Puteri UMNO Kuala Selangor Official

Puteri UMNO Kuala Selangor Official • AKAUN RASMI PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN KUALA SELANGOR
• KELAB BELIAWANIS PRIHATIN BANDAR BARU

🇲🇾 SELAMAT HARI KEBANGSAAN KE-69 🇲🇾31 Ogos 2026Ayuh kita kibarkan Jalur Gemilang dengan penuh rasa bangga dan semangat p...
30/08/2026

🇲🇾 SELAMAT HARI KEBANGSAAN KE-69 🇲🇾
31 Ogos 2026

Ayuh kita kibarkan Jalur Gemilang dengan penuh rasa bangga dan semangat patriotik. 🇲🇾

Kemerdekaan yang kita nikmati hari ini adalah hasil pengorbanan dan perjuangan generasi terdahulu. Marilah kita terus memelihara keamanan, perpaduan dan keharmonian demi masa depan Malaysia yang lebih gemilang.

Kibarkan Jalur Gemilang, semarakkan jiwa merdeka! ❤️🤍💙💛

Selamat Hari Kebangsaan!
Merdeka! Merdeka! Merdeka! 🇲🇾

🇲🇾 PARLIMEN KUALA SELANGOR | 9.00 PAGI | 30 OGOS 2026 🇲🇾🔥 ALHAMDULILLAH! PROGRAM SEMARAK JALUR GEMILANG 2026 SELESAI DEN...
30/08/2026

🇲🇾 PARLIMEN KUALA SELANGOR | 9.00 PAGI | 30 OGOS 2026 🇲🇾

🔥 ALHAMDULILLAH! PROGRAM SEMARAK JALUR GEMILANG 2026 SELESAI DENGAN JAYANYA! 🇲🇾

Terima kasih kepada seluruh warga Kuala Selangor atas sokongan dan sambutan yang begitu meriah! 🚗🏍️❤️

Syabas dan tahniah kepada Ketua Puteri, Irmadiana Sahalan dan Ketua Pemuda, Aliff Asyraf Azhari , serta seluruh Pergerakan Pemuda & Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Kuala Selangor atas komitmen dan kerjasama dalam menjayakan program ini. 💪🔥

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada Ketua Bahagian UMNO Kuala Selangor Jahaya Bin Ibrahim ,Naib Ketua Muhammad Nizam Majid Bahagian UMNO Kuala Selangor,Ketua Wanita Bahagian Kuala Selangor Sofia Din , Ketua-Ketua Pemuda Cawangan (KPC), Ketua Puteri Cawangan, serta semua peserta yang telah memberikan komitmen penuh dan menjayakan Program Semarak Jalur Gemilang 2026.

​Terima kasih atas semangat kebersamaan, masa, dan tenaga yang dicurahkan sepanjang konvoi merentasi 3 DUN dalam Parlimen Kuala Selangor. Kerjasama erat dan kesatuan yang ditunjukkan oleh semua pihak adalah teras utama kepada kelancaran dan kejayaan program ini.

🇲🇾 Kibarkan Jalur Gemilang, semarakkan jiwa merdeka!

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan ke-69!
🔥 MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! 🇲🇾

Assalamualaikum W.B.T. & Salam Sejahtera! 🇲🇾✨​🇲🇾 JEMPUTAN TERBUKA: PROGRAM SEMARAK JALUR GEMILANG 2026 🇲🇾​Ayuh warga Kua...
28/08/2026

Assalamualaikum W.B.T. & Salam Sejahtera! 🇲🇾✨

​🇲🇾 JEMPUTAN TERBUKA: PROGRAM SEMARAK JALUR GEMILANG 2026 🇲🇾

​Ayuh warga Kuala Selangor! Semarakkan semangat patriotisme dan cintakan negara bersama Pemuda & Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Kuala Selangor dalam konvoi kibaran Jalur Gemilang sempena Hari Kebangsaan!

​Seruan khas juga buat seluruh barisan Ahli Jawatankuasa Pemuda & Puteri Bahagian serta Ketua Pemuda & Pergerakan Puteri Cawangan untuk turun padang memeriahkan perarakan dan agihan bendera di ketiga-tiga DUN Parlimen Kuala Selangor.

​Maklumat Program:
​📅 Tarikh: 30 Ogos 2026 (Ahad)
​⏰ Masa Berkumpul: 8:30 pagi
​📍 Lokasi Berkumpul: Sungai Buloh (Kedai Papan)
​📌 Laluan Program: 3 DUN dalam Parlimen Kuala Selangor
​🚜 Kenderaan Konvoi: Kereta & Motosikal

​Bawa semangat kebersamaan dan kibarkan Jalur Gemilang dengan megah! Kehadiran dan sokongan anda amat bermakna bagi memastikan kelancaran program ini.
​Jumpa di sana! 🇲🇾❤️

Selamat Menyambut Hari Wanita UMNO dan Hari Pemuda UMNO Ke-77! 🌹💪🇲🇾Setinggi-tinggi penghargaan buat seluruh warga Wanita...
26/08/2026

Selamat Menyambut Hari Wanita UMNO dan Hari Pemuda UMNO Ke-77! 🌹💪🇲🇾

Setinggi-tinggi penghargaan buat seluruh warga Wanita dan Pemuda UMNO yang sentiasa teguh, setia dan komited dalam meneruskan perjuangan demi agama, bangsa dan negara.

Semoga Wanita dan Pemuda UMNO terus bersatu, berani melangkah ke hadapan serta menjadi tonggak kekuatan perjuangan parti demi masa depan yang lebih gemilang.

UMNO Terus Berjuang, Rakyat Terus Terbela!




🎀 *SELAMAT ULANG TAHUN KELAHIRAN SDRI. NURUL HIDAYAH BINTI MERZAR*🎀🎊 Semoga sentiasa berada dalam rahmat Allah SWT henda...
25/08/2026

🎀 *SELAMAT ULANG TAHUN KELAHIRAN SDRI. NURUL HIDAYAH BINTI MERZAR*🎀

🎊 Semoga sentiasa berada dalam rahmat Allah SWT hendaknya. Dipermudahkan segala urusan. Dimakbulkan segala doa dan harapan serta diterangi dengan sinar kebahagiaan. Amin Ya Rabballalamin 🤲🎈

🎈 Ikhlas daripada ;-
_Barisan Pegawai dan Ahli Jawatankuasa Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Kuala Selangor_ 🫶🏻

🌷 SELAMAT HARI WANITA KEBANGSAAN 2026 🌷Wanita hebat, penuh kekuatan dan inspirasi. Teruslah melangkah, berdaya saing dan...
25/08/2026

🌷 SELAMAT HARI WANITA KEBANGSAAN 2026 🌷

Wanita hebat, penuh kekuatan dan inspirasi. Teruslah melangkah, berdaya saing dan menjadi penyumbang kepada keluarga, masyarakat serta negara. ❤️

Wanita Hebat, Negara Kuat! 🇲🇾

🌙 SALAM MAULIDUR RASUL ﷺ 🌙Marilah kita memperbanyakkan selawat dan mencontohi akhlak mulia junjungan besar Nabi Muhammad...
24/08/2026

🌙 SALAM MAULIDUR RASUL ﷺ 🌙

Marilah kita memperbanyakkan selawat dan mencontohi akhlak mulia junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Semoga cinta kepada Rasulullah SAW sentiasa subur di hati dan kita mendapat syafaat Baginda di akhirat kelak. 🤲🏻🤍

اللهم صل وسلم على نبينا محمد ﷺ

20 OGOS 2026 |  PEJABAT KEMAS KUALA SELANGOR | KHAMISKetua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Kuala Selangor, Puan Irmadian...
20/08/2026

20 OGOS 2026 | PEJABAT KEMAS KUALA SELANGOR | KHAMIS

Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Kuala Selangor, Puan Irmadiana Binti Sahalan telah berkesempatan merasmikan Program Sijil Kemahiran Modular KEMAS (SKMK) Bidang Masakan Siri 2.

Tahniah dan syabas kepada semua peserta yang mengambil peluang untuk menambah ilmu dan kemahiran dalam bidang masakan. Semoga program ini memberi manfaat, membuka peluang ekonomi serta membantu peserta meningkatkan kemahiran dan keyakinan diri.

Terima kasih kepada pihak KEMAS atas penganjuran program yang sangat bermanfaat ini.

🌷 ZIARAH KASIH IBU BERSALIN DUN IJOK🌷 16 OGOS 2026 🌷 AHADZiarah kasih ini diketuai oleh Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bah...
20/08/2026

🌷 ZIARAH KASIH IBU BERSALIN DUN IJOK🌷 16 OGOS 2026 🌷 AHAD

Ziarah kasih ini diketuai oleh Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Kuala Selangor Puan Irmadiana binti Sahalan bersama barisan Ahli Jawatankuasa, sebagai tanda keprihatinan dan kasih sayang kepada para ibu yang baru menimang cahaya mata. 💗

Semoga usaha kecil ini terus menjadi asbab untuk kita menyebarkan kasih sayang dan memberi manfaat kepada masyarakat. ✨

Selamat Hari Lahir diucapkan kepada YBhg. Datuk Nurul Amal binti Mohd Fauzi, Ketua Puteri UMNO Malaysia.Semoga Allah SWT...
18/08/2026

Selamat Hari Lahir diucapkan kepada YBhg. Datuk Nurul Amal binti Mohd Fauzi, Ketua Puteri UMNO Malaysia.

Semoga Allah SWT merahmati YBhg. Datuk dengan kesihatan yang baik, kebahagiaan, serta kebijaksanaan untuk terus memimpin dan memperkasakan wanita muda di seluruh negara.

Address

Kuala Selangor

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Puteri UMNO Kuala Selangor Official posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share