Pejuang Tanahair Selangor

Pejuang Tanahair Selangor Laman rasmi untuk hebahan dan rangkuman segala informasi dan aktiviti Parti Pejuang Tanahair Selangor. Untuk sebarang maklumbalas, sila PM admin di laman ini.

BN JANGAN KELIRU ANTARA KEMENANGAN DAN PENERIMAAN RAKYAT!
10/08/2026

BN JANGAN KELIRU ANTARA KEMENANGAN DAN PENERIMAAN RAKYAT!

BN JANGAN KELIRU ANTARA KEMENANGAN DAN PENERIMAAN RAKYAT

1. Keegoan BN dalam rundingan pembahagian kerusi semakin menyusahkan usaha membina persefahaman. Lebih membimbangkan, BN seolah-olah mula merasakan bahawa orang Melayu sudah kembali menerima mereka dan mereka kembali menjadi “abang besar” dalam politik Melayu.

2. Keputusan PRU15 sudah memberikan gambaran yang jelas. BN hanya memenangi 30 daripada 222 kerusi Parlimen. Ini bukan lagi kedudukan sebuah parti yang boleh menganggap dirinya sebagai kuasa dominan seperti dahulu.

3. BN masih mampu bertahan di beberapa kerusi tradisi, dibantu oleh sejarah, struktur parti yang lama, jentera yang kuat dan kemampuan kewangan. Tetapi semua itu bukan bukti bahawa sokongan rakyat telah kembali seperti dahulu.

4. Lihat sahaja negeri-negeri SG4. Kedah, Kelantan, Terengganu dan Perlis menunjukkan penolakan yang sangat jelas terhadap BN. PN bukan sekadar menang di negeri-negeri tersebut, malah menang dengan begitu solid.

5. Perubahan pola sokongan ini juga tidak boleh dilihat hanya di SG4.

6. Di Perak, Selangor dan Pahang, BN juga berhadapan dengan persaingan yang jauh lebih kuat berbanding kedudukan mereka pada masa lalu.

7. Dalam beberapa kawasan, sokongan terhadap BN semakin terhakis, manakala PN p**a semakin diterima dan membina kekuatan di peringkat akar umbi.

8. Ini menunjukkan bahawa landskap politik Melayu telah berubah dan tidak lagi boleh dinilai berdasarkan kedudukan BN pada era sebelumnya.

Melaka p**a sering dijadikan contoh oleh BN.

9. Ya, pada PRN 2021 BN menang 21 daripada 28 kerusi. Tetapi kadar keluar mengundi ketika itu hanya 65.85%, dalam suasana pandemik COVID-19. Setahun kemudian, pada PRU15, BN gagal memenangi satu pun daripada enam kerusi Parlimen Melaka.

10. Maka jangan jadikan keputusan PRN 2021 sebagai bukti mutlak bahawa rakyat Melaka telah kembali menerima BN.

Apa yang berlaku selepas itu lebih penting.

11. Apabila berlaku persefahaman PN-BN, termasuk keadaan di mana penyokong parti-parti dalam PN memberikan sokongan kepada calon BN, konfigurasi pertandingan berubah.

12. Undi yang sebelum ini berpecah turut berubah arah dan beberapa kerusi yang pernah dimenangi PH kembali kepada BN.

13. Begitu juga di Johor dan Negeri Sembilan. Kemenangan BN perlu dilihat dalam konteks perubahan pola pertandingan dan persefahaman politik, bukannya terus ditafsirkan sebagai tanda bahawa BN telah kembali mendapat sokongan seperti era dahulu.

14. Persefahaman ini juga memberikan ruang yang lebih besar kepada komponen-komponen BN seperti MCA dan MIC untuk kembali mendapat tempat dalam landskap politik berbanding kedudukan mereka sebelum ini ketika berada dalam keadaan yang lebih didominasi oleh PH.

Ini yang BN perlu faham.

15. Jangan keliru antara kemenangan hasil persefahaman dengan penerimaan mutlak rakyat.

16. Jika benar BN sudah kembali kuat dan benar-benar diterima rakyat Melayu, tidak perlu menggunakan keputusan pilihan raya yang lalu sebagai alasan untuk menganggap semua kerusi tersebut sebagai “kerusi BN”.

17. PRN Melaka dan negeri-negeri lain selepas ini akan menjadi ujian sebenar.

18. Lebih-lebih lagi apabila pilihan raya negeri akan datang akan menguji semula pola sokongan rakyat dalam keadaan politik yang berbeza.

19. BN tidak boleh menganggap sedikit kelonggaran penerimaan selepas persefahaman sebagai bukti bahawa orang Melayu sudah melupakan segala kekecewaan terhadap BN.

Jangan terlalu cepat mendabik dada.

20. Dalam masa yang sama, PN juga perlu tegas.

21. Jangan terlalu takut kehilangan persefahaman sehingga akhirnya menerima sahaja apa yang BN tuntut. Jika PN mempunyai kekuatan dan sokongan akar umbi di sesuatu kawasan, PN mesti berani mempertahankannya.

Persefahaman tidak bermaksud PN perlu mengorbankan kekuatan sendiri.

22. Jika PN terlalu banyak mengalah, jangan terkejut jika pengundi sendiri mula bertanya:

“Kalau PN sendiri tidak berani mempertahankan kekuatannya, mengapa kami perlu terus mempertahankan PN?”

Ini bukan soal siapa lebih besar.
Ini soal siapa yang benar-benar mempunyai sokongan rakyat.
BN perlu merendahkan ego.
PN p**a perlu tegas.

23. Kerana selepas Melaka, negeri-negeri lain juga akan melalui pilihan raya. Keputusan-keputusan itu akan menentukan sama ada BN benar-benar telah kembali diterima atau sekadar mendapat manfaat daripada perubahan konfigurasi politik dan persefahaman.

24. Jangan jadikan persefahaman sebagai lesen untuk BN mendakwa semua kerusi adalah milik mereka.

25. Dan jangan p**a PN mengorbankan sokongan yang telah dibina hanya kerana mahu menjaga persefahaman.

26. Akhirnya, kita perlu kembali kepada prinsip yang paling asas:

𝗞𝗘𝗥𝗨𝗦𝗜 𝗕𝗨𝗞𝗔𝗡 𝗛𝗔𝗞 𝗠𝗜𝗟𝗜𝗞 𝗣𝗔𝗥𝗧𝗜.
𝗞𝗘𝗥𝗨𝗦𝗜 𝗔𝗗𝗔𝗟𝗔𝗛 𝗔𝗠𝗔𝗡𝗔𝗛 𝗥𝗔𝗞𝗬𝗔𝗧.

Rakyatlah yang menentukan siapa yang layak mewakili mereka.

BN JANGAN KELIRU ANTARA KEMENANGAN DAN PENERIMAAN

PN P**A JANGAN KELIRU ANTARA PERSEFAHAMAN DAN PENGORBANAN

Mior Haidir
Timbalan Presiden
Parti Pejuang Tanahair
10 Ogos 2026

07/08/2026
Perpaduan Melayu Bersyarat: Pengorbanan Menjamin Kelangsungan1. Kerjasama elektoral antara Perikatan Nasional dan Barisa...
24/07/2026

Perpaduan Melayu Bersyarat: Pengorbanan Menjamin Kelangsungan

1. Kerjasama elektoral antara Perikatan Nasional dan Barisan Nasional dalam PRN Negeri Sembilan dilihat sebagai langkah positif menyatukan undi Melayu dan meningkatkan peluang menubuhkan kerajaan negeri. Ia dilihat sebagai satu-satunya strategi mantap yang mampu meyakinkan Rakyat untuk menewaskan Pakatan Harapan di Negeri Sembilan.

2. Namun, kita perlu bertanya: adakah ini cukup untuk menjamin kestabilan politik yang berkekalan sehingga PRU16 dan seterusnya, atau ada unsur penting yang terlepas pandang?

3. Perpaduan Melayu dan Penyatuan Ummah sememangnya menjadi cita-cita masyarakat Melayu. Kesedaran tentang kepentingan perpaduan ini sebenarnya telah berada pada tahap yang tinggi. Ramai yang faham bahawa perpaduan Melayu merupakan prasyarat utama untuk membendung sebarang tindakan yang boleh menjejaskan kepentingan bangsa, terutamanya dalam era kepimpinan Kerajaan Madani pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dipengaruhi DAP. Maka, cadangan kerjasama strategik antara PN dan BN dilihat sebagai langkah positif oleh sebahagian besar pihak.

4. Walaupun begitu, sebilangan anggota masyarakat, generasi muda khususnya tidak dapat menerima bulat-bulat "penjajaran baharu" ini. Kegelisahan mereka bukan sekadar sentimen, tetapi berpunca daripada ingatan kolektif terhadap isu integriti kepimpinan yang masih menghantui.

5. Kita masih ingat kejatuhan UMNO/BN pada PRU14 (2018) berpunca daripada skandal 1MDB yang melibatkan Dato’ Seri Mohd. Najib Razak, yang kini dipenjarakan. Sehingga hari ini UMNO tidak pernah memohon maaf secara tulus kepada Rakyat, malah terus mendesak pembebasan Dato’ Seri Najib—satu penghinaan terhadap keadilan dan proses kehakiman.

6. Begitu juga, Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi yang berdepan 47 pertuduhan rasuah, dilepaskan melalui DNAA dan dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri atas pertimbangan politik. Tindakan ini menimbulkan persoalan besar: bolehkah keadilan dikorbankan demi kepentingan kuasa? Dan adakah perpaduan Melayu akan bertahan jika dibina diatas asas rapuh sebegini?

7. Orang Melayu mengimpikan perpaduan, tetapi bukan perpaduan buta. Perpaduan tanpa prinsip bersih, amanah dan kebertanggungjawaban hanya bersifat sementara. Jika UMNO boleh dianggap suci tanpa pengakuan silap, apa yang menghalang sejarah gelap dari berulang?

8. Maka, apakah jalan penyelesaiannya? Pertama, Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi mesti membuktikan bahawa kepentingan negara mengatasi kepentingan peribadi. Selagi beliau memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri, Pengerusi BN dan Presiden UMNO ketika masih berdepan pertikaian integriti yang serius di mata rakyat, selagi itulah keyakinan terhadap kebebasan institusi akan terus dipertikaikan. Oleh itu, beliau wajar segera melepaskan semua jawatan politik dan kerajaan yang disandang bagi memastikan proses kehakiman berlangsung tanpa sebarang bayangan campur tangan atau pengaruh kuasa.

9. Jika beliau benar-benar yakin dirinya tidak bersalah, biarlah mahkamah yang membersihkan namanya. Namun jika sebaliknya, beliau mesti menerima hukuman tanpa sebarang layanan istimewa. Tiada seorang pun, walau setinggi mana kedudukannya, boleh mengenepikan undang-undang.

10. Kedua, UMNO mesti berhenti menuntut keistimewaan untuk pemimpinnya dan mula bertanggungjawab atas kerosakan yang telah berlaku. Usaha memutihkan skandal lampau atau mendesak pembebasan Dato’ Seri Najib yang telah disabitkan kesalahan bukanlah perjuangan untuk bangsa, tetapi penghinaan terhadap prinsip keadilan dan amanah.

11. UMNO perlu mengakui secara terbuka bahawa era kleptokrasi telah merosakkan nama baik parti, mengkhianati kepercayaan Rakyat dan mencalar maruah orang Melayu sendiri. Permohonan maaf yang ikhlas kepada Rakyat Malaysia adalah langkah minimum yang perlu dilakukan.

12. Selepas itu, UMNO mesti melakukan pembaharuan menyeluruh dengan menyingkir budaya perlindungan terhadap pemimpin bermasalah, memilih kepimpinan yang bersih dan berwibawa, serta membuktikan melalui tindakan bahawa parti itu benar-benar telah berubah, bukan sekadar menukar slogan sambil mengiakan kebatilan.

13. Cadangan ini mungkin dirasakan berat, terutamanya kepada mereka yang berada ditampuk kuasa. Namun, pengorbanan seorang dua pemimpin mampu meringankan beban masyarakat Melayu khususnya dan Rakyat Malaysia secara keseluruhan. Sejarah akan mencatatkan Dato’ Seri Ahmad Zahid sebagai wira jika beliau sanggup berkorban demi perpaduan, kebenaran dan keadilan. Sebaliknya, jika tidak, beliau akan terus diingat sebagai penyebab Melayu hilang jatidiri, hilang integriti, hilang kuasa, hilang negara.

14. Semoga Allah SWT membuka hati kita semua untuk melangkah ke arah kebaikan, kerana kebaikan yang dimulakan dengan keikhlasan akan mendapat keberkatan-Nya, dan akan melindungi kita semua sepanjang zaman. Semoga kerjasama elektoral PN dan BN di PRN Negeri Sembilan akan berjaya menewaskan PH, menjadi titik permulaan bagi perpaduan Melayu dan perpaduan Rakyat yang benar-benar berteraskan nilai-nilai murni demi kelangsungan Malaysia, insha’Allah.

Dato’ Seri Utama Hj. Mukhriz Tun Mahathir
Presiden Parti Pejuang Tanahair
Jumaat 24.07.2026

11/07/2026

Aksi Ketua Pejuanita Malaysia merangkap Pejuanita Selangor di hari akhir berkempen untuk PRN Johor Ke-16, di DUN Gambir. Segala usaha dan cara digunakan sebaiknya untuk meraih undi buat Perikatan Nasional.
Semoga segala usaha diberkati.




Sekitar Pecutan terakhir untuk PRN Johor kali ini di DUN Gambir, yang di'kuasa'kan oleh team Pejuang Selangor dikepalai ...
11/07/2026

Sekitar Pecutan terakhir untuk PRN Johor kali ini di DUN Gambir, yang di'kuasa'kan oleh team Pejuang Selangor dikepalai Dato Markiman Kobiran dan majlis pimpinan negeri Selangor.

Seluruh sayap dan ahli digerakkan demi memastikan gerak kerja dilapangan dijalankan dengan kemas dan tersusun di PDM angkat yang diamanahkan.

Tahniah dan syabas kepada semua yang terlibat! Ini adalah lembaran sejarah baharu buat Parti Pejuang Tanahair yang buat julung kalinya bertanding di bawah panji Perikatan Nasional.

06/07/2026
Lagi aksi team Pejuang Selangor di PDM angkat bagi PRN Johor DUN N.09 Gambir. Semoga segala usaha, penat dan lelah dibal...
06/07/2026

Lagi aksi team Pejuang Selangor di PDM angkat bagi PRN Johor DUN N.09 Gambir. Semoga segala usaha, penat dan lelah dibalas dengan segala kebaikan.





Address

Lot 647 Jalan Dato Muskam Kampung Bukit Badong
Kuala Selangor
45600

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejuang Tanahair Selangor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share