02/07/2026
Pimpinan KEADILAN Cabang Kuala Nerus telah menghadiri Program Kuca Suro (Bubur Asyura) di Felda Belara sempena sambutan Maal Hijrah 1448H.
Kehadiran rombongan Cabang mewakili Dr. Zainuddin Awang @ Omar, Pengerusi MPN KEADILAN Terengganu merangkap Ketua Cabang KEADILAN Kuala Nerus, yang tidak dapat hadir atas urusan rasmi.
Antara pimpinan yang hadir ialah Azman bin Ahmad, Ghazali Mat Amin, Amran bin Mat Ya’acob, Nor Sulyatie Sulaiman serta Ahli Jawatankuasa Wanita KEADILAN Cabang Kuala Nerus.
Program ini berjaya mengeratkan silaturahim, memupuk perpaduan dan menghidupkan semangat gotong-royong dalam kalangan masyarakat setempat.
Terima kasih kepada pihak penganjur dan warga Felda Belara atas sambutan serta layanan yang diberikan.
“Menyantuni Rakyat • Memperkukuh Perpaduan • Membina Malaysia MADANI”