Polis Terengganu

Polis Terengganu "POLIS DAN MASYARAKAT BERPISAH TIADA".Laman ini merupakan Facebook Rasmi PDRM TERENGGANU.

π’π€πŒππ”π“π€π π‡π€π‘πˆ πŠπ„ππ€ππ†π’π€π€π πŠπ„-πŸ”πŸ— πŒπ„π‘πˆπ€π‡, π’π„πŒπ€π‘π€πŠπŠπ€π π’π„πŒπ€ππ†π€π“ ππ€π“π‘πˆπŽπ“πˆπ’πŒπ„ πƒπˆ 𝐓𝐄𝐑𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐔KUALA TERENGGANU, 31 Ogos 2026 – Sam...
01/09/2026

π’π€πŒππ”π“π€π π‡π€π‘πˆ πŠπ„ππ€ππ†π’π€π€π πŠπ„-πŸ”πŸ— πŒπ„π‘πˆπ€π‡, π’π„πŒπ€π‘π€πŠπŠπ€π π’π„πŒπ€ππ†π€π“ ππ€π“π‘πˆπŽπ“πˆπ’πŒπ„ πƒπˆ 𝐓𝐄𝐑𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐔

KUALA TERENGGANU, 31 Ogos 2026 – Sambutan Hari Kebangsaan Ke-69 peringkat Negeri Terengganu berlangsung penuh meriah dan bersemangat patriotik di Dataran Shahbandar, Kuala Terengganu, hari ini.

Sambutan tersebut telah diserikan dengan keberangkatan Duli Yang Maha Mulia Tengku Muhammad Ismail Ibni Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin, Pemangku Raja Terengganu, serta kehadiran YAB Dato’ Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar dan YDH DCP Dato’ Mohd Khairi bin Khairudin, Ketua Polis Terengganu.

Program sambutan turut melibatkan penyertaan pelbagai agensi kerajaan, badan beruniform, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta masyarakat setempat dalam menjayakan acara perbarisan dan perarakan sempena Hari Kebangsaan.

Detachment Polis Diraja Malaysia turut mengambil bahagian dalam perbarisan dan perarakan rasmi dengan menampilkan kekuatan serta disiplin warga pasukan dalam menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan Ke-69. Penyertaan ini mencerminkan komitmen dan kesiapsiagaan PDRM dalam melaksanakan tanggungjawab menjaga keamanan, keselamatan serta ketenteraman awam demi kesejahteraan rakyat.

Penglibatan Detachment PDRM dalam sambutan berkenaan turut menjadi simbol semangat patriotisme dan kecintaan warga pasukan terhadap tanah air, di samping memperlihatkan kerjasama erat antara PDRM dengan agensi-agensi kerajaan serta masyarakat dalam memastikan sambutan berlangsung dengan lancar dan penuh bermakna.

Dalam kemeriahan sambutan tersebut, PERKEP Kontinjen Terengganu turut melakar kejayaan apabila merangkul tempat kedua bagi kategori Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO).

Kejayaan tersebut melayakkan PERKEP Kontinjen Terengganu menerima hadiah wang tunai berjumlah RM4,000.

Pencapaian ini membuktikan komitmen serta semangat kerjasama yang tinggi dalam kalangan warga PERKEP Kontinjen Terengganu, selain mencerminkan kesungguhan dalam menyokong program-program kenegaraan dan kemasyarakatan.

Sambutan Hari Kebangsaan Ke-69 ini bukan sahaja menjadi wadah untuk memperingati sejarah perjuangan dan pengorbanan para pejuang terdahulu, malah turut menyemarakkan semangat cintakan tanah air, memperkukuhkan perpaduan serta menyuburkan nilai patriotisme dalam kalangan rakyat Malaysia.

31/08/2026

LIVE: SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN 2026

Saksikan siaran langsung Perbarisan dan Perarakan Sambutan Hari Kebangsaan 2026 di Dataran Putrajaya yang disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.

Majlis turut dihadiri oleh Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato' Seri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail bersama pucuk pimpinan tertinggi Polis Diraja Malaysia.

Sumber: RTM - Radio Televisyen Malaysia

π’π€πŒππ”π“π€π π€πŒππ€ππ† πŠπ„πŒπ„π‘πƒπ„πŠπ€π€π πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€ πŸπŸŽπŸπŸ” π’π„πŒπ€π‘π€πŠπŠπ€π π‰πˆπ–π€ πŒπ„π‘πƒπ„πŠπ€, π‚πˆππ“π€πˆ πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€KUALA TERENGGANU, 30 Ogos 2026 – Sambu...
31/08/2026

π’π€πŒππ”π“π€π π€πŒππ€ππ† πŠπ„πŒπ„π‘πƒπ„πŠπ€π€π πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€ πŸπŸŽπŸπŸ” π’π„πŒπ€π‘π€πŠπŠπ€π π‰πˆπ–π€ πŒπ„π‘πƒπ„πŠπ€, π‚πˆππ“π€πˆ πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€

KUALA TERENGGANU, 30 Ogos 2026 – Sambutan Ambang Kemerdekaan Malaysia 2026 bertemakan β€œSemarakkan Jiwa Merdeka, Cintai Malaysia” berlangsung penuh meriah di Dataran Muara Utara, KTCC, malam tadi, dengan penyertaan pelbagai lapisan masyarakat dalam menyemarakkan semangat patriotisme menjelang Hari Kebangsaan Ke-69.

Hadir memeriahkan sambutan ialah YDH DCP Dato’ Mohd Khairi bin KhairudinKetua Polis Terengganu, serta Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri Terengganu YB Dato’ Haji Mohd Nor Hamzah, yang mewakili Menteri Besar Terengganu, YAB Dato’ Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar.

Pelbagai pengisian menarik telah disusun bagi menyemarakkan sambutan, antaranya Forum Bicara Kemerdekaan yang mengupas nilai kemerdekaan, patriotisme dan tanggungjawab masyarakat dalam mempertahankan keharmonian serta kedaulatan negara.

Suasana sambutan turut dimeriahkan dengan persembahan nyanyian nasyid daripada Kumpulan Rabbani yang berjaya menghiburkan para hadirin selain menyuntik semangat kecintaan terhadap tanah air.

Kemuncak sambutan diserikan dengan perarakan masuk Jalur Gemilang oleh anggota Rejimen Askar Wataniah, sebelum berlangsungnya upacara penyerahan Jalur Gemilang sebagai simbolik semangat patriotisme dan kecintaan terhadap negara.

Lebih bermakna, para hadirin turut bersama-sama menyanyikan lagu patriotik β€œTanggal 31 Ogos” dan β€œJalur Gemilang”, sekali gus mewujudkan suasana penuh semangat dan rasa bangga sebagai rakyat Malaysia.

Sambutan kemudiannya diakhiri dengan pertunjukan bunga api yang menerangi ruang udara Dataran Muara Utara, KTCC, sekali gus menjadi penutup penuh warna-warni kepada sambutan Ambang Kemerdekaan Malaysia 2026.

Penganjuran sambutan ini bukan sahaja menjadi wadah untuk meraikan detik bersejarah kemerdekaan negara, malah turut memperkukuh semangat perpaduan, patriotisme dan kecintaan rakyat terhadap Malaysia yang aman, harmoni dan berdaulat.

πŒπ€π‰π‹πˆπ’ ππ„πŒπ€πŠπ€πˆπ€π ππ€ππ†πŠπ€π“, π“π„π‘πˆπŒπ€ 𝐓𝐔𝐆𝐀𝐒 πŠπ„π“π”π€ ππŽπ‹πˆπ’ 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 πŒπ€π‘π€ππ† 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐑𝐀𝐇 π“π„π‘πˆπŒπ€ 𝐓𝐔𝐆𝐀𝐒 ππ„ππ†π„π‘π”π’πˆ ππ„π‘πŠπ„π πˆππƒ πŒπ€π‘π€ππ†MARAN...
31/08/2026

πŒπ€π‰π‹πˆπ’ ππ„πŒπ€πŠπ€πˆπ€π ππ€ππ†πŠπ€π“, π“π„π‘πˆπŒπ€ 𝐓𝐔𝐆𝐀𝐒 πŠπ„π“π”π€ ππŽπ‹πˆπ’ 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 πŒπ€π‘π€ππ† 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐑𝐀𝐇 π“π„π‘πˆπŒπ€ 𝐓𝐔𝐆𝐀𝐒 ππ„ππ†π„π‘π”π’πˆ ππ„π‘πŠπ„π πˆππƒ πŒπ€π‘π€ππ†

MARANG, 30 Ogos 2026 – Dewan Seri Kapas, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Marang menjadi lokasi berlangsungnya Majlis Pemakaian Pangkat, Majlis Terima Tugas Ketua Polis Daerah Marang dan Majlis Serah Terima Tugas Pengerusi PERKEP Ibu Pejabat Polis Daerah Marang, hari ini.

Majlis telah dihadiri oleh YDH DCP Dato’ Mohd Khairi bin Khairudin, Ketua Polis Terengganu bersama pasangan, YDH ACP Datin Nur Haniza binti Jaafar, Pengerusi PERKEP Kontinjen Terengganu, serta YDH SAC Suffian bin Sulaiman, Timbalan Ketua Polis Terengganu bersama pasangan, YBhg. Puan Sarini binti Othman, Naib Pengerusi PERKEP Kontinjen Terengganu.

Turut hadir, YDH P/Supt. Saari bin Mohamed, Pegawai Turus Pentadbiran IPK Terengganu bersama pasangan, YBhg. Puan Khairul Bariah binti Abdul Wahid, Ketua Jabatan, Ketua Polis Daerah, Ketua Formasi serta pasangan, Ketua Bahagian, Pegawai Kanan Polis, Ketua Polis Balai, Pegawai Rendah Polis, Pegawai Awam Polis dan ahli-ahli PERKEP IPD Marang.

Majlis dimulakan dengan tandatangan buku melawat sebelum diteruskan dengan Upacara Pemakaian Pangkat sebagai simbol penghargaan dan pengiktirafan terhadap amanah serta tanggungjawab yang dipikul oleh pegawai yang dinaikkan pangkat.

Seterusnya, berlangsung Majlis Terima Tugas Ketua Polis Daerah Marang melibatkan YDH Supt. Mohd Sofian bin Hj. Redzuan dan YDH P/Supt. Saari bin Mohamed.

Upacara tersebut turut menyaksikan dokumen serah terima tugas jawatan Ketua Polis Daerah Marang ditandatangani, diikuti dengan penyerahan dokumen berkenaan serta penyerahan tongkat kuasa sebagai simbolik peralihan tanggungjawab dan kepimpinan dalam menerajui pentadbiran serta keselamatan di daerah Marang.

Majlis kemudiannya diteruskan dengan upacara menandatangani dokumen Serah Terima Tugas Pengerusi PERKEP Ibu Pejabat Polis Daerah Marang serta penyerahan dokumen serah terima tugas jawatan berkenaan.

Dalam pada itu, majlis turut diserikan dengan penyampaian cenderahati daripada YDH Supt. Mohd Sofian bin Hj. Redzuan kepada YDH SAC Suffian bin Sulaiman, Timbalan Ketua Polis Terengganu, dan YDH DCP Dato’ Mohd Khairi bin Khairudin, Ketua Polis Terengganu, sebagai tanda penghargaan dan kenang-kenangan atas sokongan serta kerjasama yang telah diberikan sepanjang tempoh perkhidmatan beliau.

Majlis ini mencerminkan kesinambungan kepimpinan dan pengurusan dalam PDRM, di samping memperkukuh komitmen warga kerja untuk terus memberikan perkhidmatan terbaik demi menjamin keselamatan, ketenteraman awam dan kesejahteraan masyarakat khususnya di daerah Marang.

πŸ‡²πŸ‡Ύ SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-69 πŸ‡²πŸ‡Ύβ€œMalaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati”Semoga semangat kemerdekaan teru...
30/08/2026

πŸ‡²πŸ‡Ύ SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-69 πŸ‡²πŸ‡Ύ

β€œMalaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati”

Semoga semangat kemerdekaan terus menyatukan kita, menyemarakkan rasa cinta kepada tanah air serta memperkukuh keharmonian dan kesejahteraan rakyat Malaysia.

Ayuh kita hayati erti kemerdekaan dengan penuh rasa syukur dan bangga sebagai sebuah bangsa yang merdeka.

Ikhlas Daripada:

YDH DCP Dato’ Mohd Khairi bin Khairudin
Ketua Polis Terengganu
dan
YDH ACP Datin Nur Haniza binti Jaafar
Pengerusi PERKEP Kontinjen Terengganu

serta

YDH SAC Suffian bin Sulaiman
Timbalan Ketua Polis Terengganu
dan
YBhg. Puan Sarini binti Othman
Naib Pengerusi PERKEP Kontinjen Terengganu

𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 πŠπ„ππ€π‰πˆπŠπ€π 𝐏𝐄𝐒𝐀𝐑𝐀 ππƒπ‘πŒ π’π„πŒππ„ππ€ π‡π€π‘πˆ ππ„π‘πŠπ„π πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€ πŠπ„-πŸ“πŸ– 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 πŸπŸŽπŸπŸ”30 Ogos 2026 | Marang, TerengganuSempena Hari...
30/08/2026

𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 πŠπ„ππ€π‰πˆπŠπ€π 𝐏𝐄𝐒𝐀𝐑𝐀 ππƒπ‘πŒ π’π„πŒππ„ππ€ π‡π€π‘πˆ ππ„π‘πŠπ„π πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€ πŠπ„-πŸ“πŸ– 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 πŸπŸŽπŸπŸ”

30 Ogos 2026 | Marang, Terengganu

Sempena Hari PERKEP Malaysia Ke-58, PERKEP Kontinjen Terengganu telah mengadakan lawatan kebajikan ke kediaman Sjn (B) 106757 Meriam binti Mat Dahan, pesara PDRM di Marang, Terengganu.

Lawatan diketuai oleh YDH DCP Dato’ Mohd Khairi bin Khairudin, Ketua Polis Terengganu bersama isteri, YDH ACP Datin Nur Haniza binti Jaafar, Pengerusi PERKEP Kontinjen Terengganu serta rombongan PDRM dan PERKEP.

Kunjungan ini turut disertai dengan penyampaian sumbangan kepada pesara sebagai tanda keprihatinan dan penghargaan atas jasa serta pengorbanan yang telah dicurahkan kepada pasukan.

Semoga Sjn (B) Meriam diberikan kekuatan, kesihatan dan dipermudahkan segala urusan.

29/08/2026

Majlis Pelancaran Buku β€œ12 Sikap Menuju Penjara” oleh YDH Dato’ Ketua Polis Terengganu

29/08/2026
πŒπ€π‰π‹πˆπ’ 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐍𝐂𝐀𝐑𝐀𝐍 ππ”πŠπ” πŠπ„π’π„π‹π€πŒπ€π“π€π 𝐃𝐀𝐍 πŠπ„π“π„ππ“π„π‘π€πŒπ€π π€π–π€πŒ πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€: ππ„π‘π’π„ππ’πˆ 𝐃𝐀𝐍 π‘π„π€π‹πˆπ“πˆKUALA NERUS, 29 Ogos 2026 – YDH D...
29/08/2026

πŒπ€π‰π‹πˆπ’ 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐍𝐂𝐀𝐑𝐀𝐍 ππ”πŠπ” πŠπ„π’π„π‹π€πŒπ€π“π€π 𝐃𝐀𝐍 πŠπ„π“π„ππ“π„π‘π€πŒπ€π π€π–π€πŒ πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€: ππ„π‘π’π„ππ’πˆ 𝐃𝐀𝐍 π‘π„π€π‹πˆπ“πˆ

KUALA NERUS, 29 Ogos 2026 – YDH DCP Dato’ Mohd Khairi bin Khairudin, Ketua Polis Terengganu telah hadir sebagai tetamu jemputan ke π‘΄π’‚π’‹π’π’Šπ’” 𝑷𝒆𝒍𝒂𝒏𝒄𝒂𝒓𝒂𝒏 π‘©π’–π’Œπ’– π‘²π’†π’”π’†π’π’‚π’Žπ’‚π’•π’‚π’ 𝒅𝒂𝒏 π‘²π’†π’•π’†π’π’•π’†π’“π’‚π’Žπ’‚π’ π‘¨π’˜π’‚π’Ž π‘΄π’‚π’π’‚π’šπ’”π’Šπ’‚: π‘·π’†π’“π’”π’†π’‘π’”π’Š 𝒅𝒂𝒏 π‘Ήπ’†π’‚π’π’Šπ’•π’Š yang berlangsung di Dewan Al-Muktafi Billah Shah (DABS), UniSZA Kampus Gong Badak, Kuala Nerus, hari ini.

Majlis tersebut turut dihadiri tetamu kehormat, warga akademik, penulis serta jemputan daripada pelbagai agensi.

Buku Keselamatan dan Ketenteraman Awam Malaysia: Persepsi dan Realiti merupakan hasil penulisan Prof. Dr. Kamarulnizam Abdullah dan menjadi wadah perkongsian ilmu serta pandangan berkaitan isu keselamatan dan ketenteraman awam dalam konteks Malaysia.

Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Dr. Awang Alik bin Jeman, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, sebelum diteruskan dengan sesi bicara buku yang membincangkan isu-isu berkaitan keselamatan dan ketenteraman awam.

Kehadiran YDH Dato’ Ketua Polis Terengganu mencerminkan komitmen PDRM Kontinjen Terengganu dalam menyokong usaha memperkasa perkongsian ilmu, kesedaran serta pemahaman masyarakat terhadap aspek keselamatan dan ketenteraman awam.

β€˜Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada’


πŒπ€π‰π‹πˆπ’ 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐍𝐂𝐀𝐑𝐀𝐍 ππ”πŠπ” 𝟏𝟐 π’πˆπŠπ€π πŒπ„ππ”π‰π” 𝐏𝐄𝐍𝐉𝐀𝐑𝐀KUALA TERENGGANU, 27 Ogos 2026 – Majlis Pelancaran Buku 12 Sikap Menuju Pe...
28/08/2026

πŒπ€π‰π‹πˆπ’ 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐍𝐂𝐀𝐑𝐀𝐍 ππ”πŠπ” 𝟏𝟐 π’πˆπŠπ€π πŒπ„ππ”π‰π” 𝐏𝐄𝐍𝐉𝐀𝐑𝐀

KUALA TERENGGANU, 27 Ogos 2026 – Majlis Pelancaran Buku 12 Sikap Menuju Penjara telah berlangsung di Dewan Al-Muktafi Billah Shah (DABS), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), hari ini.

Majlis tersebut telah dihadiri oleh YDH DCP Dato’ Mohd Khairi bin Khairudin, Ketua Polis Terengganu serta YBrs. Encik Hairuladzhar bin Mohd Hamdi, Menjalankan Fungsi Ketua Pustakawan, Universiti Malaysia Kelantan (UMK).

Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh YBrs. Encik Hairuladzhar bin Mohd Hamdi sebelum diteruskan dengan ucapan dan pelancaran buku oleh YDH DCP Dato’ Mohd Khairi bin Khairudin, Ketua Polis Terengganu.

Gimik pelancaran buku turut diadakan sebagai simbolik pelancaran 12 Sikap Menuju Penjara, diikuti dengan penyampaian cenderamata dan sesi fotografi.

Majlis kemudiannya diteruskan dengan Sesi Bedah Buku 12 Sikap Menuju Penjara bersama penulis buku, Dr. Shamsul Zuraimi bin Mat Shah, yang dikendalikan oleh Ts. Amirul Firdaus bin Zilah selaku moderator.

Penerbitan buku ini diharap dapat memberi kesedaran dan panduan kepada masyarakat, khususnya golongan muda, mengenai sikap serta tingkah laku yang boleh membawa kepada implikasi undang-undang dan akhirnya menjerumuskan seseorang ke dalam penjara.

Majlis berakhir dengan sesi bedah buku dan fotografi bersama para jemputan serta tetamu yang hadir.

Address

Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu Polis Diraja Malaysia, Kuala Terengganu,
Kuala Terengganu

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Polis Terengganu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share