CGSO Terengganu

CGSO Terengganu Rahsiakan Rahsia Kerajaan

๐—ž๐—จ๐—ฅ๐—ฆ๐—จ๐—ฆ ๐—ง๐—œ๐—ก๐——๐—”๐—ž๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ง๐—ข๐—Ÿ๐—ข๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—–๐—˜๐— ๐—”๐—ฆ 10 MEI 2026 | PEJABAT APM NEGERI TERENGGANU -  Telah berlangsung dengan jayanya Kursus...
12/05/2026

๐—ž๐—จ๐—ฅ๐—ฆ๐—จ๐—ฆ ๐—ง๐—œ๐—ก๐——๐—”๐—ž๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ง๐—ข๐—Ÿ๐—ข๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—–๐—˜๐— ๐—”๐—ฆ

10 MEI 2026 | PEJABAT APM NEGERI TERENGGANU - Telah berlangsung dengan jayanya Kursus Tindakan Pertolongan Cemas bertempat di Pejabat Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Terengganu. Program ilmu yang penuh impak ini merupakan anjuran Pejabat CGSO Negeri Terengganu

Kursus ini dihadiri oleh barisan Pegawai CGSO Negeri Terengganu dan juga Pegawai Kader yang komited dalam memperkasakan kemahiran kesiapsiagaan menghadapi situasi kecemasan.

Sesi latihan dikendalikan sepenuhnya oleh pegawai-pegawai berpengalaman daripada APM Negeri Terengganu yang berkongsi kepakaran teknikal serta praktikal.

Antara Intipati & Pengisian Kursu adalah
peserta telah didedahkan dengan pelbagai modul penting merangkumi teori dan amali, antaranya, Prinsip Asas Pertolongan Cemas: Memahami langkah awal sebelum bantuan perubatan tiba, Bantuan Asas Hayat (CPR & AED), Pengurusan Luka & Pendarahan: Teknik balutan menggunakan kain anduh untuk pelbagai jenis kecederaan.

Semoga segala ilmu yang dicurahkan dapat diaplikasikan dengan sebaiknya oleh para peserta dalam menjalankan tugas seharian demi keselamatan dan kesejahteraan organisasi serta komuniti.

Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan kolaborasi strategik ini




๐— ๐—˜๐—ฆ๐—ฌ๐—จ๐—”๐—ฅ๐—”๐—ง ๐—๐—”๐—ช๐—”๐—ง๐—”๐—ก๐—ž๐—จ๐—”๐—ฆ๐—” ๐—ฆ๐—”๐—ฆ๐—”๐—ฅ๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—ง๐—œ๐—ก๐—š ๐—ก๐—˜๐—š๐—˜๐—ฅ๐—œ (๐—๐—ฆ๐—ฃ๐—ก) ๐—ก๐—˜๐—š๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—˜๐—ก๐—š๐—š๐—”๐—ก๐—จ ๐—•๐—œ๐—Ÿ ๐Ÿญ ๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ก ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ3 Mei 2026 |  Wisma Darul Iman | ...
03/05/2026

๐— ๐—˜๐—ฆ๐—ฌ๐—จ๐—”๐—ฅ๐—”๐—ง ๐—๐—”๐—ช๐—”๐—ง๐—”๐—ก๐—ž๐—จ๐—”๐—ฆ๐—” ๐—ฆ๐—”๐—ฆ๐—”๐—ฅ๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—ง๐—œ๐—ก๐—š ๐—ก๐—˜๐—š๐—˜๐—ฅ๐—œ (๐—๐—ฆ๐—ฃ๐—ก) ๐—ก๐—˜๐—š๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—˜๐—ก๐—š๐—š๐—”๐—ก๐—จ ๐—•๐—œ๐—Ÿ ๐Ÿญ ๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ก ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

3 Mei 2026 | Wisma Darul Iman | Mesyuarat dipengerusikan oleh YB Dato' Haji Mohd Azmi bin Mohamad Daham, Setiausaha Kerajaan Terengganu dan YBrs. En.Encik Ahmad Fakrudin bin Azizan, Pengarah CGSO Negeri Terengganu bertindak selaku setiausaha mesyuarat.

Mesyuarat dihadiri oleh YDH DCP Dato' Mohd Khairi bin Khairudin, Ketua Polis Terengganu diiringi ACP Mohd Ashraf bin Ali Kutty, Ketua Cawangan Khas IPK Terengganu. Turut hadir adalah ahli-ahli JSPN lain iaitu Puan Wan Suhaini bt Wan Mohamad, Pengarah Majlis Keselamatan Negara Negeri Terengganu-Rasmi, Tuan Haji Abdul Mubin bin Mohd Zain Pengarah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia Negeri Terengganu, YS PPjB Nor Mahathir bin Muhamad, Pengarah Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Terengganu , Lt. Kol (PA) Mohd Zul Khairi bin Shamsuddin, Pengarah APM Negeri Terengganu, Mejar Azlan Haniff bin Roslan, PS Risik Briged Kelapan Infantri Malaysia dan Lt Kdr (M) Mohammad Asyraf bin Ab Ghani Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Negeri Terengganu serta pegawai pengiring dari jabatan masing-masing.

Sebanyak 20 kertas makluman telah dibentangkan dalam mesyuarat kali ini dan telah mendapat mandat dari Ahli-ahli Jawatankuasa JSPN.

Mesyuarat ini adalah yang pertama kali dipengerusikan Oleh YB Dato' Setiausaha Kerajaan Terengganu setelah dilantik bermula 10 Januari 2026.









03/05/2026
๐—ฃ๐—˜๐— ๐—˜๐—ฅ๐—œ๐—ž๐—ฆ๐—”๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—”๐—ฆ๐—”๐—ฅ๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—ง๐—œ๐—ก๐—š ๐——๐—œ ๐—ฃ๐—–๐—˜๐—ฃ๐—˜๐—ฆ๐—•28 April 2026 - satu pemeriksaan berkala telah dijalankan di Petronas ...
03/05/2026

๐—ฃ๐—˜๐— ๐—˜๐—ฅ๐—œ๐—ž๐—ฆ๐—”๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—”๐—ฆ๐—”๐—ฅ๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—ง๐—œ๐—ก๐—š ๐——๐—œ ๐—ฃ๐—–๐—˜๐—ฃ๐—˜๐—ฆ๐—•

28 April 2026 - satu pemeriksaan berkala telah dijalankan di Petronas Chemicals Ethylene/Polyethylene Sdn Bhd (PCEPESB) dengan tujuan utama pemeriksaan ini adalah untuk memastikan segala protokol keselamatan di kawasan Sasaran Penting sentiasa berada pada tahap tertinggi dan mematuhi peraturan yang ditetapkan.
Kerjasama erat antara pasukan keselamatan dan pihak pengurusan amat dihargai bagi menjamin kelestarian operasi dan keselamatan negara.

Delegasi Tim JKPK diketuai oleh Pengarah CGSO Terengganu YBrs Tuan Ahmad Fakrudin bin Azizan dan kehadiran dari Ahli Tim adalah Polis Terengganu, MCMC Terengganu, Majlis Keselamatan Negara Negeri Terengganu-Rasmi dan APM Negeri Terengganu.

YBrs Tuan Ahmad Termizi ni Salleh selaku Ketua Pegawai Eksekutif PCEPESB turut hadir dalam pemeriksaan ini.








๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ง ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—ž๐—˜๐—ฅ๐—๐—” ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ"๐—ฃ๐—˜๐—ž๐—˜๐—ฅ๐—๐—” ๐— ๐—”๐——๐—”๐—ก๐—œ ๐—ž๐—˜๐—ฆ๐—จ๐— ๐—” ๐—•๐—”๐—ก๐—š๐—ฆ๐—”" Dalam era digital ini, keselamatan perlindungan bukan sekadar ku...
01/05/2026

๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ง ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—ž๐—˜๐—ฅ๐—๐—” ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

"๐—ฃ๐—˜๐—ž๐—˜๐—ฅ๐—๐—” ๐— ๐—”๐——๐—”๐—ก๐—œ ๐—ž๐—˜๐—ฆ๐—จ๐— ๐—” ๐—•๐—”๐—ก๐—š๐—ฆ๐—”"

Dalam era digital ini, keselamatan perlindungan bukan sekadar kunci pintu, tetapi benteng data dan maklumat. Terima kasih kepada semua peringkat warga pekerja yang sentiasa waspada melindungi aset maya dan fizikal kita. Teruskan kecemerlangan dengan amalan kerja yang selamat dan dilindungi.







๐— ๐—˜๐—ฆ๐—ฌ๐—จ๐—”๐—ฅ๐—”๐—ง ๐—”๐—œ๐—ฅ๐—ฃ๐—ข๐—ฅ๐—ง ๐—ฆ๐—˜๐—–๐—จ๐—ฅ๐—œ๐—ง๐—ฌ ๐—–๐—ข๐— ๐— ๐—œ๐—ง๐—ง๐—˜๐—˜ ๐— ๐—˜๐—˜๐—ง๐—œ๐—ก๐—š (๐—”๐—ฆ๐—–๐— ) ๐—•๐—œ๐—Ÿ ๐Ÿญ/๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ ๐—ข๐—Ÿ๐—˜๐—› ๐—Ÿ๐—”๐—ฃ๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—•๐—”๐—ก๐—š ๐—ž๐—˜๐—ฅ๐—ง๐—˜๐—› Pada 27 April 2026 bertempat...
29/04/2026

๐— ๐—˜๐—ฆ๐—ฌ๐—จ๐—”๐—ฅ๐—”๐—ง ๐—”๐—œ๐—ฅ๐—ฃ๐—ข๐—ฅ๐—ง ๐—ฆ๐—˜๐—–๐—จ๐—ฅ๐—œ๐—ง๐—ฌ ๐—–๐—ข๐— ๐— ๐—œ๐—ง๐—ง๐—˜๐—˜ ๐— ๐—˜๐—˜๐—ง๐—œ๐—ก๐—š (๐—”๐—ฆ๐—–๐— ) ๐—•๐—œ๐—Ÿ ๐Ÿญ/๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ ๐—ข๐—Ÿ๐—˜๐—› ๐—Ÿ๐—”๐—ฃ๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—•๐—”๐—ก๐—š ๐—ž๐—˜๐—ฅ๐—ง๐—˜๐—›

Pada 27 April 2026 bertempat di Bilik Mesyuarat, Lapangan Terbang Kerteh telah berlangsung satu mesyuarat keselamatan bagi Lapangan Terbang Kerteh.

Mesyuarat ASCM kali ini diadakan bagi membincangkan hal-hal berkaitan keselamatan, pengurusan risiko dan kesiapsiagaan semua agensi di Lapangan Terbang Kerteh dalam memastikan operasi berjalan lancar dan mematuhi standard keselamatan yang ditetapkan.

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh YDH Tuan Zamri bin Sulaiman,
Senior Manager Security & Safety Division, Senai Airport serta dihadiri oleh agensi-agensi berkaitan lain.








๐‘ซ๐’‚๐’–๐’๐’‚๐’• ๐‘ป๐’–๐’‚๐’๐’Œ๐’–Merafak sembah menjunjung kasih dan setinggi-tinggi tahniah Sempena Ulang Tahun Keputeraan Ke-64Kebawah Dul...
26/04/2026

๐‘ซ๐’‚๐’–๐’๐’‚๐’• ๐‘ป๐’–๐’‚๐’๐’Œ๐’–

Merafak sembah menjunjung kasih dan setinggi-tinggi tahniah Sempena Ulang Tahun Keputeraan Ke-64
Kebawah Duli Yang Maha Mulia
Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin
Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah

Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu
pada 26 April 2026 bersamaan 8 Zulkaedah 1447H.

Sembah takzim daripada
Pengarah dan seluruh warga kerja
Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan (CGSO) Tengganu

Terengganu

13/04/2026

๐—”๐—ž๐—จ ๐—ž๐—”๐—ฆ๐—œ๐—› ๐— ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ฌ๐—ฆ๐—œ๐—”

13/04/2026

KENYATAAN AKHBAR

PEMASYHURAN PELANTIKAN PEMANGKU RAJA DAN PENANGGUHAN SAMBUTAN HARI KEPUTERAAN SULTAN TERENGGANU

๐—ž๐—จ๐—ก๐—๐—จ๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—›๐—ข๐—ฅ๐— ๐—”๐—ง ๐—ž๐—˜๐—ฃ๐—”๐——๐—” ๐—ฃ๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—ง ๐—š๐—˜๐—ก๐—˜๐—ฅ๐—”๐—Ÿ ๐— ๐—”๐—ก๐—”๐—š๐—˜๐—ฅ ๐—ฆ๐—ง๐—˜๐—ฆ๐—˜๐—ก-๐—ฆ๐—ง๐—˜๐—ฆ๐—˜๐—ก ๐—๐—”๐—ก๐—”๐—ž๐—จ๐—”๐—ฆ๐—” ๐—ž๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—œ๐—ฅ7 April 2026 - Satu kunjungan hormat kepada ...
10/04/2026

๐—ž๐—จ๐—ก๐—๐—จ๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—›๐—ข๐—ฅ๐— ๐—”๐—ง ๐—ž๐—˜๐—ฃ๐—”๐——๐—” ๐—ฃ๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—ง ๐—š๐—˜๐—ก๐—˜๐—ฅ๐—”๐—Ÿ ๐— ๐—”๐—ก๐—”๐—š๐—˜๐—ฅ ๐—ฆ๐—ง๐—˜๐—ฆ๐—˜๐—ก-๐—ฆ๐—ง๐—˜๐—ฆ๐—˜๐—ก ๐—๐—”๐—ก๐—”๐—ž๐—จ๐—”๐—ฆ๐—” ๐—ž๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—œ๐—ฅ

7 April 2026 - Satu kunjungan hormat kepada Plant General Manager, Stesen-stesen Janakuasa Kenyir telah dilaksanakan.

Pertemuan julung kali Pengarah CGSO Terengganu dengan YBrs Haji M Ahmad Kamal bin Arbain kali ini adalah bagi mengeratkan lagi kerjasama strategik dan Pejabat CGSO Terengganu juga adalah salah satu stakesholder TNB amnya.

Pertemuan hampir 2 jam ini diadakan di Bilik Mesyuarat Arowana, Stesen Janakuasa Sultan Mahmud, Kenyir.








Address

Jalan Sultan Ismail
Kuala Terengganu
20200

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:00
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6096242553

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when CGSO Terengganu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share