Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu

Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu (PPAT) merupakan sebuah Badan Berkanun Negeri,

Perpustakaan Awam Negeri Terengganu
Official Portal at https://www.trglib.gov.my

15/06/2026

๐Ÿ“šโœจ SEBUAH BUKU, SERIBU MAKNA OLEH PENULIS HEBAT BONDA NORโœจ๐Ÿ“š

Di saat dunia semakin sibuk dan masa terasa semakin pantas berlalu, masih ada insan yang memilih untuk berhenti seketika...membuka helaian demi helaian buku, lalu memberi ruang untuk hati berbicara.

Buku "Pujuklah Hati" bukan sekadar bahan bacaan, tetapi teman yang mengajak kita untuk memahami diri, menerima kekurangan dan mencari ketenangan dalam setiap perjalanan hidup. ๐ŸŒฟ๐Ÿ’š

Kadang-kadang, kita tidak memerlukan jawapan yang rumit. Cukup dengan beberapa bait kata yang mampu menyentuh hati dan mengingatkan bahawa setiap ujian pasti ada hikmahnya.

๐Ÿ“– Kerana membaca bukan hanya menambah ilmu, tetapi juga menyembuhkan jiwa.

Pengguna boleh dapatkan maklumat berkaitan Koleksi Terengganu di dalam PPAT Digital melalui link http://digital.trglib.gov.my/neucanvas-ppat/pages/home.php untuk bahan digital atau bahan fizikal di Tingkat 2, Koleksi Terengganu, Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu.















๐Ÿ“šโœจ๐Ÿ’š

14/06/2026
13/06/2026
๐Ÿš€ Aktiviti Hujung Minggu : Rocket Balloon ๐Ÿš€๐Ÿ“… 13 Jun 2026 (Sabtu)๐Ÿ‘ง๐Ÿ‘ฆ Jumlah Penyertaan: 52 orangSuasana Bilik Aktiviti ber...
13/06/2026

๐Ÿš€ Aktiviti Hujung Minggu : Rocket Balloon ๐Ÿš€
๐Ÿ“… 13 Jun 2026 (Sabtu)
๐Ÿ‘ง๐Ÿ‘ฆ Jumlah Penyertaan: 52 orang

Suasana Bilik Aktiviti bertukar menjadi "pusat pelancaran roket mini" apabila seramai 52 peserta menyertai aktiviti Rocket Balloon yang penuh dengan keseronokan dan gelak tawa. Dengan hanya menggunakan belon, tali dan kreativiti masing-masing, para peserta berjaya menghasilkan roket belon yang meluncur laju merentasi ruang aktiviti.

Sorakan demi sorakan kedengaran setiap kali roket berjaya "terbang", malah ada yang berlumba-lumba melihat roket siapa paling pantas dan paling jauh. Aktiviti ini bukan sahaja menghiburkan, malah memberi pendedahan kepada peserta tentang konsep asas sains dan pergerakan udara secara santai dan menyeronokkan.

๐ŸŽˆ๐Ÿš€ Belon bukan sekadar untuk ditiup, rupanya boleh jadi roket juga! Terima kasih kepada semua peserta yang telah memeriahkan aktiviti hujung minggu kali ini. Jumpa lagi dalam aktiviti menarik yang seterusnya! ๐Ÿ˜„โœจ

















๐Ÿš€๐Ÿ“šโœจ

11/06/2026
๐Š๐”๐๐‰๐”๐๐†๐€๐ ๐‡๐Ž๐‘๐Œ๐€๐“ ๐‰๐€๐๐€๐“๐€๐ ๐๐„๐Œ๐๐€๐๐†๐”๐๐€๐ ๐–๐€๐๐ˆ๐“๐€ ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ ๐“๐„๐‘๐„๐๐†๐†๐€๐๐”11 Jun 2026 | Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu (PPAT...
11/06/2026

๐Š๐”๐๐‰๐”๐๐†๐€๐ ๐‡๐Ž๐‘๐Œ๐€๐“ ๐‰๐€๐๐€๐“๐€๐ ๐๐„๐Œ๐๐€๐๐†๐”๐๐€๐ ๐–๐€๐๐ˆ๐“๐€ ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ ๐“๐„๐‘๐„๐๐†๐†๐€๐๐”

11 Jun 2026 | Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu (PPAT) telah menerima satu kunjungan hormat daripada Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) Negeri Terengganu bersama delegasi ke PPAT pada hari ini.

Kunjungan tersebut diketuai oleh YBrs. Puan Puan Ezlin Sakinah binti Mat Sepin, Pengarah JPWNT telah disambut oleh YBrs. Puan Nuzulnisa binti Kamarudin @ Barudin, Pengarah PPAT bersama Timbalan Pengarah PPAT. Sesi kunjungan ini bertujuan memperkukuh hubungan strategik serta meneroka potensi kerjasama antara PPAT dan JPWNT, khususnya dalam agenda pembangunan komuniti dan pemerkasaan wanita.

Delegasi JPWNT turut dibawa melawat fasiliti PPAT bagi melihat sendiri kemudahan dan ruang yang tersedia, di samping mengenal pasti potensi lokasi yang boleh dimanfaatkan bagi pelaksanaan program anjuran JPWNT pada masa akan datang.

PPAT merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kunjungan tersebut dan berharap jalinan kerjasama strategik ini akan terus diperkasakan demi manfaat masyarakat dan pembangunan negeri Terengganu secara menyeluruh.

Berita & Gambar : BPP & Unit Media, PPAT

๐Š๐ฎ๐ซ๐ฌ๐ฎ๐ฌ ๐€๐ฌ๐š๐ฌ ๐๐ž๐ซ๐จ๐ฅ๐ž๐ก๐š๐ง ๐Š๐ž๐ซ๐š๐ฃ๐š๐š๐ง ๐๐š๐ง ๐๐ž๐ง๐ข๐ฅ๐š๐ข๐š๐ง ๐’๐ž๐›๐ฎ๐ญ ๐‡๐š๐ซ๐ ๐š/๐“๐ž๐ง๐๐ž๐ซ8 - 9 Jun 2026 (Isnin โ€“ Selasa) | Perbadanan Perpustakaan...
10/06/2026

๐Š๐ฎ๐ซ๐ฌ๐ฎ๐ฌ ๐€๐ฌ๐š๐ฌ ๐๐ž๐ซ๐จ๐ฅ๐ž๐ก๐š๐ง ๐Š๐ž๐ซ๐š๐ฃ๐š๐š๐ง ๐๐š๐ง ๐๐ž๐ง๐ข๐ฅ๐š๐ข๐š๐ง ๐’๐ž๐›๐ฎ๐ญ ๐‡๐š๐ซ๐ ๐š/๐“๐ž๐ง๐๐ž๐ซ

8 - 9 Jun 2026 (Isnin โ€“ Selasa) | Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu (PPAT) telah berjaya melaksanakan Kursus Asas Perolehan Kerajaan dan Penilaian bagi Sebut Harga/Tender di Dewan Ilmuwan, PPAT. Program pembangunan kompetensi ini telah melibatkan seramai 41 orang pegawai dan kakitangan PPAT yang terdiri daripada pelbagai peringkat jawatan, selaras dengan usaha memperkukuh kecekapan tadbir urus organisasi.

Sepanjang dua hari pelaksanaan kursus, para peserta telah didedahkan dengan pelbagai aspek penting dalam tatacara perolehan kerajaan, termasuk kefahaman berkaitan prosedur perolehan, penyediaan Bill of Quantities (BQ) sehinggalah kepada penyediaan Laporan Penilaian Sebut Harga. Kursus ini telah dikendalikan oleh penceramah jemputan, Puan Rohanida binti Mohd Nor, Juruukur Bahan daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Terengganu yang berpengalaman luas dalam bidang berkaitan.

Pengisian kursus ini bukan sahaja memberi pendedahan secara teori, malah turut memberi penekanan kepada aplikasi praktikal dalam pengurusan perolehan kerajaan yang lebih teratur, telus dan berintegriti. Pendekatan latihan berasaskan latihan kumpulan turut membantu meningkatkan kefahaman serta kemahiran peserta dalam membuat penilaian dan penyediaan dokumentasi perolehan dengan lebih sistematik.

Secara keseluruhannya, kursus selama dua hari ini telah mencapai objektif penganjuran dalam memperkukuh pengetahuan dan kompetensi warga kerja PPAT dalam aspek perolehan kerajaan selaras dengan amalan tadbir urus yang baik.

Majlis penutup kursus telah disempurnakan oleh YBrs. Puan Nuzulnisa binti Kamarudin @ Barudin, Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu (PPAT), yang turut menyampaikan amanat serta harapan agar ilmu yang diperoleh dapat diaplikasikan secara berkesan dalam pelaksanaan tugas seharian.

Berita & Gambar : BPP & Unit Media

๐Œ๐„๐’๐˜๐”๐€๐‘๐€๐“ ๐‰๐€๐–๐€๐“๐€๐๐Š๐”๐€๐’๐€ ๐Š๐Ž๐‹๐„๐Š๐’๐ˆ ๐“๐„๐‘๐„๐๐†๐†๐€๐๐” ๐Š๐€๐‹๐ˆ ๐Š๐„-๐Ÿ’๐Ÿ– (๐Ÿ/๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”)10 Jun 2026 (Rabu) โ€“ Perbadanan Perpustakaan Awam Terenggan...
10/06/2026

๐Œ๐„๐’๐˜๐”๐€๐‘๐€๐“ ๐‰๐€๐–๐€๐“๐€๐๐Š๐”๐€๐’๐€ ๐Š๐Ž๐‹๐„๐Š๐’๐ˆ ๐“๐„๐‘๐„๐๐†๐†๐€๐๐” ๐Š๐€๐‹๐ˆ ๐Š๐„-๐Ÿ’๐Ÿ– (๐Ÿ/๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”)

10 Jun 2026 (Rabu) โ€“ Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu (PPAT) telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Koleksi Terengganu Kali Ke-48 (1/2026) yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Dr. Riduan bin Mohamad Nor, Pengerusi Jawatankuasa Koleksi Terengganu. Mesyuarat yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Tingkat 4, PPAT ini telah dihadiri oleh ahli-ahli jawatankuasa yang terdiri daripada wakil pelbagai agensi dan institusi berkaitan.

Mesyuarat diadakan bagi membincangkan cadangan penambahan bahan Koleksi Terengganu, usaha pemeliharaan bahan warisan negeri serta memperkukuhkan peranan Koleksi Terengganu sebagai pusat rujukan utama berkaitan sejarah, budaya dan khazanah intelektual Negeri Terengganu.

Pelbagai pandangan dan cadangan telah dikemukakan oleh ahli jawatankuasa bagi memastikan koleksi yang diperoleh sentiasa relevan, berkualiti dan mampu memenuhi keperluan penyelidikan serta rujukan masyarakat. Mesyuarat ini turut menjadi platform penting untuk mempererat kerjasama antara PPAT dan agensi-agensi berkaitan dalam usaha memelihara serta mendokumentasikan warisan Negeri Terengganu.

PPAT merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pengerusi serta semua ahli jawatankuasa yang hadir dan memberikan komitmen sepanjang mesyuarat berlangsung. Semoga segala keputusan dan perancangan yang dicapai dapat terus memperkukuhkan pembangunan Koleksi Terengganu untuk manfaat generasi kini dan akan datang.

09/06/2026

PROGRAM HUJUNG MINGGU: SATU BULAN SATU BAHASA โ€“ BAHASA MANDARIN ๐Ÿ‡จ๐Ÿ‡ณ

Temui kami pada hari Sabtu ini, 13 Jun 2026 sempena Program Hujung Minggu: Satu Bulan Satu Bahasa โ€“ Bahasa Mandarin anjuran Pusat Bahasa Terengganu!

Jom ramai-ramai memeriahkan program ini dengan pelbagai aktiviti menarik serta pengenalan asas Bahasa Mandarin yang santai, interaktif dan menyeronokkan! โœจ๐Ÿ‡จ๐Ÿ‡ณ

๐Ÿ‘จโ€๐Ÿ‘ฉโ€๐Ÿ‘งโ€๐Ÿ‘ฆ Sesuai untuk semua peringkat umur
๐ŸŽ“ Terbuka kepada orang ramai
๐Ÿ’ฏ Penyertaan adalah percuma

Jangan lepaskan peluang untuk menimba ilmu bahasa baharu dan menambah pengalaman pembelajaran dalam suasana yang santai serta mesra. Kami menantikan kehadiran anda! ๐Ÿ˜Š

Address

Jalan Kemajuan, Padang Hiliran
Kuala Terengganu
21100

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 13:00
Saturday 08:30 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Telephone

+6096221100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu:

Share

Category