CIDB Negeri Terengganu

CIDB Negeri Terengganu Laman rasmi CIDB Negeri Terengganu bagi menyalurkan maklumat terkini berkenaan program-program CIDB

Tahniah atas Pelantikan Ketua Eksekutif CIDB MalaysiaWarga CIDB Negeri Terengganu merakamkan setinggi-tinggi tahniah kep...
12/06/2026

Tahniah atas Pelantikan Ketua Eksekutif CIDB Malaysia

Warga CIDB Negeri Terengganu merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada YBrs. Sr Ahmad Farrin Mokhtar atas pelantikan beliau sebagai Ketua Eksekutif CIDB Malaysia, berkuat kuasa pada 8 Jun 2026.

Pelantikan ini mencerminkan keyakinan terhadap pengalaman, kepimpinan dan komitmen YBrs. Sr Ahmad Farrin Mokhtar dalam memperkasakan industri pembinaan negara.

Semoga YBrs. Sr Ahmad Farrin Mokhtar dikurniakan kesihatan yang baik, kekuatan dan kebijaksanaan serta iltizam yang tinggi untuk terus memimpin CIDB Malaysia dengan visi yang jelas, integriti yang tinggi serta semangat kolaboratif dalam merealisasikan agenda transformasi industri pembinaan yang lebih mampan, inovatif dan berdaya tahan.

Sekalung tahniah dan selamat menjalankan tugas

🌙✨ Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H ✨🌙Semoga segala ibadah korban dan pengorbanan yang dilakukan diterima serta diberka...
27/05/2026

🌙✨ Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H ✨🌙

Semoga segala ibadah korban dan pengorbanan yang dilakukan diterima serta diberkati oleh Allah SWT.

Semoga Aidiladha kali ini membawa sinar keimanan, ketenangan jiwa dan kebahagiaan buat kita semua.

“Pengorbanan mendidik hati menjadi lebih ikhlas, bersyukur dan sentiasa menghargai sesama insan.”

🕋 Taqabbalallahu minna wa minkum
Minal aidin wal faizin

🔊PEMAKLUMAN🔊
25/05/2026

🔊PEMAKLUMAN🔊

🚨AMARAN SCAMMER🚨
14/05/2026

🚨AMARAN SCAMMER🚨

🚨 AMARAN KEPADA ORANG AWAM, KONTRAKTOR DAN SYARIKAT 🚨

Dimaklumkan bahawa terdapat pihak tidak bertanggungjawab yang cuba memperdaya orang awam dengan menyamar sebagai Pegawai Perolehan CIDB Malaysia dan menawarkan tender atau sebutharga palsu.

Sehubungan itu, semua pihak dinasihatkan agar sentiasa berhati-hati dan tidak mudah percaya dengan sebarang mesej, e-mel, panggilan telefon atau dokumen yang meragukan. Pastikan setiap urusan berkaitan tawaran perolehan, tender dan sebutharga hanya dibuat melalui saluran rasmi CIDB Malaysia sahaja.

Orang awam, kontraktor dan syarikat juga diingatkan supaya tidak membuat sebarang bayaran, tidak menyerahkan dokumen penting, serta tidak berkongsi maklumat sulit syarikat atau peribadi kepada individu yang tidak dapat disahkan kesahihannya.

Sekiranya menerima sebarang tawaran yang mencurigakan, sila abaikan dan buat laporan segera kepada pihak CIDB Malaysia untuk tindakan lanjut.

Mohon semua pihak membantu menyebarkan makluman ini agar lebih ramai tidak menjadi mangsa penipuan.

⚠️ Berwaspada. Semak dahulu. Jangan mudah terpedaya.

Program Klinik Coaching SCORE CIDB Negeri Terengganu 2026 telah berlangsung pada 28 April 2026 (Selasa) bertempat di Rai...
29/04/2026

Program Klinik Coaching SCORE CIDB Negeri Terengganu 2026 telah berlangsung pada 28 April 2026 (Selasa) bertempat di Raia Hotel & Convention Centre Terengganu dengan penyertaan syarikat kontraktor dari Gred G2 hingga G7.

Program ini memberi pendedahan yang lebih komprehensif berkaitan tujuh (7) parameter yang dinilai melalui program SCORE CIDB. Taklimat disampaikan oleh Ts. Shahrizal Omar, Pengurus dari CIDB Ibu Pejabat dan En. Mohammad Rafid Ramli, Penolong Pengurus dari CIDB Negeri Terengganu. Program ini turut disusuli dengan sesi ‘hands on’ yang dirangka khusus bagi peserta mendapatkan bimbingan praktikal secara langsung untuk pengisian permohonan SCORE bagi membantu peserta mendapatkan penarafan yang lebih baik di samping mempertingkatkan kompetensi serta daya saing dalam industri pembinaan.

Penganjuran program ini diharap dapat menjadi platform berkesan dalam memperkasa kontraktor tempatan khususnya kontraktor di negeri Terengganu agar lebih bersedia, berdaya saing dan terus berkembang seiring keperluan industri pembinaan semasa.

29/04/2026
KENYATAAN TAWARAN SEBUTHARGA Pihak kami dengan ini mempelawa syarikat yang berkelayakan untuk menyertai sebutharga seper...
28/04/2026

KENYATAAN TAWARAN SEBUTHARGA

Pihak kami dengan ini mempelawa syarikat yang berkelayakan untuk menyertai sebutharga seperti butiran berikut:

Tajuk Sebutharga: PERKHIDMATAN MEMBEKAL DAN MENGHANTAR BARANG INVENTORI UNTUK PEJABAT CIDB TERENGGANU BAGI TAHUN 2026

No. Sebutharga: 10029169
Lokasi: Pejabat CIDB Negeri Terengganu
Tingkat 8, Bangunan Yayasan Islam Terengganu
Jalan Sultan Omar
20300 Kuala Terengganu
Terengganu.

Tarikh Tutup: 29 April 2026

Syarat Penyertaan:
1. Berdaftar sebagai vendor CIDB
2. Berdaftar dengan M*F dalam Kod Bidang:
020601 – Bekalan Pejabat & Alat Tulis
3. Mempunyai Sijil Pematuhan Cukai (TCC)

Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada:
☎️ 09-6245311
📧 [email protected]

KENYATAAN TAWARAN SEBUTHARGA Pihak kami dengan ini mempelawa syarikat yang berkelayakan untuk menyertai sebutharga seper...
28/04/2026

KENYATAAN TAWARAN SEBUTHARGA

Pihak kami dengan ini mempelawa syarikat yang berkelayakan untuk menyertai sebutharga seperti butiran berikut:

Tajuk Sebutharga: PERKHIDMATAN MEMBEKAL DAN MENGHANTAR TONER PENCETAK UNTUK PEJABAT CIDB TERENGGANU BAGI TAHUN 2026

No. Sebutharga: 10029165
Lokasi: Pejabat CIDB Negeri Terengganu
Tingkat 8, Bangunan Yayasan Islam Terengganu
Jalan Sultan Omar
20300 Kuala Terengganu
Terengganu.

Tarikh Tutup: 29 April 2026

Syarat Penyertaan:
1. Berdaftar sebagai vendor CIDB
2. Berdaftar dengan M*F dalam Kod Bidang:
020601 – Bekalan Toner
3. Mempunyai ‘Authorised Reseller HP Incorporated” bagi program MVC
4. Mempunyai Sijil Pematuhan Cukai (TCC) Berstatus Patuh

Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada:
☎️ 09-6245311
📧 [email protected]

KENYATAAN TAWARAN SEBUTHARGA Pihak kami dengan ini mempelawa syarikat yang berkelayakan untuk menyertai sebutharga seper...
28/04/2026

KENYATAAN TAWARAN SEBUTHARGA

Pihak kami dengan ini mempelawa syarikat yang berkelayakan untuk menyertai sebutharga seperti butiran berikut:

Tajuk Sebutharga: PERKHIDMATAN PENYELENGGARAAN PENYAMAN UDARA UNTUK PEJABAT CIDB TERENGGANU BAGI TAHUN 2026

No. Sebutharga: 10029176
Lokasi: Pejabat CIDB Negeri Terengganu
Tingkat 8, Bangunan Yayasan Islam Terengganu
Jalan Sultan Omar
20300 Kuala Terengganu
Terengganu.

Tarikh Tutup: 29 April 2026

Syarat Penyertaan:
1. Berdaftar sebagai vendor CIDB
2. Berdaftar dengan M*F dalam Kod Bidang:
220302 – Penyelenggaraan / servis penyaman udara
3. Mempunyai Sijil Pematuhan Cukai (TCC)

Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada:
☎️ 09-6245311
📧 [email protected]

19/02/2026

Pemakluman
Waktu Operasi Kaunter CIDB Negeri/Cawangan Sempena Bulan Ramadan 1447 Hijrah (2026)

Address

Tingkat 7, Menara Yayasan Islam Terengganu, Jalan Sultan Omar
Kuala Terengganu
20300

Opening Hours

Monday 08:30 - 16:30
Tuesday 08:30 - 16:30
Wednesday 08:30 - 16:30
Thursday 08:30 - 15:30
Sunday 08:30 - 16:30

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when CIDB Negeri Terengganu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share