erat demi kesejahteraan dan kemajuan komuniti Orang Asli Rompin! 💪🏽🇲🇾










Terima kasih Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Rompin.. harap boleh bekerjasama lagi di masa akan datang..
18/07/2026

Terima kasih Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Rompin.. harap boleh bekerjasama lagi di masa akan datang..

PROGRAM MEMPERKASA GENERASI KOMUNITI ORANG ASLI ANJURAN JABATAN KEMAJUAN ORANG ASLI (JAKOA)

📍 Kg. Batu 8, Rompin, Pahang
📅 18 Julai 2026 (Sabtu)

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah menyertai Program Memperkasa Generasi Komuniti Orang Asli anjuran Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) dengan mengadakan booth pameran serta menyampaikan ceramah berkaitan Pendidikan Seksual dan Perlindungan Kanak-Kanak

Penyertaan ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan JKM dalam meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan perlindungan kanak-kanak, keselamatan diri serta pendidikan yang bersesuaian bagi mewujudkan persekitaran yang selamat, sihat dan kondusif untuk perkembangan kanak-kanak.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) selaku penganjur atas jemputan dan kerjasama yang diberikan. Semoga jalinan kerjasama strategik ini dapat diteruskan pada masa hadapan demi memperkasakan komuniti Orang Asli dan meningkatkan kesejahteraan masyarakat secara menyeluruh.

Address

KM 1, Jalan SABAK
Kuala Rompin
26800

Opening Hours

Monday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Friday 08:00 - 12:15
14:45 - 17:00

Telephone

+6094145234

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when JAKOA Rompin posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to JAKOA Rompin:

Shortcuts

Share