PAS Bukit Cheraka, Dun Ijok

PAS Bukit Cheraka, Dun Ijok political parties

05/12/2022

KENYATAAN MEDIA

PAS amat kesal dengan tuduhan berunsur fitnah yang dikeluarkan oleh Perdana Menteri Kerajaan Pakatan Harapan (PH), Anwar Ibrahim, yang membayangkan kononnya dana pilihan raya Perikatan Nasional (PN) datang dari syarikat perjudian.

Tuduhan tersebut langsung tidak berasas dan PAS menuntut Perdana Menteri PH memberikan bukti yang nyata terhadap tuduhan liar tersebut jika ada. Sekiranya gagal Perikatan Nasional akan meneliti suatu tindakan perundangan terhadap pihak- pihak yang memfitnah.

"MALAYSIA SEJAHTERA”

Takiyuddin Hassan
Setiausaha Agung PAS
Bertarikh: 05 Disember 2022

05/12/2022

05/12/2022

"Orang lain tak biasa kalah. Kita p**a tak biasa menang banyak macam ni." - TGHH

Lalu disambut tawa oleh ahli mesyuarat.

Ada orang lama pernah berkongsi dulu. TV dulu-dulu nak masukkan bendera PAS pun macam nak tak nak je. Apalagi pimpinan-pimpinan PAS nak masuk TV untuk diwawancara atau seumpamanya. Jauh sekali nak dapat ruang. Diboikot. Diberat sebelah. Difitnah. Berhulur tangan menyelamatkan teman. Dibuang ke laut, dicampak ke hutan. Semua dah pernah rasa.

Dalam keadaan macam mana sekalipun inilah parti yang telah berjaya membawa sistem pendidikannya yang tersendiri dari PASTI sehingga ke IPT.

Inilah parti yang berjaya membawa jiwa beramal dalam kalangan ahlinya sehingga Jabatan Amal hari ini sudah tak asing lagi di setiap bencana yang berlaku.

Inilah parti yang melatih ahlinya menderma sehingga jumlah ribu riban itu dah biasa didapatkan setiap kali berprogram.

Inilah parti yang usrah-usrahnya menembus sehingga ke peringkat kampung dengan dibekal buku oleh ulama haraki dunia Islam.

Inilah parti yang anak mudanya tak pernah tandus, dari zaman berzaman mereka semakin ramai, berjaga malam memacak bendera, menziarahi dan menyantuni masyarakat tak pernah sudah. Ajaibnya tak diupah pun mereka tetap bingkas bergerak.

Dan cubalah carilah elemen-elemen ini dalam parti lain, ya, tidak akan jumpa. Bukan mahu mengatakan PAS ini parti yang perfect, tetapi kita bersyukur dalam keadaan apa jua sekalipun dan pastinya banyak momen sebagai pembangkang, ianya tak menghalang PAS untuk mencipta banyak kelebihan lain.

Hari ini mahu tidak mahu ianya perlu diiktiraf. Ya, PAS adalah parti yang memegang kerusi terbesar di Dewan Rakyat dalam PRU15. TV tidak lagi boleh menolak wajah PAS untuk terpapar dalam bingkai-bingkai berita mereka sepertimana suatu masa dahulu.

Perkongsian oleh :
Saudari Nadhirah Alias
AJK Ameerah Terengganu

  PN
30/11/2022

PN

Pakatan Harapan (PH) dengan Barisan Nasional bersekutu untuk melawan PERIKATAN NASIONAL (PN) di DUN Tioman dan Parlimen Padang Serai ...

Allah
30/11/2022

Allah

KENYATAAN MEDIA DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA

DAP ISLAMOFOBIA: APAKAH SALAH MENYATAKAN KEBENARAN?

29 November 2022 | 4 Jamadil Awal 1444H

1. Ada yang tidak senang duduk apabila Presiden PAS, Tan Sri Dato Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang menyatakan pendapat beliau berkenaan DAP sebagai parti ekstrim dan mempromosi Islamofobia. Apakah salah jika menyatakan kebenaran di era kerajaan baharu hari ini?

2. Hakikatnya, apa yang disebutkan oleh Presiden PAS adalah berasaskan fakta yang benar. Dalam setiap perlakuan serta tindak tanduk, DAP terlihat jelas menolak asas Perlembagaan Persekutuan, bersikap Islamofobik dan rasis.

3. Kenyataan tersebut disokong oleh tindakan dan kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan DAP seperti berikut:

i) Sehingga kini, DAP masih berpegang pada Deklarasi Setapak yang berhasrat mengubah status Bumiputera dalam Malaysia. Deklarasi tersebut tidak ditarik balik sehingga kini.

ii) Gesaan Senator Lantikan DAP, Nga Hock Cheh pada April 2019 untuk menggugurkan status kaum termasuk status Islam pada MyKAD, kononnya atas dasar mewujudkan identiti nasional.

iii) Pendirian Ngeh Koo Ham pada tahun 2014, yang menyatakan hak untuk murtad patut diberikan kepada orang Islam. Sehingga kini kenyataan tersebut tidak ditarik balik.

iv) Kenyataan Nga Kor Ming pada 14 November 2022 sewaktu kempen PRU-15, yang menyatakan gabungan PN sebagai kerajaan Taliban hanya kerana ketegasan PAS berkenaan kawalan aktiviti maksiat.

v) Kenyataan tokoh besar DAP, Lim Kit Siang pada Oktober 2022 yang menyebut Malaysia tidak memerlukan Ketuanan Melayu, sebaliknya hanya perlukan Ketuanan Malaysia.

4. Kesemua kenyataan dan pendirian ini, jelas menunjukkan pada kita tentang sifat malignan DAP terhadap fabrik sosial negara. Malah, tak perlu tunggu Presiden PAS membuat laporan polis pun, rakyat sendiri sudah lama melaporkan perbuatan dan tindak-tanduk DAP untuk diambil tindakan mengikut lunas undang-undang. Antaranya:

i) Laporan polis oleh NGO Islam pada 22 Februari 2022 terhadap keceluparan pemimpin DAP, P Ramasamy terhadap Majlis Agama Islam Perlis,

ii) Laporan polis oleh Pemuda PAS Malaysia pada 7 Julai 2021 terhadap kenyataan penghinaan oleh Lim Kit Siang berkaitan isu Kerajaan Allah, dan

iii) Laporan polis oleh NGO UMMAH pada 19 November 2022 berkenaan kempen rasis oleh tokoh DAP, Hew Kuan Yew

5. Apa yang disebut oleh Presiden PAS bukanlah suatu fitnah, dan beliau hanya menyatakan perkara sebenar yang berlaku. Hakikatnya, PAS mengakui dan menjunjung perkenan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong terhadap kerajaan hari ini. Semua kerajaan yang terbentuk dan mendapat perkenan Baginda adalah sah di sisi Perlembagaan, sama sepertimana kerajaan Perikatan Nasional yang terbentuk pada Mac 2020 walaupun dituduh kerajaan pengkhianat dan tebuk atap.

6. Kebenaran itu pahit untuk ditelan. Namun sepahit mana kebenaran itu, ia harus diakui. Sama seperti hakikat kerajaan ini dianggotai sebuah parti yang bersifat pesimis terhadap Islam dan bangsa Melayu, walau bagaimana pun cuba dinafikan, ia tidak pernah mengubah fakta sebenar halatuju dan perjuangan mereka.

Hanafi Zulkapli
Naib Ketua
Dewan Pemuda PAS Malaysia






Address

Jalan Parit Derahman, Kampung Bukit Cherakah
Kuala Selangor
45800

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PAS Bukit Cheraka, Dun Ijok posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share