04/12/2025
Perangai YB Terengganu ni menyebabkan kerugian yg besar pada negeri Terengganu.
Setelah berhari-hari FELDA difitnah menceroboh tanah Terengganu, hari ini barulah mengaku bahawa tanah seluas 14,791 hektar itu sebenarnya memang diberikan oleh kerajaan negeri
Tak timbul dah isu penceroboh kalau mengaku memang dah bagi kebenaran sebelum ini
Sebab itu admin dah banyak kali nasihat. Jangan banyak sangat buat posting. Nanti lawyer belah sana screenshot susah kita
Sekarang dengarlah nasihat admin satu lagi. Jangan dengar nasihat yang tak betul dari orang sekeliling
Batalkan sitaan tapi teruskan usaha bawa isu ini ke mahkamah
Kenapa admin cadang batal sitaan?
Sebab bila ladang disita, isu ini akan ambil masa bertahun-tahun. Felda akan pohon perintah mahkamah untuk tangguhkan kuasa ambil alih aset oleh kerajaan negeri sehingga keputusan muktamad dicapai
Ikut sejarah, mahkamah biasanya akan benarkan permohonan tu untuk keadilan semua pihak
Jadi ladang akan terbiar lama
Pokok sawit ni, tak usah kata 3 tahun. Kalau 3 bulan kita tak baja, tak jaga pun dia akan mula rosak dan buah dia tak molek
Katalah kita menang tuntutan itu di mahkamah. Apa yang kita dapat?
Kita akan dapat ladang yang dah rosak. Perlukan kos beratus juta untuk dipulihkan.
Adakah kita untung?
Tak, kita rugi. Felda rugi, kita rugi
Itu kalau kita menang. Kalau kita kalah?
Felda juga ada asas nak cabar tuntutan kita. Sebab kita dah akui memang kita beri tanah tu.
Juga dah diketahui mereka bayar hampir RM60 juta kepada kerajaan negeri untuk pelbagai jenis bayaran sebelum ini
Jadi kalau kita kalah. Bukan saja kita kena bayar kos guaman, tapi juga kita kena bayar loss of income (kehilangan pendapatan) termasuk bunga sekali!
Berapa banyak?
Berdasarkan luas kawasan, ladang-ladang ini boleh menghasilkan pendapatan sekitar RM200-300 juta setahun
Kalau kes 4 tahun dan kita kalah, kita kena bayar RM1 bilion. Tak masuk bunga lagi
Kita ada duit ke?
Jadi jangan sita. Tapi teruskan kes mahkamah.
Biar FGV beroperasi macam biasa
Kalau kita menang. Kita bukan saja dapat hak premium tanah yang kita nak. Tapi kita juga akan dapat perkongsian keuntungan sepanjang tempoh perbicaraan
Silap-silap kita akan dapat aset-aset tersebut dalam keadaan terbaik
Kalau kita kalah sekalipun, kita mungkin kena bayar kos guaman Felda je. Ada la kot dalam RM200-300 ribu.
Tak banyak. Income Exco setahun pun lebih dari tu.
Jadi tolong timbang nasihat admin sebelum benda ni backfire. Bertindaklah dengan bijak